Saturday, 15 December 2012

MarC Annual Grand Dinner 2012

Annual Grand Dinner! Siapa yang tak teruja kan? Malam yang dianggap malam peragaan (bagi orang yang suka bergaya). Dinner ni under Marketing Club (MarC) dan khusus pada students final sem; kamilah tu! >_<


AGD ni diadakan pada 11/12/12 di Dewan Serbaguna PKP Baru, UUM yang bertemakan "Elegant, Gentleman". Masa ni memang ramai yang bergaya. Terserlahlah keelegant dan kegentleman tetamu yang hadir. Aku je lari tema; malas nak pikir sangat pasal baju dan tema. Yang penting aku datang majlis gilang gemilang tu. Ehe!


With my beloved friends a.k.a coursemates !! <3

Kami dengan mask. Cun tak? :D

Bersama dengan lecturer paling sporting! 
Opss, abaikan meja itu. Hah Hah. Full tank! @_@

Yg ni saja gedik nak mengedit.
Habis final ni dah susah nak jumpa. Sob..sob.. T_T


Pendek cerita, MarC Annual Grand Dinner 2012 memang tip top, meletop! Kebaboommm. :O
Mencipta kenangan dan memori antara kita semua. Ahaks!

Oh, ya! Bab makanan memang perfect; macam-macam ada. Kentang putar, sandwich, spaghetti, nasi goreng, satay, mushroom soap, tembikai, air oren. Semua makanan aku ambik. Masa ni dah cukup puas hati dah. Tengah sakan bergambar, tup tup datang donut apple. Bedal dua sekali; coklat dengan cheese. Bergambar-gambar lagi, datang pulak aiskrim Connetto. Pergh! makan sampai nak pengsan. Tapi itu yang aku paling suka! Berbaloi2. Korang happy jugak tak? ^_^'

# Orait! To all my friends, good luck in your final exam for your final sem! We can do it. Chaiyokkk2 !! Mulakan setiap langkah dengan basmalah, in syaa Allah kita boleh harungi segala masalah dengan tabah. Salam kemaafan salam persahabatan, semoga kekal hingga ke akhir zaman. :)

Hari ni (15/12/12) genap Cik Syarifah Nurul Farhana Binti Syed Kamarudzaman berumur 23 tahun. Lepas ni matured sikit yo. Dah tuo. Hahaha. Semoga panjang umur, murah rezeki, hidup diberkati Ilahi. Amin.  ;)







Tuesday, 30 October 2012

Ragam Kucing Tika Lenanya

Kucing ni haiwan peliharaan yang manja dan comel ! Dari zaman ak sekolah rendah dulu lagi, abah aku dah terapkan kami adik beradik untuk berkasih dan menyayangi kucing. Kalau ikutkan dah banyak sangat kucing yang kami pernah bela. Berapa tu sampai tak terkira. Nama pun macam-macam. Sampai dah tak tahu nak letak nama apa. 


Hari ni aku nak kongsikan kisah 3 ekor kucing aku yang masih ada; hidup dan sihat ^_^
Kucing2 aku ni, masa lapar bukan main mengeow. Macam orang tak makan sebulan. Kalau tak sabar sangat, sampai kaki-kaki kami digigitnya. Aisyh! Tapi yang comelnya pasal kucing aku ni, bila mana mereka melelapkan mata. Terserlah sifat kemanjaannya. Gaya tidur pulak berubah-ubah. Ikut mood masing-masing. :D


1. Belang

Masa tido, i comel je. Tapi bila bangun, i suke memancut sane sini. 
Habis hancing rumah disebabkan nak menandakan "my area"! 
Keh Keh Keh -..-


Panjang tak kaki i? Haruslah, sebab i yang paling tua ;)



2. Tiga Colour


Please ! Please ! Please !
Jangan pelik dengan nama i tu. Sebab i generase yg ke-3 
(kurang lebih ade 12 ekor kucing yg lain including me!)
Hah Hah Hah :D


So sleepy ! Hujan2 ni sodap den tido berbantalkan kotak tisu nih. 
Mueh mueh mueh :3


3. Bino

Apesal semuanya tidoq? Mai la main kejaq2 ngan aku ni haa.
Nasib badan lah berkawan ngan kucing2 tua.
Tido je kejenye ! @_@


i pun nak mogok tidoq lah ! 
Body i nampak tough kan? 
Sebab dah besau pun i still menyusu kat kakak 3 colour.
Ho Ho Ho.
That's why my name is Bino a.k.a Bino Badan ( -_-)'


Kucing-kucing aku ni tido ikut mood. Kalau time mood berkasih sayang, hamoi ! Bukan main lagi tiga-tiga ekoq dok berkala-kala (tidur rapat2; bertindih2). Sekarang tak tau mood apa. Semua pakat tido tempat asing2. 


