Monday 5 September 2016

.."Kembali Mencoret"..

Assalamualaikum.. :)

Finally, after almost 2 years tak menulis, kini aku kembali mencoret! Macam2 hal yang terjadi dalam 2 tahun ni. Last story dalam ni adalah pasal encik tunang dan majlis perkahwinan. Then stop macam tu je kan! Tanpa khabar berita, tapi Alhamdulillah aku masih bernyawa. Hehe. Masih diberi kesempatan untuk menikmati alam fana dan mendalami ilmu agama. In shaa Allah ^_^

Benda yg paling tragis sehingga membuatkan aku stop menulis dan anti social media for a while disebabkan oleh tragedi emak koma kerana ada darah beku di otak dan memerlukan pembedahan segera. Bila mana, emak aku tak berkesempatan untuk ada sama semasa majlis nikah dan sanding. Then lepas dari kitorang bersanding, petang tu jugak dgn baju pengantin, ktorg pergi Hosp Melaka utk jumpe emak yg kena tahan wad. Masa ni feel yg sgt2 sedih. Menangis, air mata mengalir tapi tak mampu bercakap sepatah apa pun. Tak terluah dgn kata2. Tapi emak masih tenang di katil hosp dan berkata, "emak ok, emak tak apa2. cantik anak emak jadi pengantin hari ni.." *ok nangis lagi! T_T

Yg keduanya, abah dan emak aku sekali lagi tak dapat turut serta untuk majlis menyambut menantu di Perlis. Abah kena naik mahkamah atas kesalahan jalan raya dan emak tak digalakkan berjalan jauh kerana masih lemah. Malam sebelum majlis, emak aku sekali lagi dimasukkan ke hospital tapi family aku bertindak untuk mendiamkan diri takut aku donw mase majlis tu. Tapi instinct Allah bagi tu kuat dan malam tu aku bangun untuk solat hajat; moga emak pjg umur, abah selamat dan majlis berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Utk majlis sebelah Perlis cuma family kakak, abg, dan family pak ngah aku je yg datang. Itu pun dah cukup bermakna bg aku dan saudara sebelah suami pun banyak bagi sokongan dan paham situasi kitorang. Syukur ^_^

Next, after 1 year then only ktorang as husband and wife dapat merasa feeling nak jadi mummy daddy. Yeah! Tapi mungkin sebab terlalu gembira dan mengharap, aku keguguran semasa usia anakku 6 weeks. Masih sangat2 kecil dan lemah. Tapi aku dah boleh nampak sedikit biji matanya. Allah! Meraung semahunya tapi selamat suami ada sebagai penenang perasaan. Sangat dahsyat perasaan kecewa tapi selamat tak meroyan! Maka berpantanglah aku di Melaka tapi cuti yang diberi cuma 2 minggu saja. Padahal orang kata ibu yg keguguran perlu pantang lebih dari yg melahirkan anak dgn selamat. Wallahu'alam. :')

Ujian demi ujian, siapalah kita untuk menidakkan takdir, Hanya insan yang lemah. Bergantung penuh pada sang Pencipta pasti akan hadir bahagia diakhirnya. Alhamdulillah, Allah jualah sebaik2 perancang. After 6 months, Allah tiupkan nyawa dalam rahimku untuk insan kedua. Kali ni kami tak begitu mengharap takut kecewa lagi. Lepas 3 bulan baru aku buat pregnancy test dan sah hamil. Syukur sangat! Yg paling happy of course lah my hubby. Tak sabar dia nak dukung baby. Hihihi.

Jadi, pada 31 May 2016, jam 2.22pagi, maka bergemalah tangisan bayi comel yg membawa haruman syurga di segenap ruang dewan bedah Hosp Kuala Lumpur due to breech presentation. Tersenyum bahagia dan hilanglah segala kesakitan yg aku tanggung sblm ini selepas melihat dan mencium baby ku. Comel sgt! Rindu waktu2 itu. Ngee. Puteri sulung seberat 2.3kg ini diberikan nama Nur Aleeya Qaisara Binti Mohd Afiq (Cahaya permaisuri yg paling mulia) ^_^. Kesian aleeya lahir tak cukup berat sbb mama dia kuat kerja sampai lupa waktu makan =_='. Lepas dimasukkan ke wad biasa semula barulah abahnya dapat melihat dan melaungkan azan dan iqamat di telinga puteri kami. Alhamdulillah. ;)

Aleeya after 3 months ;)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 216)

P/s: Setiap dugaan dan ujian yang Allah turunkan pasti ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat semuanya di luar jangkaan kita. Apa2pun, syukur selalu ^_^


0 comments:

Post a Comment