Tuesday, 31 May 2011

Ciri-ciri Lelaki Sejati :)

Assalammualaikum semua..!


Maksud Sebenar Seorang Lelaki Sejati... =D




Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.
Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.
Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.
Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki! HAHA.. =P

p/s : Lepas ni aku cuba cari ciri2 Wanita Sejati pulak.. ^_^"


Monday, 30 May 2011

Kawan adalah Segalanya Selepas Keluarga..:)

Hyep. Sekarang dah musim cuti semester. Dah seminggu tak jumpa kawan2 u. Walaupun seminggu, tapi rasa macam sebulan dah. Terasa lama. Sebab bosan duk umah kot. Huu~

Bagi aku, hidup tanpa kawan umpama ilmu tanpa iman. Hidup memang boleh hidup. Tapi nikmat hidup tiada. Mengapa begitu? Kerana lumrah manusia yg perlukan kehidupan sosial. Seharian berkomunikasi, bertukar pendapat, melaksanakan tindakan, dan lain2. Tanpa kawan2 disekeliling, hidup tiada makna. Mungkin ada orang kata kawan itu tak sepenting kekasih! Bagi aku, itu hanyalah pendapat orang2 yg sombong, bongkak, dan angkuh. Tengoklah bila diorang putus, tak lain tak bukan, kawan yg akan dicari. Buat tempat luahan perasaan. Tiada manusia yg mampu hidup dengan hanya memendam perasaan. Kalau ada, rugilah masa depan mereka sebab risiko untuk menjadi gila adalah tinggi. Bahaya. Parah.

Aku ada ramai kawan. Macam2 perangai ada. Tapi aku terima semuanya. Sebab diorang adalah kawan2 aku. Sekali aku berkawan, selamanya dia kawan aku. Aku sayang kawan2 aku. Tapi jujurnya, aku tak akan mengaku depan2 diorang la yg aku sayangkan diorang. Punya ego aku ni. Huhuhu.

Sekarang, aku dah buat silap dekat seorang kawan ni. Amanah yg diberi merupakan tanggungjawab yg sangat besar. Dan kesilapan seminit yg aku lakukan, dah membuatkan penyesalan yg berpanjangan. Walaupun aku berusaha, tapi aku tau takkan berjaya. Bukan bermaksud nak berputus asa, tapi ...

Google search : Sebenarnya ramai yg alami masalah seperti aku ni. Tak sangka. =.=

p/s : selagi ada masa, aku akan terus mencuba. Hope semuanya jadi seperti sediakala.
Bantu hambaMu Ya Allah. Berilah aku kekuatan hati n jiwa. Semoga ketenangan itu akan membuatkan aku tenang berfikir dalam usaha merungkai segalanya. (Berdoa sepenuh harapan).

Thursday, 26 May 2011

Seharian Di Hospital Melaka

Jam 7 pg dah keluar rumah, nak pergi Hospital Melaka. My mom have a medical check up. Mula-mula abah aku yg drive. Lepas breakfast, aku pulak drive. Wah! lepas gian. Hari tu pun dah lepaskan sekali. Sampai je Melaka Sentral masa nak balik rumah, terus aku offer diri nak drive. Hehehe. Best!

Sampai hospital jam 8.30 pg. Lama kan? dah la jauh. Jalan pagi-pagi biasa la. Jem aje. Orang nak pergi kerja. Hantar anak ke sekolah. Sampai-sampai je terus aku dengan mak naik wad. Serah surat. Ok tunggu...

Jam 9pg, tunggu lagi..
Jam 10pg, masih menunggu giliran...
Jam 11pg, menunggu penuh kesabaran....
Jam 11.30pg, ok fine. Mak dah pergi ambik darah.. ^_^..Ok tunggu..=.=
Pergi makan dulu..

Jam 12, tunggu keputusan darah..pergh! mata dah mula mengantuk! Tidur2 ayam.
Jam 1, tidur dengan penuh nyenyak. Sambil duduk!!
Jam 2, ok dah siap. Pergi makan dengan adik aku kat Jalan Hang Tuah, Melaka. Dia praktikal kat situ.

