Friday 29 June 2012

Bukan Coretan Biasa

As salam dan hye semua! ^_^


Maaflah dah lama tak update blog. "Busy"! Ehe. Sekarang ni cuti sem dah bermula. Memang ramai students balik kampung halaman termasuklah aku. Selama 6 sem ni aku tak pernah lagi tak balik rumah masa cuti sem. Orang bagi cuti, mestilah balik. Lepaskan rindu kat keluarga tercinta! Tak gitu? Hehehe.


Nak dipendekkan cerita, 28hb Jun; tarikh keramat untuk sem 6 ni. Tibalah masanya untuk aku berangkat pulang selepas semua kawan-kawan sekepala dengan aku melangkah kaki terlebih dahulu. Tinggal sorang-sorang rasa sangat sadis. Sepinya hidup. Sob3 isk! 8 hari nak tunggu last payyyper but still study last minute. Susah nak ubah habit ni. Petang pukul 2.30-5 duk berperang dalam dewan exam. Lepas keluar muka lega gila. Seronok tak terkata. MERDEKA!


Aku gerak balik Melaka pukul 10.30 malam. Pukul 9 abah aku dah call, nak tau dah naik bas ke belum. Abah takut kalau aku tertinggal bas. Aku gerak ke stesen pukul 10 malam. At last, bas aku sampai pukul 11 malam. Sabar je laa. Biasanya aku duduk single seat paling belakang. Tapi sebab dah terlewat beli, tak dapat single seat. Dapat seat no. 3. Antara baris paling depan jugak la. Nampak macam excited gila nak balik rumah gitu. HAHA! Aku duduk sebelah lelaki India. Bagus jugak. Kalau duduk sebelah perempuan, kompem2 kena berborak. Aku malas betul nak berborak dalam bas. Tak suka.


Pukul 12 malam tu aku dah lelap. Penat woo kemas barang. Tak tau la berdengkur ke tak. uhuk! Memang tido mati la masa tu. Tapi pukul 1.17 pagi ikut jam bas aku dah terjaga. Driver bas pasang lagu tangkap leleh 90-an. Kuat pulak tu. Dia tak sedar ke orang nak tidur? Ke sebab aku duduk belakang dia, so dengar kuat? Tu aku tak pasti. Yang pasti sepanjang jalan tu aku tak boleh nak lelap balik. Terkebil-kebil la mata aku ni pandang highway sambil layan lagu. Sempat berangan jugak! Baru dapat feel. kikiki. Pakcik driver nak hilangkan mengantuk kot. Layankan je la. Last aku tengok jam bas pukul 5.48 pagi. Lepas tu aku terlelap. Hanyut terus~


Pukul 6.50 pagi abah aku call tanya ada dekat mana. Aku bukak mata je tengah atas highway lagi. Signboard tak muncul-muncul. Nak cam jalan memang failed la. Aku rasa highway tu sama je. Dalam mamai tu aku jawab, tak tau la ada dah sampai mana ni. Abah aku tanya, dekat Selangor lagi ke? Aku usya macha sebelah, tapi dia pandang luar tingkap. Segan pulak nak tanya. Aku confident tak confident pun jawab la, dekat Selangor lagi kot~ Lepas je aku matikan call, muncul signboard Tol Ayer Keroh. Ah, sudah! Malu gila masa tu. Nampak sangat tidur tak sedar diri. Terus aku mesej abah aku, "Abah, dah sampai Tol Ayer Keroh". Tak lama tu adik aku call tanya betul ke aku dah sampai tol. Sebab abah aku terkejut baca mesej tu. Mula-mula cakap kat Selangor lagi, sekelip mata dah sampai Ayer Keroh. Memang pelik la! HAHA.


Lepas dah naik kereta, memang borak sakan la. Lama tak jumpa! Dalam borak-borak tu terselit soalan, sekarang musim durian kan? Sebab kat Kedah sekarang tengah musim kot. Hari tu aku ada nampak kulit durian dalam tong sampah. Terliuq la! Abah cakap musim durian dah lama habis dah. Sekarang tak da musim. Hukhukhuk. Beria aku balik sebab ingatkan durian tengah lebat berbuah. Lepas tu aku diam je la. Pukul 10 pagi abah aku nak pergi kerja, tapi barang nak hantar tak siap lagi. So, terpaksa la balik dulu. Lepas solat jumaat baru pergi balik. Masa balik tu abah aku beli durian. Pergh! Memang aku santap bersila la. Feberet kot. >_<


Petang tadi abah aku suruh temankan adik aku nak bayar yuran pendaftaran masuk poli. Lepas tu ayah aku hulur duit yuran dekat adik aku. Aku tengok dalam dompet abah cuma tinggal rm12 je. Abah ingatkan yuran tu ***, tapi ***. (jumlah yuran dirahsiakan. Ceh! gitu =P). Lepas ni terpaksa la abah keluarkan duit lagi. Abah kerja keras semata-mata nak tengok semua anak-anak dia masuk universiti. Orang yang seusia abah sekarang ramai yang dah berehat je dekat rumah. Tapi abah keluar bekerja cari rezeki untuk tampung sedaya mungkin kami anak-anaknya. Jasa abah memang tak terbalas! Tiba-tiba aku jadi sayu time tu jugak.


Abah balik kerja pukul 8.30 malam tadi. Balik bawa burger. Nyum-nyum. Sedap! Macam tau-tau je aku dah lama tak makan burger. Lepas makan nasi, makan burger pulak. Memang padat perut ni. Alhamdulillah. Selalunya abah online fb sampai pukul 12/ 1 pagi. Tapi hari ni abah tidur awal. Sebab besok kami bertiga (abah, aku, adik) nak pergi jemput abang aku dekat Kuantan. Dia dah last sem. Jadi nak angkut semua barang bawa balik rumah. Abah pesan, esok gerak lepas Subuh. Abah penat, tapi abah gagahkan diri jugak! Hari ni je banyak sangat pengorbanan yang abah buat untuk kami adik beradik. Sebelum-sebelum ni hati batu. Teruk betul. :(



Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk membalas semua jasa-jasa abah kepada kami adik beradik. Amin.. Sejak meningkat dewasa ni, aku semakin sedar dengan semua pengorbanan dan jasa-jasa abah. Sekarang emak aku dekat rumah kakak yang sulung. Jaga kakak aku yang tengah sarat mengandung menunggu hari. Tak lama lagi keluarga kami bakal menerima orang baru. InsyaAllah. :)





p/s : emak dengan abah sanggup tinggal berjauhan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Mampukah aku untuk mengikuti jejak langkah orang tuaku? Berkorban demi membahagiakan anak-anak..:')