Tuesday 6 September 2016

SUSU MOEDER MILK BOOSTER



APA ITU SUSU MOEDER?

Moeder Milk Booster ialah satu produk makanan tambahan khusus untuk membantu ibu-ibu yang ingin menjaga kesihatan diri sekaligus kesihatan anak-anak. Susu Moeder ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan bahan ekstrak semulajadi dan bahan2 sunnah utk menggalak dan memperbanyakkan susu badan serta dapat mengurangkan dan membantu masalah ibu2 di bawah dengan sangat2 berkesan, pantas dan selamat!

FUNGSI/ KELEBIHAN/ MANFAAT
Untuk ibu hamil:
Mengatasi masalah mual, Menormalkan metabolisme, Mencegah Rabun ketika malam, Mencegah asma dan lelah, Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin, Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil, Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan, Melembapkan kulit wajah, Memberi tenaga, Mengelakkan sembelit bagi ibu bersalin, Mengatasi masalah depresi (stress)

Untuk bayi:
Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan, Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar), Melebatkan rambut bayi, Mengurangkan risiko kuning, Meningkatkan daya tahan badan bayi, Memutihkan dan melicinkan kulit bayi, Mencegah rabun ketika besar, Membantu menguatkan system paru-paru bayi

Untuk ibu selepas bersalin dan anak menyusu:
Meningkatkan produksi susu ibu, Menambahkan simpanan stok susu ibu, Menghasilkan susu yang pekat, Mencegah kegemukan selepas bersalin, Membantu merawat luka dalaman selepas bersalin, Membantu menghilangkan selulit, Memberi tenaga terutama ibu berpuasa yang menyusukan anak.

KANDUNGAN/ BAHAN-BAHAN

👉 Susu Kambing
~ Kandungan yang terdapat pada susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inosital, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112, dan poassium.

~ Membantu mengurangkan risiko deman kuning pada bayi kerana ianya menpunyai sifat pengaktif antibody yang boleh meransang penghasilan sel-sel darah merah. 20 minit sahaja untuk mencerna berbanding susu lembu
.
👉 Ekstrak Tomato
~ Untuk mencerahkan kulit dan juga mengandungi vitamin A
.
👉 Habbatussauda
~ Membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan stamina.
~ Menstabilkan tekanan darah ketika hamil
~ Mengatasi depresi gejala "cramp" kelelehan pada akhir trimester
.
👉 Madu
~ Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan
.
👉 Ekstrak Anggur
~ Anggur adalah sumber zat besi, fosfor, kalsium, asam organik, karoten, lesitin, vitamin C, dan vitamin B1 yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil
.
👉 Ekstrak Walit Nest & Aloevera
~ Membantu mencerahkan & menghaluskan kulit bayi

WAKTU POSTAGE
PosLaju National Courier
>> Jika Bank in sebelum pukul 12pm, penghantaran akan dibuat pada hari yang sama
>> Paling lewat 2 hari waktu bekerja untuk Sem Malaysia, 4 hari untuk Sabah dan Sarawak
>> Bungkus akan dibalut rapi dan hanya ditulis “Produk Kesihatan”
>> Free postage seluruh Malaysia

CARA PENGAMBILAN

Moeder dalam bentuk sachet

Moeder kini direka dalam bentuk sachet. 1 sachet 25g. 24 sachet dalam 1 botol bersamaan 600g/ jar. Pengambilan 1 sachet sehari untuk kesan yang optimum! ;)

Kpd sesiapa yg berminat/ order:
SMS/ Whatsapp: 014-5119586
FB: https://www.facebook.com/ummiikhlas
IG: https://www.instagram.com/ummi_ikhlas/

Monday 5 September 2016

.."Kembali Mencoret"..

Assalamualaikum.. :)

Finally, after almost 2 years tak menulis, kini aku kembali mencoret! Macam2 hal yang terjadi dalam 2 tahun ni. Last story dalam ni adalah pasal encik tunang dan majlis perkahwinan. Then stop macam tu je kan! Tanpa khabar berita, tapi Alhamdulillah aku masih bernyawa. Hehe. Masih diberi kesempatan untuk menikmati alam fana dan mendalami ilmu agama. In shaa Allah ^_^

