Tuesday 30 October 2012

Ragam Kucing Tika Lenanya

Kucing ni haiwan peliharaan yang manja dan comel ! Dari zaman ak sekolah rendah dulu lagi, abah aku dah terapkan kami adik beradik untuk berkasih dan menyayangi kucing. Kalau ikutkan dah banyak sangat kucing yang kami pernah bela. Berapa tu sampai tak terkira. Nama pun macam-macam. Sampai dah tak tahu nak letak nama apa. 


Hari ni aku nak kongsikan kisah 3 ekor kucing aku yang masih ada; hidup dan sihat ^_^
Kucing2 aku ni, masa lapar bukan main mengeow. Macam orang tak makan sebulan. Kalau tak sabar sangat, sampai kaki-kaki kami digigitnya. Aisyh! Tapi yang comelnya pasal kucing aku ni, bila mana mereka melelapkan mata. Terserlah sifat kemanjaannya. Gaya tidur pulak berubah-ubah. Ikut mood masing-masing. :D


1. Belang

Masa tido, i comel je. Tapi bila bangun, i suke memancut sane sini. 
Habis hancing rumah disebabkan nak menandakan "my area"! 
Keh Keh Keh -..-


Panjang tak kaki i? Haruslah, sebab i yang paling tua ;)



2. Tiga Colour


Please ! Please ! Please !
Jangan pelik dengan nama i tu. Sebab i generase yg ke-3 
(kurang lebih ade 12 ekor kucing yg lain including me!)
Hah Hah Hah :D


So sleepy ! Hujan2 ni sodap den tido berbantalkan kotak tisu nih. 
Mueh mueh mueh :3


3. Bino

Apesal semuanya tidoq? Mai la main kejaq2 ngan aku ni haa.
Nasib badan lah berkawan ngan kucing2 tua.
Tido je kejenye ! @_@


i pun nak mogok tidoq lah ! 
Body i nampak tough kan? 
Sebab dah besau pun i still menyusu kat kakak 3 colour.
Ho Ho Ho.
That's why my name is Bino a.k.a Bino Badan ( -_-)'


Kucing-kucing aku ni tido ikut mood. Kalau time mood berkasih sayang, hamoi ! Bukan main lagi tiga-tiga ekoq dok berkala-kala (tidur rapat2; bertindih2). Sekarang tak tau mood apa. Semua pakat tido tempat asing2. 


Lagi 1 yang comelnya pasal kucing ni, masing-masing dah cop tempat sendiri. Senang citer, kalau nak cari mereka, just direct pergi tempat tidur la. Tempat tido sekarang ni bukan tempat tido harian. Berubah  angin mungkin *_*


Ak usya masing-masing dah ubah posisi tidur. Nak snap picture malas pulak! Orang kata, "kucing ni tak elok ditangkap gambar selalu, nanti cepat mati" Iyer ke idok, idok ler teman tau nye. Yang pasti, ajal maut semua ketentuan Ilahi. :)


p/s : sayangilah kucing seperti kita menyayangi keluarga sendiri. Setiap kasih yang kita curahkan, akan mendapat pahala. InsyaAllah. Siapa-siapa yang ada niat nak bela kucing tu, teruskanlah. Bersama-sama kita beramal baik kepada binatang ^_^



Wednesday 24 October 2012

Jujurlah Dalam Berniaga

Jujur dan bijaksana dalam berniaga itulah penyumbang terbesar kepada keuntungan dan kemajuan perniagaan; bukannya menipu.



p/s : teringin buka perniagaan ^_^

Cara Pengiraan Interest Loan Kereta

Semalam dapat berita Along aku angkat kereta baru. Pergh! Tergugat la pulak. Ni yang tekad nak beli dalam masa terdekat. So, google beberapa laman web, list kereta dan harganya, google image nak tengok model kereta. Haha! Semangat gila. Macam orang nak beli esok lusa jek.


Tup-tup jumpa page cara mengira interest loan kereta. Daripada jalan kira yang dia tunjukkan beserta contoh, aku pun amik handphone, terus kira! Detail kereta idaman aku; Model : Myvi 1.3cc SE (AT)


Pengiraan : 

Harga kereta : RM 53 400
Deposit : 10% = RM 5 340
Jumlah loan : RM 48 060
Jumlah Pembayaran Balik Pinjaman : 6 tahun
Peratus interest : 4%

Interest setahun = Jumlah loan x Peratus interest
= RM 48 060 x 4% = 1 922.40

Interest untuk 6 tahun = Jumpah pembayaran balik x Interest setahun
= 6 tahun x RM 1 922.40 = RM 11 534.40

Jumlah sebenar yang dihutang dengan bank = RM 11 534.40 + RM 48 060 = RM 59 594.40

Jumlah bulan dalam 6 tahun = 72 bulan

Jumlah bayaran sebulan kepada bank = RM 59 594.40/ 72 = RM 827.70


Mantop !


Kalau ada pengiraan yang salah, tegur-tegurlah ye. Aku pun tak berapa reti. Main kira je. Hekheh.


p/s : Kalau aku jadi angkat kereta Myvi 1.3cc SE (AT) ni, kena spend kan siap-siap la, sebulan RM 830 untuk bank saja. Wah, mampu ke aku? Hutang PTPTN macam mana pulak eh?



Monday 22 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari raya korban dah nak tiba. Apa persiapan korang?
Eh, dah macam tulis kad raya masa zaman-zaman sekolah rendah dulu la pulak. HAHA :D


Malam ni, 22 Oktober 2012, tepat jam 9.00 pm, di Stesen Bas, Changlun, aku akan bergerak pulang ke kampung halaman, Selandar, Melaka. Semoga Bas Intercity membawaku pulang dengan selamat. Aamiin :)


Untuk kali ini, kali terakhir aku akan menaiki bas pada cuti pertengahan semester sebagai seorang mahasiswi UUM. Final sem student la katakan. Ek eh, terberlagak pulak. Maap! :p


Sebelum aku offline, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita mendapat keberkatan daripada hari-hari yang mulia ini. ^_^


Gambar Hari Raya Aidilfitri 2012
Salam dari kami sekeluarga. (n_n)

p/s : Kepada sesiapa yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, saya ucapkan selamat sampai ke destinasi. "Biar lambat, asal selamat!" 

... dan kepada sesiapa yang tidak pulang kerana tuntutan kerjaya, call-call lah parents korang dekat kampung tu. Pasti itu sudah cukup untuk membuat hati mereka bahagia. insyaAllah. :')  

A Journey

As salam kalian. Sihat semuanya? Alhamdulillah. :)
I just want to share one picture to describe my title; A Journey.

Pengalaman pertama menjejakkan kaki di sawah padi 
yang tenang menghijau di bumi Kedah Darul Aman 


:: A journey of the thousand miles must begin with a single step ::

Ayat ringkas tapi membawa maksud yang mendalam. 
"Perjalanan seribu batu mesti bermula dengan satu langkah". 

Fokus kepada orang yang nak berjaya, jangan malu untuk melangkah. 
Biar jatuh beribu kali, asal kita tak sekadar berdiri tanpa menggerakkan kaki. 
Ayuh melangkah, mencapai kejayaan itu mudah, jika kena dengan cara dan kaedah!

p/s : Yang penting, jangan mudah putus asa. Kita semua sama. :)