Thursday, 8 December 2011

Nikmati Kesegaran Kopi Fajar Menyinsing

Poster Gabungan 3 Jenis Kopi Fajar Menyinsing

Produk tempatan keluaran syarikat bumiputera ini menawarkan 3 jenis kopi yang kini semakin gah di pasaran!

                 
Aroma yang menyegarkan
Rasa yang menyelerakan
Jom minum kopi sekarang!

Packaging setiap satu..
Harga pasaran :

Kopi 'O'         - RM 1.00
Kopi Tarik     - RM 1.50
Kopi Putih     - RM 1.50

1 Papan        - RM 20.00

Jangan lupa dapatkan segera
Sementara stok masih ADA!

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ;

Perniagaan Fajar Menyinsing
(Kopi Osman Ahmad)
2058 JALAN BESAR,
14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN.
Telefon : 04-5934368
Fax: 04-5934368






Saturday, 3 December 2011

Bila Otakku Buntu + Bercelaru.

As Salam.
Fruhhhhhhhhh..
Pergh! Berdebu ..

Lama betul ak tak update blog ni.
Busy mengalahkan menteri.
=,=

Hari Isnin ni mid sem paper Mandarin III..
Preparation tak cukup mantop lagi.
Tapi harapan ak tinggi tok ak lulus cemerlang subjek ni. ehe!

Jadi students ni enjoy!
Takyah riso pasal duit..
Boleh bangun ikot suke..
Tido bila2 mase..
Layan movie sampai pagi buta..
Berfb 24 jam boleh je!
Enjoy kan?

Tu semua masa awal2 sem la..
Dapat assignment semua tolak tepi..
Lecturer mengajar dok berangan..
Join program sana sini..
Al maklumlah banyak sangat masa terluang..

Bila hujung2 sem ni..
Assignment gedebuk! Siapkan. Submit esok.
Mid sem beratur menunggu! Study smart. Muka serius je.
Member ajak lepak pun dah tak de masa..
Nak huha huha macam awal sem memang tak lagi la..
Fokus. Fokus. N Fokus ~

Bila study tak sesmart dulu..
Otakku buntu beserta celaru..
Otak tahu mana satu yang nak dibuat dulu..
Oh Tuhan, bantulah daku..

p/s : kembali tenang selepas mendengar suara ayahanda n bonda.
semoga kesungguhanku diiringi doa mereka.
aku perlu berusaha dan terus berusaha.
demi untuk melihat, mereka berbangga.
dengan apa yang ak lakukan.

Fuhhh! *menghirup udara nyaman tanpa memikirkan sebarang beban.
untuk seketika, aku berasa lega. ^_^"

SUCCESS ... I WANT!

Tuesday, 15 November 2011

Hidup dan Masalah

Hidup tak pernah lari dari masalah.
Masalah yang datang menerpa kadangkala tidak mampu ku tepis.
Hanya titis-titisan air jernih yang berderaian peneman setia di kala ini.
Ingin ku luah takut orang tak endah.
Ingin ku kongsi takut cerita dicanang sana sini.
Bukan bermaksud tak mempercayai sahabat sejati.
Namun biarlah.
Sampai ke saat ini, biarlah aku tanggung sendiri. ~

Di kala pagi sepi diiringi suara merdu renyai hujan di balik jendela.
Terkhayal aku dengan perasaan hiba.
Hati sayu dihiris pilu kadang tersiat dengan perangai si manusia.
Hitam sungguhkah hatimu hingga langsung tak mempunyai rasa?
Bersihkan segera sebelum lebih ramai yang menderita.
Merana oleh perbuatan kau yang haloba!

Hidup di dunia hanya sementara.
Jangan kau terpedaya dengan hal-hal dunia.
Dalam ketawa nasihat diberi.
Dalam senyuman kata kiasan dilontarkan.
Sedarlah kau wahai insan.
Jagalah hati teman-teman.

Luka yang lama belum pun sembuh.
Kau darahkan kembali dengan menghiris.
Beserta garam engkau taburkan.
Mengapa begitu busuk hatimu itu?
Saat masalah lama, masalah yang sama kau bangkitkan kembali.
Begitu sukar untuk ku beri kemaafan.
Hilang tandus tertanam terkubur
Segala kepercayaan yang pernah aku semaikan.

Andai ini jalan yang kau pilih.
Teruskanlah.
Teruskanlah usahamu dalam menjejak pencarian seribu.
Entah apalah yang kau buru.
Cuma ku ingin kau tahu.
Hatiku pilu menanggung malu.
Jangan pernah kau cuba sakiti hati insan lain.
Pedih yang ku lalui biarlah ku rasai seorang.