Benda yg paling tragis sehingga membuatkan aku stop menulis dan anti social media for a while disebabkan oleh tragedi emak koma kerana ada darah beku di otak dan memerlukan pembedahan segera. Bila mana, emak aku tak berkesempatan untuk ada sama semasa majlis nikah dan sanding. Then lepas dari kitorang bersanding, petang tu jugak dgn baju pengantin, ktorg pergi Hosp Melaka utk jumpe emak yg kena tahan wad. Masa ni feel yg sgt2 sedih. Menangis, air mata mengalir tapi tak mampu bercakap sepatah apa pun. Tak terluah dgn kata2. Tapi emak masih tenang di katil hosp dan berkata, "emak ok, emak tak apa2. cantik anak emak jadi pengantin hari ni.." *ok nangis lagi! T_T

Yg keduanya, abah dan emak aku sekali lagi tak dapat turut serta untuk majlis menyambut menantu di Perlis. Abah kena naik mahkamah atas kesalahan jalan raya dan emak tak digalakkan berjalan jauh kerana masih lemah. Malam sebelum majlis, emak aku sekali lagi dimasukkan ke hospital tapi family aku bertindak untuk mendiamkan diri takut aku donw mase majlis tu. Tapi instinct Allah bagi tu kuat dan malam tu aku bangun untuk solat hajat; moga emak pjg umur, abah selamat dan majlis berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Utk majlis sebelah Perlis cuma family kakak, abg, dan family pak ngah aku je yg datang. Itu pun dah cukup bermakna bg aku dan saudara sebelah suami pun banyak bagi sokongan dan paham situasi kitorang. Syukur ^_^

Next, after 1 year then only ktorang as husband and wife dapat merasa feeling nak jadi mummy daddy. Yeah! Tapi mungkin sebab terlalu gembira dan mengharap, aku keguguran semasa usia anakku 6 weeks. Masih sangat2 kecil dan lemah. Tapi aku dah boleh nampak sedikit biji matanya. Allah! Meraung semahunya tapi selamat suami ada sebagai penenang perasaan. Sangat dahsyat perasaan kecewa tapi selamat tak meroyan! Maka berpantanglah aku di Melaka tapi cuti yang diberi cuma 2 minggu saja. Padahal orang kata ibu yg keguguran perlu pantang lebih dari yg melahirkan anak dgn selamat. Wallahu'alam. :')

Ujian demi ujian, siapalah kita untuk menidakkan takdir, Hanya insan yang lemah. Bergantung penuh pada sang Pencipta pasti akan hadir bahagia diakhirnya. Alhamdulillah, Allah jualah sebaik2 perancang. After 6 months, Allah tiupkan nyawa dalam rahimku untuk insan kedua. Kali ni kami tak begitu mengharap takut kecewa lagi. Lepas 3 bulan baru aku buat pregnancy test dan sah hamil. Syukur sangat! Yg paling happy of course lah my hubby. Tak sabar dia nak dukung baby. Hihihi.

Jadi, pada 31 May 2016, jam 2.22pagi, maka bergemalah tangisan bayi comel yg membawa haruman syurga di segenap ruang dewan bedah Hosp Kuala Lumpur due to breech presentation. Tersenyum bahagia dan hilanglah segala kesakitan yg aku tanggung sblm ini selepas melihat dan mencium baby ku. Comel sgt! Rindu waktu2 itu. Ngee. Puteri sulung seberat 2.3kg ini diberikan nama Nur Aleeya Qaisara Binti Mohd Afiq (Cahaya permaisuri yg paling mulia) ^_^. Kesian aleeya lahir tak cukup berat sbb mama dia kuat kerja sampai lupa waktu makan =_='. Lepas dimasukkan ke wad biasa semula barulah abahnya dapat melihat dan melaungkan azan dan iqamat di telinga puteri kami. Alhamdulillah. ;)

Aleeya after 3 months ;)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 216)

P/s: Setiap dugaan dan ujian yang Allah turunkan pasti ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat semuanya di luar jangkaan kita. Apa2pun, syukur selalu ^_^


Thursday 2 January 2014

Special Update For You!

Salam semua!
Post yg ni special update untuk Encik Tunang yg sangat saya sayang! Auw. Gediks yow. *Sekali sekala. ahaks! :p

Tak sangka ikatan pertunangan selama setahun yg lepas akan berakhir dengan ikatan pernikahan kurang lebih dalam sebulan lagi! Wow, begitu pantas masa berlalu sampai aku tak sempat nak mengenali beliau dengan sebenar-benarnya beliau lagi. 

..Orang kata "bertunang ni banyak dugaan nya, orang darah manis.."

