Saturday, 10 March 2012

Friday Holiday

Yeahaa! Nampak excited kan? Seronok sangat semalam (terlewat sehari nak update), ak dengan kawan-kawan pergi jalan-jalan pusing Kedah. Ehe tak de lah pusing betul-betul.

Dari            : UUM --> Guar Chempedak --> Pantai Murni --> Alor Star --> Changlun --> UUM.
Jam            : 12.30p.m - 11.40p.m
Kenderaan : Kereta auto Atos warna Biru. No. plat 'P....

Haha! Buang tebiat apa ak nak tulis detail semua?!

Okay-okay serius! Sebab di awal perjalanan kami ni dah membuatkan muka ak serius dan tegang. Kenapa?
Kereta break down. Grrr. Enjin tak boleh nak start. Selamat masa tu kitorang dekat stesen minyak terdekat UUM, so ak pun call la pemilik kenderaan berkenaan (nada + muka serius). Awal-awal dah spoil kan mood ak. Aisyh~

~Bengang~

Abg Mad tu memang dah kena sembuq la dengan ak. Tapi dia cakap 'rileks, benda tak settle lagi. rileks la'. Ak kalau dah mengamuk, hamuk jek. Baran jugak ak ni. Haha! Last sekali dia ajak pergi bengkel, nak tukar bateri baru. Kitorang pun ikut je la. Time kat sini ok sikit. Kitorang dah gelak-gelak, wat lawak. Abg Mad ni lawak jugak orangnya. Nak tunggu tukaq semua bagai, tup-tup dah pukul 1.36p.m. Abg Mad kira masa start dari pukul 1. Okay kitorang gerak~

# pic Abg Mad + Jan + bengkel beliau tak sempat nak snap. =.=

Dekat R&R Gurun kitorang berhenti sat. Mulanya ak nak terkucil, tapi dah alang-alang berhenti, kitorang decide solat Zuhur kat situ je. Usai solat, kitorang beli kek koko buat buah tangan tuan rumah. Segan kalau datang dengan tangan kosong. Lepas tu 3 orang kawan ak ni beli aiskelim. Panas time tu sedap la bedal. Ak malas nak beli. Nak jaga lipstik! Miahaha~

Lokasi pertama yang kami tuju, rumah Ex Rumet ak, Suziela Abu Bakar. Kat guar chempedak. Dari sem 1, 3 tahun yang lepas, ak tak pernah lagi pergi rumah dia. 1st time and of course kitorang tak tahu jalan. Ikut singboard je la jawabnya. Sesat tu biasa, tapi akhirnya kitorang sampai jugak dekat rumah dia. Thanks kat kak ipaq sue sebab tolong jemput kitorang kat simpang 3. Ehe!

Kitoang sampai-sampai je tuan rumah buatkan air oren
Pastu keluarkan bihun goreng. Sedap! 3x ak tambah. :D


Habis makan kitorang lepak-lepak jap. Lepas solat Asar kat rumah Sue, kitang gerak g Pantai Murni. Masa pergi terasa jauh sangat-sangat. Masa balik, sekejap gila! Orang-orang tua cakap, masa kita nak pergi pokok banyak bertanya. Masa balik pokok tak tanya lagi dah. Tu pasal la cepat.

# mak ak siap buat dialog yg serupa diulang-ulang dari ak kecik lagi.
masa nak pergi pokok tanya, 'Nak ke mana tu?'
masa balik pokok cakap 'Owh dia ni yang lalu tadi, nak balik dah. Biarlah dia balik'
Sweet mak ak citer. Rindu la pulak. :(

Kitorang jumpa tengkorak ikan kat tepi pantai tu
Masa ni air pantai tengah surut
Angin pun sepoi-sepoi malu :)

Kitoang datang melawat + bergambaq ja. Kalau dah bergambaq, memang tak sedaq. Tup-tup dah pukul 6 lebih. Kitorang target sampai UUM pukul 5ptg. Lantak p la kan. Lepas hantar Sue kitorang sempat bergambar lagi. Padahal nak cepat nak kejar masa.

Depan rumah Sue. Thanks kat kakak ipar Sue. :)

Lepas pic ni kitorang kelam kabut salam kakak ipar Sue dengan mak dia. Bila tengok jam je, semua jadi kalut. Tapi bila tengok kamera, semua buat-buat cool! Dahsyat penangan kamera ni. Haha.

