Thursday, 7 April 2011

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

           Merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan - pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja.

         FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Awal 1920-an
Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British.
Adalah dipercayai permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1800-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor and Negeri Sembilan.

1951, Tunku Abdul Rahman Al-Haj menjadi presiden
Dalam tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.

Tahun-tahun di antara 1974 hingga kini
Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua - Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.
Kedudukan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975. Dalam tahun 1976, Sultan Pahang memegangnya sehinggalah sekarang.

p/s : Itu merupakan serba sedikit tentang fakta FAM.. Berita terbaru yang menggemparkan Malaysia dan kebanyakan negara apabila Pasukan Bola Sepak Malaysia memenangi Piala Suzuki di antara Malaysia dan Indonesia.

Hal ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat Malaysia menjadi yakin semula dengan pasukan bola sepak kita. Buktinya, jualan jersi Malaysia di pasaran meningkat dan ramai rakyat Malaysia berasa bangga apabila menyarungkan jersi Malaysia di badan masing-masing.

Tidak ketinggalan juga saya dan kawan-kawan saya yang turut sama berasa bangga dan kembali meyokong dan yakin bahawa pasaukan bola sepak negara mampu menaikkan nama mereka seiring meningkatkan imej negara Malaysia!

GO!GO!GO! MALAYSIA..!!! ^_^

Sebelum Pergi Interview, Baca Tips Ini Dulu!.. (Part 4)

Tips dan Rahsia Lulus Cemerlang Temuduga Kerja Kerajaan

Punca Gagal Di dalam Sesi Temuduga Kerja Kerajaan :
  1. Calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga.
  2. Kurang pendedahan dengan situasi atau isu semasa.
  3. Kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri.
  4. Tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga.
  5. Gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik.
  6. Kurang tumpuan.
  7. Terlalu berserah pada takdir.
  8. Terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga.
  9. Tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.
  10. Kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga.
  11. Tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihantubi.
p/s : Ini hanyalah serba sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama kawan-kawan. Diharapkan dengan adanya info ini, saya dan kawan-kawan berusaha menggelakkan diri daripada menghadapi masalah seperti di atas. Kerja kerajaan mempunyai jaminan hidup yang pasti. Saya pun begitu berharap selepas graduate ini nanti, saya dapat bekerja dan menyumbang segala tenaga untuk kerajaan Malaysia! Amin.. J

Sebelum Pergi Interview, Baca Tips Ini Dulu.. (Part 3)

Tips Temuduga : Etika Ketika Temuduga

  1. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  2. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  3. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  4. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  5. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  6. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  7. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  8. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  9. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

p/s : SENTIASALAH berwaspada dengan segala perkataan dan ayat yang ingin dikeluarkan. Bagi mendisplinkan diri untuk kelihatan fasih berbahasa formal dan teratur, praktislah sebulan atau at least seminggu awal sebelum anda pergi sesi temuduga. GOOD LUCK! J

Sebelum Pergi Interview, Baca Tips Ini Dulu.. (Part 2)

4. Etika Pakaian Semasa Temuduga

• Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.

Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki

  1. Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.
  2. Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.
  3. Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.
  4. Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.
  5. Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.

Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk perempuan

  1. Memakai pakaian yang sepadan (matching).
  2. Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.
  3. Tidak memakai pakaian seperti lelaki.
  4. Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
  5. Memakai kasut bertumit.
  6. Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.
  7. Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.
  8. Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.
  9. Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan.

p/s : JADI, berhati-hatilah dan perlu ambil berat tentang etika pemakaian kerana pakaian juga diambil kira di dalam penilaian sesi temuduga.. Semoga Berjaya!.. (n_n)..

Sebelum Pergi Interview, Baca Tips Ini Dulu! (Part 1)

Soalan popular semasa temuduga:
1. Berapa gaji yg anda jangka terhadap jawatan ini?
Tips : Jangan minta gaji yg tidak realistik, jangan terlalu rendah kerana anda mungkin di anggap kurang pengetahuan, jangan terlalu tinggi kerana anda mungkin akan ditolak mentah-mentah. Oleh itu, cara terbaik ialah mengajukan kembali soalan kepada penemuduga. Dapatkan skala gaji yang boleh ditawarkan dan bagimana kelayakan anda bertepatan  dengan skala tersebut.

