Tuesday 31 May 2011

Ciri-ciri Lelaki Sejati :)

Assalammualaikum semua..!


Maksud Sebenar Seorang Lelaki Sejati... =D




Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.
Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.
Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.
Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki! HAHA.. =P

p/s : Lepas ni aku cuba cari ciri2 Wanita Sejati pulak.. ^_^"


Monday 30 May 2011

Kawan adalah Segalanya Selepas Keluarga..:)

Hyep. Sekarang dah musim cuti semester. Dah seminggu tak jumpa kawan2 u. Walaupun seminggu, tapi rasa macam sebulan dah. Terasa lama. Sebab bosan duk umah kot. Huu~

Bagi aku, hidup tanpa kawan umpama ilmu tanpa iman. Hidup memang boleh hidup. Tapi nikmat hidup tiada. Mengapa begitu? Kerana lumrah manusia yg perlukan kehidupan sosial. Seharian berkomunikasi, bertukar pendapat, melaksanakan tindakan, dan lain2. Tanpa kawan2 disekeliling, hidup tiada makna. Mungkin ada orang kata kawan itu tak sepenting kekasih! Bagi aku, itu hanyalah pendapat orang2 yg sombong, bongkak, dan angkuh. Tengoklah bila diorang putus, tak lain tak bukan, kawan yg akan dicari. Buat tempat luahan perasaan. Tiada manusia yg mampu hidup dengan hanya memendam perasaan. Kalau ada, rugilah masa depan mereka sebab risiko untuk menjadi gila adalah tinggi. Bahaya. Parah.

Aku ada ramai kawan. Macam2 perangai ada. Tapi aku terima semuanya. Sebab diorang adalah kawan2 aku. Sekali aku berkawan, selamanya dia kawan aku. Aku sayang kawan2 aku. Tapi jujurnya, aku tak akan mengaku depan2 diorang la yg aku sayangkan diorang. Punya ego aku ni. Huhuhu.

Sekarang, aku dah buat silap dekat seorang kawan ni. Amanah yg diberi merupakan tanggungjawab yg sangat besar. Dan kesilapan seminit yg aku lakukan, dah membuatkan penyesalan yg berpanjangan. Walaupun aku berusaha, tapi aku tau takkan berjaya. Bukan bermaksud nak berputus asa, tapi ...

Google search : Sebenarnya ramai yg alami masalah seperti aku ni. Tak sangka. =.=

p/s : selagi ada masa, aku akan terus mencuba. Hope semuanya jadi seperti sediakala.
Bantu hambaMu Ya Allah. Berilah aku kekuatan hati n jiwa. Semoga ketenangan itu akan membuatkan aku tenang berfikir dalam usaha merungkai segalanya. (Berdoa sepenuh harapan).

Thursday 26 May 2011

Seharian Di Hospital Melaka

Jam 7 pg dah keluar rumah, nak pergi Hospital Melaka. My mom have a medical check up. Mula-mula abah aku yg drive. Lepas breakfast, aku pulak drive. Wah! lepas gian. Hari tu pun dah lepaskan sekali. Sampai je Melaka Sentral masa nak balik rumah, terus aku offer diri nak drive. Hehehe. Best!

Sampai hospital jam 8.30 pg. Lama kan? dah la jauh. Jalan pagi-pagi biasa la. Jem aje. Orang nak pergi kerja. Hantar anak ke sekolah. Sampai-sampai je terus aku dengan mak naik wad. Serah surat. Ok tunggu...

Jam 9pg, tunggu lagi..
Jam 10pg, masih menunggu giliran...
Jam 11pg, menunggu penuh kesabaran....
Jam 11.30pg, ok fine. Mak dah pergi ambik darah.. ^_^..Ok tunggu..=.=
Pergi makan dulu..

Jam 12, tunggu keputusan darah..pergh! mata dah mula mengantuk! Tidur2 ayam.
Jam 1, tidur dengan penuh nyenyak. Sambil duduk!!
Jam 2, ok dah siap. Pergi makan dengan adik aku kat Jalan Hang Tuah, Melaka. Dia praktikal kat situ.

Jam 3, balik ke hospital. Tunggu giliran untuk ambik ubat.
Jam 4, tunggu abah. Tengah bincang dengan orang atasan pasal penukaran tempat. Permohonan lulus! Lepas ni ambik darah dekat Hospital Jasin je. Kan senang. Dekat pun dekat.
Jam 4.10 ptg, gerak balik ke rumah.
Jam 5, sampai rumah! akhirnya..

p/s : hampir seharian di hospital, hanya untuk mengambil darah dan ubat. Sungguh! grrrr..
Siapa yg harus dipersalahkan?
Anyway, ok la coz lepas ni kami pergi ke Hospital Jasin je. Kalau permohonan tak lulus, memang la..
Nak cakap kang, boleh kena saman ni. Sabar jek lah..!!!

Wednesday 25 May 2011

5 Perkara yg Paling Dibenci Bila Berada Dalam Bas..

No. 1: Bila orang berborak tak berhenti.
Aih, gua pantang betul dengan orang yg macam ni. Dari mula dia naik, bercakap tak berhenti. Tau la awak tu naik dengan kawan. Nak berborak boleh je, tapi jangan la kuat-kuat. Kawan tu duk sebelah je kot, bukan duduk selang 5 kerusi! Terganggu tau.

No. 2 : Bila handphone asyik berbunyi.
Yang ni lagi satu. Gua pantang betul la. Tak kisah la nak mesej dengan siapa-siapa pun. Tapi kalau dah mesej dengan bf/gf, silent mode la! Sekali dua bunyi mesej masuk tak pe la. Ni dah berpuluh-puluh kot, tak reti-reti nak silent?!