Zura, aku & Atos
Masa ni mak Sue tengokkan kitorang je
Apa la budak-budak ni buat?? :D

Okayyy~
Kitorang kembali ke niat sebenar nak pergi Alor Star. Sebenarnya nak pergi rumah Sue tu gara-gara si Zura bagi cadangan mengejut. 'Jom pergi umah Sue'. Ak pun on ja, terus dia call and gerak pergi. Tak habis pikir ak. Tapi memang enjoy la. ^_^

Sampai kat plaza Alor Star kitorang cari kedai Popular. Zura dengan Mai nak habiskan voucher. Lepas tu ingat nak cari kasut dengan kemeja, masa tu dah pukul 9mlm, banyak kedai dah kemas-kemas nak tutup. Kitorang pun nak balik jugak la. TAPI, tak jumpa tempat parking! aiyoo. Dah penat pusing-pusing mall tu, ak tanya brader ni terus. Siap tengok plan bangunan lagi. Tak lama tu baru jumpa. Kalau tak bertanya, mau nya kitorang bermalam kat dalam tu. Tak pasal-pasal jek. Haha!

Lepas tu pergi Guardian sat, cari barang. Sampai kaunter, empat-empat pakat pegang scrub Garnier yang latest tu. 3 in 1. 1 jenama, nanti nak tengok hasil masing-masing. Kikiki. Habis bayar, naik kereta terus gerak pergi I-city Alor Star. Nak tau kat mana?

Lampu dia macam kat I-city kan3? hihihi.
Dekat area Menara Alor Star :)

Kalau perhatikan betul-betul pic ni, ade sentimental value sikit.
Yang mana? Cari sendiri. Haks~


Okay cukup. Bergambaq sakan tengok jam dah pukul 10p.m. Gerak nak cari makan pulak. Kena angin malam perut jadi lapar menggigil. Huhuhu. Makan kat Changlun, restoran Anjung. Ak order chicken chop. Western food pulak la. Sekali sekala. Hari tu ada member ak makan chicken chop kat situ, terliuq jugak la ak tengok. Semalam baru lepaskan gian. :D

Kenyang untuk satu malam. :D
Alhamdulillah.

Lepas makan kitorang terus pecut balik UUM. Target nak sampai dalam pukul 11.30pm, tapi terlajak sikit. Nak tipu pun tak boleh sebab dah ada satu rombongan students sampai dulu sebelum kitorang & diorang cakap yang diorang sampai pukul 11.30pm. Lepas total semua, sewa kereta kena rm53. Kira murah jugak la. Untung. Lepas tu Abg Mad hantar kitorang balik dpp masing-masing.

# Wahhh! Ak tak pernah buat entri sepanjang ni. Siapa-siapa yang sanggup baca sampai habis ak ucapkan terima kasih dan tahniah ye! ^_^'




Saturday, 25 February 2012

PT Dah Masuk! Tak Beri Kesan

PT dah masuk? hurray! Kebanyakan students mesti sebut ayat ni. Kalau tak pun, yahoo! lebih kurang sama je. Betapa nak menunjukkan perassaan gembira di hati tanpa disorok-sorok lagi. Macam atok bawah ni.


Hurray! Yahoo!


Dulu ak pun sama jugak macam tu. Sapa tak happy kalau duit masyukkk. Awal-awal sem ramai melonjak bahagia, akhir sem diam menahan laperrr. Eh yeke? Rasanya la. Hihi. Sbenarnya ak tak check lagi account bank Islam ak. Tapi ramai yg cakap dah masuk. Siap dah ada yang keluarkan lagi tu. Buat perbelanjaan harian katanya. Simpan on hand siap-siap. Kes malas nak pergi mall la tu kalau duit 'hangus'. Ak pun ingat nak keluarkan siap-siap. Tapi ak tahan gatal tangan ni. Bila duit ada kat tangan, memang cepat la 'terbang melayang'.

Kalau ikut sem-sem lepas, ak memang happy tersangat. Terpancar jugak la sinar kebahagiaan di wajah. Tapi sem ni ak rasa biasa-biasa je. Sebab dah lali kah? Sampai tak heran. Tak tau la kenapa feeling ak lain macam sangat sem ni. Sebab dah nak tamat belajarkah? Pelik. Ak rasa sekarang ni mesti ramai students uum tengah melepak, bersantai, bershopping dekat area jitra dengan alor star, tak pun sungai petani. Ak? Masih di bilik.

Sugul. Baby ni untung lagi dapat dukung ..


Ak sendiri pun tak puas hati kenapa ak jadi macam ni. Ak stress kah? Busy? Banyak komitmen? Makin tinggi kita di suatu kedudukan, makin banyak tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Memang betul. Kadang-kadang ak rasa sampai penat nak berfikir. Bila idea 'kong!' memang nak pecah kepala. Penangan tanggungjawab memang dahsyat. ~_~'

p/s : Bila stress, duit masyuk beribu riban pun kadang-kadang tak beri impak. Bahayanya. Ak kena hindari stress nih. Siapa mahu tolong?



