Wednesday, 7 September 2011

Di Saat Orang yg Kita Sayang ...

# Di saat orang yg kita sayang tak pernah peduli tentang perasaan kita, jangan dipaksa dirinya ..

Kita : Awak sekarang dengan siapa ye?
Dia : Kenapa nak tahu? Hurm..dengan si 'dia' lah!
Kita : Owh yeke? macam mana boleh kenal? dia baik x?
Dia : Kisahnya .. (bercerita dengan teruja). Tentulah baik! Haa..lega saya, thanks yup sudi dengar cerita saya!
Kita : Bestnya. Jeles saya. Saya suka la dengar kisah cinta awak, kalau ada apa2 masalah, boleh la cerita kat saya lagi kan?
Dia : yup! ^^

--> Biarkanlah dia dengan orang yg dipilih. Asalkan kita ambil kisah tentang dirinya agar kita tahu dia benar2 tidah tersalah pilih.

# Di saat orang yg kita sayang ditinggalkan kekasih, nasihatkanlah dia ..

Kita : Awak, janganlah bersedih. Anggaplah awak dan dia tiada jodoh. Tuhan dah merancang yg lebih baik untuk awak. Percayalah!
Dia : Tak pe. Saya ok! Awak jangan risau ye ..
Kita : Itulah yg lebih merisaukan saya, sebab saya tahu, awak tak ok. Saya paham perasaan awak saat ini.
Dia : (dengan suara menengking) Saya ok! Bila saya kata saya ok, saya ok lah! Kenapa tak paham bahasa sangat ni?! Dah pergi jauh2. Saya nak bersendirian..!

--> Andai situasi begini terjadi, janganlah sesekali kita berkecil hati. Anggaplah dia perlukan masa, bukan tidak memerlukan kita. Dari jauh doa dikirim dan janganlah kita meninggalkannya bersendirian tanpa berteman.

# Di saat orang yg kita sayang gembira bersama kekasih baru, luangkanlah masa mendengar kisah bahagianya semula..

Kita : Macam mana hidup awak sekarang?
Dia : Bahagia! Saya happy sangat. Dia beza sangat dengan perempuan lain. Dia pandai ambil hati saya, romantik! ^^ Dahlah cun, sopan pulak tu. Ehe..!
Kita : Wah, untunglah awak kan! (lafazkanlah walau hati pedih melawan kata supaya dia lebih gembira!)
Dia : Memang saya rasa sangat bertuah! Awak pula macam mana? Dah ada pakwe?

--> Biarkanlah persoalan itu tidak berjawab. Jangan sesekali kita mengiya / menidakkan kerana soal hati usah dibohongi. Parah kesudahannya nanti. Bersabarlah hati.. =.=

# Di saat orang yg kita sayang berkahwin dengan orang lain, redhakanlah dirinya ..

Kita : Tahniah awak! Kisah cinta awak berakhir dengan sekali lafaz ijab dan qabul. Syukur Alhamdulillah ..
Dia : Terima kasih. Jutaan terima kasih sebab selama ni awak sudi mendengar luahan hati saya. Hehe! Saya dah ada peneman setia hingga ke akhir nyawa. Awak bila lagi?

--> Usahlah tersentap dengan tutur bicaranya. Bukan bermaksud kita akan dilupa cuma kisah cerita dia hanya akan kita dengar sekali sekala saja. Berbahagialah di hari bahagianya!

++> Selesailah sudah satu tugas untuk membahagiakan sekeping hati milik orang yg kita sayang! Kini, bermulalah kisah pencarian cinta untuk hati remuk milik sendiri.
.. "Di kejauhan jarak dan masa, ku berdoa agar ada yg lebih baik untuk diriku. Bukan bermaksud melupakanmu, tapi yg berlalu biarlah terus berlalu. Entah bila hati ini akan rasa bahagia, seperti bahagia yg dikau rasa" ..

Ya Allah .. 
Seksanya tika hati terguris. 
Sakitnya bila hati terhiris. 
Pedihnya saat hati merintih.
Pilunya hatiku menangis!



p/s : layan perasaan .. :')
Hasil nukilan Mia Lydia sendiri.. =.=

Tuesday, 6 September 2011

Kad Raya yg Dinanti!

Salam sumer!
Haa..tajuk macam kad raya ni dari special friend je kan?
Ngee..Tak de maknanye!
Sebenarnya, sumer member2 yg nak post kad raye ni, depa minx alamat siap2.
So ade 3 orang yg minx alamat rumah ak.
Jadi memang ak expect akan dapat 3 kad raya la kan..(sebenarnya mengharapkan lebih!)
Tunggu punya tunggu, sampailah 2 kad raya dari Nizam Ijam dgn Nazurah Adila.
Tadi adik ak baru balik kolej, dia tengok ada surat dlm peti surat!
Haa..~

From : Fiqrurazi, Skudai, Johor.
Ucapan : Selamat hari raya, bla..bla..bla..
Sian kad raya ni sesat dlm 3 hari agaknya.
Sebab dekat kad raya tu ada tulis nama ayah ak.
Orang kg mana la nk kenal ak ni.
Budak fiq ni pun 1..dia tulis nama ak, xde binti pulak.
Mesti penat posmen cari alamat umah.
Sebab member ak ni tulis mcm hamprak! tak betul. (salah letak koma =.=)

Haa tengok2..Dia start tulis 29/8..
Pejabat pos cop 2/9..
Sampai rumah ak 6/9..
Setem = 50sen..