No. 3 : Bila orang tengok movie pakai laptop.
Kalau laptop tu Apple Brand, tak pe la ko nak duk bukak sound kuat-kuat. Ni brand tutttt jek. Kalau nak layan movie sangat, kot bosan dalam bas yg tak ada tv kan, pakai la hearphone! adeh..semuanya tak reti bahasa. Tak ada sivik langsung. Please respect other person la. Respect our privacy. My privacy k!

No 4 : Bila orang belakang bawak beg besar letak dekat seat.
Ini memang gua betul-betul pantang. Kalau lu ade barang berharga dalam tu, lu simpan dalam beg kecik aje lah. Tak perlu bawak beg tarik lu tu kat seat! Bila malam-malam, gua nak turunkan kerusi, tak boleh tau minah! Ko ingat sedap ke tido dengan kerusi yg tegak je tu? Nak tegur takut kecik hati, tak tegur kang makin menjadi-jadi..Grrrrrrr!!!

No 5 : Bawa makanan banyak-banyak.
Gua tau perjalanan kita ni ambik masa 10jam. Tapi tak perlulah lu bawak makanan punya banyak. Tak mati pun kalau lu just makan gula-gula. Ok what! Dah la makan keropok. Time nak bukak plastik tu pun dah bunyi punya kuat. Lepas tu mengunyah pulak! Mulut tu kalau makan tak bunyi tak boleh ke? Sopanlah sikit. Lu nak bagi kitorang semua terliur ape? Ke lu memang makan macam tu? Isyh!

p/s : 5 perkara ni betul-betul gua geram masa naik bas semalam. Panas jek dalam bas tu!
Perkataan gua ni digunakan bagi nak menggambarkan keganasan. Sebab gua memang betul-betul bengang dengan perangai manusia-manusia yg tak reti nak respect privacy org lain ni.



* Mulai sekarang, penggunaan saya akan diubah menjadi 'aku' semula. Pertukaran hari tu sebab my lecturer kata dia nak suka baca blog orang, so agak risaulah di situ. Hehe. =D

Monday 23 May 2011

Melambai Kepulanganku ^_^

Bilik telah siap dikemas rapi
Tiba masanya diriku berangkat pergi
Meninggalkan seribu satu memori
Sepanjang sem 4 ini..

Kepada sahabat-sahabatku yg masih tinggal
Masa kalian akan tiba jua
Doa diiring buat penenang jiwa
Buat mai yg masih tinggal lagi satu paper!
U go girl..Score yup..
Amin..^_^

Buat sue..
Jaga bilik baik-baik
Jangan habis semua tunggang terbalik
Esok lusa dah boleh balik
Sem depan harap-harap tetap satu bilik
Eh, berpantun pulak hek?
Haha..=D

Dan akhirnya cik tirex
Esok kamu pulangkan?
Jangan duk rumah asyik terbungkang
Sekali sekala p turun padang
Tolong ayah yg tersayang..
Berkebun menyihatkan badan!
Yeah..



p/s : Thanks yup kalian. Terharu betul aku tadi N segan lor. Hakhak. Jumpak korg sem depan. Bila masing2 ada kat rumah, jangan buat diam jek. Roger2 k! ^_^

Hope tak ada sape2 yg sedih bila baca entry ni. Haks..
FRIENDSHIP FOREVER..!!

Terima Kasih En. Mohsein!

Salam..exam saya dah settle! yeay. Tadi paper business law. Last paper.

Saya ni dari form 1 lagi memang tak suka baca-baca ni. Lagi-lagi subjek sejarah! Memang saya failed. Tapi alhamdulillah result tok pmr dan spm ok la. Huu.

Masuk u ni, saya seboleh-bolehnya nak mengelak dari terambil subjek-subjek membaca ni. Aih... Memang saya allergic. Tup-tup kena ambik jugak subjek-subjek ni semua. Undang-undang perniagaan ni subjek wajib pulak. Adeh. Layankan je lah~

Mula-mula memang saya tak expect apa-apa langsung dengan subjek ni. Lagi pulak ada satu hari tu saya kantoi menipu pulak! Memang cari nahaslah. Demi nak dapat 1 markah, malu satu hari dibuatnya. HAHA. Tapi tu lah. saya ni memang tak boleh nak buat oanr sikit, sekejap je kantoi. Masa tu kena submit group assignment, agaknya En. tu marah kot, terus dia suh anta kat bilik dia. adoi. Tapi yg hantar tu bukan saya, sebab saya nak rushing pergi dkg 1 sebab nak buat presentation subjek Brand =.=

Lepas tu terus saya lagi down la dengan subjek law ni. Tapi hari tu saya dengan pah pergi ambik paper mid sem. Walamak! Our group assignment got full mark!! 35 mark dapat free-free macam tu je. Pergh. Anugerah dari Ilahi. Alhamdulillah. Lepas tu lecturer semak paper mid sem, saya dapat la 12 markah. Sepatutnya 11 kot, tapi sebab yang akhir sekali tu saya buat memang panjang lebar, tapi tak ada isi langsung. 1 tanda markah kesian. HAHA..Jadi totally my carry mark 52/60. Banyak kan? tapi ada lagi kawan saya yg dapat 58/60.. Hebat!

Then saya pun bodek-bodek sikit mintak tambah markah, sebab pah dapat 2 lebih dari saya. Hehehe. Tapi tak dapat pun. Ada cina tu dari pukul berapa ntah dia merayu, sebelum kami datang dia dah ade, kami nak balik, dia x balik2 lagi. Huhu. Last-last kami mintak la tips. Nak mintak banyak-banyak sikit. Tapi tu lah, tips tu saya dah lupa saya letak mana. Jadi saya baca tips yg dipost2 melalui fb dari kawan saya.

Jam 5.00pg : dah bangun untuk sambung study. sebab ketaq sangat kan. tidur pun tak lena. Huhu. Pukul 7 dah mengantuk balik, tapi saya tak berani nak tidur. nanti terlajak pulak.

