Monday, 22 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari raya korban dah nak tiba. Apa persiapan korang?
Eh, dah macam tulis kad raya masa zaman-zaman sekolah rendah dulu la pulak. HAHA :D


Malam ni, 22 Oktober 2012, tepat jam 9.00 pm, di Stesen Bas, Changlun, aku akan bergerak pulang ke kampung halaman, Selandar, Melaka. Semoga Bas Intercity membawaku pulang dengan selamat. Aamiin :)


Untuk kali ini, kali terakhir aku akan menaiki bas pada cuti pertengahan semester sebagai seorang mahasiswi UUM. Final sem student la katakan. Ek eh, terberlagak pulak. Maap! :p


Sebelum aku offline, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita mendapat keberkatan daripada hari-hari yang mulia ini. ^_^


Gambar Hari Raya Aidilfitri 2012
Salam dari kami sekeluarga. (n_n)

p/s : Kepada sesiapa yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, saya ucapkan selamat sampai ke destinasi. "Biar lambat, asal selamat!" 

... dan kepada sesiapa yang tidak pulang kerana tuntutan kerjaya, call-call lah parents korang dekat kampung tu. Pasti itu sudah cukup untuk membuat hati mereka bahagia. insyaAllah. :')  

A Journey

As salam kalian. Sihat semuanya? Alhamdulillah. :)
I just want to share one picture to describe my title; A Journey.

Pengalaman pertama menjejakkan kaki di sawah padi 
yang tenang menghijau di bumi Kedah Darul Aman 


:: A journey of the thousand miles must begin with a single step ::

Ayat ringkas tapi membawa maksud yang mendalam. 
"Perjalanan seribu batu mesti bermula dengan satu langkah". 

Fokus kepada orang yang nak berjaya, jangan malu untuk melangkah. 
Biar jatuh beribu kali, asal kita tak sekadar berdiri tanpa menggerakkan kaki. 
Ayuh melangkah, mencapai kejayaan itu mudah, jika kena dengan cara dan kaedah!

p/s : Yang penting, jangan mudah putus asa. Kita semua sama. :)

Wednesday, 11 July 2012

Pengalaman Melalui Kawasan Perkuburan Cina

"Orang kata, lalu depan kubur ni puaka! Banyak roh yang berkeliaran dekat situ"


Kubur Cina di waktu malam


Pertama kali aku lalu depan kubur Cina waktu malam pukul 10 sorang-sorang. Dengar pukul 10 malam macam awal lagi je kan? Tapi kawasan tu gelap, tambah pulak tak banyak kereta yang lalu lalang situ, memang mencabar keimanan aku sungguh. Kawasan perkuburan Cina Jasin yang baru aku lalu tadi terletak dekat selekoh tajam dan berbukit. Paham-paham je lah bila dah selekoh tajam, confirm-confirm kita break, nak pelan kan kereta sikit. Lepas tu nak naik bukit pulak. Orang-orang Jasin mesti tau kedudukan kawasan perkuburan tu macam mana.


Berbekalkan semangat yang masih ada, aku gagahkan jugak diri menyelambakan diri. Buat muka cool, kepala tak toleh kiri kanan, mata straight pandang depan, hati penuh berdoa! Kereta wira putih auto yang aku bawak pulak jenis lambat pick up kalau dah break. Naik bukit memang slow la. Nak rempuh sepanjang jalan depan kubur Cina tu, terasa berat, terasa lambat. Huisyh, dahsyat gila perasaan ni! Selamat tak kena kacau. Kalau tak, mau seriau. Syukur..Alhamdulillah..


Masa nak balik area pukul 11 malam macam tu rasa tenang sikit. Rileks ja pasai abah aku ada duk sebelah.  Motor abah aku buat hal, tu pasal aku pergi jemput kat tempat kerja abah aku. Laluan balik depan kawasan kubur Cina ni menuruni bukit. Yela tadi naik bukit kan, mesti la turun bukit pulak ye dak? Lagi pulak ada satu kereta depan aku. Mungkin orang luar sebab gaya dia drive kereta tu lain macam sikit. Risau nak ikut rapat-rapat. 


