Tuesday, 4 October 2011

Hobi Lama Kembali.

As Salam~

Hidup ni, masing2 mesti ade hobi tersendiri kan?
Ape hobi korang?
Ade yg xde hobi?
Ok, ak x heran..
Sebab ak sendiri pun kdg2 xtau ape hobi ak..
Tapi ak paling suke tido!
So, boleh ke kata yg hobi ak TIDO?

Sebenarnya ak nak tunjukkan benda ni ... :)

korang penah main x?
mainan game zaman ak skola rendah dulu!

p/s : baru beli tadi!
pasni kalau bosan, boley la ak main game~
kalau mak abah ak tau, abis la. uhu. >_<

AWAS! Jangan Jadikan Kerusi No. 2 Sebagai Tempat Pilihan..

Salam..
Hyep sumer~

Kalau baca tajuk entri ni betul2, mesti tertanya2 kan?
Kenapa, kenapa wey?
Pe masalahnya ngan kerusi no-2 tu..?

Hurm..

Tadi ak dengan course mate ak naik bas nak pergi changlun..
Tengah syok layan feeling di bawah nyaman angin aircond,
TIBA-TIBA!!!
Keretak kerutuk tuk tuk tuk tak tuk tlatakkkkkkkkkkkkk.....

Bunyi x tipu r, punya kuat!
Bawah kerusi ak rasa macam ada benda menendang2..
Selipar ak tak semena-mena tercampak terpelanting..
What's happen?!

Tayar pecah~

Arggghhh..
Alhamdulillah bas tak hilang kawalan..

p/s : ak duduk kat kerusi no-2, belakang driver.
Kat situlah tepat2 lokasi atas tayar bas..
So bila tayar pecah, getaran yg paling kuat akan dirasai oleh penumpang yg duduk kerusi NO. 2..
Gegaran tu membuatkan otak ak sedikit pening..
Tapi jiwa yg tenang n hati yg cool telah menenangkan keadaan..:D

For students uum, sape2 yg x percaye, sok lusa korang naik bas unic no. 5,
tengok kat kerusi yg ak cakap tu, lantainya dah menggelembung ke atas disebabkan tekanan tayar yg pecah~ =/=

Gambar Hiasan
Sebelum bergerak berjalan kaki ke Changlun, ak sempat tgok tayar bas yg pecah tu..
Memang pecah abis!
Nasib je kami masih selamat.
Alhamdulillah..Syukur padaMu ya Allah..

Friday, 23 September 2011

Betapa Nikmatnya Tersenyum Selepas Melepasi Saat Duka

Lumrah orang hidup di dunia.
Suka duka, riang ria datang silih berganti.
Untungnya seseorang itu bila dia sentiasa berbahagia.
Namun ruginya kerna dia tidak merasa nikmat berduka.

Duka hati dan rasa yang datang bukan di minta.
Tetapi kita harus menerimanya.
Terima dengan hati redha. Hadapi dengan jiwa syukur.
Saat ujian menimpa kita, lafazkanlah kata syukur.
Kerana ujian itu bermakna Allah mengingati kita.
Allah sayangkan kita. Allah tak pernah mengabaikan kita.

Segala rasa yang wujud dalam diri kita adalah anugerah dari Allah.
Dia ingin melihat sejauh mana hamba-hambaNya belajar untuk bersyukur.
Dia mahu mengajar kita dalam diam.
Tanpa sedar kita belajar.
Ditanamkan rasa kental dalam jiwa, untuk tempuhi segala dugaan.
Kadang kala kita sendiri tidak sedar akan kelebihan yg kita peroleh.
Kerana itu Allah menguji.
Terima kasih ya Allah.

Selepas segala pahit maung duka derita lara berjaya ditempuhi.
Pasti bening dingin mengalir deras di pipi insan diuji.
Bukan tangis kecewa yg dihamburkan, tapi tangisan gembira tanda kesyukuran.
Alhamdulillah.
Akhirnya senyum manis terpancar di wajah.
Betapa manis dilihat dari jauh.

Tabahlah wahai insan, saat dirimu diuji.
Kentallah wahai kawan, bila dirimu dibenci.
Cekallah wahai hati, tika jasadmu disakiti.

Ak hanya berserah pada Ilahi.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang.

p/s : Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. :')

Permainan Jalan Sopan

Assalamualaikum.
Sekarang ak dah tau macam mana permainan jalan sopan ni.
Korang nak tau?

