Saturday 25 February 2012

PT Dah Masuk! Tak Beri Kesan

PT dah masuk? hurray! Kebanyakan students mesti sebut ayat ni. Kalau tak pun, yahoo! lebih kurang sama je. Betapa nak menunjukkan perassaan gembira di hati tanpa disorok-sorok lagi. Macam atok bawah ni.


Hurray! Yahoo!


Dulu ak pun sama jugak macam tu. Sapa tak happy kalau duit masyukkk. Awal-awal sem ramai melonjak bahagia, akhir sem diam menahan laperrr. Eh yeke? Rasanya la. Hihi. Sbenarnya ak tak check lagi account bank Islam ak. Tapi ramai yg cakap dah masuk. Siap dah ada yang keluarkan lagi tu. Buat perbelanjaan harian katanya. Simpan on hand siap-siap. Kes malas nak pergi mall la tu kalau duit 'hangus'. Ak pun ingat nak keluarkan siap-siap. Tapi ak tahan gatal tangan ni. Bila duit ada kat tangan, memang cepat la 'terbang melayang'.

Kalau ikut sem-sem lepas, ak memang happy tersangat. Terpancar jugak la sinar kebahagiaan di wajah. Tapi sem ni ak rasa biasa-biasa je. Sebab dah lali kah? Sampai tak heran. Tak tau la kenapa feeling ak lain macam sangat sem ni. Sebab dah nak tamat belajarkah? Pelik. Ak rasa sekarang ni mesti ramai students uum tengah melepak, bersantai, bershopping dekat area jitra dengan alor star, tak pun sungai petani. Ak? Masih di bilik.

Sugul. Baby ni untung lagi dapat dukung ..


Ak sendiri pun tak puas hati kenapa ak jadi macam ni. Ak stress kah? Busy? Banyak komitmen? Makin tinggi kita di suatu kedudukan, makin banyak tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Memang betul. Kadang-kadang ak rasa sampai penat nak berfikir. Bila idea 'kong!' memang nak pecah kepala. Penangan tanggungjawab memang dahsyat. ~_~'

p/s : Bila stress, duit masyuk beribu riban pun kadang-kadang tak beri impak. Bahayanya. Ak kena hindari stress nih. Siapa mahu tolong?



Tuesday 21 February 2012

Rokok Punya Cerita

Mulai sem ni ak ada kelas setiap hari Selasa. Hurm. Kalau ikutkan dari sem 1 sampai 5 ak tak pernah ada kelas hari Selasa. Sedaya upaya ak dengan kawan-kawan lain cuba elakkan. Kat sini hari Selasa sama macam hari cuti. Dalam 30% students je yang pergi kelas. Yang lain bersantai di keidaman masing-masing dan buat hal sendiri. Sangat nikmat kalau tak ada kelas hari Selasa. Bagi ak penat sebab sekali masuk kelas direct 3 jam. Rasa nak kematu membatu. Tapi naik sem 6 ni memang tak leh nak elakkan lagi. Nak tak nak terpaksa jugak amik sebab subjek ni bukak satu kelas je.

Tadi ak jalan sorang-sorang nak pergi kelas. Nampak lonely kan? Sadis! Setiap sem ak akan berseorangan memandangkan geng ak yang lain duduk jauh dari laluan ak. Dalam sedih pilu ak teruskan jugak gerak langkah kaki ak ni. Dah berjalan dalam 750 meter dari bus stop, ak nampak la 4 orang jejaka. Semua pakai kemeja. Pakaian formal pergi kelas kan. Sorang pakai warna peach, sorang pakai warna kuning cair-cair, sorang pakai warna coklat tanah, sorang lagi pakai warna pink lembut. Dari redup mata ak la, yang pakai kemeja warna pink lembut tu ak pilih kalau di suruh memilih. Nampak macho. Ak pandang sekali imbas je. Cepat-cepat ak betulkan balik niat nak pergi kelas.