Member ak guna setem 30sen, kad raya sampai rumah 2 hari lepas tu. Sian kad ni. Terkapai2. Huu~

Kad ni ak tengok unik! Sebab ade lukisan. I like ^_^
Nak tengok, nak tengok x?

Tarra! hehe..
Fiq ni mat rockers! tu siap dia lukis gitar kapak dia tu..:)

p/s : thanks to u all coz bg ak bende yg dpt ak simpan sampai akhir usia. chewah!
tahun depan ak balas kad korg yup. InsyaAllah. ehe. :D

Wednesday, 31 August 2011

Seksanya Bila Jerawat Di Hidung. Adoi!

Salam sumer!
Hye :)

Tadi masa aku cuci muka, tiba2 sakit sangat tang hidung.
Ouch..!
Aku tengok kat cermin, aduhai..
Jerawat rupenye. Errr.. ~_~
Sakit ...

Tak tau la bila nak hilang jerawat ni. Huu..
Aku paling tak suka bila jerawat tumbuh kat hidung.
Lau kat dahi pun same. Sakit~

p/s : kalau kulit berseri tanpa sebutir jerawat pun lagilah bertambah OK! ;)
Tapi aku tetap bersyukur atas apa yg ada. Alhamdulillah. ^_^

Aku jenis cool, tapi..!

Salam sumer!
Sekarang tv3 tayangkan cerita Syurga Cinta (movie)
Korang pulak buat ape? :)

Ok. Aku nak cerita pasal sikap cool aku ni.
Kalau ada orang kata aku perasan sebab puji diri sendiri cool, aku tak kesah! hehe..
Memang ramai cakap aku nampak cool tapi berapi!
Bila orang naikkan api kemarahan aku >:

Orang kata, orang pendiam bahaya! Dalam diam buat keputusan.
Orang cool pulak, sekali dia marah, singa jantan di hutan belantara pun mengeow!
Ahaa..Dahsyat x? :)~
Jangan buat main.
Orang cool bukan untuk dibuli, bukan untuk dipijak.
Bagi la sikit respect pada orang berhati cool macam aku ni. ^_^"

Ok, sekarang dah ada orang terdiam.
Siapa nak disalahkan?
Ada orang terasa hati?!
Aku mintak sorry yup. Haks =D

p/s : puasa sebulan, raya pun sebulan. So, sempena raya ke-2 ni, aku mohon ampun dan maaf zahir batin! uhuhu.. >_<

Tuesday, 30 August 2011

Hampir-hampir Bertunang.

Salam sumer!
Tajuk macam suspend kan?
Haha..

Tadi aku berhenti online jap.
Pergi raya umah 'orang jauh' (jiran depan umah)..
Tengok syok on9, mak aku suruh siap-siap nak pergi beraya..
Ni yg paling aku malas nak bersiap!
Aku pergi lewat sikit..(minx adik tunggu jap) :)
Siap ala kadar je (pakai baju kurung adik + tepek bedak semata!)
Kompem muka aku nampak pucat macam mayat +_=
Lantaklah. Layankan aje ~

Sampai rumah jiran, aku tengok ramai tetamu.
'uit, ade kenduri ke ape ni?'
Aku ngan adik masuk jugak la.
Dah sampai gate, tuan rumah pun dah nampak kitorang.
Takkan nak patah balik kan..

Last2 aku duduk sebelah nenek separuh abad.
Borak rancak! nenek tu dengan mak aku la.
Aku diam je. Kadang2 je tergelak.
Lau lawak diorang tak berapa nak menjadi aku senyum jek!
Senyum sinis. Haha. =P

Borak punya borak, ade la sorang pakcik ni tanya dekat kawan dia,
"anak ko berapa orang?"
Nenek ni terus potong cakap, tak sempat kawan dia nak jawab.
"Alaah! tak payah tanya la pasal anak. Buat malu je. Nanti jawapannya 3 orang. 4 orang.
Dulu, anak berapa? 8, 10,14 orang!" aku tengok muka nenek tu cakap penuh bersemangat~
Pakcik2 tadi tu pun terdiam. Hormat pandangan orang tua kot.
Itu zaman dulu kala kan. Tak boleh nak samakan dengan sekarang. :)

Last2 rombongan nenek tu dah nak beredar.
Diorang ni memang ramai giler r!
Dekat 30 orang gak kot. Lau aku jadi tuan rumah, memang tak terlayan la semuanya...
Layan yg berkepentingan je.
Dalam rombongan tu, aku tengok ramai jugak la orang bujang.
Ade yg nampak budak2, ade yg cute!
Aku dok usya yg cute tu je dari mula sampai..hehek..cuci mata :D

Dah salam dengan makcik2, turn salam dengan nenek pulak.
Tiba2 dia tanya aku, "ko dah bertunang belum?"
Wah nenek ni. Ade ke itu yg ditanya?
Dengan tersipu-sipu malu aku jawab, "belum lagi". sempat la aku selitkan sedikit tawa. huhu +_+
"eh apo lak ae ko tak tunang lagi? boleh la tunang dongan cucu nenek."
Haa parah!

