Saturday 18 February 2012

Gelagat Junior Naik Bas

Ini daripada pemerhatian gitu-gitu je la.
Bukan dengan buat research yg teliti.
Ak gerak balik UUM 17/2/12 malam tadi.
Antara gelagat comel adik junior masa naik bas nak pulang ke bumi Sintok :)

#1 Excited
Bas gerak pukul 9 malam. Pukul 8.30 malam dah excited duduk beramai-ramai bersama family tersayang tercongok depan bas. X sabar nak tunggu pintu bas dibuka!

#2 Tak jumpa tempat duduk
Ini memang jelas junior! Dari belakang, ke depan dan ke belakang balik. Rupa-rupanya duduk sebelah seat ak.  Seat belakang sekali. Kalau orang yg dah biasa naik bas, dia dah tau kedudukan seat automatically~

#3 Takut-takut
Semalam bas yg ak naik tu berhenti dekat R&R Bukit Gantang. Driver bus buat announcement 'Kita berehat sebentar ye! Dalam 30 minit. 30 minit'. Lebih kurang macam tu la dia cakap. Ak nak ulang sebijik-sebijik memang tak la. Ak pun tengah mamai time tu. Ak tengok tak de sape yg bangun nak keluar bas. Ak expect dorg takut-takut la tu. So ak pun dari belakang jalan la keluar sorang-sorang dengan yakin! Lepas tu baru ak nampak 3,4 orang ikut belakang.

Lepas tu ada sorang lelaki chinese ni dia beli pau. Makan kat depan bas. Makan laju-laju, pastu kejap-kejap pandang bas. Takut bas tinggalkan dia kot. Ak perhatikan dari atas bas je la. Ak dulu pun takut2 jugak. Buatnya bas tinggalkan ak, puas pulak ak nak  mengejar nanti. Huhu.

Bas pancaran masuk terus dalam UUM, hantar kat setiap dpp. 1st dpp kat dpp ak. Ak tengok je bas belok terus ak siap-siap angkat beg. Depan ak perempuan India. Bas tu macam nak berhenti xnak berhenti je. Ak tengok de jugak sorang lelaki Malay ni dah bangun, duduk balik. Bangun balik (tak senang duduk ler tu). Last ak suh diorang cakap kat pakcik driver suh benti. Haa kalut diorang. 'Pakcik berhenti pakcik. Pakcik2'. Hehehe.

Bas nilah yg ak naik semalam tapi warna hijau la
Satu-satunya bas yg masuk ke dalam UUM terus ..

Setakat ni je la dulu. Kalau ada nanti ak update lg. Wee~

p/s : comel kan gelagat-gelagat adik junior ni. Teringat zaman junior ak.
Tak sedar dalam sekejap je tinggal setahun lagi ak bergelar mahasiswa. 

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Salam Perkenalan...

Unknown said...

salam perkenalan kembali. hihi. :D

Post a Comment