Itu je lah pengalaman aku. Tak ada lah menakutkan sangat. Tapi kalau korang sendiri yang alami, tau lah korang macam mana perasaan aku time tu. Tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku berjaya memberanikan diri. Yeah! Tapi aku tak riak ok. Jangan nak mengutuk pulak. Huhu!


Di kesempatan ni aku nak bagi nasihat la kepada orang-orang terutamanya wanita (sebab wanita seorang yang lemah tak terkecuali diri ini), kalau korang lalu dekat kawasan-kawasan "keras" ..

1. korang tetapkan niat kat hati, "aku lalu je, bukan nak kacau atau buat kecoh." Dan minta supaya tak dikacau jugak.
2. Baca ayat-ayat suci yang korang ingat. Kalau tak ingat sangat, cukuplah sekadar melafazkan "Auzubillahi Minash Syaitanir Rajeem". Kadangkala perasaan takut itu dibisikkan oleh syaitan bagi melemahkan iman kita.
3. Berzikir sepanjang jalan.
4. Fokus pada pemanduan.
5. Cuba mengawal perasaan.
6. Bila dah lepas, ucapkanlah "Alhamdulillah". Syukur Allah telah melindungi dan bersama-sama kita di saat kita di dalam kesulitan.


p/s : Drive dari Selandar ke Jasin. Orang Selandar dengan orang Jasin mai komen mai. Kenapa suruh diorang komen? Sebab diorang je lah yang tau keadaan jalan dari Selandar nak ke Jasin. Ada area yang gelap. Sangat gelap woo! Ok, sebelum tu aku nak bagitau yang memang aku penakut. Orang berani boleh la kutuk-kutuk aku ni. Dipersilakan. Keh keh keh . . .




Friday, 29 June 2012

Bukan Coretan Biasa

As salam dan hye semua! ^_^


Maaflah dah lama tak update blog. "Busy"! Ehe. Sekarang ni cuti sem dah bermula. Memang ramai students balik kampung halaman termasuklah aku. Selama 6 sem ni aku tak pernah lagi tak balik rumah masa cuti sem. Orang bagi cuti, mestilah balik. Lepaskan rindu kat keluarga tercinta! Tak gitu? Hehehe.


Nak dipendekkan cerita, 28hb Jun; tarikh keramat untuk sem 6 ni. Tibalah masanya untuk aku berangkat pulang selepas semua kawan-kawan sekepala dengan aku melangkah kaki terlebih dahulu. Tinggal sorang-sorang rasa sangat sadis. Sepinya hidup. Sob3 isk! 8 hari nak tunggu last payyyper but still study last minute. Susah nak ubah habit ni. Petang pukul 2.30-5 duk berperang dalam dewan exam. Lepas keluar muka lega gila. Seronok tak terkata. MERDEKA!


Aku gerak balik Melaka pukul 10.30 malam. Pukul 9 abah aku dah call, nak tau dah naik bas ke belum. Abah takut kalau aku tertinggal bas. Aku gerak ke stesen pukul 10 malam. At last, bas aku sampai pukul 11 malam. Sabar je laa. Biasanya aku duduk single seat paling belakang. Tapi sebab dah terlewat beli, tak dapat single seat. Dapat seat no. 3. Antara baris paling depan jugak la. Nampak macam excited gila nak balik rumah gitu. HAHA! Aku duduk sebelah lelaki India. Bagus jugak. Kalau duduk sebelah perempuan, kompem2 kena berborak. Aku malas betul nak berborak dalam bas. Tak suka.