2. Apakah motivasi anda?
Tips :  Jawapan terbaik, jawablah dengan yakin bahawa anda bersesuaian untuk semua jenis jawatan/ industri.

3. Berapa lama anda akan berada dalam syarikat ini? 
Tips : Sekiranya anda memang berniat berkerja di syarikat tersebut hanya untuk mencari pengalaman dan pengetahuan tentang perjalanan organisasi semata-mata, JANGAN berkongsi maklumat tersebut semasa anda ditemuduga!
              Jawapan anda mestilah menekankan komitmen untuk jangka masa yang panjang, pada masa yang sama, bersedia untuk perubahan.

4. Terdapat banyak lagi soalan popular yang sering ditanya semasa sesi temuduga, antaranya:
Huraikan serba sedikit tentang diri kamu.
Katakan bahawa awak telah diterima untuk mendapat perkerjaan ini, tetapi pada masa yang sama, salah sebuah syarikat pesaing kami juga telah menawarkan jawatan yang sama. Syarikat mana yang akan kamu pilih? dan mengapa?
Anda rasa adakah anda layak untuk mendapat jawatan ini?
Apakah kekuatan yang anda ada, dan tiada pada calon lain?
Bolehkah anda berkerja di bawah tekanan?
p/s : JADI, anda yang ingin pergi temu duga dalam masa terdekat ini, sentiasalah bersedia untuk menjawab dengan yakin!
             =====================

Selepas selesai anda ditemuduga, anda juga akan diberi peluang untuk menanyakan soalan. PERHATIAN! Jangan sesekali anda menjawab bahawa tiada soalan yang ingin diajukan kerana ini hanya akan menunjukkan bahawa anda kurang berminat tentang syarikat tersebut! 

Antara soalan yang boleh anda ajukan ialah :
Apakan visi syarikat ini?
Apakah peluang untuk kenaikan pangkat yang saya di syarikat ini?
Adakah latihan dan kursus profesional ditawarkan untuk staf?
Bolehkah saya berbual dengan staf di jabatan yang sama dalam syarikat ini?
Apakah faedah lain yang boleh ditawarkan oleh syarikat?

                                                =====================
Semoga keputusan temuduga anda lebih baik dari yang sebelumnya. Salam kejayaan dari saya.. v(^_^)
Oleh itu, baik bersedia dengan beberapa soalan yang bernas dari awal. Gempaklah sikit keputusan temuduga anda nanti..^_^

Sunday, 3 April 2011

kita tetap berSAHABAT baik..

setelah kita sama2 merelai..sama2 menyejutui..
kisah cinta kita berakhir di sini..
mengapa ini pula yg terjd?

hentikan segala cubaan..
hatiku kini sudah dimiliki..
kau sendiri tahu bahawa aku
seorang kekasih yg setia..

kau perlu ku sisih,
agar hati kekasihku tidak terhiris..!

jangan dekati aku..
lupakan kenangan kita..
itu semua sudah berlalu..
dan kini sudah tidak bermakna..

namun yakinlah..
kau tetap ku anggap sahabat!
sahabat yg pernah memujuk,
kala aku kesedihan..
     sahabat yg sering menenangkan aku,
     di waktu aku keresahan..
sahabat yg terlalu sabar.
dalam melayani keegoanku..
     dan..yg paling penting...
     engkaulah sahabat..
     yg sentiasa berusaha untuk
     mengukir senyuman ikhlas di wajahku
     di saat aku berasa sepi dan tersisih..

sahabat..! chill yup bro..haks.. :)

puitis cinta..

aku benci perasaan ini..
ia datang menyerang kembali..
mengapa api cemburuku tiba,
bila melihat kau mesra bersamanya?

memang benar kau bukan milikku lagi..
tapi... ah..!
kata pujangga..
" cinta itu sesuatu yg pelik,
kalau kita menggenggamnya terlalu erat,
ia akan mati..~
kalau kita menggenggamnya terlalu longgar,
ia akan pergi!"

teman.. bimbinglah aku cara menggenggam cinta..
ajarlah aku cara menzahirkan cinta..
supaya kesilapan lalu tidak berulang..
agar sesalanku tidak berterusan.. ~_~'

p/s : puitis ni tercipta mase ak dgn kwan2ku sdg dilamun-lamun..
tbe2 jumpe balik ayat ni..ak abdikan dlm blog ni la..hehe..