Dalam dmas : Hurm..Hurm..Hurm..Agak blank seketika. =.=
Selak punya selak, En. Mohsein lalu. saya buat muka bodo je la. Memang bengap pun pasal law ni. Haha. "ok ummi?" "Hurm?" terkejut. dalam hati sempat fikir. 'dia tegur aku ke?' "takkan awak tak baca?" suara dia tak lah menjerit. slow je. tapi sebab nama pun dalam dewan peperiksaan. dewan yang sunyi sepi. bila orang bersuara, mesti akan dengar. so apa lagi, ada la lebih 8 pasang mata yang memandang. Pergh! segan kot. ~_~

Tapi lepas kena tegur tu, saya rasa bersemangat pulak nak jawab. Sebab dari sem 1 lagi lecturer2 lain tak pernah tegur saya. rasanya tak pernah. tak pernah la tanya "ok ummi?". hahaha. rasa diri macam popular la. tapi dalam masa yg sama saya tengok kad matrik saya tu, hurm. lantaklah. jawab je.

Jam 11.30pg : Haa..dah mula tulisan macam cakar ayam. idea tunggang langgang. isi lari lintang pukang. aih tak peduli. yang penting aku kena keluar dewan sebelum pukul 11.45. kalau terlambat keluar, alamatnya terpaksa la menunggu semua kertas dikutip, baru boleh keluar. tak suka macam tu. haha.

Masa jalan tu saya nampak la ria, so saya senyum lebar. siap ajak dia keluar lagi. Wahhh, jalan macam saya dah siap perfect je. tapi hampeh je. haha. "ok ummi?" saya mencari-cari suara tu. oh, En. Mohsein! tapi disebabkan kesejukan yg teramat dalam dewan tu, telinga saya kurang berfungsi dengan baik. jadi saya terpaksa bertanya lebih kurang 3x! huhu. mesti orang yg duduk belakang nak jawab exam tu stress. Maaflah ye. Haha. Leas 3x, En. Mohsein tanya "boleh dapat A la?" saya jawab "ikut budi bicara encik la". pastu saya nampak dia tersengeh. saya pun terus la blah. segan sebenarnya. i ni kan pemalu. tak suka populariti ni. haha. poyo! =P

Bila pikir-pikir balik, macam ada harapan je nak dapat markah tinggi. orang kata kalau lecturer kenal kita, nanti dia bantu mana-mana yg patut. ye ke? tak tahu lah kan. depends on lecturer kot. ^_^

p/s : tapi rasa macam segan jugak. jawab tadi serius jawapan goreng je. tak ada ayat macam law langsung. haha. jadi segan la kalau saya digelakkan dalam diam. huhuhuhu. ~_~

anyway, want to thanks to En. Mohsein again coz dah kembalikan semangat untuk menjawab exam tadi! even En. Mohsein tegur orang lain jugak, tak kira. saya tetap terasa semangat yg diberi oleh seorg lecturer. kalau saya ada rezeki jadi lecturer, dalam dewan exam saya nak tegur semua student saya. kalau boleh! haha. hope result sem ni lebih baik dari sebelum2nya. Amin. ^_^"

Sunday 22 May 2011

Apa Punca Tak Boleh Tidur?

Jam menunjukkkan pukul 11.33p.m. Mataku masih enggan untuk lelap. Terlalu awal untuk tidur? Sebenarnya esok merupakan last paper final saya bagi sem 4 sesi 2010/2011 ni. Saya ni jenis suka study bangun awal pagi. Dari seawal 3.30a.m sampai masuk ke dewan peperiksaan. Ini memang style study saya sejak dari sem 3 lagi. Masa sem 1 dan 2 saya tak ingat style study saya macam mana. Cepat betul lupa. Huhu.

Kebelakangan ni, timbul satu persoalan yang sering bermain difikiran saya. Adakah semakin kita dewasa, kita semakin melupai masa silam? Adakah semua orang akan mengalami benda yang sama atau hanya saya yang mengalami sedemikian? Persoalan yang sukar dirungkaikan. Kalau anda punya pendapat, ingin saya mendengarnya. Hahaha. Giler formal ayat saya ni..:P

Berbalik pada tajuk utama, kenapa tak boleh tidur eh? biasanya boleh je nak tidur awal2 ni. Mungkinkah terlalu risau akan paper last esok (business law) atau terlalu excited untuk pulang ke rumah? Hurm. ...

p/s : Hati inginkan A dalam subjek ni, tapi fikiran sering mengatakan aku x mampu. Aih. Layankan je la. Kita tunggu result kuar nanti. Hope tak mengecewakan. =D

Dugaan itu Satu Keindahan

Dugaan itu satu ujian
Datang dari Maha Pencipta
Diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa..

Dugaan yang hadir menimpa
Kadangkala mengugat perasaan kita
Hingga mengalir air mata duka
Termenung sejenak memikirkannya
Tersenyum dalam keadaan hiba
Menangis saat bergurau senda..

Dugaan datang tanpa menyapa
Segalanya terjadi sekelip mata
Tak dapat dihalang, tak dapat dijangka
Tak dapat diungkap dengan kata-kata
Hanya riak wajah menggambarkan segalanya..

Dugaan itu bukanlah satu ancaman
Tetapi merupakan satu pengajaran
Mendidik kita dalam mematangkan fikiran
Membimbing diri memantapkan iman
Mendekatkan diri kepada Tuhan..
Bersendirian mengamati kekhilafan
Bertaubat penuh keinsafan..

Saat dugaan datang menjengah
Jangan bersedih wahai muslimah
Hadapilah ia dengan tabah
Berusaha kita menyusun langkah
Bertekad kita tidak menyerah
 Dan berfikirlah
Bahawa dugaan itu sangat indah..

Hidup tanpa dugaan
Pasti lebih menggusarkan fikiran
Lebih menggangu perasaan
Kerana dugaan adalah ujian
Iaitu peringatan dari Tuhan
Tanda bahawa kita tidak dilupakan..

p/s : Setiap manusia pasti teruji, hanya cara dan jalan penyelesaian yg diambil oleh individu membezakan tahap fikiran, kematangan, dan keimanan..
Jangan pernah mengalah sebelum kalah..!
^_^

Hasil Nukilan Asli Dari : Mia Lydia.