Dia sambung lagi, "jap2..achik! achik2". Dia panggil cucu dia.
Aku dah cuak ni! Biar betul nenek ni.
Tak sanggup aku termasuk antara golongan orang yg jodoh ditentukan keluarga. uhu~
Aku cakap cepat2, "takyah3".
Tapi nenek ni panggil lagi, "achik". Lelaki tu dah pandang pun.
Aku ucap, "astagrfirullah al 'adzimmmm!".
Terus nenek tu cakap, "eh, nenek gurau je"..
(kalau lelaki cute tu nak dijodohkan ngn aku tak pe gak! bhaha)

Aku tanya adik, "nampak macam marah ke suara orang tadi?"
"Ha'ah!"

p/s : patut la aku tengok muke nenek tu macam cuak je! agaknye dia terkejut aku cakap mcam tu kot! haha..sape suruh mandai2. Sorry nek! Selamat Hari Raye. Ehe!
aku nak kawin dengan orang yg aku betul2 kenal jek. (Tapi nak cakap lebih pun tak leh jugak =.=)

Happy Raya!

Salam sumer!
Amacam raya korang?
Happy tak?
Aku happy gila raya tahun ni..
Kenapa?
Sebab aku terima bertubi-tubi pujian!
Ahaks..

Nampak macam perasan bagus kan?!
Ngee~
^_^"

Sebenarnya 2 hari sebelum raya, aku dengan adik pergi salon ---> rebonding rambut.
Harga boleh tahan jugak. Tapi so far, aku memang berpuas hati la!
Guna jari pun boley. Haha :D
Ramai la sanak saudara aku bagi pujian.
Depa kata, aku nampak ayu dengan rambut lurus! euw..Malu2.. >_<

Lepas tu baju raya aku yg bersaiz 40 tu, depa kata cantik! Berstyle artis..ehek :P
Dengan bangga aku memperagakannya. Eicheheh.
Masa pergi solat raya, aku just pakai tudung sarung biasa je.
Sampai rumah nenek aku, aku pun mekap-mekap la sikit.
Kasi naik seri wajah gitu!

Ak kenakan style selendang Hana Tajima~
Selendang tu agak labuh.
Mula2 pakai rasa macam serabut, tapi depa kata "wow!"
Sampai mak lang ak tanya, "ummi x teringin nak masuk ustazah pilihan ke?"
Fuyoo~~~ (x layak langsung =.=)
Sampai ke sudah aku kena bahan "ustazah pilihan". Adeh!
Tapi kalau betul pun suke jugak aku.. Hehe.. :)

Dekat rumah nek su tadi,
Pandak aku ada wat record sembang borak kitorang tadi.
Sepupu aku cakap, sekarang nampak macam ustazah, dalam selendang, rebonding tu~~
Waa..ak tak terkata apa la.
Mampu gelak + senyum je.
Tapi itu yg buatkan aku betul2 have fun!
Hope raya tahun depan, ceria chill cool macam hari ni jugak.
Sonok3.. ^_^

p/s : sorry, tak leh nak upload picture. Nanti ade orang tegur! ehe.. ^_^"

From : Uncle Google je.. :)

Friday, 26 August 2011

Aduhai Kaum Lelaki!

Salam sumer!
Enrti kali ni ak nak bercerita pasal lelaki.
Pandangan ak terhadap kaum adam ni.

1st thing, lelaki tak perlulah nak wangi harum semerbak kasturi.
Perfume sembur sikit2 sudah la. itu lebih stylo kot!

2nd thing, lelaki tak payah la nak cover-cover sangat.
Rileks2 sudah. Simple lagi bagus. itu lebih macho tau!

3rd thing, lelaki tak payah la nak melicinkan kulit sangat.
Tangan kasar, muka tak bersih sangat pun tak pe.
baru nampak kacak!

p/s : kesimpulannya di sini, ak bukan nk kutuk ke ape.
cume ciri2 lelaki yg begitu inginkan kesempurnaan dalam hidup dia, org prempuan tak suke sangat sebenarnya.
so x heran la bile lelaki kacak but still single.
Personally, makin kacak lelaki tu, makin tinggi ego yg dimiliki.
Kalau natural kacak, syukur.
tapi lau yang buat2 kacak tu, please la..geli ak tengok! haha :D

kalau ade yg kurang paham apa yg cube ak sampaikan, minx sorry yup..
ak memang lemah dlm bab penulisan..hehe..

*ak suke lelaki kulit sawo matang + simple + stylo! ^_^"