Jam 3, balik ke hospital. Tunggu giliran untuk ambik ubat.
Jam 4, tunggu abah. Tengah bincang dengan orang atasan pasal penukaran tempat. Permohonan lulus! Lepas ni ambik darah dekat Hospital Jasin je. Kan senang. Dekat pun dekat.
Jam 4.10 ptg, gerak balik ke rumah.
Jam 5, sampai rumah! akhirnya..

p/s : hampir seharian di hospital, hanya untuk mengambil darah dan ubat. Sungguh! grrrr..
Siapa yg harus dipersalahkan?
Anyway, ok la coz lepas ni kami pergi ke Hospital Jasin je. Kalau permohonan tak lulus, memang la..
Nak cakap kang, boleh kena saman ni. Sabar jek lah..!!!

Wednesday, 25 May 2011

5 Perkara yg Paling Dibenci Bila Berada Dalam Bas..

No. 1: Bila orang berborak tak berhenti.
Aih, gua pantang betul dengan orang yg macam ni. Dari mula dia naik, bercakap tak berhenti. Tau la awak tu naik dengan kawan. Nak berborak boleh je, tapi jangan la kuat-kuat. Kawan tu duk sebelah je kot, bukan duduk selang 5 kerusi! Terganggu tau.

No. 2 : Bila handphone asyik berbunyi.
Yang ni lagi satu. Gua pantang betul la. Tak kisah la nak mesej dengan siapa-siapa pun. Tapi kalau dah mesej dengan bf/gf, silent mode la! Sekali dua bunyi mesej masuk tak pe la. Ni dah berpuluh-puluh kot, tak reti-reti nak silent?!

No. 3 : Bila orang tengok movie pakai laptop.
Kalau laptop tu Apple Brand, tak pe la ko nak duk bukak sound kuat-kuat. Ni brand tutttt jek. Kalau nak layan movie sangat, kot bosan dalam bas yg tak ada tv kan, pakai la hearphone! adeh..semuanya tak reti bahasa. Tak ada sivik langsung. Please respect other person la. Respect our privacy. My privacy k!

No 4 : Bila orang belakang bawak beg besar letak dekat seat.
Ini memang gua betul-betul pantang. Kalau lu ade barang berharga dalam tu, lu simpan dalam beg kecik aje lah. Tak perlu bawak beg tarik lu tu kat seat! Bila malam-malam, gua nak turunkan kerusi, tak boleh tau minah! Ko ingat sedap ke tido dengan kerusi yg tegak je tu? Nak tegur takut kecik hati, tak tegur kang makin menjadi-jadi..Grrrrrrr!!!

No 5 : Bawa makanan banyak-banyak.
Gua tau perjalanan kita ni ambik masa 10jam. Tapi tak perlulah lu bawak makanan punya banyak. Tak mati pun kalau lu just makan gula-gula. Ok what! Dah la makan keropok. Time nak bukak plastik tu pun dah bunyi punya kuat. Lepas tu mengunyah pulak! Mulut tu kalau makan tak bunyi tak boleh ke? Sopanlah sikit. Lu nak bagi kitorang semua terliur ape? Ke lu memang makan macam tu? Isyh!

p/s : 5 perkara ni betul-betul gua geram masa naik bas semalam. Panas jek dalam bas tu!
Perkataan gua ni digunakan bagi nak menggambarkan keganasan. Sebab gua memang betul-betul bengang dengan perangai manusia-manusia yg tak reti nak respect privacy org lain ni.



* Mulai sekarang, penggunaan saya akan diubah menjadi 'aku' semula. Pertukaran hari tu sebab my lecturer kata dia nak suka baca blog orang, so agak risaulah di situ. Hehe. =D

Monday, 23 May 2011

Melambai Kepulanganku ^_^

Bilik telah siap dikemas rapi
Tiba masanya diriku berangkat pergi
Meninggalkan seribu satu memori
Sepanjang sem 4 ini..