Tuesday, 21 February 2012

Rokok Punya Cerita

Mulai sem ni ak ada kelas setiap hari Selasa. Hurm. Kalau ikutkan dari sem 1 sampai 5 ak tak pernah ada kelas hari Selasa. Sedaya upaya ak dengan kawan-kawan lain cuba elakkan. Kat sini hari Selasa sama macam hari cuti. Dalam 30% students je yang pergi kelas. Yang lain bersantai di keidaman masing-masing dan buat hal sendiri. Sangat nikmat kalau tak ada kelas hari Selasa. Bagi ak penat sebab sekali masuk kelas direct 3 jam. Rasa nak kematu membatu. Tapi naik sem 6 ni memang tak leh nak elakkan lagi. Nak tak nak terpaksa jugak amik sebab subjek ni bukak satu kelas je.

Tadi ak jalan sorang-sorang nak pergi kelas. Nampak lonely kan? Sadis! Setiap sem ak akan berseorangan memandangkan geng ak yang lain duduk jauh dari laluan ak. Dalam sedih pilu ak teruskan jugak gerak langkah kaki ak ni. Dah berjalan dalam 750 meter dari bus stop, ak nampak la 4 orang jejaka. Semua pakai kemeja. Pakaian formal pergi kelas kan. Sorang pakai warna peach, sorang pakai warna kuning cair-cair, sorang pakai warna coklat tanah, sorang lagi pakai warna pink lembut. Dari redup mata ak la, yang pakai kemeja warna pink lembut tu ak pilih kalau di suruh memilih. Nampak macho. Ak pandang sekali imbas je. Cepat-cepat ak betulkan balik niat nak pergi kelas.

Ak bagi diorang jalan dulu sebagai tanda menghormati kaum adam. Tak manis kalau ak jalan depan diorang. Buat kena perhati je nanti. Bahaya bahana. Ak pun follow je la dari belakang. Kadang-kadang lelaki ni jalan lenggang kangkong jugak kan. Kalau time keluar kelas, elok je jalan laju. Disebabkan kelambatan langkah diorang, ak pun hampir dekat la dengan diorang. Dah macam ak ni geng diorang pulak. Sekali ak nampak benda jatuh kat kaki mamat kemeja kuning cair-cair ni. ROKOK rupanya. Panjang lagi tapi dah menyala. Baru nak hisap kot sebab sebelum tu ak tak bau asap rokok pun.

Dekat area kampus pun ada yang berani merokok. Kalau ak report, dah kena saman tu. Tapi ak tak cam sangat pun muka diorang. Pandang sekali imbas, pastu tunduk. Nak menjaga pandangan mata. Ehe! Ak dah tengok rokok tu jatuh, ak pun heran jugak. Biasanya perokok ni sependek mungkin rokok tu baru dibuang. Ni panjang lagi. Lepas tu mamat tu bongkokkan badan, ambik balik rokok tu dan TERUS masukkan dalam mulut, hisap, hembus asap berkepul-kepul. Rokok tu dah jatuh kot.

Even jatuh kat atas pasir bukan lumpur, tetap kotor tu. Berapa banyak bakteria yang melekat membiak serta merta. Mungkin pandangan dia, 'tak kotor ni boleh guna lagi. Bazir kalau buang.' Ak tak respect pun orang macam tu. So ak lajukan langkah, bagi signal ke kiri dan ak potong meninggalkan mereka berempat berborak sambil jalan berlenggang.

P/S : Merokok TAK Macho! Seriously.

Agak-agak kalau jatuhkan hukuman kat para perokok macam gambar kat atas ni, 
ramai yang boleh insaf tak ye? 

Saturday, 18 February 2012

Gelagat Junior Naik Bas

Ini daripada pemerhatian gitu-gitu je la.
Bukan dengan buat research yg teliti.
Ak gerak balik UUM 17/2/12 malam tadi.
Antara gelagat comel adik junior masa naik bas nak pulang ke bumi Sintok :)

#1 Excited
Bas gerak pukul 9 malam. Pukul 8.30 malam dah excited duduk beramai-ramai bersama family tersayang tercongok depan bas. X sabar nak tunggu pintu bas dibuka!

#2 Tak jumpa tempat duduk
Ini memang jelas junior! Dari belakang, ke depan dan ke belakang balik. Rupa-rupanya duduk sebelah seat ak.  Seat belakang sekali. Kalau orang yg dah biasa naik bas, dia dah tau kedudukan seat automatically~

#3 Takut-takut
Semalam bas yg ak naik tu berhenti dekat R&R Bukit Gantang. Driver bus buat announcement 'Kita berehat sebentar ye! Dalam 30 minit. 30 minit'. Lebih kurang macam tu la dia cakap. Ak nak ulang sebijik-sebijik memang tak la. Ak pun tengah mamai time tu. Ak tengok tak de sape yg bangun nak keluar bas. Ak expect dorg takut-takut la tu. So ak pun dari belakang jalan la keluar sorang-sorang dengan yakin! Lepas tu baru ak nampak 3,4 orang ikut belakang.