Saturday 21 May 2011

Kerisauan Melanda!

Fuhhh! Exam business law 23hb Mei ni, tapi bukan itu yang saya runsingkan. Time cuti sem 3 bulan ni yang saya dok pikiaq. Risau betul kalau time cuti ni saya x dapat kerja. Mau mati kutu duk umah 3 bulan, dah la x dapat duit gaji, x dapat pengalaman keje pulak 2.

Tadi saya usya2 jawatan kosong yang ada sekitar Jasin, Melaka dengan Sg. Buluh, Selangor. Dua tempat ni je lah harapan saya tok keje. Melaka duk dgn parents, Sg. Buluh duk dgn akak. Aisyh. Semua jawatan yang ditawarkan bersyarat, pengalaman kerja sekurang2nya 5 tahun. Tu dia. Paling minimum pun 2 tahun.

Ye saya tahu tu untuk jawatan yang top level, saya bukan fikir nak keje masa cuti 3 bulan ni, saya fikir masa saya dah graduate nanti. Kalau tak ada pengalaman kerja langsung, grrrr! Tak berani cakap la..=.=

Buat sementara waktu ni, apa yang ada dalam kotak fikiran, saya nak try apply kerja di kedai bunga, butik, guru tadika. X kisah keje profesional ke tak, yang penting penglaman dapat, pulus pun massyukkk! Hahaha..Kalau tak dapat tiga2 2, terpaksa la apply keje dekat supermarket! Pas2 nak minx cashier ataupun promoter! Hehe. ^_^

Dulu saya pernah keje, lepas spm. Masa tu bodo2 je. Nak kena interview saya x pandai jawab. Dah la pakai t-shirt yg sekarang saya buat baju tidur, seluar track suit yg sekarang dah hilang mana ntah, tudung fashion lama punya 2! dan pakai selipar. Selekeh giler kan?! Tp alhamdulillah dapat keje jugak. Cuma HR Fajar 2 bg warning, "lain kali kalau nak pergi interview, jgn pakai selipar ya!"..saya ya kan aje. =D

Silapnya masa 2 bila kena interview nak job apa, saya kata x kisah mana pun asalkan dapat kerja. Sebenarnya saya nak job cashier. Saya suka berkerja dgn duit! Tp sbb nervous sgt, jawab mcm 2 je lah. Adeh. Sekali saya dapat job "handbag and shoes department". Hehe okey la. Asek dok pandang kaki org je la. Macam2 jenis, macam2 warna, macam2 bau! Sabor je lah!

Masa kerja mesti ada konflik dgn senior, bukanlah kena buli. Tp disebabkan name tag saya yg berjawatan "handbag and shoes department" 2, sy terpaksa jaga dua2 department. Dah la dua2 2 jauh2, nak kena berjalan. Aih, xpe2. Saya rasa diorg2 tu jeles saya dapat 2 job kot. Haha! =P

p/s : Saya harap sangat masa cuti sem ni saya dapat kerja. kalau boleh nak lah kerja yg profesional sikit. Bukan demand, tp nak cari yg bersesuaian dgn my education level jah. Wee.

Berdoa penuh harapan. Semoga dimakbulkan. Amin..:)

Lirik Lagu Aku Bukan Untukmu - Rossa

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

p/s : buat sementara waktu ni, hanya lirik2 lagu saja sebagai peng"up date" blog..
mood : unstable..=.=

Lirik2 yg terpilih ini adalah umpama gambaran sebenar buat diriku kini..
DILEMMA..!

Wednesday 18 May 2011

Lirik Lagu Kita Serupa - Headwind

Kalau dapat ku petik bintang di awan biru
Kan ku sematkan ke dalam dada mu
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu

Begitulah janji ku kepada mu
Walaupun kau hanya menunduk bisu
Ku tahu kau terluka kerana cinta
Oleh dia yang tak setia

Nasib kita serupa
Bercinta dan kecewa
Mungkin dikau yang tiada menduga
Biar aku pilih mu
Mungkin dikau kan tahu
Betapa pilunya hati ku

Malah kau tuduh aku
Hanya menambah luka
Yang kini masih terus berdarah

Kita serupa... Kita serupa...
Hadir ku untuk mengubat luka
Kita serupa... Kita serupa...
Walau pun hati ku pernah di kecewa

Lagu ini didedikasikan khas buat bakal suamiku nanti..Hahaha..(Tiba2..:P)

Tuesday 17 May 2011

Lirik Lagu Hanya Kepalsuan - Aiman

Rintik hujan menyaingi
Airmata yang berderai
Ku- menangisi bersemadi percintaan


Tiada kesetiaan
Hanyalah permainan
Jalinan ikatan
Kau dan aku bersulam kepuraanmu


Tiada kebenaran
Hanyalah kepalsuan
Kuhanya dibuai
Pendustaan yang telah kau lakar indah


Perpisahan melenyapkan
Tiap ruang bahagia


Tiada kesetiaan
Hanyalah permainan
Jalinan ikatan
Kau dan aku bersulam kepuraanmu


Tiada kebenaran
Hanyalah kepalsuan
Kuhanya dibuai
Pendustaan yang telah kau lakar indah


Bridge:
Aku lemas dihanyutkan
Pusar deras hingga (ke) dasar
Yang gelap tanpa cahaya pengharapan, oh


-back to chorus-


Oh, Kepiluan (kerinduan) sendirian kulayari


Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Ad Samad (Fighting Poet Sdn Bhd)

Lirik Menyesal - Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

...
^_^"


Wednesday 11 May 2011

Terlalu Aktif..!

