Friday, 26 August 2011

Syok Jalan2 Tadi..^_^

Salam sumer!
Pagi tadi kampung ak dah tumbangkan dua ekor lembu.
Petang ni ak satu family pergi buka puasa dekat masjid. Makan free~
Pe citer dengan kawasan kediaman korang pulak? :)

Bukan itu yg aku nak cerita sebenarnya.
Seawal jam 8.30 pagi tadi, ak, mak n adik dah siap-siap nak keluar rumah.
Mak ak ada appointment dengan Dr. hari ni.
Ak pun drive la ke Hospital Jasin.
Tak lama lepas tu, settle satu urusan.

Kereta dipandu menghala ke Melaka Sentral pulak.
Nak pergi beli tiket bas untuk ak balik ke bumi Sintok.
Sebelum2 ni ak tahu jalan dari Selandar ke MC je.
Tapi hari ni, ak kena cross dari Jasin ke MC.
Nak xnak, redah je la.
Sempat jugak lah bukak google maps sebelum pergi. uhu~

So, dari Hospital Jasin ak turun menghala Kersang then ikut Taman Maju.
Menghala ke Bemban lepas tu ape ntah lagi.
Selamat jugak adik ak ikut sekali. dia tau sikit2 selok belok Melaka.
Ak punya ilmu pasal jalan Melaka memang zero!
Masuk punya masuk, akhirnya sampai ke MC.
Ak ingat nak naik bas Pnacaran Matahari, sebab itu je satu2nya bas dari MC terus ke UUM.
Tapi kaunter tutup pulak. Terpaksa la ak pergi kaunter bas AB Ekspress.
Selamat tiket ade kosong lagi. Alhamdulillah~

Okay, sekarang ak nak cari tudung pulak.
Dah jumpa!
Cari tudung adik ak pulak.
Dah jumpa!
Adik ak nak cari beg.
Last2 ak pun beli sekali.
Aih..~
Bila duit ada dalam tangan, memang abis lah! =.='

Then kitorang cari barang-barang mak ak pulak.
Mula2 cari muruku, keropok2. buat makanan raya nanti.
Tahun ni kitorang tak buat kuih raya langsung.
Semua kuih tunjuk je. So, tak berapa nak rasa kedatangan Syawal.
Ada la beli 2 macam. Lagi 3 macam dah order dekat orang kampung.

Destinasi seterusnya..
Mak ak nak cari balang nak letak segala macam kuih tunjuk tu.
So, ak decide nak pergi ke Cowboy! Barang2 kat situ memang murah!
Harga borong~
Tapi ak x tau jalan nak ke Cowboy tu.
Hanya berpandukan signboard, kitorang nekad.
Mula2 memang signboard Cowboy terpampang depan mata.
Tapi lama2 signboard tu semakin hilang.
Oh no~

Terpaksalah kitorang terjah je jalan tu.
Sampai satu simpang traffic light, kitorang pening.
Nak terus or belok kanan?
Selamat la lampu merah. ade masa nak berfikir.
At last, ak memutarkan stereng ke kanan~
Jalan punya jalan, sampai roundabout.

"Haa lin, nak ikut mane?" ak tanya adik ak.
"Masuk kanan kot," ada nada keraguan di situ.
Ceh, macam cerpen la pulak!
Senang citer, kitorang dah pusing kesemua hala roundabout tu, tapi x jumpa2 jugak.
Lastly, kitorang tanya orang.
Sebenarnya dari simpang traffic light tadi tu, kitorang kena terus.
5 minit lepas tu terus jumpa Cowboy!
Grrr..
Geram jugak tapi x pe la.
Pengalaman~
Bak kata adik ak, "kesilapan ini takkan berulang!" ehe..

Beli la sebarang dua barang.
Okay balik rumah ^_^
Sampai kedai Yap depan masjid.
Mak nak beli barang, tapi barang tak ade pulak.
Terpaksalah patah balik ke Selandar, pergi Pasar Mini Lai.
Haa..baru betul2 balik.

Dah masuk Lorong Chembong, mak ak suruh benti kat rumah Nek Teh.
Kuih yang order hari tu dah siap.
Sampai depan rumah dia ak pun parking la kete kat situ.
Tup2 ade anak teruna Nek Teh.
Bekas bakal suami ak. =D
Tiba2 lak jantung ak berdegup~
Tapi ak buat bodoh je la.
Dia nak pergi kerja. Baru lepas solat jumaat kot.

