Monday 1 July 2013

Tentang Duit

-- Melangkah ke era serba moden dan materialistik ini membuatkan ramai umat manusia yang lupa akan asal usul diri. Mereka terlalu jauh berenang di tengah lautan sehingga lupa pada jalan berbalik ke daratan; yang telah lama bersemadi bersama jasad yang diciptakan pada awal pembentukan dan kelahiran --

Money. Money. Money!

No money, no talk.
No money, no funny.
No money, no honey!
It is true?!

Duit boleh mengaburi mata sesiapa yang lemah imannya.
Duit boleh menggelapkan hati orang yang alpa.
Duit juga boleh memecahbelahkan sesebuah ummah yang tamak haloba!

Orang kata duit boleh beli apa sahaja, bahkan hati dan cinta manusia.
Benarkah?
Tarik nafas sedalamnya dan fikir sejenak.
Apakah benar wang ringgit segala-galanya pada diri kita?

Buat apa mengejar wang berjuta andai ibu bapa kita sendiri pun kita tak mampu jaga?
Apa gunanya harta bertimbun jika kasih sayang keluarga terabai?
Di mana letaknya kasih sayang dan cinta saat wang dihayun-hayun bagi mendapat perhatian..yang sementara cuma!
Mengapa tekanan menghimpit jiwa saat wang lesap begitu sahaja?

Apa yang kau cari dalam hidup?
Kita hidup mencari rezeki dan redha Ilahi.
Dan harus ditekankan, rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit semata-mata!
Jadi mengapa kau hanya mengucap syukur hanya apabila duit berduyun datang mengejarmu?

Tenang dan motivasi diri selalu.
Tugas kita sebagai khalifah bukanlah satu.
Seperti wang ringgit juga.
Jika tiada bukanlah bermakna itu penamat hidup kita.
Tetapi permulaan untuk memulakan kehidupan.

Gambar Hiasan

p/s: Seandainya kau takut kehilangan wang daripada orang yang tersayang, ternyata kau bukanlah insan yang penyayang!

Thursday 27 June 2013

Kad Kawin Design Facebook

Salam korang! ok fine. tajuk nampak lapuk. hahaha!

Kad kawin design Facebook memang dah lama berlambak kat post2 FB sekarang ni. Actually aku pun dah lama tau pasal "trend" ni. Cuma tak terfikir pulak nak update kat blog kesayangan aku. Tapi disebabkan Along aku dah tag gambar kad kawin ni, baru aku terfikir nak amik serius pasal menda nih semua. Aku yang nak kawin, orang sekeliling yang pening. Ape kes? Hahaha. Sebab diorang semua ade cadangan masing-masing and diorang nak mengaplikasikan idea diorang masa majlis kawin aku nanti. Haa sudah! 

Tapi tak pe lah. Aku tak kisah pun. Lagi suka ade lah. Sebab aku tak payah nak banyak pikir. Orang lain bagi idea, diorang pikir perah otak. Kalau idea menarik aku terima. Kalau x berkenan aku tolak. Senang kan? Haha! Kejam jugak aku ni. Main reject je idea orang lain. Huhuhu. 

Orait2. Entri second last aku, aku nak majlis perkahwinan bertemakan muka buku. Dan hajat aku ni aku sampaikan kat Along. Sebab tu Along tag kat FB aku semalam. Nak tengok? Okes bawah ni ler ~~

Cute tak? :D

Untuk menampakkan aku lebih serius, aku pun usya sehabis mungkin FB Mekar Ilham Studio ni. Dan ade perkataan, untuk maklumat lanjut sila pm kami. Aku pun pm ler. Aku panggil M.I.S je. Singkatan name FB diorang. Suka-suka hati aku je. Diorang pun macam tak kisah je. "Diorang" ke "dia" aku pun tak tahu siapa  dan berapa orang yang handle FB tu. Cuma aku tahu photographer dia Hafiz. Nombor telefon? P cari sendiri. Hahaha. Tapi ak prefer panggil "diorang" la. Dah terbiasa :)

Lepas pm, pagi tadi diorang reply. Boleh tahan jugak harga kad per pcs. Company kat Shah Alam. Harga include postage. Memang nampak murah dan berbaloi. Gambar dalam tu boleh tukar gambar aku dengan Encik tunang. Tu yang lagi best! Hahahaha. 