Salam semua..
Ce tengok pic bawah ni..^_^"

70 notification..?!
Hahahaha..
Macam porli den jo..
^_^"

p/s : mula2 tengok memang terkejut la..Last online pukul 12.30pg tadi..Online pukul 12tgah hari dah banyak macam tu..Fuyoo hebat2..Hahaha..
Hakikatnya 6,7 jek tadi..Hik..:P

Tuesday 10 May 2011

Dah Beli Tiket Balik Cuti Sem Ni..^_^

As salam..hi! Ni cheq nak habaq mai kat hang pa suma..Kita jangan dok percaya bulat-bulat dekat cashier kedai..Awatnya? Ni yg nak story..Aip? Pasai pa guna loghat kedah pulok ni?

Huhuhu..Kalau ada ayat yg silap, jangan gelakkan ye! sy budak baru belajar..aicheh..
Tadi sy dengan tiga orang kawan lagi turun pekan changlun..Buat apa? Kami pergi booking ticket nak balik cuti sem ni..Al maklum lah, booking awal-awal bukannya apa, 1st takut tiket abis..2nd, tak tahu nak beli hari apa lagi..lepas ni kami semua busy study!Ceh..study la sangat..~

Ok dah beli tiket..Pergi C-Mart pulak..Time jalan tu boleh pulak selipar yg sy pakai tu tercabut..Sy memang dah plan nak beli selipar baru, tapi tak pulak sangka selipar tu terputus sebelum selipar baru dibeli..Apa lagi, jalan terhinjut-hinjut la..Nak lintas jalan pun kena tunggu punya lama..Jalan betul-betul free baru melintas..Hehe..

Ok dah beli selipar, masuk pasaraya jap..Kawan sy nak beli barang sikit..Sy pun beli la jugak..Pen dengan ubat pensil picit..Hehe..Selama ni sy paw orang je kalau ubat pensil dah abis dan orang yg selalu kena paw tu coursemate sy la..Eh, tak perlu mention nama dia kot..Nanti dia terkejut nama dia di tag di sini..Kehkehkeh..!

Orait..Jalan tingkat atas dalam C-Mart tu, tengok-tengok barang..Then ada la seorang gadis yg agak kurang sopan dalam melayan customer..Ok biarkan dia..Kalau kutuk-kutuk, nanti tak pasal-pasal dapat dosa..Huu..Turun je, sy dengan cda nak timbang berat..Ok sy dulu..Treeettt..45.5,46..45.5,46..Aik? mane satu ni? Ok la, 46kg..Wah! Dah naik..Suka3..>_<

Haa ada bus shuttle 2..!Eh? mana lg dua orang kawan ni? Dorg pergi beli coolblog pulak..Ok bus dah terlepas..Kena tunggu bus pukul 8.30p.m pulak..Lama lagi ni.."Karok dulu la"..Haa, ok pergi karok..Ambik 4 lagu je..RM6..Mahal kan?1 lagu = RM1.50..Tapi nak release tension punya pasal, on jek..

1st song? "Memori Daun Pisang, Amelina"..Ok, eh? Keluar lagu "Anak Dara la pulak!"..Touch screen tu sensitif la pulak..sy x tekan apa-apa pun..tapi terkena secara x sengaja..Sorry kawan2..Huu..Mula2 memang la tak tahu apa2 melodi ngn lirik..Layankan je la..Tapi bila dah nak abis, baru kami dapat tangkap lagu ni..Best jugak..2nd song? "Memori Daun Pisang"..Best! Next, "Alasanmu, Exist"..Last song? "Alasanmu, Exist"..Erk..ni la bukti yg sy katakan touch screen tu sensitif..Sabar je lah..=.="

Ok dah pukul 8..Turun bawah la..Aip? Bus tak ada lagi? Bosannya..Masuk kedai-kedai jap la..Ok sy beli satu baju ni, colour hitam..Mana harganya eh? Pergi kaunter.."Baju ni tak ada tag harga"..cashier tu pun pergilah tengok harga baju tu.."RM10.90"..Mahalnya!..Disebabkan sy rasa tak berpuas hati, saya pergi tengok balik harga baju tu.."RM9.90 jek!"..Sy pun ckap la balik dekat cashier tu, dia cakap "kejap-kejap"..lepas tu dia pergi keluarkan duit RM1 dari wallet dia! Mak ai..Apa punya orang la..Awak tu pekerja, duit rm1 kalau dah dikumpul banyak-banyak, boleh kaya jugak tu..Kaya dengan cara haram..Dia bagi sy, "sorry kak". Pergh..Macam nak kena penampo je..Upsss! Terngumpat pulak..Haha..Tapi selamat la sy ni bukan jenis baran x bertempat, ok fine..Ko terlepas kali ni..Hope dia tak buat kerja terkutuk tu lagi..

Ok tunggu bas sampai..Yes! Sekarang dah sampai bilik..Hehehe..Tadi sy call abah sy..Daripada sem 1 sampai semalam, sy x pernah borak dengan abah sy selama sejam..Banyak betul yg kami borakkan..Rasa rindu pulak nak berborak depan-depan..Baru best, nampak muka..Lepas borak-borak tu, rasa macam teruknya sy ni..Yela, duk sini makan sedap-sedap..Tapi abah sy makan nasi bujang je..Emak sy mkn lauk hospital..Mana la nak sedap sangat..=.=

p/s : silapnya sy x perhatikan harga dulu sebelum bayar..Selamat tak kena tipu..~

Sunday 8 May 2011

Kemana Hilang Semangat Itu?

Ok petang set study pukul 3!
2.30 dah mengantuk pulak..
Tido jap la..
Teittt3..Teittt3 alarm bunyi..
Sambung sikit lagi..
Set pukul 4ptg pulak..
Teittt3..Teittt3..Bunyi lagi..
Arghhh ngantuknya!
Malam je la study..~

Pukul 8, ok set!
Buku Retailing..Yeah~
8.15p.m..Mana nak mula dulu ni?
8.20p.m..Hurmm..
Baca slide stid dulu lah..
On laptop..
Online? Tengok ada ape2 notification x?
Chat? Hehehe..Hahaha..Huhuhu..