Pukul 12 malam tu aku dah lelap. Penat woo kemas barang. Tak tau la berdengkur ke tak. uhuk! Memang tido mati la masa tu. Tapi pukul 1.17 pagi ikut jam bas aku dah terjaga. Driver bas pasang lagu tangkap leleh 90-an. Kuat pulak tu. Dia tak sedar ke orang nak tidur? Ke sebab aku duduk belakang dia, so dengar kuat? Tu aku tak pasti. Yang pasti sepanjang jalan tu aku tak boleh nak lelap balik. Terkebil-kebil la mata aku ni pandang highway sambil layan lagu. Sempat berangan jugak! Baru dapat feel. kikiki. Pakcik driver nak hilangkan mengantuk kot. Layankan je la. Last aku tengok jam bas pukul 5.48 pagi. Lepas tu aku terlelap. Hanyut terus~


Pukul 6.50 pagi abah aku call tanya ada dekat mana. Aku bukak mata je tengah atas highway lagi. Signboard tak muncul-muncul. Nak cam jalan memang failed la. Aku rasa highway tu sama je. Dalam mamai tu aku jawab, tak tau la ada dah sampai mana ni. Abah aku tanya, dekat Selangor lagi ke? Aku usya macha sebelah, tapi dia pandang luar tingkap. Segan pulak nak tanya. Aku confident tak confident pun jawab la, dekat Selangor lagi kot~ Lepas je aku matikan call, muncul signboard Tol Ayer Keroh. Ah, sudah! Malu gila masa tu. Nampak sangat tidur tak sedar diri. Terus aku mesej abah aku, "Abah, dah sampai Tol Ayer Keroh". Tak lama tu adik aku call tanya betul ke aku dah sampai tol. Sebab abah aku terkejut baca mesej tu. Mula-mula cakap kat Selangor lagi, sekelip mata dah sampai Ayer Keroh. Memang pelik la! HAHA.


Lepas dah naik kereta, memang borak sakan la. Lama tak jumpa! Dalam borak-borak tu terselit soalan, sekarang musim durian kan? Sebab kat Kedah sekarang tengah musim kot. Hari tu aku ada nampak kulit durian dalam tong sampah. Terliuq la! Abah cakap musim durian dah lama habis dah. Sekarang tak da musim. Hukhukhuk. Beria aku balik sebab ingatkan durian tengah lebat berbuah. Lepas tu aku diam je la. Pukul 10 pagi abah aku nak pergi kerja, tapi barang nak hantar tak siap lagi. So, terpaksa la balik dulu. Lepas solat jumaat baru pergi balik. Masa balik tu abah aku beli durian. Pergh! Memang aku santap bersila la. Feberet kot. >_<


Petang tadi abah aku suruh temankan adik aku nak bayar yuran pendaftaran masuk poli. Lepas tu ayah aku hulur duit yuran dekat adik aku. Aku tengok dalam dompet abah cuma tinggal rm12 je. Abah ingatkan yuran tu ***, tapi ***. (jumlah yuran dirahsiakan. Ceh! gitu =P). Lepas ni terpaksa la abah keluarkan duit lagi. Abah kerja keras semata-mata nak tengok semua anak-anak dia masuk universiti. Orang yang seusia abah sekarang ramai yang dah berehat je dekat rumah. Tapi abah keluar bekerja cari rezeki untuk tampung sedaya mungkin kami anak-anaknya. Jasa abah memang tak terbalas! Tiba-tiba aku jadi sayu time tu jugak.


Abah balik kerja pukul 8.30 malam tadi. Balik bawa burger. Nyum-nyum. Sedap! Macam tau-tau je aku dah lama tak makan burger. Lepas makan nasi, makan burger pulak. Memang padat perut ni. Alhamdulillah. Selalunya abah online fb sampai pukul 12/ 1 pagi. Tapi hari ni abah tidur awal. Sebab besok kami bertiga (abah, aku, adik) nak pergi jemput abang aku dekat Kuantan. Dia dah last sem. Jadi nak angkut semua barang bawa balik rumah. Abah pesan, esok gerak lepas Subuh. Abah penat, tapi abah gagahkan diri jugak! Hari ni je banyak sangat pengorbanan yang abah buat untuk kami adik beradik. Sebelum-sebelum ni hati batu. Teruk betul. :(



Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk membalas semua jasa-jasa abah kepada kami adik beradik. Amin.. Sejak meningkat dewasa ni, aku semakin sedar dengan semua pengorbanan dan jasa-jasa abah. Sekarang emak aku dekat rumah kakak yang sulung. Jaga kakak aku yang tengah sarat mengandung menunggu hari. Tak lama lagi keluarga kami bakal menerima orang baru. InsyaAllah. :)





p/s : emak dengan abah sanggup tinggal berjauhan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Mampukah aku untuk mengikuti jejak langkah orang tuaku? Berkorban demi membahagiakan anak-anak..:')



Thursday, 24 May 2012

Percubaan Virgin Coconut Oil (VCO). Berhasilkah?

VCO..Apakah? Haip! Jangan salah paham. Cheq bukan nak meniaga kat sini. Saja nak kongsi cerita. Sebab dah lama sangat tak menaip kat sini. Masa rajin sehari update sampai dua tiga. Time malas menjengah diri, berhari-hari..berminggu-minggu tak jengok blog ni. Okes~



Al-kisah ...
Muka aku ni sejak 1989 - 2011 sangat kiut miut ala-ala baby face gitu. Amat jarang ditumbuhi kerawat. [bukan berlagak@riak ok :)] Tapi malang tidak berbau. Kalau berbau mesti busuk kan. Malang la katakan. Huhuhu. Masa aku sem 5, aku amik subjek Pengurusan Jualan. Jual-jual barang (masa ni aku ada promote dalam blog ni, tapi sekadar nak tunjuk bukti kat lecturer je kepelbagaian cara promosi kumpulan kami. keh3). Lepas tu ada program 'grooming'. Wah! Best gila. Pakai make up. Naik seri wajah gitu. Macam pengantin wok. Balik naik bas banyak jugak la mata yang memandang. Pergh! Cun aku hari tu. Kuasa mekap sangat menakjubkan. >_<



Tapi lepas beberapa hari tu, toink toink naik jerawat seketul kat hujung hidung aku. Dah la merah macam badut. Tapi aku tak segan pun. Selamba je pergi mana-mana pun. Cool babeh. Masa cuti sem makin banyak pulak naik jerawat. Mak, abah, along, alin, abg ipar aku semuanya tegur. Apa dah terjadi dengan wajahku? Suspen sikit. Huhuhu. Cuti hari tu, sedara mara aku pulak yang bersuara. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Pakai produk apa? Bla bla bla ... =.=



Kalau kira dari jangka waktu tu, dah 6 bulan muka aku ni berjerawat (jerawat batu bak kata adik aku). Tapi entah kenapa dan mengapa, baru dua tiga hari ni aku tersedar dari lamunan yang muka aku semakin teruk (memang teruk sejak 6 bulan lagi. hahaha) Pelik jugak. Sebab sebelum-sebelum ni aku agak bangga dengan muka yang berjerawat merah. Nampak matured sikit. Bila tengok member muka bersih je. Down jugak. Ouch! Wajahku. (perasaan bercampur baur @_@) Aku pun tak pasti dengan feeling aku sendiri. Hukhukhuk ..



Dalam masa 6 bulan ni, aku dah pakai guna 4 produk! Tak sempat habis aku dah tukar. Kalau ikutkan dari segi psikologi, kekerapan menukar produk membuktikan kita berada di tahap tekanan. (mandai-mandai aku je). Senarai produk yang aku gunakan sepanjang 6 bulan ni namun masih tidak tidak berhasil dan berjaya mengurangkan jerawat aku ni tak dapat la aku nak list kan sini. Mau kena hentam dengan depa t. Naya ja nak menjawab. -..-



