Sunday, 25 March 2012

CANTIK?

Cantik? Biasanya dikaitkan dan sinonim dengan perempuan yang mempunyai rupa paras yang menarik. Kalau lelaki kita tak panggil cantik. Kalau ada "jejaka cantik", kompem mamat tu GEDIK! Euw~


PONDAN. Tapi memang cantik. Astaga =.='


Cantik ni sesuatu yang abstrak. Sehingga sekarang, tiada seorang pun yang mampu mentafsirkan cantik itu dalam erti kata yang sebenar yang lengkap lagi jitu. Kadang-kadang bila kita cakap perempuan tu cantik, orang lain kata biasa aja! Bila kita rasa perempuan tu biasa aja, orang lain cakap sebaliknya.


Bagi nak membuktikan hujah aku ni. Walhal memang dah ramai berhujah benda yang sama. Lantak p la kat depa kan. Hehe. Okay! Otak aku tiba-tiba terpikir nak cakap pasal cantik ni sebab tadi aku dengan kawan aku dok gado (tapi tak bertinjulah~) cakap yang perempuan tu cantik. Aku cakap cantik, dia cakap tak cantik. So, aku pun usya la Pakcik Google punya image.


Wanita Tercantik Di Dunia 2012


Cuba korang usya, yang mana satu paling cantik sebenarnya?
Sebelum korang listkan, aku listkan top 5 dulu ye. Dari pandangan naluri seorang wanita...aku pilih ...


#1
Antara gambar wanita yang bertudung. Muslim no.1..!

#2
Nampak agresif! Agresif yang cantik :)

#3
Cantik yang ayu!

#4
Cantik tak perlukan make up yang tebal seinci >_<

#5
Cun!



Haa amacam? Sama tak dengan pandangan korang? Sebenarnya kalau click kat link atas tu, berlambak lagi yang cantik. Tapi banyak sangat gambar seksi. 


Seksi tak menunjukkan kecantikan sebenar seorang wanita! Aku benci perempuan seksi. Kita tak perlu seksi untuk menarik perhatian lelaki. Aku maksudkan seksi melampau. Sebab aku pun masih belum cukup bertudung litup untuk menyatakan kebencian ni sekeras-kerasnya. =.='


Okay, kalau artis Malaysia yang paling cantik. Pada aku, tak lain tak bukan ..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Lisa Surihani yang CoMeL ^^


Opss..opss..opss! Jangan nak mempertikaikan pandangan aku ye. Kalau tak puas hati, korang buatlah entry sendiri. Listkan mana yang korang rasa paling cantik wokey~


Pada aku, sejujurnya, semua perempuan itu cantik! Kalau tidak pada paras rupa sekalipun, pastinya cantik pada akhlak budinya. Pastinya cantik pada sopan santunnya. Dan semestinya cantik pada lemah lembutnya :)


# Cantiklah hanya di hadapan orang yang berhak melihat kecantikan sebenar anda wahai wanita #


Langkah Kehidupan

ada masanya, saat kesedihan itu akan hilang, sedikit demi sedikit.
jadi usah terlalu bersedih..

ada masanya, saat kegembiraan itu akan diuji, perit dan sakit.
jadi usah terlalu gembira..

hidup ini payah, saat minda dan jiwa tak sekata..
hidup ini indah, bila kita pandai mencoraknya..

diri ini terasa bernyawa semula, saat kesedihan di tinggalkan ke belakang..
sepinya kebahagiaan tanpa kedukaan.

setiap orang itu pasti diuji,
cekalkan diri..tabahkan hati..

# ku ingin mengejar masa depan! langkah harus diteruskan.
kenangan silam? bukan dilupakan, tapi dijadikan pengajaran .. ^_^
 



masih adakah sinar yang dikejar?
pasti! 
andai usaha dibekalkan dengan keimanan :)


Motivasi Diri :)

Sunday, 18 March 2012

Rindulah Zaman Berumah Tangga Dulu!

Biasanya berumah tangga diibaratkan orang yang sudah berkahwin.
Tapi aku bukan rindukan zaman yang dimaksudkan mengikut istilah di atas. Ceh skema!