Lagi 1 yang comelnya pasal kucing ni, masing-masing dah cop tempat sendiri. Senang citer, kalau nak cari mereka, just direct pergi tempat tidur la. Tempat tido sekarang ni bukan tempat tido harian. Berubah  angin mungkin *_*


Ak usya masing-masing dah ubah posisi tidur. Nak snap picture malas pulak! Orang kata, "kucing ni tak elok ditangkap gambar selalu, nanti cepat mati" Iyer ke idok, idok ler teman tau nye. Yang pasti, ajal maut semua ketentuan Ilahi. :)


p/s : sayangilah kucing seperti kita menyayangi keluarga sendiri. Setiap kasih yang kita curahkan, akan mendapat pahala. InsyaAllah. Siapa-siapa yang ada niat nak bela kucing tu, teruskanlah. Bersama-sama kita beramal baik kepada binatang ^_^



Wednesday, 24 October 2012

Jujurlah Dalam Berniaga

Jujur dan bijaksana dalam berniaga itulah penyumbang terbesar kepada keuntungan dan kemajuan perniagaan; bukannya menipu.



p/s : teringin buka perniagaan ^_^

Cara Pengiraan Interest Loan Kereta

Semalam dapat berita Along aku angkat kereta baru. Pergh! Tergugat la pulak. Ni yang tekad nak beli dalam masa terdekat. So, google beberapa laman web, list kereta dan harganya, google image nak tengok model kereta. Haha! Semangat gila. Macam orang nak beli esok lusa jek.


Tup-tup jumpa page cara mengira interest loan kereta. Daripada jalan kira yang dia tunjukkan beserta contoh, aku pun amik handphone, terus kira! Detail kereta idaman aku; Model : Myvi 1.3cc SE (AT)


Pengiraan : 

Harga kereta : RM 53 400
Deposit : 10% = RM 5 340
Jumlah loan : RM 48 060
Jumlah Pembayaran Balik Pinjaman : 6 tahun
Peratus interest : 4%

Interest setahun = Jumlah loan x Peratus interest
= RM 48 060 x 4% = 1 922.40

Interest untuk 6 tahun = Jumpah pembayaran balik x Interest setahun
= 6 tahun x RM 1 922.40 = RM 11 534.40

Jumlah sebenar yang dihutang dengan bank = RM 11 534.40 + RM 48 060 = RM 59 594.40

Jumlah bulan dalam 6 tahun = 72 bulan

Jumlah bayaran sebulan kepada bank = RM 59 594.40/ 72 = RM 827.70


Mantop !


Kalau ada pengiraan yang salah, tegur-tegurlah ye. Aku pun tak berapa reti. Main kira je. Hekheh.


p/s : Kalau aku jadi angkat kereta Myvi 1.3cc SE (AT) ni, kena spend kan siap-siap la, sebulan RM 830 untuk bank saja. Wah, mampu ke aku? Hutang PTPTN macam mana pulak eh?



Monday, 22 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari raya korban dah nak tiba. Apa persiapan korang?
Eh, dah macam tulis kad raya masa zaman-zaman sekolah rendah dulu la pulak. HAHA :D


Malam ni, 22 Oktober 2012, tepat jam 9.00 pm, di Stesen Bas, Changlun, aku akan bergerak pulang ke kampung halaman, Selandar, Melaka. Semoga Bas Intercity membawaku pulang dengan selamat. Aamiin :)


Untuk kali ini, kali terakhir aku akan menaiki bas pada cuti pertengahan semester sebagai seorang mahasiswi UUM. Final sem student la katakan. Ek eh, terberlagak pulak. Maap! :p


Sebelum aku offline, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita mendapat keberkatan daripada hari-hari yang mulia ini. ^_^


Gambar Hari Raya Aidilfitri 2012
Salam dari kami sekeluarga. (n_n)

p/s : Kepada sesiapa yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, saya ucapkan selamat sampai ke destinasi. "Biar lambat, asal selamat!" 

... dan kepada sesiapa yang tidak pulang kerana tuntutan kerjaya, call-call lah parents korang dekat kampung tu. Pasti itu sudah cukup untuk membuat hati mereka bahagia. insyaAllah. :')  

A Journey

As salam kalian. Sihat semuanya? Alhamdulillah. :)
I just want to share one picture to describe my title; A Journey.