Ak bagi diorang jalan dulu sebagai tanda menghormati kaum adam. Tak manis kalau ak jalan depan diorang. Buat kena perhati je nanti. Bahaya bahana. Ak pun follow je la dari belakang. Kadang-kadang lelaki ni jalan lenggang kangkong jugak kan. Kalau time keluar kelas, elok je jalan laju. Disebabkan kelambatan langkah diorang, ak pun hampir dekat la dengan diorang. Dah macam ak ni geng diorang pulak. Sekali ak nampak benda jatuh kat kaki mamat kemeja kuning cair-cair ni. ROKOK rupanya. Panjang lagi tapi dah menyala. Baru nak hisap kot sebab sebelum tu ak tak bau asap rokok pun.

Dekat area kampus pun ada yang berani merokok. Kalau ak report, dah kena saman tu. Tapi ak tak cam sangat pun muka diorang. Pandang sekali imbas, pastu tunduk. Nak menjaga pandangan mata. Ehe! Ak dah tengok rokok tu jatuh, ak pun heran jugak. Biasanya perokok ni sependek mungkin rokok tu baru dibuang. Ni panjang lagi. Lepas tu mamat tu bongkokkan badan, ambik balik rokok tu dan TERUS masukkan dalam mulut, hisap, hembus asap berkepul-kepul. Rokok tu dah jatuh kot.

Even jatuh kat atas pasir bukan lumpur, tetap kotor tu. Berapa banyak bakteria yang melekat membiak serta merta. Mungkin pandangan dia, 'tak kotor ni boleh guna lagi. Bazir kalau buang.' Ak tak respect pun orang macam tu. So ak lajukan langkah, bagi signal ke kiri dan ak potong meninggalkan mereka berempat berborak sambil jalan berlenggang.

P/S : Merokok TAK Macho! Seriously.

Agak-agak kalau jatuhkan hukuman kat para perokok macam gambar kat atas ni, 
ramai yang boleh insaf tak ye? 

Saturday 18 February 2012

Gelagat Junior Naik Bas

Ini daripada pemerhatian gitu-gitu je la.
Bukan dengan buat research yg teliti.
Ak gerak balik UUM 17/2/12 malam tadi.
Antara gelagat comel adik junior masa naik bas nak pulang ke bumi Sintok :)

#1 Excited
Bas gerak pukul 9 malam. Pukul 8.30 malam dah excited duduk beramai-ramai bersama family tersayang tercongok depan bas. X sabar nak tunggu pintu bas dibuka!

#2 Tak jumpa tempat duduk
Ini memang jelas junior! Dari belakang, ke depan dan ke belakang balik. Rupa-rupanya duduk sebelah seat ak.  Seat belakang sekali. Kalau orang yg dah biasa naik bas, dia dah tau kedudukan seat automatically~

#3 Takut-takut
Semalam bas yg ak naik tu berhenti dekat R&R Bukit Gantang. Driver bus buat announcement 'Kita berehat sebentar ye! Dalam 30 minit. 30 minit'. Lebih kurang macam tu la dia cakap. Ak nak ulang sebijik-sebijik memang tak la. Ak pun tengah mamai time tu. Ak tengok tak de sape yg bangun nak keluar bas. Ak expect dorg takut-takut la tu. So ak pun dari belakang jalan la keluar sorang-sorang dengan yakin! Lepas tu baru ak nampak 3,4 orang ikut belakang.

Lepas tu ada sorang lelaki chinese ni dia beli pau. Makan kat depan bas. Makan laju-laju, pastu kejap-kejap pandang bas. Takut bas tinggalkan dia kot. Ak perhatikan dari atas bas je la. Ak dulu pun takut2 jugak. Buatnya bas tinggalkan ak, puas pulak ak nak  mengejar nanti. Huhu.