Zaman aku muda-muda dulu, aku duduk rumah teres 2 tingkat. Penah dengar? Tak pernah?
Apa sadis sangat hidup korang ni? Yela korang duduk dekat kondo kan. Ok fine! :D

Curik gambar dari Pakcik Google

Aku ni blogger berhemah. Sanggup curik gambar semata-mata nak tunjuk kat korang macam mana rupa rumah teres 2 tingkat ni. *padahal memang selalu amik pic dari google pun

Bila dah namanya 2 tingkat, semestinya lah ada tangga. Mustahil orang nak bergayut-gayut semata-mata nak naik bilik atas kan. Bagi aku, secara peribadinya, rumah yang ada tangga ni bagus! Sangat bagus untuk kesihatan. Tak payah nak pergi gym bagai untuk fit kan otot kaki. Cukup dengan naik tangga berulang-ulang kali, mampu untuk memecahkan lemak-lemak tepu. Mungkin. :D

Naik tangga ni best! Masa kecik-kecik aku suka naik langkah sampai 2 mata tangga terus. Cepat sampai atas. Bila turun, dari tangga ke-4 / ke-5 dah lompat terus ke bawah. Konon hebatlah tu! Macam Power Rangers. =)

Dalam bersuka ria turun naik tangga ni, kadang-kadang penat jugak. Lagi pulak bila nak naik tidur. Mata dah kecik, muka dah mamai, otak dah jem. Diri ni terpaksalah memaksa anggota kaki tuk naik atas. *masa umur 7,8 tahun boleh la lagi abah nak angkat aku naik atas. Best kena dukung. Kadang-kadang buat-buat tidur. ^_^

Ada jugak peristiwa berdarah. Lokasi di rumah, kejadian di tangga, mangsa si comel *aku la tu! HAHA! =P
Peristiwa tu aku tak boleh lupa sampai sekarang, sebab meninggalkan kesan mendalam. Aisyh~

Al kisah~ *ok straight to the point!
Masa tu aku tengah duk seronok main dengan budak-budak lain. Boleh pulak budak-budak ni nak main gunting-gunting rambut. Sikat aku dah la kat bilik atas. Nak tak nak terpaksa jugaklah aku berlari naik atas nak ambik sikat. Dalam seronok berlari, sekali kaki kiri aku ni tersalah landing pulak. Jadi sepantas kilat je. Tiba-tiba sedar lutut aku dah cecah tangga. Tinggal lagi berapa tangga je nak sampai atas. Deymm!

Kepala lutut ni kalau terhentak tak berapa nak sakit, tapi tulang kering aku. "Waa manyak sakit woo~~~". Nak gerak sikit pun sakit. Ingatkan dah patah. Selamat ok lagi. Masa kecik-kecik dulu mak aku garang. Nasiblah dapat anak nakal. Uhu. Dah jatuh tangga, kompem-kompem bunyi kuat. Dari dapur mak aku jerit, "apa kena nye tu?!". Uisyh, jangan sesekali cakap jatuh tangga, mau kena maki. Dalam sakit-sakit tu, aku gagahkan jugaklah naik lagi beberapa anak tangga. 5 kot, merangkak je aku naik. Sedih, sakit woo!

Atas katil sempat aku nangis. Isk3 sob3. "Sakitnya, kaki tahan sikit ae." Aku urut-urut sendiri je. "Fuhhh.. Dah ke dalam pulak tulang aku ni, tak ade pe-pe ke eh?" Dalam esak tangis ku sendiri tu, kawan aku panggil, "Alang cepatlah, mana sikatnye?" Aisyh dorang ni. Tak menyempat-nyempat. Kaki aku sampai tersadung nak cepat punya pasal boleh pulak dorang memekak. 

Sempatlah aku kesat air mata aku dengan bantal, lepas tu capai sikat terus turun bawah. Mula-mula terhinjut-hinjut jugak la. Sakit! Tak lama tu okay. Bila malam menjelang, waa biru lebam kaki aku. Huhhh!
Semua sikat punya pasal. =,=

Tu semua cerita sejarah lampau. Sekarang duk rumah teres 1 tingkat.