Mula-mula setiap kumpulan perlu ada 4 orang ahli.
2 daripada 4 orang tadi akan diletakkan 50 meter di hadapan 2 orang lagi.
Senang citer, giliran bergilir2.
Ok!

Lepas tu setiap ahli kumpulan akan diberikan 4 helai kertas.
Atas kertas tu ada beberapa soalan.
Bentuk soalan adalah mengisi tempat kosong.
Ak sempat memikirkan jawapan untuk soalan pertama.
Tapi bukan itu permainannya. Huh! =.=
Soalan tu xde kena mengena langsung~

Sebenarnya 4 helai kertas tadi perlu dikepit.
Nak kepit tang mana?
2 helai kertas dekat bawah ketiak kiri n kanan.
Sehelai bawah dagu.
Dan sehelai lagi kepit di lutut.
Haa..dapat bayangkan x posisi badan korang?
Sangat CHUMIL kan? :P

Akhir sekali, bila wisel ditiup ..
Apa lagi, lari lah.
Chet..chet..chet..chet..chuit..
Dengan penuh sopan lagi santun.
Sweet x? :D

p/s : setiap permainan mesti ade tips untuk menang.
Permainan ni pun sama! apa tips nya? Korang pikirlah sendiri. Hekhekhek.
Selamat mencuba permainan ni. This game so "fun"! >_<

Acara Jalan Sopan. Apa Tu?

Salam sumer!
Haa..korang penah dengar x acara jalan sopan?
Seriously, seumur hidup ak yg dah hidup 22 tahun ni..
Tak pernah dengar lagi acara jalan sopan..
Lau jalan katak, jalan siput, jalan-jalan tu,
Pernah la jugak dengarnya...

Jap lg, kol 3 petang, ak dengan 3 kawan lagi nak pergi masuk acara tu la.
Tak tau la macam mana pertandingannya tu.
Just wait n see je lah!
Ok nak gerak dah~
Bila dah tau macam mana jalan sopan tu nanti,
aku update lain.
Hehe..

p/s : jangan jalan yg memalukan diri suda! =.=

Wednesday, 21 September 2011

2 Kali Kena Tinggal Bas yg Sama. Huh!

Hari ni aku ada 3 kelas.
9.30-11pagi - Kelas Pengurusan Operasi.
11-12.30ptg - Kelas Penyelidikan Pemasaran.
3.30-5.00ptg - Kelas Pengurusan Jualan.
Oleh sebab gap between 12.30 dgn 3.30ptg tu terlalu lame,
ak decide nak balik bilik je.
Basuh baju n makan.

Pukul 2.45 ptg ak dah siap complete.
Tapi kalau turun awal2 mesti sampai kelas awal sgt.
Ak tak la skema mana nak datang kelas awal2 ni.
So pukul 3 baru ak turun g menunggu kat bus stop.
Tunggu sampai pukul 3.15ptg, bas x datang2 lagi.
Biasa pukul 3.15ptg mesti ada bas.
Orang makin lama makin ramai berkumpul.
Aih parah! Ak kena berebut la nampaknya nanti~

Pukul 3.25ptg baru bas sampai.
Students memang terlampau ramai.
Tak muat nak sumbatkan dalam satu bas.
Ramai yg berasak2, tak kurang jugak ak.
Bila bas mula nak penuh, students akan jadi lebih hiperaktif!
Tolak menolak tu lumrah.
Akhirnya ak dapat capai besi pintu bas.
Cepat2 ak naik!

Tapi malangnya, ak dapat naikkan satu kaki je.
Nak naikkan satu kaki lagi tak muat.
Ak rayu biar orang depan naik lagi sikit.
Tapi memang padat.
Dekat 30-45 saat jugaklah ak buat muka kesian.
Last2..
Bup~ Ak loncat turun dari bas!
Pastu pintu tertutup.
Tinggallah ak dengan muka terkulat2 + minta simpati.
Hampeh~
Orang yg baru datang bus stop pun lepas naik,
ak pulak yg tersadai.
Tinggallah 9 students lagi yg senasib dengan ak.