Study?
Luahkan dalam blog jap..
Ok now??
Study?
Set baru..pukul 12 jap lagi..
Study x nanti?
Kita saksikan..Ahaks~

Sem 1, study gila2..
Sem 2, study smart..!
Sem 3, study jugak..
Sem 4?..ke mana hilang mood study ku?
Semangat study semakin pudar..Tidakkk..=.=

Semarak impian segunung harap dipulang..
Usahlah diragukan keupayaan sendiri..!
Hati yg membara mengikutkan kata-kata..
Jawapannya di sini
Semangat kita yg hilang..
Oh! Kita cari pulang~~~

p/s : Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan..!Yeah..Sy suka subjek membaca..Suke3..!!! ^_^"

Blur ke? Hurm...

Orang kata saya blur bila saya tak pandai bermekap, nampak pucat..
Blur ke?
Kata mak, "tak payah la kau pakai mekap sakan waktu sekarang, nanti masa kawin tak naik seri wajah!"

Orang kata saya blur bila saya cuba mengawal perbelanjaan harian..
Blur ke?
Kata abah, "berjimat amalan mulia..biar miskin harta, asalkan x miskin ilmu di dada!"

Orang kata saya blur bila saya impikan pasangan yg penyayang dan kaya..
Blur ke?
Kata akak, "pilih pasangan yg menjamin masa hadapan, jangan sampai kita yg menanggung diorang!"

Orang kata saya blur bila saya terlalu skema dalam percakapan..
Blur ke?
Kata abang, "ayat-ayat skema melambangkan kematangan pemikiran seseorang!"

Orang kata saya blur bila saya masih suka dengan permainan kanak-kanak..
Blur ke?
Kata adik, "game menyeronokkan, dari mainan jugak kita boleh mencipta strategi kehidupan!"

Orang kata saya blur bila saya tanya soalan yg memang saya tak paham..
Blur ke?
Kata cikgu, "malu bertanya sesat jalan, jangan jadi bodoh sombong!"

Orang kata saya blur bila saya selalu pakai baju yg sama, style tiada beza..
Blur ke?
Kata ustazah, "jangan kamu ikut sangat fashion zaman sekarang, semuanya duniawi semata!"

Bagi saya, tak kisah apa yg orang nak kata..Asalkan kita tahu apa yg kita mahukan dlm kehidupan..
Biar blur sekarang, jangan blur di kemudian hari..
Anda semua blur dengan entri saya kali ni?
Kata saya, "blur yg mengajar kita cara mengenali perwatakan seseorang!"

Macam mana?Lu pikir la sendiri..Assalamualaikum..Uhu..~

Wednesday 4 May 2011

Kalaulah dia ...

Hyep..Mcm biasa, sy bangun kol 11pg..gara2 online smpai kol 3,4 pg..Pas Subuh tumbang balik la jwabnya..recharge energy..uhu..

Dgn x semena-mena, course mate sy call..
Pukul 9.30pg..
"hello mie".."haa..?"
"oit, tido g ape?!".."haa....."
"isyh3..ko wat pe mlm td?tdo lewat eh?".."haa..tido kol 4pg"..dgn suara penuh serak..(kaco la raden ni..+_+)
"ko study ke?".."tak la. ak online je"
"tipu r".."betul la"..malas sy nk terangkan pjg lebar.
"wey ak nk tnye ni..tips..wey!".."haa..ape die?"
"isyh xpe r..ko ngah mamai2 lg kn..kang ak tnye lain ko jwab lain plak. k r, sambung la tido ko 2 sampai ke ptg ae. jgn bgun2!"
"haa iyolah. Bubye"..ringkas je sy jwab.
"ok bye"..
Mesti minah ni bengang..setiap kali, bila dia call pg2, confirm sy ngah tido..haha..
1 ari 2, dia call.."wey x dtg kelas ke?bru bgun tido?giler la ko ni"..
sy jwab "ak mmg nk ponteng ri ni"..pas2 smbung tido..
Mlm nk g kelas mandarin sama2 ngn dia, puas la dia membebel dlm bas..Hahaha..Lantak ko la..hehe..

Pukul 10pg..Alarm bunyi..Mmg sy set alarm kol 10..ingatkan nk bangun awal, leh study awal..
Tp time 2 ngah sedap mimpi la pulak..mimpi someone! wah..dah bgun ni, tido jap la..dgn harapan mimpi org 2 balik..hehe..yes! mmg mimpi 2 bersambung..haha..suke2..padahal mainan syaitan je 2..lalainya sy..-___-'

X lama lepas 2, hp maxis berbunyi plak..No baru? Sape eh? 012...
Angkat je la..Senyap dulu..sbb tau suara confirm serak punya..
Suara org dlm hp 2 plak mcm busy je.."haa letak sana, sana 2".."ape dia?Haa call2"
Dlm hati sy ni, 'dah la ak ngantuk ni..bebel plak dia'

"Hello.."
"Helo"
"Assalamualaikum"
"Hmm"sy jwab dlm hati je..suara serak betul ni..t kantoi plak baru bangun tido.
"Puan Umairah?"
Aip..?! "Silap no la"
"Kat mane ni?"
"Kedah" dgn sore serak 2..jwab je la..
"Mane?"
"Kedah"
"Dekat mane ye?"
"Kedah"..x dgr ape dia ni?3x la sy terpaksa ulang benda yg sama dlm intonasi yg sama..Nak marah pun xde mood. Mlas nk pk..Org 2 pun matikan hp terus.
Bummpp..Tumbang balik.
Mimpi? Hurm..Sambung mimpi lg. Haha.. Mcm x logik kn..Mmg mainan syaitan la..!

15minit kemudian...
Hp bunyi lg..No yg same..Aih..Angkat jugak la..
"Hello"
"Silap no la puan"
Tuppp..dia matikan terus..Mcm x beradab jugak 'puan' ni..
Kata la sorry ke..Maaf ke..
Grrr..