Kepada sahabat-sahabatku yg masih tinggal
Masa kalian akan tiba jua
Doa diiring buat penenang jiwa
Buat mai yg masih tinggal lagi satu paper!
U go girl..Score yup..
Amin..^_^

Buat sue..
Jaga bilik baik-baik
Jangan habis semua tunggang terbalik
Esok lusa dah boleh balik
Sem depan harap-harap tetap satu bilik
Eh, berpantun pulak hek?
Haha..=D

Dan akhirnya cik tirex
Esok kamu pulangkan?
Jangan duk rumah asyik terbungkang
Sekali sekala p turun padang
Tolong ayah yg tersayang..
Berkebun menyihatkan badan!
Yeah..



p/s : Thanks yup kalian. Terharu betul aku tadi N segan lor. Hakhak. Jumpak korg sem depan. Bila masing2 ada kat rumah, jangan buat diam jek. Roger2 k! ^_^

Hope tak ada sape2 yg sedih bila baca entry ni. Haks..
FRIENDSHIP FOREVER..!!

Terima Kasih En. Mohsein!

Salam..exam saya dah settle! yeay. Tadi paper business law. Last paper.

Saya ni dari form 1 lagi memang tak suka baca-baca ni. Lagi-lagi subjek sejarah! Memang saya failed. Tapi alhamdulillah result tok pmr dan spm ok la. Huu.

Masuk u ni, saya seboleh-bolehnya nak mengelak dari terambil subjek-subjek membaca ni. Aih... Memang saya allergic. Tup-tup kena ambik jugak subjek-subjek ni semua. Undang-undang perniagaan ni subjek wajib pulak. Adeh. Layankan je lah~

Mula-mula memang saya tak expect apa-apa langsung dengan subjek ni. Lagi pulak ada satu hari tu saya kantoi menipu pulak! Memang cari nahaslah. Demi nak dapat 1 markah, malu satu hari dibuatnya. HAHA. Tapi tu lah. saya ni memang tak boleh nak buat oanr sikit, sekejap je kantoi. Masa tu kena submit group assignment, agaknya En. tu marah kot, terus dia suh anta kat bilik dia. adoi. Tapi yg hantar tu bukan saya, sebab saya nak rushing pergi dkg 1 sebab nak buat presentation subjek Brand =.=

Lepas tu terus saya lagi down la dengan subjek law ni. Tapi hari tu saya dengan pah pergi ambik paper mid sem. Walamak! Our group assignment got full mark!! 35 mark dapat free-free macam tu je. Pergh. Anugerah dari Ilahi. Alhamdulillah. Lepas tu lecturer semak paper mid sem, saya dapat la 12 markah. Sepatutnya 11 kot, tapi sebab yang akhir sekali tu saya buat memang panjang lebar, tapi tak ada isi langsung. 1 tanda markah kesian. HAHA..Jadi totally my carry mark 52/60. Banyak kan? tapi ada lagi kawan saya yg dapat 58/60.. Hebat!

Then saya pun bodek-bodek sikit mintak tambah markah, sebab pah dapat 2 lebih dari saya. Hehehe. Tapi tak dapat pun. Ada cina tu dari pukul berapa ntah dia merayu, sebelum kami datang dia dah ade, kami nak balik, dia x balik2 lagi. Huhu. Last-last kami mintak la tips. Nak mintak banyak-banyak sikit. Tapi tu lah, tips tu saya dah lupa saya letak mana. Jadi saya baca tips yg dipost2 melalui fb dari kawan saya.

Jam 5.00pg : dah bangun untuk sambung study. sebab ketaq sangat kan. tidur pun tak lena. Huhu. Pukul 7 dah mengantuk balik, tapi saya tak berani nak tidur. nanti terlajak pulak.

Dalam dmas : Hurm..Hurm..Hurm..Agak blank seketika. =.=
Selak punya selak, En. Mohsein lalu. saya buat muka bodo je la. Memang bengap pun pasal law ni. Haha. "ok ummi?" "Hurm?" terkejut. dalam hati sempat fikir. 'dia tegur aku ke?' "takkan awak tak baca?" suara dia tak lah menjerit. slow je. tapi sebab nama pun dalam dewan peperiksaan. dewan yang sunyi sepi. bila orang bersuara, mesti akan dengar. so apa lagi, ada la lebih 8 pasang mata yang memandang. Pergh! segan kot. ~_~

Tapi lepas kena tegur tu, saya rasa bersemangat pulak nak jawab. Sebab dari sem 1 lagi lecturer2 lain tak pernah tegur saya. rasanya tak pernah. tak pernah la tanya "ok ummi?". hahaha. rasa diri macam popular la. tapi dalam masa yg sama saya tengok kad matrik saya tu, hurm. lantaklah. jawab je.