Rajin pulak adik aku nak edit. Tapi .. ok la! Uhu~

Abah aku cakap, "rumah 1 tingkat ni senang. Tak payah nak naik-naik tangga. Abah pun tak larat nak panjat tangga." 1 tingkat pun okay. Sangatlah okay ^_^

p/s : cuma payahnya, hostel aku ni aku duduk tingkat 2. Nak tak nak, memang terpaksa panjat tangga jugaklah~

# langkah 2 mata tangga sekali tu penah jugak lah buat. Masa orang tak de. Nak cepat!
Tapi alhamdulillah tak pernah jatuh lagi setakat ni. Jatuh malu woo. Mau meresep darah kumpul kat muka. Merah padam! >_<


Friday, 16 March 2012

Ikut Majoriti - Jawapan Paling Selamat

Aku bukanlah seorang yang selalu memberi arahan, tak juga mudah menurut arahan. Orang cakap 'yang sedang-sedang saja, yang sedang-sedang saja. Ewah~'


Seronok pulak diorang ni dengar aku nyanyi. HAHA!


Haa lebih kurang gitu lah. So bila ada orang ajak keluar berjalan, melepak, bershopping atau yang sewaktu dengannya, jawapan aku "aku ikut majoriti je".


:: Bagi aku itu jalan paling selamat bilamana aku sebenarnya taknak / tak mahu / tak ingin kan sesuatu, tetapi perkataan itu yang aku beri bagi menjaga hati sesetengah pihak ::


Lagipun bukan apa, kalau cuma aku seorang je yang tak bersetuju, sedangkan orang ramai yang setuju, takkanlah sesuatu perkara itu tak menjadi hanya kerana aku tidak bersetuju. Aku pun bukannya seorang autokratik yang memaksa orang ramai mengikut kehendak aku. Tetapi aku lebih kepada sifat berdemokrasi. :)


Tapi kan .. Tapi kan ..!

Haaaaaaaahhh??

Tadi ada sorang member aku ni cadangkan, "wei, kita berphotoshoot nak? tanda kenang-kenangan. kita pun bukan lama lagi kat sini. Mai, Mira dengan Zila pun dah last sem. Jom r! Tapi berbayar lah"

Waa berbayar pulak. Awal-awal aku dah okay, tang bayar tu yang prob sikit. Diam je lah~

"ko nak tak Ummi?"

"Hurm, aku? Korang nak tak?" aku buat-buat tanya dua orang member aku yang buat-buat sibuk baca novel. Konon jalan selamat supaya tak disoal lah tu. Muka penuh khusyuk. Tunduk!

"nak ke? bayar berapa?"

"aku ikut majoriti"

Huit. Terkejut aku. Ayat aku depa curik. 'Ek eleh, bukan ayat ko sorang je la. Perasan jek minah Ummi ni'

# Huisyh. Ayat aku tu! =.='

p/s : nak ke tak eh..? "ikut majoriti lah~"







Semerah Jambu Air

Astaghfirullahalazim ..
Solat Zuhur aku tak berapa nak khusyuk tadi. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikirkan kemerahan dan kemanisan jambu air. Mengapa dengan tiba-tiba aku terbayang-bayang??

Selepas selesai memberi salam, lama aku termenung. Dengan tak semena-mena aku terkenangkan pokok jambu air yang berdahan tegap dan berbuah lebat bila tiba musimnya. Rindukah aku pada zaman kegirangan gilai tawa seorang kanak-kanak? Seandainya mengimbau kenangan silam ..

Pokok Jambu yang dirindu!

Masa aku duduk dekat Semenyih, Selangor dulu ada sebatang pokok jambu air yang tegap dan agak besar jugak lah. Boleh menampung berat 3 orang kanak-kanak yang seberat dalam 23 kg seorang. Bila tiba musim bunga, helaian-helaian bulu halus bertebaran depan rumah aku. Itu tandanya tak lama lagi jambu air akan berbuah. Dari sekecil dan sehijau buah, hinggalah sebesar, semerah dan semanis rasa. Ya! Aku dibesarkan dalam keadaan melihat setiap peringkat pertumbuhan buah jambu air dan aku bangga dengannya. Tak semua insan dapat memperoleh pengalaman indah ini. :)

Bila helaian-helaian tu gugur, aku kumpulkan untuk buat nasi. (main mak-mak) :D


Merah! Mesti manis.

