Thursday 24 May 2012

Percubaan Virgin Coconut Oil (VCO). Berhasilkah?

VCO..Apakah? Haip! Jangan salah paham. Cheq bukan nak meniaga kat sini. Saja nak kongsi cerita. Sebab dah lama sangat tak menaip kat sini. Masa rajin sehari update sampai dua tiga. Time malas menjengah diri, berhari-hari..berminggu-minggu tak jengok blog ni. Okes~



Al-kisah ...
Muka aku ni sejak 1989 - 2011 sangat kiut miut ala-ala baby face gitu. Amat jarang ditumbuhi kerawat. [bukan berlagak@riak ok :)] Tapi malang tidak berbau. Kalau berbau mesti busuk kan. Malang la katakan. Huhuhu. Masa aku sem 5, aku amik subjek Pengurusan Jualan. Jual-jual barang (masa ni aku ada promote dalam blog ni, tapi sekadar nak tunjuk bukti kat lecturer je kepelbagaian cara promosi kumpulan kami. keh3). Lepas tu ada program 'grooming'. Wah! Best gila. Pakai make up. Naik seri wajah gitu. Macam pengantin wok. Balik naik bas banyak jugak la mata yang memandang. Pergh! Cun aku hari tu. Kuasa mekap sangat menakjubkan. >_<



Tapi lepas beberapa hari tu, toink toink naik jerawat seketul kat hujung hidung aku. Dah la merah macam badut. Tapi aku tak segan pun. Selamba je pergi mana-mana pun. Cool babeh. Masa cuti sem makin banyak pulak naik jerawat. Mak, abah, along, alin, abg ipar aku semuanya tegur. Apa dah terjadi dengan wajahku? Suspen sikit. Huhuhu. Cuti hari tu, sedara mara aku pulak yang bersuara. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Pakai produk apa? Bla bla bla ... =.=



Kalau kira dari jangka waktu tu, dah 6 bulan muka aku ni berjerawat (jerawat batu bak kata adik aku). Tapi entah kenapa dan mengapa, baru dua tiga hari ni aku tersedar dari lamunan yang muka aku semakin teruk (memang teruk sejak 6 bulan lagi. hahaha) Pelik jugak. Sebab sebelum-sebelum ni aku agak bangga dengan muka yang berjerawat merah. Nampak matured sikit. Bila tengok member muka bersih je. Down jugak. Ouch! Wajahku. (perasaan bercampur baur @_@) Aku pun tak pasti dengan feeling aku sendiri. Hukhukhuk ..



Dalam masa 6 bulan ni, aku dah pakai guna 4 produk! Tak sempat habis aku dah tukar. Kalau ikutkan dari segi psikologi, kekerapan menukar produk membuktikan kita berada di tahap tekanan. (mandai-mandai aku je). Senarai produk yang aku gunakan sepanjang 6 bulan ni namun masih tidak tidak berhasil dan berjaya mengurangkan jerawat aku ni tak dapat la aku nak list kan sini. Mau kena hentam dengan depa t. Naya ja nak menjawab. -..-



Ramai jugak member aku yang bagi list cadangan produk yang diorang guna sekarang. Ada yang boleh pakai, ada jugak yang aku pertimbangkan. Disebabkan kekangan kewangan, aku tahankan je niat aku nak beli produk yang dah berlegar-legar dalam otak aku ni. Nak bagi jerawat cepat hilang. Erk! Bak kata kakak aku, 'sebelum berjerawat kena jaga. Dah naik banyak susah nak bela'. Betul jugak tu =_=



Sampai sekarang pun aku masih tercari-cari lagi produk yang sesuai untuk wajah. Tiba-tiba muncul sorang member sekolah rendah dulu. Dia buat business VCO ni. Mula-mula aku ragu-ragu jugak nak beli. Dengan kos lagi. Duit aku cukup-cukup makan je tu. Mungkin orang lain rasa harga tu murah. Tapi tidak bagi aku. No no no. Hahaha. Biasa aku pakai produk paling mahal pun RM 19.90. Tak pernah lebih RM 20. Hoho. Jimat tau. Bukan kedekut. Huhu.


Ni la VCO.
Geram aku tengok bulat-bulat tu.
Tak sabar nak telan. Nyum nyum! Haha. :D


Mulanya aku tolak bila di suggestkan. Tapi kelmarin (Selasa) entah dapat mimpi apa malam tu (tak ingat apa-apa) tiba-tiba pulak aku boleh order produk VCO ni. Laju je tangan menaip 'rai, aku nak order vco 1. nak hilangkan jerawat'. Tengah hari tu jugak aku bank in duit. Semangat gila. Lepas bank in duit terasa lega sangat-sangat. Masih berfikir sejenak. Sekarang produk tu dah sampai. Cepat! Gunalah perkhidmatan pos laju. (sempat pulak nak promote =,=). Bila aku pegang je botol vco ni, aku terasa harapan untuk kembalikan muka aku yang bersih berseri terjamin. ^_^



Kawan aku cakap, perlu istiqamah dan bukan mengharapkan dengan menggunakan produk tu muka kita bersih. Tapi dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah. Penggunaan produk ini cuma ikhtiar kita sahaja. Baik Rai! Thanks for the info. :D



p/s : malam ni start makan. kalau berjaya dalam masa sebulan, aku jadi testimoni ko ye! Doakan saya ya kawan-kawan. Tunggu update sebulan lagi. Kehkehkeh. >_<