Saturday, 12 November 2011

Cuti Lama Menambahkan Rindu!

Salam all ~
Korang kat mana sekarang?
Kat rumah? Syok nya!
Aku selamat sampai ke bumi Sintok pukul 5 pg tadi.
*saja nak kecoh2. Huhu!


Hari tu kami dapat cuti lebih dari 2 minggu.
Bila dikira dengan teliti cuti ak
18 hari bersamaan 2 minggu 4 hari!
Mula2 dengar cuti 18 hari rasa macam lama
Tapi sekejap jek =,=
Time nak berangkat balik tu rasa macam tak puas cuti.
Lau tambah cuti tak leh ke? Hmm

Masa cuti semester hari tu, dekat 3 bulan!
Lagi lama. ~~~
Aih, ak rasa cuti lama ni buat ak semakin home sick!
Aiyak.
Rasa nak balik rumah balik.
Rindu ~~~~
Huaaaa. Gedik plak ak!


Miss..Miss..Miss! =.=

p/s : bila homesick ni nak hilang?

Thursday, 10 November 2011

Renungilah Teman

Lagu dari Kumpulan Alleycats

Maafkan aku wahai teman tersayang
Maafkanlah sekiranya teguranku melukakan
Demi Tuhan ku lakukan semua dengan keikhlasan
Demi untuk melihat hari mukamu bahagia ..

Ingatlah teman jangan berlebih ketawa
Mungkin itu kan membawa kita hampir dengan duka
Kita tidak tahu yang bakal berlaku
Seperti kita tak bisa mengawal gerak cuaca ...

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara
Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan ...

Apa yang terjadi teman jangan ditangisi 
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman ...

Ikhlasku teman memberimu peringatan
Melihat kau bahagia itu yang lebih bermakna
Sekiranya nanti aku tiada lagi
Sematkan dalam ingatan sebagai tanda kenangan ...

p/s : best kalau ulang lagu ni banyak2 kali.
Ak pernah nak karok lagu ni, tapi xde dlm list lagu. uhu~

Tuesday, 8 November 2011

Tentang Bulan Mengimbau Kenangan Silam

Korang mesti pernah tengok filem Tengtang Bulan kan?
Filem kanak-kanak komedi.
Arahan Ahmad Idham.
Tahun 2006.
Masa tu berapa umur korang?

Lepas plus minus umo ak dalam belasan tahun.
17 tahun kot. Time Form5.
Zaman hingusan dah rapi sikit la.
Hehe!

Sempena Hari Raya Aidiladha ni,
TV3 tayangkan cerita ni tadi.
Kol 10-12 mlm.
Ak 1 family dok layan.
Even citer old school, tapi sentimental value tu tinggi.
Banyak bagi impak kat feeling & mind ak.

Bila ak letakkan diri ak sebagai Syahila a.k.a Ila,
Memang sedih. Sadis ~ *sebab ak pun perangai macam laki gak dlu.
Bergenang je air kat kelopak mata ni.
Aicheh! Lebih2 lak. Hukhuk.

Keseluruhan cerita, sempoi + terbaek.
Belum pernah lagi filem kanak-kanak yg lain menambat hati ak setakat ni.
Ada ke filem kanak-kanak yg lain?
Ak pun xtau. Huhu.
Ak bagi 4 dr 5 bintang. Yeah!

Bulan tu menjadi saksi kepada 5 sahabat! ^^

p/s : saat terimbau kenangan silam, hanya senyuman yg terukir di wajah. sangat indah! :)

Thursday, 3 November 2011

Dah Jumpa Kembarku! ^^

Alhamdulillah.
Hari ni genap sudah usiaku yg ke 22 tahun.
:: 3 November 2011 ::

 
Yeaaa haa.. ^^

So dalam kawan2 fb dok wish bufday,
Ak pun tengok jugak.
Birthday sapa lagi hari ni.
Haa jumpa!
1. Adib Abdullah (sama SMK Engku Husain dulu)
2. Nur Syahida a.k.a. Syeeda Saniey ( sama UUM) *follower dia ramai. mesti ramai kenal. ^^
3. Hidayu Hadzin (Langkah Kanan)

Dah jumpe dah kembar!
Even muka x sama.
Birthday sama pun kira kembar jugak la kan.
Ahaks. >_<

   Eh2 silap. Terambik kek datin pulak! =P

Thanks kat semua yg wish my birthday! ^^

p/s : sorry x letak pic fb my twins. just respect their privacy! hekhek.
Aku dah jumpa kembar. Ko ada? lalala..~~~