Bila buah jambu air ni kelihatan ranum, abah aku akan menggait dihujung-hujung dahan dan tugas aku, pegang di hujung kain batik. Nak sambut buah guna tangan tak pro lagi. So, guna cara tradisional sikit. Biasanya aku dengan mak aku yang pegang kain tu. Adik aku kecil (badan kecil) lagi nak pegang. Takut terlepas. Ada sekali tu, tengah berduyun-duyun buah jambu jatuh atas kain, sebiji bergolek ke luar. Aku pun lepaskan sebelah tangan nak ambil sebiji yang jatuh tu, tak sempat pun nak tunduk ambik, dalam masa buah yang abah aku gait dari pokok pun jatuh, dengan buah yang dalam kain batik tu sekali tergolek. Akibatnya banyak yang pecah! 

# Ni lah yang dikatakan, 'orang tamak selalu rugi' a.k.a 'yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran' atas bahasa kasarnya orang cakap, JANGAN TAMAK! Ni pengajaran yang paling sukar untuk aku lupakan. 

Jambu cicah kicap!

Di awal musim, buah jambu tu kitorang buat makan sekeluarga je. Mak basuh buah, lepas tu potong kecik-kecik. Duduk ramai-ramai mengadap tv. Terliur-liur la pulak bila teringat kemanisan buah jambu tu. Kitorang cicah dengan kicap. Kicap ni mak ak buat dua piring. 1 piring kicap + gula untuk kitorang adik beradik. 1 piring lagi kicap + gula + cili padi untuk mak dengan abah aku. Bagi pedas sikit. Kitorang tak makan pedas masa kecik-kecik. Budak-budak lagi la katakan. Lidah nipis!

Bila dah banyak, aku tak de la muak makan hari-hari, tapi mak aku kata, "buah ni kita bagi jiran-jiran sikit. jangan kedekut sangat. bila kita rajin berkongsi rezeki, Allah turunkan lagi banyak rezeki untuk kita". Mak aku memang pandai hidup berjiran. Kena menuntut ni. Nanti aku kawin, boleh beramah mesra dengan jiran tetangga. Tak baik menyombong, orang mengata, Allah pun tak suka.

Untuk dijual :)

Betul cakap mak, kalau kita tak kedekut, Allah pun tak kedekut dengan kita. Pokok buah jambu kitorang makin berbuah lebat. Abah aku kerja dulu selalu balik pukul 7 malam. Tak sempat nak gait, biasanya ada masa hari Ahad je. Banyak jugak buah gugur sampai busuk. Bila hari Ahad, abah aku gait semua buah yang masak tu, lepas tu kumpul-kumpul. Abah aku masukkan buah-buah tu dalam plastik, lepas tu abah aku suruh aku jual. Dapat rezeki sikit. Aku pun ajaklah adik aku join sama. Kitorang pergi dari rumah ke rumah. 

# Adat berniagalah bila ada yang nak dan tak nak. Ekspresi muka suka dengan tak. Aku dah lalui semua tu dulu. Jadi sekarang, aku mampu mengawal emosi bila ada yang tarik muka dan paling teruk hempas pintu bila aku jual barang untuk assignment subjek Sales Management sem lepas.

# Esoknya kitorang berdua pergi menjual lagi. Ada yang suka, sampai beli 2 plastik sekali. Dia cakap jambu air kitorang manis! Balik-balik tu terus aku cakap dengan abah aku, "esok ustazah nak beli jambu lagi. Dia cakap sedap".

# Ada jugak yang tak puas hati. Dia cakap, "lain kali jangan ketuk pintu ni lagi!" Berlagaknya =.=

1 plastik = RM 3. Masa aku sekolah rendah dulu, RM 3 tu terasa banyak sangat! ^_^'

~Dah lama tak panjat pokok~

Okay tutup kes meniaga, disukai  / dicaci! 'Tak mo emo-emo kenangkan masa silam yang kelam. Ayuh mara ke depan!' Ku pujuk hati. HAHA enough~

Masa zaman kanak-kanak ribena aku dulu, aku bukannya seorang anak gadis kecil yang lembut lagi sopan. Tapi aku lagi suka berkriteria lasak dan kasar. Pokok jambu tu selalu kena panjat dengan aku. Aku tak pernah kenal erti gayat. Entah dia menyampah ke meluat, aku tak pernah kisah. Tempat aku melepas gian, tak lepas jugak tempat aku menyorok masa main nyorok-nyorok. Awesome! 