Tak jauh dari rumah Nek Teh, sampai la rumah ak.
Jarak sekangkang kera je pun.
Dalam kereta, ak tanya mak ak, "berapa umurnya tu?"
"Nak masuk 30 tahun dah"
Erk! Terkezut ak dengar~
Bukan apa, cerita 2,3 tahun lepas, masa mula2 ak menjejakkan kaki kat Melaka ni,
mak ak kata dia nak masuk merisik. Tapi mak ayah ak suruh belaja dulu.
Memang tak da jodoh ngan dia kot sebab tak lama lepas tu ak dapat masuk UUM.

p/s : tak lama lagi dia dah nak bertunang. hope mereka bahagia!
Hello~
Macam lari je dari title kat atas tu. Hurm ontah lah. Ak memang suke merepek!
Sebab merepek tu syok~
Syok tu.. Syok jalan2 tadi! *saja nak kaitkan dengan tajuk >_<

Monday, 22 August 2011

Tq to blogger Nizam Ijam!

Salam sumer!
Tadi ak terpaksa buat OT disebabkan kerja yg melambak..
Ramai yg order "Kerisek Mutiara"..
Dah nak raya la katakan~

Hari ni, ayah ak sbg pemandu van kilang, pergi ke port Klang..(macam pantun pulak)
Sebab kerisek ni akan di fly terus ke Sarawak..
Hebat jugak kilang ak ni..
Sampai orang Sarawak merasa air tangan kami..
Sedap! Ehe.. ^_^"

Balik2 tadi, abang ak bawak sampul putih..
Wah, ak dapat kad raye rupenye! *Excited =.='
Nak tau siapa yg kirim?


Haa..Nampak2? Jelas kan..
Siap ada pic dia lagi..
Kad raye ni design dia sendiri..
Credit to u Nizam Ijam ..^_^

Sebenarnya, sebelum ni pun ak ade dapat jugak dari Cik Nazurah Adila..
Tapi ak lupe buat entry..
Ak buat entry ni pun sebab ade pesanan dari En. Nizam kita ni..
Mai bace.. :P


Haa..Dapat baca x?
Kalau x, cuba click kat pic tok besarkan..
Ehe..
En. Nizam jangan marah2..
Nanti cepat tua!

p/s : Ak suka dapat kad raya! Thanks yup~


Friday, 19 August 2011

Teringin Jadi Novelis!

Salam sumer..
Hari ni lebih separuh bulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan..
Korang sumer mesti dah sebati kan. Tak liat nak bangun sahur n menantikan saat berbuka dgn penuh keceriaan di wajah! ceh..macam budak2 la pulak. Haha!
Korang berbuka ape td? ada yang dah ponteng puasa ke? :D

Ok2..sekarang ak nak meluahkan ape yg baru ak rase n pikirkan tadi..
Secara tibe2 je, otak ak berputar n terpikir nak buat cerpen!
Tapi alang2 nak buat cerpen, baik buat novel terus kan?
Novel ni, kalau ayat tersusun cantik, jalan cerita menarik, banyak perkongsian ilmu n info, & pandai bermain dengan emosi pembaca..Selit metafora sikit..Guna hiperbola..
Kompem!
Name novelis tu gah di persada dunia. Aicheh~

Tapi..nak mendapat nama segah macam tu bukan senang!
Byak yg kita kena belajar..
Bukan pakai hentam jek..
Penulis tanpa ilmu ibarat menulis di atas pasir yg hanya sesaat dua dihilangkan oleh ombak laut..
Penulisan yg mudah luput dr ingatan pembaca, bahkan mungkin pembaca hanya mampu melihat tanpa rase ingin tahu..=.=

So, mulai sekarang ak nak cube menyatukan diri dengan alam..
Memerhati gelagat manusia..
Mentafsir perilaku flora dan
Mentelaah gerak geri fauna..
Sebelum2 ni pun ak ade jugak belajar sikit ilmu2 ni..
Cuma tak berapa nak mengadaptasikan je..
Kena belajar dan terus belajar semula! :)

Lagi satu, hasrat ak ni semakin membuak-buak lepas dua orang blogger, member n adik ak sendiri dah berjaya menghasilkan penulisan diorang.
Nak bace x?
Dekat sini Nazurah Adila (kawan) & Sweet Are-Lynn (adik)..
Sudi2kan lah bace..Nanti boleh komen sebarang dua ayat..Hehe!

p/s : sepatutnya ak mula terfikir 3 bulan lepas. Nak buat dari sekarang tak sempat kot.
Dah nak raye. Pastu naik sem baru =.=
Aip!
Jika kau fikirkan ko boleh! Huhu. Tiba2 menyanyi lak~
Ok2 sekarang ak nak cipta watak n sipnopsis..
Layan tv dulu r! ^_^"


Wednesday, 17 August 2011

Berjinak2 dengan Fashion Tudung Hana Tajima!

