Sunday, 22 May 2011

Dugaan itu Satu Keindahan

Dugaan itu satu ujian
Datang dari Maha Pencipta
Diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa..

Dugaan yang hadir menimpa
Kadangkala mengugat perasaan kita
Hingga mengalir air mata duka
Termenung sejenak memikirkannya
Tersenyum dalam keadaan hiba
Menangis saat bergurau senda..

Dugaan datang tanpa menyapa
Segalanya terjadi sekelip mata
Tak dapat dihalang, tak dapat dijangka
Tak dapat diungkap dengan kata-kata
Hanya riak wajah menggambarkan segalanya..

Dugaan itu bukanlah satu ancaman
Tetapi merupakan satu pengajaran
Mendidik kita dalam mematangkan fikiran
Membimbing diri memantapkan iman
Mendekatkan diri kepada Tuhan..
Bersendirian mengamati kekhilafan
Bertaubat penuh keinsafan..

Saat dugaan datang menjengah
Jangan bersedih wahai muslimah
Hadapilah ia dengan tabah
Berusaha kita menyusun langkah
Bertekad kita tidak menyerah
 Dan berfikirlah
Bahawa dugaan itu sangat indah..

Hidup tanpa dugaan
Pasti lebih menggusarkan fikiran
Lebih menggangu perasaan
Kerana dugaan adalah ujian
Iaitu peringatan dari Tuhan
Tanda bahawa kita tidak dilupakan..

p/s : Setiap manusia pasti teruji, hanya cara dan jalan penyelesaian yg diambil oleh individu membezakan tahap fikiran, kematangan, dan keimanan..
Jangan pernah mengalah sebelum kalah..!
^_^

Hasil Nukilan Asli Dari : Mia Lydia.

Saturday, 21 May 2011

Kerisauan Melanda!

Fuhhh! Exam business law 23hb Mei ni, tapi bukan itu yang saya runsingkan. Time cuti sem 3 bulan ni yang saya dok pikiaq. Risau betul kalau time cuti ni saya x dapat kerja. Mau mati kutu duk umah 3 bulan, dah la x dapat duit gaji, x dapat pengalaman keje pulak 2.

Tadi saya usya2 jawatan kosong yang ada sekitar Jasin, Melaka dengan Sg. Buluh, Selangor. Dua tempat ni je lah harapan saya tok keje. Melaka duk dgn parents, Sg. Buluh duk dgn akak. Aisyh. Semua jawatan yang ditawarkan bersyarat, pengalaman kerja sekurang2nya 5 tahun. Tu dia. Paling minimum pun 2 tahun.

Ye saya tahu tu untuk jawatan yang top level, saya bukan fikir nak keje masa cuti 3 bulan ni, saya fikir masa saya dah graduate nanti. Kalau tak ada pengalaman kerja langsung, grrrr! Tak berani cakap la..=.=

Buat sementara waktu ni, apa yang ada dalam kotak fikiran, saya nak try apply kerja di kedai bunga, butik, guru tadika. X kisah keje profesional ke tak, yang penting penglaman dapat, pulus pun massyukkk! Hahaha..Kalau tak dapat tiga2 2, terpaksa la apply keje dekat supermarket! Pas2 nak minx cashier ataupun promoter! Hehe. ^_^

Dulu saya pernah keje, lepas spm. Masa tu bodo2 je. Nak kena interview saya x pandai jawab. Dah la pakai t-shirt yg sekarang saya buat baju tidur, seluar track suit yg sekarang dah hilang mana ntah, tudung fashion lama punya 2! dan pakai selipar. Selekeh giler kan?! Tp alhamdulillah dapat keje jugak. Cuma HR Fajar 2 bg warning, "lain kali kalau nak pergi interview, jgn pakai selipar ya!"..saya ya kan aje. =D

Silapnya masa 2 bila kena interview nak job apa, saya kata x kisah mana pun asalkan dapat kerja. Sebenarnya saya nak job cashier. Saya suka berkerja dgn duit! Tp sbb nervous sgt, jawab mcm 2 je lah. Adeh. Sekali saya dapat job "handbag and shoes department". Hehe okey la. Asek dok pandang kaki org je la. Macam2 jenis, macam2 warna, macam2 bau! Sabor je lah!

Masa kerja mesti ada konflik dgn senior, bukanlah kena buli. Tp disebabkan name tag saya yg berjawatan "handbag and shoes department" 2, sy terpaksa jaga dua2 department. Dah la dua2 2 jauh2, nak kena berjalan. Aih, xpe2. Saya rasa diorg2 tu jeles saya dapat 2 job kot. Haha! =P

p/s : Saya harap sangat masa cuti sem ni saya dapat kerja. kalau boleh nak lah kerja yg profesional sikit. Bukan demand, tp nak cari yg bersesuaian dgn my education level jah. Wee.

Berdoa penuh harapan. Semoga dimakbulkan. Amin..:)

Lirik Lagu Aku Bukan Untukmu - Rossa

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

p/s : buat sementara waktu ni, hanya lirik2 lagu saja sebagai peng"up date" blog..
mood : unstable..=.=

Lirik2 yg terpilih ini adalah umpama gambaran sebenar buat diriku kini..
DILEMMA..!

Wednesday, 18 May 2011

Lirik Lagu Kita Serupa - Headwind

Kalau dapat ku petik bintang di awan biru
Kan ku sematkan ke dalam dada mu
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu

Begitulah janji ku kepada mu
Walaupun kau hanya menunduk bisu
Ku tahu kau terluka kerana cinta
Oleh dia yang tak setia

Nasib kita serupa
Bercinta dan kecewa
Mungkin dikau yang tiada menduga
Biar aku pilih mu
Mungkin dikau kan tahu
Betapa pilunya hati ku

Malah kau tuduh aku
Hanya menambah luka
Yang kini masih terus berdarah

Kita serupa... Kita serupa...
Hadir ku untuk mengubat luka
Kita serupa... Kita serupa...
Walau pun hati ku pernah di kecewa

Lagu ini didedikasikan khas buat bakal suamiku nanti..Hahaha..(Tiba2..:P)

Tuesday, 17 May 2011

Lirik Lagu Hanya Kepalsuan - Aiman

Rintik hujan menyaingi
Airmata yang berderai
Ku- menangisi bersemadi percintaan


Tiada kesetiaan
Hanyalah permainan
Jalinan ikatan
Kau dan aku bersulam kepuraanmu


Tiada kebenaran
Hanyalah kepalsuan
Kuhanya dibuai
Pendustaan yang telah kau lakar indah


Perpisahan melenyapkan
Tiap ruang bahagia


Tiada kesetiaan
Hanyalah permainan
Jalinan ikatan
Kau dan aku bersulam kepuraanmu


Tiada kebenaran
Hanyalah kepalsuan
Kuhanya dibuai
Pendustaan yang telah kau lakar indah


Bridge:
Aku lemas dihanyutkan
Pusar deras hingga (ke) dasar
Yang gelap tanpa cahaya pengharapan, oh


-back to chorus-


Oh, Kepiluan (kerinduan) sendirian kulayari


Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Ad Samad (Fighting Poet Sdn Bhd)

Lirik Menyesal - Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

...
^_^"


Wednesday, 11 May 2011

Terlalu Aktif..!

Salam semua..
Ce tengok pic bawah ni..^_^"

70 notification..?!
Hahahaha..
Macam porli den jo..
^_^"

p/s : mula2 tengok memang terkejut la..Last online pukul 12.30pg tadi..Online pukul 12tgah hari dah banyak macam tu..Fuyoo hebat2..Hahaha..
Hakikatnya 6,7 jek tadi..Hik..:P