Memang betul! Darah manis yang nak dimaksudkan di sini, masa bertunang ni lah ramai jejaka-jejaka kacak, bergaya, kaya, berharta yang nak dekat. Itu semua disebabkan oleh bisikan syaitan yang menghasut untuk "mengayat" tunang orang. Sebab 'mereka' tidak suka anak cucu Adam mendirikan rumah tangga!

Tetapi, Alhamdulillah. Dengan berkat doa emak dan abah. Ketulusan hati dan kecekalan jiwa Encik tunang dalam melayan kerenah aku yang entah apa-apa, tak lama lagi kami akan bergelar suami isteri. Beliaulah orang yang patut aku dahului lebih daripada ibu bapa ku sendiri nanti.

Harapan terbesar yang aku dambakan adalah semoga beliau mampu membimbing dan mendidik aku dengan baik. Tegur secara istiqamah. Nasihat penuh berhemah. Membawa aku ke jalan yg diredhai dan CINTA berkekalan hingga ke jannah. in shaa Allah. :')


I LOVE YOU! I MISS YOU..! :'(
THANSK FOR EVERYTHING :')





Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Ummi & Afiq

Assalamualaikum :)

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami mempersilakan semua saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali kami untuk hadir ke majlis kenduri kesyukuran perkahwinan kami:


Ummi Ikhlas Bt Ramlan 
&
Mohd Afiq B Dzulkifli


Tarikh : 8 Februari 2014
Hari : Sabtu
Masa : 12.00pm - 4.00pm

Alamat:
PT 707 Jalan Solok Chembong, Kg. Bukit Senggeh,
77500 Selandar, Melaka

Semoga dengan kehadiran tetamu akan menyerikan lagi majlis kami. In shaa Allah :)


Kalau rasa teleng kepala nak tengok map ni, sila lah pm alamat anda di inbox fb saya ye! Nanti saya poskan kad ^_^
*Credit to Encik Tunang sebab tolong buatkan design untuk kad kahwin saya. Very appreciate it! Thanks dear.. ;)



Monday 1 July 2013

Tentang Duit

-- Melangkah ke era serba moden dan materialistik ini membuatkan ramai umat manusia yang lupa akan asal usul diri. Mereka terlalu jauh berenang di tengah lautan sehingga lupa pada jalan berbalik ke daratan; yang telah lama bersemadi bersama jasad yang diciptakan pada awal pembentukan dan kelahiran --

Money. Money. Money!

No money, no talk.
No money, no funny.
No money, no honey!
It is true?!

Duit boleh mengaburi mata sesiapa yang lemah imannya.
Duit boleh menggelapkan hati orang yang alpa.
Duit juga boleh memecahbelahkan sesebuah ummah yang tamak haloba!

Orang kata duit boleh beli apa sahaja, bahkan hati dan cinta manusia.
Benarkah?
Tarik nafas sedalamnya dan fikir sejenak.
Apakah benar wang ringgit segala-galanya pada diri kita?

Buat apa mengejar wang berjuta andai ibu bapa kita sendiri pun kita tak mampu jaga?
Apa gunanya harta bertimbun jika kasih sayang keluarga terabai?
Di mana letaknya kasih sayang dan cinta saat wang dihayun-hayun bagi mendapat perhatian..yang sementara cuma!
Mengapa tekanan menghimpit jiwa saat wang lesap begitu sahaja?

Apa yang kau cari dalam hidup?
Kita hidup mencari rezeki dan redha Ilahi.
Dan harus ditekankan, rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit semata-mata!
Jadi mengapa kau hanya mengucap syukur hanya apabila duit berduyun datang mengejarmu?

Tenang dan motivasi diri selalu.
Tugas kita sebagai khalifah bukanlah satu.
Seperti wang ringgit juga.
Jika tiada bukanlah bermakna itu penamat hidup kita.
Tetapi permulaan untuk memulakan kehidupan.

Gambar Hiasan

p/s: Seandainya kau takut kehilangan wang daripada orang yang tersayang, ternyata kau bukanlah insan yang penyayang!

Thursday 27 June 2013

Kad Kawin Design Facebook

Salam korang! ok fine. tajuk nampak lapuk. hahaha!

Kad kawin design Facebook memang dah lama berlambak kat post2 FB sekarang ni. Actually aku pun dah lama tau pasal "trend" ni. Cuma tak terfikir pulak nak update kat blog kesayangan aku. Tapi disebabkan Along aku dah tag gambar kad kawin ni, baru aku terfikir nak amik serius pasal menda nih semua. Aku yang nak kawin, orang sekeliling yang pening. Ape kes? Hahaha. Sebab diorang semua ade cadangan masing-masing and diorang nak mengaplikasikan idea diorang masa majlis kawin aku nanti. Haa sudah! 