Salam sumer! ^_^v

Tajuk ak nampak lapok kan?
Orang lain dah expert pakai.
Tutup mata pun leh lilit.
Seminit dah siap!
Ak pulak baru nak berjinak2.
Aisyh =.=

Raye tahun ni ak nekad nak pakai.
Fesyen Hana Tajima yg ak pilih.
Hahaha!
Sebelum ni ak penah kutuk style tu.
At last, ak balik termakan kata!
Nah, sekarang ak akui~
Fashion tudung Hana Tajima memang CUN!
Stylo gitu ^_^v

p/s : raye ni insyaAllah ak upload pic ak dgn menggayakan style tudung tersebut.
Nantikan yup! Seminggu ak praktis..hope time raye pertama ak pun cun melecun~
Ngeh..Ngeh..Ngeh.. =D

Tuesday, 16 August 2011

Saiz 40..Besar x?

Salam sumer!

Ak nak mintak pendapat korang je. Tapi tak sumer pulak kenal ak sepenuhnya kan. Lau yg penah tengok saiz badan ak mungkin boleh la bagi pandangan. Hurm xpe2.

Straight to the point!
Baju kurung siap yg biasa ak pakai saiz 36/ XS ; saiz paling kecik.
Tapi hari tu ak pergi shopping, nak beli baju kurung siap. Nak tempah, takut tak de sape nak ambik lagi. Kalau ade yg sudi pun mungkin dorang kenakan charge yg tinggi!

So, ktorang satu family straight pergi Mahkota Parade, Melaka. Bangga sikit cari baju kat town! haha =D
Cari punya cari, ade satu kedai ni, aku try 3 pasang baju, tp tiga2 ak reject. Kurang berkenan~

Then pergi kedai kedua. 'Haa, cantik dah baju ni!'. Tema raya tahun ni warna merah, mmg fokus kat warna merah je la. Tapi tinggal saiz 42 je. Memang besar r. Pastu ak berkenan baju kat patung tu. Dia punya cutting memang cun r! patung yg pakai kan~

Dialog ak dgn cik kedai :
ak : ni saiz berapa kak?
CK : biasa awak pakai saiz berapa?
ak : 36..
CK : ni saiz 38. boleh cube dulu!
ak : besar kot. xpe lah!
CK : (dah siap bukak baju dari badan patung smbil hulur kat ak) Cuba dulu!

ak pun cube lah. Kan dah kata besaq! Kain kena lipat 3x tuuu. Pinggang mmg longgaq~
Aku pun xnak la direct ckap xmo baju tu. Demi untuk mendapat alasan yg kukuh untuk ak menolak baju tu, ak pun try minx pandangan family ak. Baru nampak kewibawaan ak sebagai pelanggan yg berhemah! ahaks~
Hurm. Sebulat kata~
Ini jwapan mak, abg ngn adik ak : OK! (dgn muke punye excited tengok ak pakai baju tu)
reaksi ak pulak, erk! o.O"
Parah! Ak terkena jerat sendiri~

Pkir punye pikir, at last~
Ak beli jugak baju tu!

Menjelang malam ~
Tak boleh tido!! Kepala ak asyik pikirkan pasal baju kurung tu jek!
38..38..saiz 38..38..38..
Memang hati ak tak tenang..=.='
Pagi nak dekat sahur baru ak tertido, nak bangun sahur, muke memang minx disuapkan makan lah!

Pas makan sahur, mata celik sikit.
Akak ak nak tengok ak pakai baju tu. Ak pun pakai lah~
OK! reaksi yg same mcm mereka2 bertiga td. Aduh.
Last2 akak ak cube tgok saiz baju, saiz 40!
Lagilah giler otak ak pkirkan nye..grrrrrrrrr..