Lepas tu ada sorang lelaki chinese ni dia beli pau. Makan kat depan bas. Makan laju-laju, pastu kejap-kejap pandang bas. Takut bas tinggalkan dia kot. Ak perhatikan dari atas bas je la. Ak dulu pun takut2 jugak. Buatnya bas tinggalkan ak, puas pulak ak nak  mengejar nanti. Huhu.

Bas pancaran masuk terus dalam UUM, hantar kat setiap dpp. 1st dpp kat dpp ak. Ak tengok je bas belok terus ak siap-siap angkat beg. Depan ak perempuan India. Bas tu macam nak berhenti xnak berhenti je. Ak tengok de jugak sorang lelaki Malay ni dah bangun, duduk balik. Bangun balik (tak senang duduk ler tu). Last ak suh diorang cakap kat pakcik driver suh benti. Haa kalut diorang. 'Pakcik berhenti pakcik. Pakcik2'. Hehehe.

Bas nilah yg ak naik semalam tapi warna hijau la
Satu-satunya bas yg masuk ke dalam UUM terus ..

Setakat ni je la dulu. Kalau ada nanti ak update lg. Wee~

p/s : comel kan gelagat-gelagat adik junior ni. Teringat zaman junior ak.
Tak sedar dalam sekejap je tinggal setahun lagi ak bergelar mahasiswa. 

Friday, 17 February 2012

Sintok Again

Zapp..Zapp..Zapp..
Dah settle kemas barang..
Tinggal masukkan laptop je..
Then siap untuk berangkat!

Ak kembali ke UUM Sintok, Kedah semula..
Meneruskan perjuangan yg belum selesai..
Maka mulai 19 Feb 2012,
Kembalilah ak bergelar seorang mahasiswa sem 6..
Seorang senior yg disegani ramai..


Inilah Dewan Muadzam Shah. DMS.
Tempat favorite ak lau jawab final exam ^_^


InsyaAllah tahun 2012 ni ak akan update blog ni sekerap mungkin..
:)


Ehsan dari Pakcik Google :)


p/s : sebelum ak berangkat ni, ada la dua tiga org yg msg ak. Depa dah ada kat sana dah.
Ak minx jasa baik dorg bentang red carpet. Ada yg setuju! Excited nak balik ni. Dialu2kan gitu~ HAHA!



Monday, 13 February 2012

Bila Jerawat Menyerang!

As Salam :)

Bagi ak
Dulu,
Kalau ada jerawat satu pun, ak usaha hapuskan segera.
Euw! Jerawat? Tak ayu la camtu~

Sekarang,
Jerawat dah bersepah, tapi ak relax je.
Nampak matured gitu. :D

Sekarang ni memang ak x jaga muka la senang citer.
Ntah kenapa..
Frust break off kah?
Busy study kah?
Ataupun dok lepak gelak berdekah-dekah..?

Still have no answer until now ...why? why? ?_?

Sejak 4 bulan lalu, memang ramai kengkawan seangkatan yg tegur muka ak ni.
'Apesal ngan muke ko ni? dah makin teruk ak tengok..'
'Mi, ko pakai produk pe smpai naik jerawat berketul-ketul ni?'
bla..bla..bla..bla..bla..
Tak kurang jugak ade yg respond cmni ..
'Mi, jerawat ko ..eh3, tak nak la tegur, nanti tak pasal2 muke ak pulak yg berjerawat' =.=!
Macam2 ayat terkeluaq~

Family ak pun menegur jugak.
Ayat tanya dorang tu berbeza2
Tapi main point nye ... banyaknye jerawat ...
At last, pegi jasin tadi lalu depan farmasi.
Abah ak tanya, 'nak beli ubat jerawat x?'
Hehe. ak pun rileks je, abah ak yg riso. ngeh3~

Ak ni jenis tangan gatai. rasenye ramai lg yg tangan gatai cam ak ni.
Kalau ade jerawat, ak suke picit. Gerammmm.
Niat nak hilangkan cepat jerawat tu, last2 tinggal parut!
Lagi teruk bila jerawat tu merebak. Piuhhh~
Tak todayo den nak monjago eh~

Tangan ak anti betol dgn jerawat!

p/s : Kadang2 bila jerawat menyerang, redha je la. dah musim dia agaknya. (statement cover cun!) uhu~

Friday, 20 January 2012

Masak Bersama Abah

Hari ni abah nak masak gulai perut cili api.
Mavolus!

Kerja ak dah siap.
Potong bawang, sediakan cili api.
Lepas tu blander je.
Senang!

Hehehe.
Dah lama tak makan lauk perut.
Kat u x penah lagi jumpa lauk perut kat cafe2.
Leh la lepaskan gian.

p/s : Hmm hao xiang nga!
Sape nak rasa? Mai umah ye. ^^