Tapi tak pe lah. Aku tak kisah pun. Lagi suka ade lah. Sebab aku tak payah nak banyak pikir. Orang lain bagi idea, diorang pikir perah otak. Kalau idea menarik aku terima. Kalau x berkenan aku tolak. Senang kan? Haha! Kejam jugak aku ni. Main reject je idea orang lain. Huhuhu. 

Orait2. Entri second last aku, aku nak majlis perkahwinan bertemakan muka buku. Dan hajat aku ni aku sampaikan kat Along. Sebab tu Along tag kat FB aku semalam. Nak tengok? Okes bawah ni ler ~~

Cute tak? :D

Untuk menampakkan aku lebih serius, aku pun usya sehabis mungkin FB Mekar Ilham Studio ni. Dan ade perkataan, untuk maklumat lanjut sila pm kami. Aku pun pm ler. Aku panggil M.I.S je. Singkatan name FB diorang. Suka-suka hati aku je. Diorang pun macam tak kisah je. "Diorang" ke "dia" aku pun tak tahu siapa  dan berapa orang yang handle FB tu. Cuma aku tahu photographer dia Hafiz. Nombor telefon? P cari sendiri. Hahaha. Tapi ak prefer panggil "diorang" la. Dah terbiasa :)

Lepas pm, pagi tadi diorang reply. Boleh tahan jugak harga kad per pcs. Company kat Shah Alam. Harga include postage. Memang nampak murah dan berbaloi. Gambar dalam tu boleh tukar gambar aku dengan Encik tunang. Tu yang lagi best! Hahahaha. 

Dah pm tu aku tak tanya satu benda je. Aku tanya pakej photography dengan banner sekali. Orang kata, kalau kau nak berjimat, kau kena rajin bertanya dan survey harga. Dan itulah yang aku lakukan. Nak jimat woi. Tak mo membazir. Kalau ada lagi barang yang lebih murah dan berkualiti, budus ler kalau kita tak grab!


Promo. Lai lai lai :)

Then pasal photographer harga cantik dah RM 1200. Nampak professional. Tapi sebab jauh. Ade charge tambang dengan penginapan, so terus aku reject. Jimat-jimat. Huhuhu. Lagi satu pasal banner. 2 banner RM 60 je. Berbaloi giler. Aku tanya gambar dalam banner tu amik bila? Dia jawab gambar masa tunang. Haa ni yang lemah. Sebab gamba tunang kitorang tak tangkap gambar berdua. Uhu~

Aku rasa memang nak buat kad kawin design FB ni. Tapi kena bincang dengan Encik tunang dulu. Alang-alang nak buat, baik buat untuk dua-dua belah pihak sekali harung. Al maklum ler. Makin banyak, makin murah. Sebab kos per unit nya rendah. Ekonomi ni! Huhu. Tunggu Encik tunang balik keje dulu. Bagi dia rileks sat nanti baru bincang. Tiap-tiap hari beliau buat OT. Cari duit lebih beb. Touching gua. Terharu!

Gua sayang lu Apit a.k.a my future husband. *gedik jiwang sat. kafkafkaf  >_<


# Sorry, keyboard print screen aku problem. so tak boleh nak print screen masa aku bersoal jawab dengan M.I.S.. cara diorang jawab memang berhemah. Happy je berurusan dengan depa. Thanks for ur good customer service beb! Tunggu khabar gumbira dari daku yup! Hah hah :)

Wednesday 26 June 2013

Mana Charger Handphone?

Sedang duduk bersantai selepas balik kerja, semasa towel di bahu, sebelum melangkah kaki ke bilik air ..
Dan sedang mengadap laptop..mak memulakan bicara ~

Mak : Mana pergi charger handphone akak?
Aku : Kenapa?
Mak : Dah lama tak nampak. Selalu ada atas almari hitam tu kan?
Aku : Haah. Charger ade kat opis.
Mak : Kenapa tinggalkan? Nanti kan susah nak charge hp. Pastu merungut bateri hp cepat kong.  Tertinggal ke?
Aku : Saje tinggalkan ..

Buat seminit dua, mak membebel dan kata aku lalai.
Tapi mak mungkin x sedar aku sedang berusaha menjadi seorang anak yang berjimat cemat.

# HAHAHAH :p

Alahai anak omak..!
Gambar curik dari Pakcik Google >_<
Mintak halal ye~ HAHAHA