Dah pm tu aku tak tanya satu benda je. Aku tanya pakej photography dengan banner sekali. Orang kata, kalau kau nak berjimat, kau kena rajin bertanya dan survey harga. Dan itulah yang aku lakukan. Nak jimat woi. Tak mo membazir. Kalau ada lagi barang yang lebih murah dan berkualiti, budus ler kalau kita tak grab!


Promo. Lai lai lai :)

Then pasal photographer harga cantik dah RM 1200. Nampak professional. Tapi sebab jauh. Ade charge tambang dengan penginapan, so terus aku reject. Jimat-jimat. Huhuhu. Lagi satu pasal banner. 2 banner RM 60 je. Berbaloi giler. Aku tanya gambar dalam banner tu amik bila? Dia jawab gambar masa tunang. Haa ni yang lemah. Sebab gamba tunang kitorang tak tangkap gambar berdua. Uhu~

Aku rasa memang nak buat kad kawin design FB ni. Tapi kena bincang dengan Encik tunang dulu. Alang-alang nak buat, baik buat untuk dua-dua belah pihak sekali harung. Al maklum ler. Makin banyak, makin murah. Sebab kos per unit nya rendah. Ekonomi ni! Huhu. Tunggu Encik tunang balik keje dulu. Bagi dia rileks sat nanti baru bincang. Tiap-tiap hari beliau buat OT. Cari duit lebih beb. Touching gua. Terharu!

Gua sayang lu Apit a.k.a my future husband. *gedik jiwang sat. kafkafkaf  >_<


# Sorry, keyboard print screen aku problem. so tak boleh nak print screen masa aku bersoal jawab dengan M.I.S.. cara diorang jawab memang berhemah. Happy je berurusan dengan depa. Thanks for ur good customer service beb! Tunggu khabar gumbira dari daku yup! Hah hah :)

Wednesday 26 June 2013

Mana Charger Handphone?

Sedang duduk bersantai selepas balik kerja, semasa towel di bahu, sebelum melangkah kaki ke bilik air ..
Dan sedang mengadap laptop..mak memulakan bicara ~

Mak : Mana pergi charger handphone akak?
Aku : Kenapa?
Mak : Dah lama tak nampak. Selalu ada atas almari hitam tu kan?
Aku : Haah. Charger ade kat opis.
Mak : Kenapa tinggalkan? Nanti kan susah nak charge hp. Pastu merungut bateri hp cepat kong.  Tertinggal ke?
Aku : Saje tinggalkan ..

Buat seminit dua, mak membebel dan kata aku lalai.
Tapi mak mungkin x sedar aku sedang berusaha menjadi seorang anak yang berjimat cemat.

# HAHAHAH :p

Alahai anak omak..!
Gambar curik dari Pakcik Google >_<
Mintak halal ye~ HAHAHA


Sunday 17 February 2013

Majlis Kahwin Nanti Mahu Bertemakan MukaBuku. Macam mana tu?