"Ahh..!Asek silap no jek..Sy kata kat Nazurah Adila wat lepaskan geram..Uhu..Terus tumbang buat kesekian kalinya..X boleh tido pulak dah..

Baring2 je la..Nak bangun malas lg..
Hurm..
...
Hmm..
Eh cop..!
'Astaga..Kalau la org yg call td bakal mak mertua ak..'
'Isyh3..Teruknya ak ni..'

Lalu terus sy bangun..Rutin harian..
Ambik baldi, capai towel, cari baju, pergi mandi + basuh baju..
Ok done!

Capai buku..Study!

p/s : Lepas lunch td, smpai bilik terus tgok hp. Mane tau "bakal mak mertua" call lg. Hampeh. Xde.
Mmg betul la dia silap no. Bograngan tolobeh plak den ni. Adeh.. Haha. =D

Alaa..Baru Nak Komen..=.=

Hi..Hi readers..
Tadi sy nampak kawan sy ni baru tukar pic profile fb dia..
Waa..makin kacak la dia sekarang..
Dulu selekeh je..budak hingusan la katakan..
Huhuhu..

Smartnya..!
Tengok status.."in relationship"..=.=
Hahaha..padahal sy pun same status ngn dia..
Pagi2 buta ni tiba2 gatal + miang datang pulak..
Huk..

Status dia yg latest "terkenang zaman silam bersama si dia"..
Hurmmm..
Siapa "si dia" 2 eh?
Sy kah? Hahaha..pasan..
X mungkinlah dia ingat kat diriku ini..uhu..

Ramai pulak yg dh komen..
Sy lambat masuk line plak..
Sibuk layan baca entri blog2 lain..
Tengok sikit..rindu kat sape eh?
X bgtau pulak..

Komen kat pic profile dia la..
Erk..!
Pic pun dah ramai yg komen?
Aduhai..~
Mana sy nak menyelit ni?
Nak gatal2 pagi2 ni pun xleh..
Aiyak..+_+

Baru je nk komen2 sikit..
Xpe la..dia nampak bahagia sekarang..
^_^

p/s : dulu lain, sekarang lain..kalaulah masa dapat diputarkan kembali, pasti sy akan lebih menghargai saat2 bahagia bersama dirinya..Chewah! Duniawi semata..Astaga..Ummi2 sedar diri..wajah x kekal abadi..Taubat..! -_-

Monday 2 May 2011

Gempak Punya Gelongsor (GPG)

As salam..
Kali ni sikit je entri sy nak kongsi bersama..
Sama sikit macam sherry ferry selalu buat..
hehehe..

Sy usya2 pic dekat google..
Sekali nampak pic ni..
Nampak menarik sangat..
Tapi sy x pasti ada kat mana..
Nak tengok pic apa?
 

Haa..tengok gelongsor ni..
Punya gempak kn..!
Rasa2 korg, korg nak guna x gelongsor ni??

p/s : Kalau sy, banyak kali juga berfikir sebelum nak turun dari gelongsor ni..Boleh tercampak beberapa meter lau macam ni..
Tapi kalau dah nak cepat sangat, x sempat nak guna tangga, maybe guna jugak kot..
Gruummmm..! (kejar masa hingga menggadai nyawa)..sanggupkah anda? Hurm..=.=

Sunday 1 May 2011

Study Week Yg Menghiburkan..!

As Salam..hyep..hehe..entri sy kali ni, pasal study week yg m'hiburkan!
Buat ape? Sy bersama 4 org rakan lg pergi picnic di Sedim (1jam je)..Nmpak bosan? Teruskan pembacaan dulu..hehe..:)

Pd mulanya, sy, zura, cda, apis, n adha nk confirm pergi..Tapi last minute adha tarik diri..Terpaksalah sy dgn zura berusaha nak mencari pengganti adha ni..Kalau apis pergi sorg2, mesti dia segan..Nnt dia pulak yg tarik diri..Alamaknya, bertambah byaklah kos perbelanjaan individu nnt..Al maklum la, UUM ke Sedim, Kulim lau ikutkan x jauh sgt..Tp sewa kereta yg smakin mahal membuatkan kos kami meningkat 30% seorang..2 pasal kami usaha jugak cari org..Ngee..

Cari punya cari, zura dpat kawan sorang kawan bomba dia, fazmee..ok settle..!

pukul 12.15 mlm, "umi, ko tgok ni..fazmee xmo g"..ade msalah kewangan katanya..Kami pujuk2 lg..xmo jgak..last2 ktorg fed up..sy pun try2 cari kawan sy..mase tgah o9 fb, "black riders o9? waa..try ajak dia la"..sy pun usaha la pujuk kawan kembara sy ni..

ant dialog sy dgn dia ;
sy : k-rol, nk join ktorg g sedim x esok?
dia : buat ape kat sedim?
sy : kte g picnic kat sane..jom r..eh jap, ko reti bwak kereta? de lesen x?^_^"
dia : owh..ade..awatnya??
sy : xde, nak suh ko bawak kete esok..boleh?
dia : mcm amik kesempatan je? kwn ko xde yg reti bwak kete ke?
sy : ade2 sorg..tp dia tkut penat drive..kan jauh nk ke sedim 2..
dia : ak de hal ni sok, nk jumpe cikgu rahim, nk bg duit ngn sijil. (dia ni wakil pelajar ko-k kembara 4)
*alaa..de hal pulak..try pujuk g la..
sy : ko de hal pukul berape?sok ktorg plan nk g kol 8.30pg..
dia : ak nk jumpe cikgu kol 11pg..meeting cikgu abis kol 11, lepas meeting bru ak leh jumpe cikgu..xpe, sok kol 8 ko msg ak, lau ak dpt g, ak join sekali..ok?
sy : lau ko jumpe cikgu sblm cikgu masuk meeting boleh x?hehe..
dia : ok2..t ak usahakan..
*yes! ^_^
sy : ok2..sok ak msg ko kol 7 ae..thanks yup k-rol..ko la hero ak..hikhik..
dia : hero ke?nape ko beria2 ajak ak?smpai snggup tnggu lg..terharu ak..
sy : yela..hero kn muncul dlm waktu2 genting..ngee..(soalan belakang ak abaikan..)

