Tuesday 5 July 2011

1 Julai Hari Mengharukan.

1st of all, sorry coz lambat update blog.
Aku nak story kisah 1 Julai, even sekarang dah 5 Julai. =.=

Buat masa sekarang of course la aku asyik story pasal kerja kan.
Sejak kerja ni aku dah jumpa banyak gelagat orang. Banyak karenah. Banyak jugak pengajaran yang aku dapat dalam menilai dan mentafsir setiap individu yang aku serve.

1st bila aku baru open kedai, dah ada seorang yg dikategorikan sebagai datuk sebab dia nak beli baju untuk cucu-cucu dia. Mula-mula beli satu, lepas tu pilih lagi satu baju. Yang besar sikit saiznya. Aku expect diorang adik beradik, adik n kakak. Bila aku tanya, "beli untuk kakak dia pulak ke pak cik?". "Sepupu dia.". Sungguh! Kasih datuk yang tak berbelah bagi. Kasih sama rata untuk kedua-dua cucunya. :)

Kisah kedua, sepasang suami isteri yang bisu/ pekak. Aku kurang pasti. Yang pasti selama peristiwa 15 minit di hadapan aku, kedua-dua mereka sedikit pun tidak mengeluarkan suara tetapi hanya menggunakan bahasa isyarat. Aku yang berada di samping mereka turut mendiamkan diri sebagai tanda menghormati mereka. Dalam bahasa isyarat tu ada jugak la yg aku paham serba sedikit. Diorang nak beli kasut untuk anak perempuan mereka.

Kisah ketiga, dua pemuda berwarganegara Indonesia, dari segi pakaian dan percakapan mereka. Dari daerah mana aku kurang pasti. Kedua-duanya mencari baju untuk anak lelaki dan anak perempuan masing-masing. Sekali beli bukan sikit-sikit. Corak perbelanjaan mereka mengalahi orang Malaysia sendiri. Bukanlah itu yang aku sanjung, tapi kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walaupun berada jauh di perantauan mengerah keringat demi mencari rezeki, mereka tetap mengingati anak-anak di kampung halaman. 

p/s : 3 peristiwa yang mengharukan terjadi dalam satu hari membuatkan aku terus merindui keluarga tersayang di Melaka. Tapi tak pe. Aku dah decide bulan ni aku last kerja. Bulan 8 dah mula berpuasa. ^_^

1 Julai permulaan kisah ~