Lepas 5 minit menunggu..
3 students India + sorang student Cina pergi ke kelas jalan kaki.
4 students Cina + 2 students Melayu termasuk ak nekad tok tunggu bas lagi satu.
Malas nak jalan kaki!
Pukul 3.36ptg baru ak dapat naik bas.
Akibatnya ak lambat masuk kelas la tadi~
Grrr. Malu kot masuk kelas lambat.
Even ak tak skema, tapi ak bukan budak nakal.
Fullstop!

Dalam kelas tadi best!
Sebab dapat lecturer sempoi. Hehe.
Kol 5 balik kelas.
Sampai je depan bus stop,
ak dah nampak bas ak gah berdiri kat situ.
Ak terus lambai kawan ak n nak naik bas.
Mula nak naik dari pintu belakang, tapi pintu belakang ramai orang.
Pintu depan cuma ada 3 orang lelaki je.
Dalam hati ak cakap, "ape la diorang ni nak berebut sangat kat belakang ni,
tak nampak apa kat depan tu sikit orang?"
Ak pun cepat2 pergi ke pintu depan.
Sampai muka pintu depan bas, baru nak angkat kaki.
Laaa..Dah penuh lagi?
Ak tengok no bas.
Bas yg sama masa ak kena tinggal tadi.
Aisyh..apelah nasib~
Ak toleh belakang, budak2 yg berebut dekat pintu belakang sumer berjaya naik.
Tu la ak, bajet senior sangat!
*_*

Antara pukul 2-5 ptg, tu memang waktu kemuncak.
Kalau orang luar datang,
Mesti terkejut tengok bus stop uum sesak dengan students tunggu bas je.
Ak tengok keliling, ramainya pesaing~
Sah ak kena berasak lagi.
Dari jauh ak nampak bas no. 1.
Ak aim bas tu tak berkelip.
Sampai depan bus stop, acara asak mengasak dimulakan.
Aksi ni tetap akan berlaku walaupun tiada hadiah yg disediakan.
Cuma dapat ganjaran je.
Ganjarannya, dapat naik bas dan sampai bilik awal!
Tak lama lepas berasak, yes!
Ak dapat naik.
Walaupun berada depan muka pintu bas.
Dari dalam bas ak tengok muka2 students lain yg x dapat naik.
Mungkin macam tu la muka ak masa kena tinggalkan tadi.
Sangat sadis! HAHA :D
Dalam hati ak berbicara "ak balik dulu ye kalian!" :P

p/s : moral of the story..
1. Bila dah siap awal, turun ler ke bus stop awal. Tak la kena berebut naik bas.
Yg penting kita dah ada kat depan kelas. LEBIH BAIK DATANG AWAL DARI LEWAT!
2. Hidup jangan berlagak sangat! Padan muka ak kena tinggal bas wat kali ke-2. Huhuh!

Apa Hubungan Aku Dengan 'S'?

As salam sumer~
Baru lepas basuh baju yang berlambak..
Aku basuh baju ikut mood..
Mood aku pulak ikut cuaca..
Sekarang bumi yang ak pijak musim hujan..
Mood pun slow motion jek~
Tempat korang panas terik x?
Nak mintak tumpang ampai baju kat tempat korang boley?
Hehe..:D

Ok2..
Apa hubungan ak dengan 'S'?
Siapa 'S' tu?
Syahir kah? Syamsurikah?
Atau Salman Khan?
Uit bukan3 ...
'S' tok entri ak kali ni,
ak nak cerita pasal tempat2 yg ak pernah tinggal..

Ni lah tempat2 bangun jatuh ak dari kecik sampai sekarang~
1989-1991 ~>Sg. Way, Selangor.
1991-2008 ~> Semenyih, Selangor.
2008-Sekarang ~> Selandar, Melaka. (rumah)
2008-Sekarang ~> Sintok, Kedah. (tempat study)
Jun - Julai 2011 ~> Sg. Buloh, Selangor. (kerja sementara)

Haa..tarra~~~
Kebanyakan tempat jatuh tergolek, riang ria, suka duka ak..
Mesti dekat nama tempat yg bermula dengan huruf 'S'..
Suratan atau kebetulan?
Kalau ak dah kawin t, pindah kat tempat mula dengan huruf 'S' jugak,
boleh masuk MASTIKA ak ni. Hehe!
Bajet popular!


p/s : Jangan nama husband ak mula dengan huruf 'S' jugak suda.. ^_^"

miSteri jugak raSanya.. ~_~