Bila bosan, aku ajak lagi dua orang kawan aku panjat sekali. Jatuh tergelincir tu biasa, terutama bila lepas hujan. Dahan pokok tu jadi licin. Bila dah tergelincir tersangkut, aku bangun balik. Panjat lagi tinggi. Dasar budak degil. Yeay! Ada sekali tu kawan aku tergelincir, tersangkut kat dahan pokok. Dia cakap sakit! Nak bangun pun tak boleh. So, kitorang pakat bertiga. Usaha jugak bagi dia bangun. Selamat tak patah / lumpuh. Sekarang dia dah jadi polis pun. Mempertahankan negara kini tugasnya. :)

# Aku pun jenis pantang dicabar. Jiwa panas! "Ko try panjat sampai dahan atas sekali tu, kalau berani!" Waa. Memang aku sahutlah cabaran tu. Tapi, sampai je aku dekat dahan yang paling atas, tiba-tiba angin tiup kencang. Aku rasa terhuyung hayang. Memang aku jerit masa tu. Rasa macam nak tercabut nyawa. Menggeletar aku. Mungkin itu balasan sebab berlagak sangat~

# Dalam 3 minit aku jerit, "angin kuat kat atas niiiii!". Kawan-kawan aku pun dah cuak. Takut aku jatuh terjelepok. Tak lama tu angin berhenti kejap, aku terus cepat-cepat turun. Masa turun tu aku ingat lagi ketar lutut ni, lepas kaki aku selamat mencecah bumi je. Angin tiup kencang lagi. Apa lagi, bertempiaran lah kitorang lari balik rumah masing-masing. HAHAHA! Lawak. Lepas kejadian tu, lama jugak aku tak panjat pokok jambu. Serik seketika.

# Lepas berapa tahun pokok tu hidup membesar dengan gagah, abah aku tebang pokok jambu tu. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa abah aku tebang pokok yang kadangkala jadi sumber rezeki kitorang. Tempat aku bergayut-gayut. Mungkin pokok tu dah terlampau besar untuk dibela. Dah menghalang laluan jalanraya dan terkena wayar elektrik. Sebelum tebang abah aku tuang petrol kat akar dia. Bagi mati dari umbi.

# Tak berapa nak ingat sangat dah pasal pokok tu. Tapi bila terkenang, aku rasa rindu! Rindu pada pokok jambu.

Sangat merinduinya :')

Bila difikir-fikir balik, tanpa sedar, pokok jambu ni banyak mengajar aku tentang kehidupan:

> jangan tamak mengejar benda yang tak pasti
> jangan kedekut untuk berkongsi rezeki
> tohmahan dan cacian itu perkara biasa, saat kita tidak punya apa-apa. (tak kaya). *jangan putus asa!
> 'gayat tak membantu kita untuk terus mara ke atas'. *usah takut mencuba!
> tak semua cabaran itu membina. kadangkala boleh meragut nyawa. *turunkan ego yang sementara~
> persahabatan itu harus dijaga dan dibaja. dikenang saat yang lainnya kesuntukan masa.
> pokok juga hidupan bernyawa. semai dan sayanginya.

# Merah si jambu air, semangat dulu kini bersatu!

Kenangan silam sentiasa membuat aku tersenyum. Semoga tiada duka di masa hadapan.
Izinkan aku terus tersenyum walau kadangkala penuh keperitan. Senyum pengubat duka :')

p/s : dedicated to my 'pokok jambu'. ^_^ 












Novel-Novel Cinta

# Novel pertama 'Aku, Kau, Kita' keluaran Alaf 21 dengan karya hebat dari penulis Orkid Edyliyne.

Novel yang penuh nilai-nilai murni yang romantis!

Novel ni mengisarkan tentang dua manusia yang berbeza tetapi berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Seorang wanita dan seorang lelaki. Iman, seorang wanita yang bertanggungjawab untuk menjaga lima orang adik-adik lelakinya dan perlu melunaskan segala hutang yang kini mencecah RM 10 ribu setelah peninggalan arwah ibu bapanya setelah terlibat dalam kemalangan maut.