Bas pancaran masuk terus dalam UUM, hantar kat setiap dpp. 1st dpp kat dpp ak. Ak tengok je bas belok terus ak siap-siap angkat beg. Depan ak perempuan India. Bas tu macam nak berhenti xnak berhenti je. Ak tengok de jugak sorang lelaki Malay ni dah bangun, duduk balik. Bangun balik (tak senang duduk ler tu). Last ak suh diorang cakap kat pakcik driver suh benti. Haa kalut diorang. 'Pakcik berhenti pakcik. Pakcik2'. Hehehe.

Bas nilah yg ak naik semalam tapi warna hijau la
Satu-satunya bas yg masuk ke dalam UUM terus ..

Setakat ni je la dulu. Kalau ada nanti ak update lg. Wee~

p/s : comel kan gelagat-gelagat adik junior ni. Teringat zaman junior ak.
Tak sedar dalam sekejap je tinggal setahun lagi ak bergelar mahasiswa. 

Friday 17 February 2012

Sintok Again

Zapp..Zapp..Zapp..
Dah settle kemas barang..
Tinggal masukkan laptop je..
Then siap untuk berangkat!

Ak kembali ke UUM Sintok, Kedah semula..
Meneruskan perjuangan yg belum selesai..
Maka mulai 19 Feb 2012,
Kembalilah ak bergelar seorang mahasiswa sem 6..
Seorang senior yg disegani ramai..


Inilah Dewan Muadzam Shah. DMS.
Tempat favorite ak lau jawab final exam ^_^


InsyaAllah tahun 2012 ni ak akan update blog ni sekerap mungkin..
:)


Ehsan dari Pakcik Google :)


p/s : sebelum ak berangkat ni, ada la dua tiga org yg msg ak. Depa dah ada kat sana dah.
Ak minx jasa baik dorg bentang red carpet. Ada yg setuju! Excited nak balik ni. Dialu2kan gitu~ HAHA!



Monday 13 February 2012

Bila Jerawat Menyerang!

As Salam :)

Bagi ak
Dulu,
Kalau ada jerawat satu pun, ak usaha hapuskan segera.
Euw! Jerawat? Tak ayu la camtu~

Sekarang,
Jerawat dah bersepah, tapi ak relax je.
Nampak matured gitu. :D

Sekarang ni memang ak x jaga muka la senang citer.
Ntah kenapa..
Frust break off kah?
Busy study kah?
Ataupun dok lepak gelak berdekah-dekah..?

Still have no answer until now ...why? why? ?_?

Sejak 4 bulan lalu, memang ramai kengkawan seangkatan yg tegur muka ak ni.
'Apesal ngan muke ko ni? dah makin teruk ak tengok..'
'Mi, ko pakai produk pe smpai naik jerawat berketul-ketul ni?'
bla..bla..bla..bla..bla..
Tak kurang jugak ade yg respond cmni ..
'Mi, jerawat ko ..eh3, tak nak la tegur, nanti tak pasal2 muke ak pulak yg berjerawat' =.=!
Macam2 ayat terkeluaq~

Family ak pun menegur jugak.
Ayat tanya dorang tu berbeza2
Tapi main point nye ... banyaknye jerawat ...
At last, pegi jasin tadi lalu depan farmasi.
Abah ak tanya, 'nak beli ubat jerawat x?'
Hehe. ak pun rileks je, abah ak yg riso. ngeh3~

Ak ni jenis tangan gatai. rasenye ramai lg yg tangan gatai cam ak ni.
Kalau ade jerawat, ak suke picit. Gerammmm.
Niat nak hilangkan cepat jerawat tu, last2 tinggal parut!
Lagi teruk bila jerawat tu merebak. Piuhhh~
Tak todayo den nak monjago eh~

Tangan ak anti betol dgn jerawat!

p/s : Kadang2 bila jerawat menyerang, redha je la. dah musim dia agaknya. (statement cover cun!) uhu~