....ade la g sikit ktorg borak..bese la 2...haha..

esoknya,
kol 9.30pg, kami bertiga dh bertolak dr mas ke tnb..jemput k-rol, terus dia yg bwak..pas2 g misc, jemput apis..
ok dh, jom gerak! minyak kelip2..isi minyak dlu..orait..g canglun, terus ke alor star, ke kulim, mahang, selama, bonggol jas..orait smpai umah kwan sy..

dgr mcm dekat kn, tp jauh 2..lagi pulak ktorg yg org luar, xtau jln ni..3org dr johor, sorg dr melaka n sorg g dr KL..

call kwan sy, bende yg di sebut sama jek.."terus lg".."haa ko terus lg".."ko terus je"
paling lawaknya, dekat simpang pusat serenti karangan sy tnya nk masuk kiri ke kanan? dia boleh kata "ko terus je mie".."aiyak..ko ni mai, terus sokmo"..k-rol ckap "kata kat dia kte kat simpang ni, nk masuk kiri ke kanan?"..sy pun ulang la ayat dia 2..pas2 mai kata, jap2 tnya ayah ak..ayah dia jwab rileks je, "owh..masuk kiri"..kan senang..^_^"

Dekat rumah mai, ktorg mkn nasi+ikan keli goreng+ikan keli masak sambal+sayur pucuk paku+budu+ulam ape ntah..(pahit betul, 5 minit sy tahan x telan2)+air oren..pencuci mulut, pulut durian!pergh..solat zohor sekali..
lepas 2 ktorg g rumah zila pulak, kat situ makan laksa+durian..pergh3.!!tp dh disebabkan terlampau kenyang dekat rumah mai, jd sy mkn sikit je..yg lain2 pun x mkn bertambah..lepas 2 mkn durian..walamak..last2 kami tapau laksa zila 2..hehehe..

time ni dh pukul 3.30ptg..kwan sy yg 2 org lelaki 2 dah bengang tunggu lama sgt..smpai dorg kunci pintu kereta..adehhh..

then ktorg g sedim!!!kami dtg..yeah..
smpai2 dh pukul 4..kami terus mandi tanpa berlengah lg..masa2..hehe..
byak pic ktorg amik time kat sini..aktiviti utama, simbah member..yes! sy la juara penyimbah..ade video lg nk buktikan..haha..:D

pukul 5 dh kena naik nk balik..sekejap je mandi, x puas..=.="
then ktorg singgah dekat masjid, solat asar..

tgah jln2 2, si cda nk g toilet plak..terpaksa la cari toilet..nmpak petronas, p time 2 tgah laju..terlepas la..cari tesco jap..ok settle..teruskan perjalanan..highway jem pulak! setgah jam tersangkut dlm 2..aduhai..minyak pulak dh nak abis..

g cari petrol pam..last2 kami benti dekat R&R Gurun..ktorg turun g toilet g..perut cda meragam pulak..gara2 mkn durian byak sgt la 2 kot..hehe..

8.45 mlm teruskan perjalanan..k-rol bwak kete punya laju..ktorg pun jd teruja..dr Gurun smpai ke Changlun kete ktorg dekat laluan kanan jek..mase 2 nk kejar mase sbb apis de meeting..kecikkecik..tiap kali nk potong kete, bg lampu tinggi..hehehe..best 2 laju ktorg..smpai kat chanlun kol 9.15mlm.. jd nye 30minit jek ktorg dh smpai changlun..hehe..:D

makan malam jap..ok settle..balik UUM..
sampai dpp masing2 kol 10.30..jd bayaran sewa kete kena rm65..

time kira2 kt restoran td, sorg kuar rm29.80..byak kn..lari bajet 2..ktorg target sorg kuar rm27 jek..
ni sebab sewa kete naik rm5, minyak naik rm25, tp tol kurang rm1 dr budget..hehehe..sy pun jd serba salah sbb budget sorg terlebih..adeh..=.=

p/s : overall, enjoy sgt! tp ade gak yg x puas..rase serba salah sgt..byak kali sy minx maaf..dia kat dia ok, asalkan korg enjoy..aiyak..
antara ayat yg agak mengguris n terhuris hati ini, "ade org 2 kata nk pegi sedim je, tp byak rupenya tempat2 nk singgah sblm smpai sedim".."ade org 2 kata ak mcm hero" n ayat paling tajam "wa kena beb!"..huaa..sorry r kawan..sy mmg lupe nk bgtau yg kte nk g umah kawan kat selama 2..ingatkan dh ckap..tp lupe..btol2 xde niat nk tipu kamu..cuma niat nk tong2 kasi kurang beban kos 2 ade r..hukhukhuk..

*pasni ingat nk g lg..nk ajak dorg lg la..tp xtau la dia sudi ikut g ke x..sudi ke dia eh?hurm..
pe2pun, sy nk ucap sejuta mekasih kat apis ngn k-rol sbb sudi teman ktorg (sy, zura n cda)..
terharu sgt korg jaga kami dgn baik..korg mmg gentleman la..!untung sape yg jd isteri korg..sy doakan kalian dpat suri hati yg baik lg solehah..kalian layak untuk mendapatkannya..hee..^_^

apis n k-rol..macho la dorg..haks..:D

kami berlima di rumah mai..^_^"


seumur hidup sy, x pernah sy keluar dgn kawan lelaki..bila kuar ngn dorg, dorg betul jaga kami..rasa mcm dihargai sbb seorang wanita..hehehe..