Dia perlu bekerja keras dalam usaha menyara dan membesarkan adik-adiknya dalam usia semuda 19 tahun memaksa dia untuk menjadi seorang wanita yang kasar bagi mengelakkan dirinya terjerat dari mafia yang sentiasa mengekori. Pertemuan tanpa rancangan antara Iman dan Aus, seorang pelakon terkenal, bermula di awal cerita apabila kedua-duanya melarikan diri dari mafia yang sebenarnya mengejar Iman Firdaus a.k.a Iman.

Bapa Aus memaksa Aus untuk segera mencari seorang isteri bagi menghentikan desas desus gosip percintaan lokasi yang sering timbul apabila Aus mula melakonkan sesuatu watak. Akhirnya Aus memilih Iman sebagai isteri kontraknya dan sanggup menyara adik-adik Iman. 

Pernikahan ini membawa mereka ke alam percintaan yang serius namun Iman ego untuk menyatakan gelora hati. Namun akhirnya Iman meluahkan segala rasa saat Aus meninggalkannya selama seminggu di rumah sewa lama. Kerinduan yang tak tertahan memaksa Iman untuk menurunkan ego demi orang yang dicintai. Dia tidak sanggup berjauhan dengan seorang yang bergelar suami. 

Dia akhir episod, sesuatu yang tak disangka-sangka. Apakah? 


# Novel kedua bertajuk 'Aku Pilih Dia' keluaran grupbuku karangkraf Alaf 21 dengan hasil penulisan bijak hebat Hezzy Azra. 

Jodohku bersama dia

Kisah dua beradik anak Dato' Ilyas dan Datin Raudhah; Raif Imran dan Ian Redza yang menyintai wanita yang sama, Johana Johan. Raif seorang kaki perempuan dan ego dalam melafazkan cinta walhal hatinya sentiasa bergelora dan ada ruang istimewa buat Johana. Namun keegoaannya memakan diri apabila Johana mula menaruh hati pada Ian, abang Raif.

Kisah suka duka, perit perih di alam percintaan, persahabatan dan hubungan tali persaudaraan akhirnya membuatkan Raif pasrah dengan ketentuan takdir Ilahi apabila Johana yang dikenalinya bertahun-tahun memilih abangnya, Ian sebagai hero dunia dan akhiratnya. 


p/s : Ni sinopsis yang aku reka sendiri atas pemahaman aku lar. Kalau nak lebih detail, korang baca la sendiri. Hihi! Novel ni aku pinjam dari kawan ak Zila a.k.a kaki novel. Novel pertama yang aku baca 'Aku, Kau, Kita' juga keluaran Alaf 21 yang ak pinjam dari rumet si Zila ni, Zura a.k.a kaki taiko. Novel dia pun best jugak. Senang cerita, semua novel yang aku baca memang best lah! Tak pernah lagi aku baca novel yang membosan atau mengecewakan.

Lepas ni baca novel lain pulak. ^_^

Tuesday, 13 March 2012

Peminat Coklat Tegar?

Ke hadapan readers yang dihormati,

Erk! Dah lama tak buat surat tak rasmi. Rindu zaman sekolah. Ok stoppp.

Hmm, siapa peminat coklat tegar tu? Amir? Owh tak tak tak. Ak bukan nak cakap pasal cerita Vanila Coklat yang akan tamat malam ni. (Episod 15, episod akhir). Ak nak cakap pasal diri ak je. Buat blog cakap pasal diri la. Nak cakap pasal orang lain pasai pa? Kang tak pasal-pasal dikata mengumpat. Tapi kalau dok cerita pasal diri sendiri je, orang bosan pulak nanti Mi. Ok2, next time ak cerita pasal orang pulak ae :D

Sebenarnya, ak tak pernah perasan pun yang selama ni ak dok beli barang warna coklat. Coklat pekat, coklat cair, coklat pudar. Seriously tak perasan. Masa membeli tu mata ak dah berkenan warna coklat, ak sebat je lah. Dan satu hari ...

# ak nak beli beg warna coklat pekat tu, ko order kan tok ak ae. Thanks.

Esoknya...