*kenapa cik kedai sanggup membohongi diri ini? oh, tidak! +_=

p/s : Bagi korg (gadis2), ok ke saiz badan kecik pakai saiz 40? Terlalu besar kan? Sokong lah ak! uhu~

By the way, special thanks to my mum coz tolong adjust kain pinggang jadi kecik sikit! Raye ni tetap kena pakai. grrrr. ~_~
mak ak pesan : buka pose jap g makan banyak2, bagi berisi sikit badan tu!

Monday, 1 August 2011

Sahabat yg Tak Akan Luput Dari Ingatan..!

Perkenalan yg sementara
Tapi mampu merapatkan lima jiwa
Sebulan 2 minggu telah berlalu
Kini aku belajar tentang rindu..

Rindu pada sahabat
Yang tidak pasti bila lagi akan bertemu
Jarak dan masa membataskan segala
Tapi ku yakin
Satu masa, satu ketika
Kita akan bertemu jua..

Detik permulaan penuh keraguan
Kerna takut tersalah pilih kawan
Tapi ternyata itu hanyalah tafsiran
Kini persahabatan terjalin membawa seribu kenangan
Yang tak akan pernah luput dari ingatan
Kerna itu setiap dari kalian
Aku abadikan menjadi satu coretan..

Detik berpisah pilu terasa
Menjemput rindu yg bakal tiba
Singgah resah di jiwa
Hinggap hiba di dada
Sudah tiba waktunya kita berpisah..

Tapi ingatlah
Pisah kita bukan terputus hubungan
Pisah kita bukan sendirian membawa haluan
Tapi pisah kita bersifat sementara
Perpisahan ini mungkin akan menemukan kita jua
Pada satu masa
Jika tidak di dunia
Harapanku kita berjumpa di akhirat sana..:')

Sayang korg sampai bila2..
Thanks sudi jadi sahabat yg baik..
& Thanks gak coz wat akak selesa sepanjang bekerja..sikit pun x terasa asing di bumi Sg. Buloh.
I will miss all of you.
Friendship Forever yup! ^_^
Take care~

Tuesday, 5 July 2011

1 Julai Hari Mengharukan.

1st of all, sorry coz lambat update blog.
Aku nak story kisah 1 Julai, even sekarang dah 5 Julai. =.=

Buat masa sekarang of course la aku asyik story pasal kerja kan.
Sejak kerja ni aku dah jumpa banyak gelagat orang. Banyak karenah. Banyak jugak pengajaran yang aku dapat dalam menilai dan mentafsir setiap individu yang aku serve.

1st bila aku baru open kedai, dah ada seorang yg dikategorikan sebagai datuk sebab dia nak beli baju untuk cucu-cucu dia. Mula-mula beli satu, lepas tu pilih lagi satu baju. Yang besar sikit saiznya. Aku expect diorang adik beradik, adik n kakak. Bila aku tanya, "beli untuk kakak dia pulak ke pak cik?". "Sepupu dia.". Sungguh! Kasih datuk yang tak berbelah bagi. Kasih sama rata untuk kedua-dua cucunya. :)

Kisah kedua, sepasang suami isteri yang bisu/ pekak. Aku kurang pasti. Yang pasti selama peristiwa 15 minit di hadapan aku, kedua-dua mereka sedikit pun tidak mengeluarkan suara tetapi hanya menggunakan bahasa isyarat. Aku yang berada di samping mereka turut mendiamkan diri sebagai tanda menghormati mereka. Dalam bahasa isyarat tu ada jugak la yg aku paham serba sedikit. Diorang nak beli kasut untuk anak perempuan mereka.

Kisah ketiga, dua pemuda berwarganegara Indonesia, dari segi pakaian dan percakapan mereka. Dari daerah mana aku kurang pasti. Kedua-duanya mencari baju untuk anak lelaki dan anak perempuan masing-masing. Sekali beli bukan sikit-sikit. Corak perbelanjaan mereka mengalahi orang Malaysia sendiri. Bukanlah itu yang aku sanjung, tapi kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walaupun berada jauh di perantauan mengerah keringat demi mencari rezeki, mereka tetap mengingati anak-anak di kampung halaman. 

p/s : 3 peristiwa yang mengharukan terjadi dalam satu hari membuatkan aku terus merindui keluarga tersayang di Melaka. Tapi tak pe. Aku dah decide bulan ni aku last kerja. Bulan 8 dah mula berpuasa. ^_^

1 Julai permulaan kisah ~