Ramai jugak member aku yang bagi list cadangan produk yang diorang guna sekarang. Ada yang boleh pakai, ada jugak yang aku pertimbangkan. Disebabkan kekangan kewangan, aku tahankan je niat aku nak beli produk yang dah berlegar-legar dalam otak aku ni. Nak bagi jerawat cepat hilang. Erk! Bak kata kakak aku, 'sebelum berjerawat kena jaga. Dah naik banyak susah nak bela'. Betul jugak tu =_=



Sampai sekarang pun aku masih tercari-cari lagi produk yang sesuai untuk wajah. Tiba-tiba muncul sorang member sekolah rendah dulu. Dia buat business VCO ni. Mula-mula aku ragu-ragu jugak nak beli. Dengan kos lagi. Duit aku cukup-cukup makan je tu. Mungkin orang lain rasa harga tu murah. Tapi tidak bagi aku. No no no. Hahaha. Biasa aku pakai produk paling mahal pun RM 19.90. Tak pernah lebih RM 20. Hoho. Jimat tau. Bukan kedekut. Huhu.


Ni la VCO.
Geram aku tengok bulat-bulat tu.
Tak sabar nak telan. Nyum nyum! Haha. :D


Mulanya aku tolak bila di suggestkan. Tapi kelmarin (Selasa) entah dapat mimpi apa malam tu (tak ingat apa-apa) tiba-tiba pulak aku boleh order produk VCO ni. Laju je tangan menaip 'rai, aku nak order vco 1. nak hilangkan jerawat'. Tengah hari tu jugak aku bank in duit. Semangat gila. Lepas bank in duit terasa lega sangat-sangat. Masih berfikir sejenak. Sekarang produk tu dah sampai. Cepat! Gunalah perkhidmatan pos laju. (sempat pulak nak promote =,=). Bila aku pegang je botol vco ni, aku terasa harapan untuk kembalikan muka aku yang bersih berseri terjamin. ^_^



Kawan aku cakap, perlu istiqamah dan bukan mengharapkan dengan menggunakan produk tu muka kita bersih. Tapi dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah. Penggunaan produk ini cuma ikhtiar kita sahaja. Baik Rai! Thanks for the info. :D



p/s : malam ni start makan. kalau berjaya dalam masa sebulan, aku jadi testimoni ko ye! Doakan saya ya kawan-kawan. Tunggu update sebulan lagi. Kehkehkeh. >_<

Saturday, 14 April 2012

Misi Mencari Album Lama

Haa apakah? Motif..? Sebenarnya bukan saja-saja aku nak cari album lama zaman muda mudi dulu. Aku nak cari gambar baby dengan gambar budak-budak yang tersangat budak. Pres kelab aku yang nak. Dia ada buat program Team Building dia masa cuti mid sem ni. Ayat last dia tu yang aku tak boleh nak buat-buat dek tak tau pe2. " Remember to bring your photos to UUM. If not u all kena la. Haha" *ayat copy bulat-bulat dari group page fb. Even ada "Haha" belakang dia tu, itu lagi menggerunkannnn~



So bermulalah misi mencari album lama. Mana letak pun dah tak ingat. Betapa lamanya album tu, huh! Tapi kitorang duduk Melaka baru 3 tahun, masa dekat rumah lama dulu aku paling ingat dekat mana tempat simpan album lama. Tapi dekat rumah sekarang ni serius aku hilang ingatan dekat mana tempat album lama. Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Fed up lah! Mulalah satu rumah aku nak bertanya ...

"Mak, album lama dekat mana?"
"Abah, tau tak kat mane letak album lame?"



Jawapan hampa. Sobsobsob! Dua-dua pun tak tau album lama dekat mana. Aku pun cuba gagahkan diri cari celah-celah kotak. Terjungkit-jungkit kaki aku nak menjenguk kat atas almari. (tak de) Try cari dekat bawah katil pulak. Tilam berat betul nak angkat. Ada dua beg besar bawah tu. Teruja dah ni! Tapi hampeh. Cari dekat almari mak aku, tak de. Almari piala. Almari buku. Laci meja. Semuanya tak da. Ke hulu ke hilir pun tak jumpa. Pelik jugak.