Pagi tadi emak dah dok tanya majlis kahwin nanti nak buat tema apa. Pagi-pagi dah ada soalan cepu mas. Tapi aku memang dah sedia fikir pasal tema majlis aku nanti even majlis tu masih tak ditetapkan tarikh lagi. Orang perempuan memang banyak berfikir a.k.a lebih kepada excited dengan benda-benda yang melibatkan hati. Chewah gitu! Hahahaha. Dengan mata terpisat-pisat, suara serak basah ala-ala ratu rock negara aku jawab tenang, nak buat TEMA MUKABUKU! Simple reason, aku dan tunang aku berkenalan dari Facebook jek. Ramai yang tak percaya. Tapi itulah hakikatnya :D


~~~ FLASHBACK ~~~


Tujuan aku tulis kisah ni bukanlah nak canang kat satu dunia macam aku sorang je yang ada tunang. Just nak buat ia satu memori yang kekal bertulis. Mana la tahu kot-kot satu hari nanti aku hilang ingatan ke, boleh la jadikan kisah aku coretkan ni satu bukti yang aku pernah memiliki memori indah dalam hidup ini. Ini semua poyoooo! Hahahaha. Sebelum orang tuduh bukan-bukan, baik aku bagitahu awal-awal. Takut ada yang silap mentafsir. Peace yow!


Okes. Perkenalan aku dengan tunang aku hanyalah daripada FB semata-mata. Kami langsung tak kenal antara satu sama lain dan tak pernah ada hubungan apa-apa pun seperti kawan sekolah mahupun kawan sekelas. Bukan berjiran atau bersaudara. Cuma insan biasa yang sangat asing pada mulanya. Pergh! ayat aku. Dah lama tak karang jiwang-jiwang. Rasa geli pulak baca ayat sendiri. Muakakaka! Kalau abg Eddy baca ni, mau dia bahankan aku kaw2. Err..!


Ok lagi, sambung cerita.. kami keluar bersama cuma 3 kali. Kali kedua tunang aku ajak datang rumah. Kenal-kenal dengan family dia. Dan kali keempat diorang datang rumah aku terus merisik. Lepas berbincang, kami terus jadi tunang. Sebab pihak lelaki jauh nun di Perlis. Aku pulak kat Melaka. Nak diorang datang 2 kali kesian pulak. So, langsungkan terus majlis merisik terus bertunang. Simple sangat-sangat majlis kami tapi terasa penuh keberkatan. Cuma saudara terdekat sahaja yang dijemput. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pagi tu hujan turun mencurah-curah. Hujan rahmat. :)


3 FEBRUARI 2013 aku sudah bergelar tunangan orang. Lepas pihak lelaki beransur pulang, petang tu jugak aku update status engaged with Afiq Dz. Pada awalnya ramai yang tak percaya. Ingat aku main-main. Ni la padahnya suka sangat bergurau dengan kawan-kawan. Bila kita serius susah diorang nak percaya. Hahahaha! Setelah ramai yang "menghentam", malam tu aku upload gambar hantaran pihak lelaki sahaja. Lagilah ramai yang kata aku menipu. Ada yang cakap aku just amik gambar dari internet je. Haha! Pulak dah. Parah. Tapi aku diamkan je. Tak lama tu akak aku komen kat gambar hantaran. Wish congrats atas perikatan ini. Lepas tu barulah mereka-mereka ni percaya. Akhirnya!~


Aku anggap "hentaman" bertubi-tubi yang tak berhenti-henti 3 hari 2 malam tu sebagai hadiah di hari pertunangan aku dan Afiq. Sebab aku ada kawan-kawan yang sangat prihatin. Sangat terharu dengan keprihatinan mereka. Terima kasih sangat2 pada yang wish congrats to me, doakan hubungan kami dan minta berkat dari aku supaya turn diorang pulak lepas ni. Aik, aku baru bertunang dah nak amik berkat dari aku pulak kan. Macam-macam pe'el. Hahahaha. Ada yang post kat wall, pm, mesej kat hp and direct call. Pergh. Terasa macam artis pulak dikelilingi dengan wartawan yang bertanya bertubi-tubi nak dapatkan jawapan yang benar lagi sahih dari mulut aku sendiri. Hehehe! Itulah manisnya bercinta tanpa pengetahuan sesiapa. Tup tup je dah bertunang. Untung jugak bertunang ni aku bagitahu kat orang. Hehe!


Hantaran dari pihak lelaki yang aku upload dalam FB


