Thursday 27 June 2013

Kad Kawin Design Facebook

Salam korang! ok fine. tajuk nampak lapuk. hahaha!

Kad kawin design Facebook memang dah lama berlambak kat post2 FB sekarang ni. Actually aku pun dah lama tau pasal "trend" ni. Cuma tak terfikir pulak nak update kat blog kesayangan aku. Tapi disebabkan Along aku dah tag gambar kad kawin ni, baru aku terfikir nak amik serius pasal menda nih semua. Aku yang nak kawin, orang sekeliling yang pening. Ape kes? Hahaha. Sebab diorang semua ade cadangan masing-masing and diorang nak mengaplikasikan idea diorang masa majlis kawin aku nanti. Haa sudah! 

Tapi tak pe lah. Aku tak kisah pun. Lagi suka ade lah. Sebab aku tak payah nak banyak pikir. Orang lain bagi idea, diorang pikir perah otak. Kalau idea menarik aku terima. Kalau x berkenan aku tolak. Senang kan? Haha! Kejam jugak aku ni. Main reject je idea orang lain. Huhuhu. 

Orait2. Entri second last aku, aku nak majlis perkahwinan bertemakan muka buku. Dan hajat aku ni aku sampaikan kat Along. Sebab tu Along tag kat FB aku semalam. Nak tengok? Okes bawah ni ler ~~

Cute tak? :D

Untuk menampakkan aku lebih serius, aku pun usya sehabis mungkin FB Mekar Ilham Studio ni. Dan ade perkataan, untuk maklumat lanjut sila pm kami. Aku pun pm ler. Aku panggil M.I.S je. Singkatan name FB diorang. Suka-suka hati aku je. Diorang pun macam tak kisah je. "Diorang" ke "dia" aku pun tak tahu siapa  dan berapa orang yang handle FB tu. Cuma aku tahu photographer dia Hafiz. Nombor telefon? P cari sendiri. Hahaha. Tapi ak prefer panggil "diorang" la. Dah terbiasa :)

Lepas pm, pagi tadi diorang reply. Boleh tahan jugak harga kad per pcs. Company kat Shah Alam. Harga include postage. Memang nampak murah dan berbaloi. Gambar dalam tu boleh tukar gambar aku dengan Encik tunang. Tu yang lagi best! Hahahaha. 

Dah pm tu aku tak tanya satu benda je. Aku tanya pakej photography dengan banner sekali. Orang kata, kalau kau nak berjimat, kau kena rajin bertanya dan survey harga. Dan itulah yang aku lakukan. Nak jimat woi. Tak mo membazir. Kalau ada lagi barang yang lebih murah dan berkualiti, budus ler kalau kita tak grab!


Promo. Lai lai lai :)

Then pasal photographer harga cantik dah RM 1200. Nampak professional. Tapi sebab jauh. Ade charge tambang dengan penginapan, so terus aku reject. Jimat-jimat. Huhuhu. Lagi satu pasal banner. 2 banner RM 60 je. Berbaloi giler. Aku tanya gambar dalam banner tu amik bila? Dia jawab gambar masa tunang. Haa ni yang lemah. Sebab gamba tunang kitorang tak tangkap gambar berdua. Uhu~

Aku rasa memang nak buat kad kawin design FB ni. Tapi kena bincang dengan Encik tunang dulu. Alang-alang nak buat, baik buat untuk dua-dua belah pihak sekali harung. Al maklum ler. Makin banyak, makin murah. Sebab kos per unit nya rendah. Ekonomi ni! Huhu. Tunggu Encik tunang balik keje dulu. Bagi dia rileks sat nanti baru bincang. Tiap-tiap hari beliau buat OT. Cari duit lebih beb. Touching gua. Terharu!

Gua sayang lu Apit a.k.a my future husband. *gedik jiwang sat. kafkafkaf  >_<


# Sorry, keyboard print screen aku problem. so tak boleh nak print screen masa aku bersoal jawab dengan M.I.S.. cara diorang jawab memang berhemah. Happy je berurusan dengan depa. Thanks for ur good customer service beb! Tunggu khabar gumbira dari daku yup! Hah hah :)

Wednesday 26 June 2013

Mana Charger Handphone?

Sedang duduk bersantai selepas balik kerja, semasa towel di bahu, sebelum melangkah kaki ke bilik air ..
Dan sedang mengadap laptop..mak memulakan bicara ~

Mak : Mana pergi charger handphone akak?
Aku : Kenapa?
Mak : Dah lama tak nampak. Selalu ada atas almari hitam tu kan?
Aku : Haah. Charger ade kat opis.
Mak : Kenapa tinggalkan? Nanti kan susah nak charge hp. Pastu merungut bateri hp cepat kong.  Tertinggal ke?
Aku : Saje tinggalkan ..

Buat seminit dua, mak membebel dan kata aku lalai.
Tapi mak mungkin x sedar aku sedang berusaha menjadi seorang anak yang berjimat cemat.

# HAHAHAH :p

Alahai anak omak..!
Gambar curik dari Pakcik Google >_<
Mintak halal ye~ HAHAHA