Tup tup beg warna coklat yang ak nak beli online tu dah kehabisan stok. Sayang je. Terbuktilah betapa tepatnya pilihan ak sebab ramai jugak yang berkenan selain ak. Ehe!

# Mi ko beli beg warna kuning lar. apa-apa warna pun masuk je dengan kulit ko tuh. Tak payah la nak coklat sangat. Ting ting ting! Erk, betul jugak. Apa-apa barang yang ak beli semuanya nak warna coklat. Ok2, ak nak warna kuning la. Order kan ak punya warna kuning. Nekad tukar warna. Huh.

Sempat ak perhatikan beg-beg orang yang warna kuning. Cantik jugak. Apesal la selama ni ak tak pernah sedar dengan kecantikan kuning ni? Tapi tak tau la kenapa, dari sekolah rendah dulu pun ak memang tak suka warna kuning. Sebab rumah kuning sekolah ak selalu dapat tempat paling bawah kalau masuk acara sukan. Betapa semua itu mempengaruhi minda ak sampai ke tua. Huisy dahsyat!

Masa nak iron baju ...

# Hurm .. nak pakai baju warna apa eh ri ni? Buka almari .. trupppp! Hurm .. pandang sekali lagi. trupppp!
WARGHHHH ~_~

Apesal terkejut?! Banyaknya baju warna coklat ak memenuhi almari ak ni.. Mengapakah? Bagaimana boleh terjadi? Tak mungkin. Tak mungkin! Ak bukan peminat tegar warna coklat. Apa yang terjadi sebenarnya ni? Grrrr!!!

Okay balik ke dunia nyata. Memang banyak rupanya baju coklat ak. Tapi kenapa la ak tak perasan selama ni? Tapi ak tak pernah bosan pun pakai warna tu. Tapi orang yang pandang bosan tak? Tapi kenapa ak nak heran dengan pandangan orang? Tapi, kenapa banyak sangat tapi yang ak gunakan ni?? Aisyh dah mula merepek tanpa sedar lagi.

Ak berdiri agak lama di hadapan almari. Menatap dan mengamati satu satu baju ak. Pakai blaus la hari ni. (tak de la blaus sangat pun). Lepas ni nak cari baju warna lain lah. Sempat pulak berniat masa tengah iron baju. Berangan~

Okay dah siap-siap make up cun-cun, ak pun angkat beg nak pergi kelas. Erk! Ok fine, beg ak warna coklat pekat. Heuuwww. Dengan muka lemah ak amik kasut. Grrr! Coklat jugak ke?! Opsss ter'emo' lebih pulak dalam ni. Padahal realitinya muka ak tak da la terkejut berkerut sangat. Haha! Ok ri ni pakai sandal je lah. 1 kelas je pun. Hari Selasa pulak tu. Selepas kaki kedua ak sarung sandal, ak pun mengorak langkah untuk ke kelas. Tapi kelas cancel. Adoi =.='

p/s : sebenarnya feberet color ak warna HIJAU. Tapi bila di amati, ak cuma ada 2 je baju warna hijau. Itu pun baju kurung. Yang lain, cadar, selimut dengan penyangkut besi warna pink. Sarung bantal warna merah. Sarung bantal peluk warna oren. 2 selipar ak warna coklat. Coklat lagi? Lagi 1 selipar warna hitam. Hurm .. ak pun tak jumpa lagi barang milik ak yang warna hijau. Apakah??

Kawan ak ada cakap, "kalau ko beli barang warna lain-lain, baru orang perasan yang ko beli barang baru!"

(Thinking)

BETUL JUGAK! ^_^'v

Coklat lagi?


Try cari balik beg yang ak idamkan tu, tak jumpa pulak. Memang dah kehabisan stok la tu. Usya-usya, yang beg atas ni stylo jugak! Stok baru. Seriously ak dah usya habis semua beg. Tapi memang coklat ni jugak yang jadi perhatian. AGAKNYA, ak memang tak pandai nak memilih warna kot =.=

RM 70, nak ke tak eh??

Sorry tak ada bahan bukti untuk ak tunjukkan kat korang barang persendirian ak yang berwarna coklat seperti yang digembar gemburkan. Tak perlu kot tunjuk semua tu. HAHA :D