Gambar atas ni je lah yang aku upload dalam FB yang menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kawan-kawan aku. Diorang minta bukti yang lebih kukuh. At least gambar aku disarung cincin. Pergh! Demand diorang ni. Aku just jawab malas nak upload. Tapi sebenarnya majlis tu agak kelam kabut sampai kami semua terlupa nak tangkap gambar kenangan. Kahkahkahkahkah. *gelak guling-guling sendiri. Lepas pihak lelaki balik baru terpikir nak amik gambar. Sebab tu hanya gamba ni saja yang diupload. Hahahahah! *Tak abis gelak lagi bila diingat-ingat balik. Adoi!!


Haa. Kalau korang baca tarikh tunang aku dengan tarikh cerita ni dicoretkan memang sangat jauh. Lepas 2 minggu baru aku tulis kan. Apa daa. Cerita dah basi! Booooooo. Hahaha! Sebenarnya aku just nak bagitahu tema majlis aku tu je. Nak buat bertemakan MUKABUKU. Kiranya nak cari event organizer la. Kot-kot boleh merealisasikan impianku jadi realiti. Heks! Lagi satu lambat update sebab Encik Tunang saya tak suka saya canang kisah pertunangan kami ni. Upload gambar dalam FB pun dia dah bising. Sebab aku saja tag nama dia sekali kan. Dengan dia-dia pun kena "hentam" dengan saudara mara dia sebab tunang senyap-senyap. Hahahaha! Memang itu pun motif utama aku tag nama dia. Tak adil la aku sorang je yang kena "hentam" kan. Har har har *gelak jahat!


p/s : Apesal aku banyak gelak? Sebab aku rasa kelakarlah! Kenapa aku banyak sebut 'sebenarnya'? Sebab memang itulah yang sebenar-benar cerita! Hohohohoho. Peace yow! Agak-agak menjadi ke tak ek tema plan A ak ni? Hurm~ *berfikir *_*










Sunday 13 January 2013

Sekalung Penghargaan dan Permohonan Maaf

Akhirnya! 13 Januari 2013 tiba juga. Hari yang paling dinanti-nantikan. Dengan berakhirnya exam Marketing Seminar tadi maka berakhirlah semester 7 ini. Alhamdulillah. Dapat buat dengan lancar. Mintak2 dipermudahkan segala urusan. Ditenangkan hati lecturer masa mark kertas kami semua nanti. :)


Aku just nak mengucapkan jutaan terima kasih dan pohon ampun dan maaf pada semua kenalan2 aku secara langsung atau pun tak langsung. Heh heh. Nak update status kat FB terus panjang berjela confirm2 orang meluat nak baca. So aku coretkanlah di satu2nya blog yang aku ada ni. ^_~


Straight to the point ~

TERIMA KASIH DAN MINTA MAAF :-

FAMILY 
Terima kasih atas segala sokongan moral dan bantuan kewangan. Pemberi semangat dan doa yang tak pernah putus dari kalian. Maaf seandainya pointer tidak memuaskan (ini saja yang termampu -.-)

LECTURERS
Terima kasih di atas segala perkongsian ilmu (banyak tolong dari segi gred). Emak dan Abah kedua bagi saya di sini. Hehe! Maaf kalau assignment yang diberikan tak menepati piawaian yang ditetapkan. (Aicheh! :p)

MEMBERS UUM
Terima kasih sudi jadi kawan aku. Tempat luahan rasa. Suka duka kita hadapi bersama. Jatuh bangun ada yang peduli. Keluh kesah ada yang kisah. Sakit terseliuh dijaga rapi. Dan yang seangkatan dengannya! Hehe. Maaf ae kalau ada yang terasa hati, ter"over" dalam menyuarakan pendapat, kalau ada apa2 hutang bagitau ^_^'

SAUDARA MARA & GURU2 SEKOLAH LAMA
Terima kasih atas segala kata-kata motivasi dan kaunseling santai yang diberikan. Maaf kalau ada salah silap zaman dulu kala. :)

ROOMATES
Terima kasih jadi roomate yang baik dan memahami. Teman berborak bila balik class. Halalkan makan minum ye. Selalu kongsi makanan. Hehe! Maaf kalau ada salah silap. Terlanjur kata terkasar bahasa tertarik muka and what so ever. Ngeh3. Best duduk dengan korang! Sporting~ (Suziela, Rosida, Fatin) ^_^'

MEMBER FB
Terima kasih sebab selalu layan aku. Hiburkan hati aku bila aku bosan tahap gaban. Dengar luahan hati pasal study. Ambik berat hari-hari. Maaf kalau terlebih update status sampai korang bosan. Hah Hah. :p

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA. SEMUA YANG AKU KENALI. (Doakan cheq dapat konvo bulan 10 2013 ni ye ^_^)


I LOVE U ALL AND I WILL MISS THESE MOMENTS ! ! ! :')
Good Luck pada kawan2 yang masih ada exam ~


Sorry just mentioned name roomates. Yang lain banyak sangat. Ngee ~~


Thanks Everyone! ! ! ^_^'