Pengalaman pertama menjejakkan kaki di sawah padi 
yang tenang menghijau di bumi Kedah Darul Aman 


:: A journey of the thousand miles must begin with a single step ::

Ayat ringkas tapi membawa maksud yang mendalam. 
"Perjalanan seribu batu mesti bermula dengan satu langkah". 

Fokus kepada orang yang nak berjaya, jangan malu untuk melangkah. 
Biar jatuh beribu kali, asal kita tak sekadar berdiri tanpa menggerakkan kaki. 
Ayuh melangkah, mencapai kejayaan itu mudah, jika kena dengan cara dan kaedah!

p/s : Yang penting, jangan mudah putus asa. Kita semua sama. :)

Wednesday, 11 July 2012

Pengalaman Melalui Kawasan Perkuburan Cina

"Orang kata, lalu depan kubur ni puaka! Banyak roh yang berkeliaran dekat situ"


Kubur Cina di waktu malam


Pertama kali aku lalu depan kubur Cina waktu malam pukul 10 sorang-sorang. Dengar pukul 10 malam macam awal lagi je kan? Tapi kawasan tu gelap, tambah pulak tak banyak kereta yang lalu lalang situ, memang mencabar keimanan aku sungguh. Kawasan perkuburan Cina Jasin yang baru aku lalu tadi terletak dekat selekoh tajam dan berbukit. Paham-paham je lah bila dah selekoh tajam, confirm-confirm kita break, nak pelan kan kereta sikit. Lepas tu nak naik bukit pulak. Orang-orang Jasin mesti tau kedudukan kawasan perkuburan tu macam mana.


Berbekalkan semangat yang masih ada, aku gagahkan jugak diri menyelambakan diri. Buat muka cool, kepala tak toleh kiri kanan, mata straight pandang depan, hati penuh berdoa! Kereta wira putih auto yang aku bawak pulak jenis lambat pick up kalau dah break. Naik bukit memang slow la. Nak rempuh sepanjang jalan depan kubur Cina tu, terasa berat, terasa lambat. Huisyh, dahsyat gila perasaan ni! Selamat tak kena kacau. Kalau tak, mau seriau. Syukur..Alhamdulillah..


Masa nak balik area pukul 11 malam macam tu rasa tenang sikit. Rileks ja pasai abah aku ada duk sebelah.  Motor abah aku buat hal, tu pasal aku pergi jemput kat tempat kerja abah aku. Laluan balik depan kawasan kubur Cina ni menuruni bukit. Yela tadi naik bukit kan, mesti la turun bukit pulak ye dak? Lagi pulak ada satu kereta depan aku. Mungkin orang luar sebab gaya dia drive kereta tu lain macam sikit. Risau nak ikut rapat-rapat. 


Itu je lah pengalaman aku. Tak ada lah menakutkan sangat. Tapi kalau korang sendiri yang alami, tau lah korang macam mana perasaan aku time tu. Tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku berjaya memberanikan diri. Yeah! Tapi aku tak riak ok. Jangan nak mengutuk pulak. Huhu!


Di kesempatan ni aku nak bagi nasihat la kepada orang-orang terutamanya wanita (sebab wanita seorang yang lemah tak terkecuali diri ini), kalau korang lalu dekat kawasan-kawasan "keras" ..

1. korang tetapkan niat kat hati, "aku lalu je, bukan nak kacau atau buat kecoh." Dan minta supaya tak dikacau jugak.
2. Baca ayat-ayat suci yang korang ingat. Kalau tak ingat sangat, cukuplah sekadar melafazkan "Auzubillahi Minash Syaitanir Rajeem". Kadangkala perasaan takut itu dibisikkan oleh syaitan bagi melemahkan iman kita.
3. Berzikir sepanjang jalan.
4. Fokus pada pemanduan.
5. Cuba mengawal perasaan.
6. Bila dah lepas, ucapkanlah "Alhamdulillah". Syukur Allah telah melindungi dan bersama-sama kita di saat kita di dalam kesulitan.


p/s : Drive dari Selandar ke Jasin. Orang Selandar dengan orang Jasin mai komen mai. Kenapa suruh diorang komen? Sebab diorang je lah yang tau keadaan jalan dari Selandar nak ke Jasin. Ada area yang gelap. Sangat gelap woo! Ok, sebelum tu aku nak bagitau yang memang aku penakut. Orang berani boleh la kutuk-kutuk aku ni. Dipersilakan. Keh keh keh . . .