Jam 11.30pg : Haa..dah mula tulisan macam cakar ayam. idea tunggang langgang. isi lari lintang pukang. aih tak peduli. yang penting aku kena keluar dewan sebelum pukul 11.45. kalau terlambat keluar, alamatnya terpaksa la menunggu semua kertas dikutip, baru boleh keluar. tak suka macam tu. haha.

Masa jalan tu saya nampak la ria, so saya senyum lebar. siap ajak dia keluar lagi. Wahhh, jalan macam saya dah siap perfect je. tapi hampeh je. haha. "ok ummi?" saya mencari-cari suara tu. oh, En. Mohsein! tapi disebabkan kesejukan yg teramat dalam dewan tu, telinga saya kurang berfungsi dengan baik. jadi saya terpaksa bertanya lebih kurang 3x! huhu. mesti orang yg duduk belakang nak jawab exam tu stress. Maaflah ye. Haha. Leas 3x, En. Mohsein tanya "boleh dapat A la?" saya jawab "ikut budi bicara encik la". pastu saya nampak dia tersengeh. saya pun terus la blah. segan sebenarnya. i ni kan pemalu. tak suka populariti ni. haha. poyo! =P

Bila pikir-pikir balik, macam ada harapan je nak dapat markah tinggi. orang kata kalau lecturer kenal kita, nanti dia bantu mana-mana yg patut. ye ke? tak tahu lah kan. depends on lecturer kot. ^_^

p/s : tapi rasa macam segan jugak. jawab tadi serius jawapan goreng je. tak ada ayat macam law langsung. haha. jadi segan la kalau saya digelakkan dalam diam. huhuhuhu. ~_~

anyway, want to thanks to En. Mohsein again coz dah kembalikan semangat untuk menjawab exam tadi! even En. Mohsein tegur orang lain jugak, tak kira. saya tetap terasa semangat yg diberi oleh seorg lecturer. kalau saya ada rezeki jadi lecturer, dalam dewan exam saya nak tegur semua student saya. kalau boleh! haha. hope result sem ni lebih baik dari sebelum2nya. Amin. ^_^"

Sunday, 22 May 2011

Apa Punca Tak Boleh Tidur?

Jam menunjukkkan pukul 11.33p.m. Mataku masih enggan untuk lelap. Terlalu awal untuk tidur? Sebenarnya esok merupakan last paper final saya bagi sem 4 sesi 2010/2011 ni. Saya ni jenis suka study bangun awal pagi. Dari seawal 3.30a.m sampai masuk ke dewan peperiksaan. Ini memang style study saya sejak dari sem 3 lagi. Masa sem 1 dan 2 saya tak ingat style study saya macam mana. Cepat betul lupa. Huhu.

Kebelakangan ni, timbul satu persoalan yang sering bermain difikiran saya. Adakah semakin kita dewasa, kita semakin melupai masa silam? Adakah semua orang akan mengalami benda yang sama atau hanya saya yang mengalami sedemikian? Persoalan yang sukar dirungkaikan. Kalau anda punya pendapat, ingin saya mendengarnya. Hahaha. Giler formal ayat saya ni..:P

Berbalik pada tajuk utama, kenapa tak boleh tidur eh? biasanya boleh je nak tidur awal2 ni. Mungkinkah terlalu risau akan paper last esok (business law) atau terlalu excited untuk pulang ke rumah? Hurm. ...

p/s : Hati inginkan A dalam subjek ni, tapi fikiran sering mengatakan aku x mampu. Aih. Layankan je la. Kita tunggu result kuar nanti. Hope tak mengecewakan. =D