Masa mula-mula pindah aku ada letak album aku dekat satu kotak, aku letak dekat penjuru bilik, bawah cermin muka. Tapi entah bila la aku buang kotak tu pun aku tak ingat. Tapi aku yakin la album tu aku tak campak ke perun sekali. Tapi dekat mana eh?! *tertanya-tanya sendiri dalam hati =,=



Lastly aku patah balik dekat tempat yang aku usya tadi balik. Mana tau jumpa (penuh harapan sambil mata bersinar-sinar). Ada dua tiga tempat aku cari 3,4 kali. Memang hampalah!!!



Tapi hidup ni indah bila kita bersabar. Chewah! Entah macam mana dan bagaimana, mata aku tertacap dekat satu sudut ni. Belakang almari, atas timbunan kotak, sebelah tikar. (mesti korang rasa tempat tu pelik, cuba teka dekat mana? HAHA) kat situ boleh pulak muncul satu album, warna biru milik kakak aku dekat dalam bilik abang aku. Hmmm. Rembat teruslah~~~ >_<



Selak selak selak .. Ouch! Rupanya album tu kakak aku tak pakai dah. Gambar dia pun dah tak ada. Aku tak de masa nak tengok beria sangat gambar-gambar lama sekarang ni. Kejar masa la katakan .. Nak siap packing barang balik Sintok malam ni. (Tapi sempat update blog jap). Dalam kepala aku ni cuma fokus dekat gambar aku masa baby. Tapi tak ada. Memanglah tak ada, sebab semua gambar baby aku tu kat dalam album aku yang ntah letak kat mana tu. Eeeeeeiiii!!! *tiba-tiba geram ..



Aku ada baca komen-komen dekat status pres aku tu, dia cakap "1 pic also ok. Better than don't have".
Aku pun anggap mudah je la. Okay aku nak ambik satu gambar je. Tapi gambar aku yang sorang-sorang memang tak de lah. Banyak gambar dengan adik beradik aku jek. Kejap dengan kakak aku, kejap dengan abang aku, kejap dengan mak, dengan adik aku. Gambar dengan abah aku, satu je. Huhu...



Nak pilih gambar pun masalah jugak. Tak tau nak ambik yang mana. Aku tengok, comey jugak masa aku kecik-kecik dulu! Chubby giler. Dah besar ramai pelik nape aku slim. Hahaha.. =D



Lepas 15 minit ak decide ambik gambar aku dengan abang aku la. Sebab sama-sama montok. Kihkihkih.
Hurm..Tapi aku nak scan je la pic ni. sayang nak bagi macam tu je dekat pres aku. Dia nak buat apa pun aku tak tau. Buatnya tak pulangkan balik, sadis lor. Bagi aku gambar-gambar lama masa baby dulu banyak sentimental value dia..miss that moments! :')


p/s : Balik cuti sem 2 bulan ni nanti, aku nak cari balik mana pergi album aku tu. Kalau tengok gambar sendiri kompem gelak-gelak. Lau tengok gambar orang lagi la gelak terbelahak! Kejam giler. Tapi aku tau ramai pun buat macam tu. Manusia kan...>_<


Album dari Pakcik Google

Album! di mana kamu? aku kangen sama kamu. Benaran ni..Aisyh =,-

Sunday, 8 April 2012

Home Sweetest Home!

Apa yang sweetest sangat tu?
Perbezaan ketara antara duduk rumah dengan u tak lain tak bukan~
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

"Akak, nak sarapan sama-sama ke kejap lagi?"

 Sarapan pagi! Lambat update time malam pulak =.=
Donut pun mak tolong gorengkan. Tinggal masuk mulut ngan ngap je! ^^

p/s : HAHA! kat u tak da maknanya ak nk sarap. selalunya brunch je! JIMAT :D