Monday 1 July 2013

Tentang Duit

-- Melangkah ke era serba moden dan materialistik ini membuatkan ramai umat manusia yang lupa akan asal usul diri. Mereka terlalu jauh berenang di tengah lautan sehingga lupa pada jalan berbalik ke daratan; yang telah lama bersemadi bersama jasad yang diciptakan pada awal pembentukan dan kelahiran --

Money. Money. Money!

No money, no talk.
No money, no funny.
No money, no honey!
It is true?!

Duit boleh mengaburi mata sesiapa yang lemah imannya.
Duit boleh menggelapkan hati orang yang alpa.
Duit juga boleh memecahbelahkan sesebuah ummah yang tamak haloba!

Orang kata duit boleh beli apa sahaja, bahkan hati dan cinta manusia.
Benarkah?
Tarik nafas sedalamnya dan fikir sejenak.
Apakah benar wang ringgit segala-galanya pada diri kita?

Buat apa mengejar wang berjuta andai ibu bapa kita sendiri pun kita tak mampu jaga?
Apa gunanya harta bertimbun jika kasih sayang keluarga terabai?
Di mana letaknya kasih sayang dan cinta saat wang dihayun-hayun bagi mendapat perhatian..yang sementara cuma!
Mengapa tekanan menghimpit jiwa saat wang lesap begitu sahaja?

Apa yang kau cari dalam hidup?
Kita hidup mencari rezeki dan redha Ilahi.
Dan harus ditekankan, rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit semata-mata!
Jadi mengapa kau hanya mengucap syukur hanya apabila duit berduyun datang mengejarmu?

Tenang dan motivasi diri selalu.
Tugas kita sebagai khalifah bukanlah satu.
Seperti wang ringgit juga.
Jika tiada bukanlah bermakna itu penamat hidup kita.
Tetapi permulaan untuk memulakan kehidupan.

Gambar Hiasan

p/s: Seandainya kau takut kehilangan wang daripada orang yang tersayang, ternyata kau bukanlah insan yang penyayang!