Thursday 29 December 2011

Cabaran Study

Wah! niat dah tekad.
Azam dah nekad.
Tapi tersekat la pulak...

Beria plan nak study hari ni,
Tapi perut dengan tekak rasa tak sedap.
Kes melantak tak ingat dunia la petang tadi ni..
Sekarang dok rasa mual nak muntah.
Pening kepala lagi.
Cmne nak study..

p/s : entry kosong. saja nak meluahkan perasaan. =,=

Thursday 22 December 2011

Filem Songlap Ada Sambungan?

Kerja Kotor, Sapu Bersih!

Filem arahan Affendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak yang dibintang oleh pelakon terkenal Shaheizy Sam sebagai Am, Syafie Naswip sebagai Ad, dan Sara Ali sebagai Hawa. Filem yang mengisarkan tentang dua beradik yg terlibat dalam sendikit jual baby di bawah seorang ibu ayam, Mama.

Ok! Ak mmg tak reti nak formal sangat. 
Personally, ak tak berapa nak paham sgt jalan ceritanye.
Bnyak cerita yg tergantung, tak de pucuk pangkal..

Cthnya,
Kenapa mak Ad tak kenal Ad? Kenapa Am tak bagi Ad jumpa mak diorang?
Macam mana mak Am ngn Ad bole terlibat dlm dunia pelacuran?

Anak yg dikandungkan Hawa, anak bapak dia? Apa punca bapak Hawa rogol dia?
Kenapa mak Hawa diam ja? Kenapa bapak Hawa beria2 nak mencari Hawa?

Dlm panggung tadi ak ngn kawan2 ak dok berpikir sendiri.
So ak pikir, mungkin filem ni ade smbungan citer.
Menghuraikan cerita yg tergantung. Mungkin. :)

p/s : ade 1 scene yg AMAT TOUCHING! OUCH~
1st masa Ad merayu kat Am tok ikot diorang g ke Kuantan. Mulakan hidup baru. Sgt nmpak keakraban dua beradik ni.

2nd masa Am tarik beg duit, tapi sebenarnya dlm tu kertas & masa Am berlari kejar bas nak sama2 ikut pergi Kuantan. tapi TAK sempat. Sedey =,=

Senang citer, filem ni ok. I give 3 stars a.k.a neutral.

Saturday 17 December 2011

Usah Dipersoalkan ..

Usah dipersoalkan
Mengapa dulu di Selangor,
Kemudian di Melaka,
Dan sekarang di Kedah ..?

Setiap yg berlaku telah ditentukan :')

Masa begitu pantas berlalu
Meninggalkan kenangan silam kita berdua
Namun usah kau ragu
Andai aku jodohmu, pasti bertemu jua
Di satu masa
Di suatu ketika

Yakin dan berserahlah kepadaNya..

p/s : jodoh tak mengira jarak..jodoh juga tak mengenal masa..
saya sayang kamu juga..!

Jom main Layang2..eh tu belon! x kesah la..:P

Sunday 11 December 2011

Menyerbu Darah Aku Naik Ke Muka. Damn!

Tadi lepas present group kelas mandarin
Ak balik jalan kaki..
Before present lagi dah memang rasa lapar.
So, masa jalan dok berpikir je kepala ni.
Perut lapar hati x senang~

Kat cafe proton, ak capai 2 roti.
Perisa coklat 1, vanila 1.
Ok, pergi kaunter.

Time nak bayar tu
Bukak purse..
Duit seringit2 dah abis guna.
Selak sebelah, cari 50..
Tak de pulak dah!!
Aih parah. Biar betul. Rasa ada lagi duit sekeping 50..
+_~

5 minit or mungkin lebih..
Still kat depan kaunter..
Dalam kaunter de 2 orang..
Dekat tepi meja de 3 students laki..
Nak order masakan panas..
Aih parah! Malu la kalau tak da duit..
Dalam kalut sempat berfikir pasal maruah..
Uhu~

Ak selak2 ada duit syiling..
Fuhhh..kira2 ada la rm1.20..
Ok!

Eh jap. Usya harga.
'satu 70sen la pulak! x cukup 20sen g ni. Aiyoo'
lepas dah pikir semasak2nya ...
......
....
..
.

"Nah! nak amik 1 je"
Aku hulur 70sen kat mamat kaunter
Pastu ak blah. Letak balik roti perisa vanila kt tempat asal.
Rasa macam ak campakkan sikit roti tu..
Nak blah cepat2 dari situ!
Ak sedar mamat kaunter ngn mamat2 nak order makanan tu pandang ak.
Tapi ak blah dengan muka slumber n penuh tunduk.
Tak mo bagi dorg cam muke ak.
Arghhhh.. MALU GILA~

Lepas 10 langkah *mungkin
Ak dapat rasakan darah ak menyerbu naik ke muka!
Mesti muka ak merah time tu.
Damn!

Tak tengok cermin pun ak tau muka ak dah MERAH! Isyh...

p/s : ak dah siap2 amik 50 dari dlm laci letak kat purse. takot besok berulang benda yg sama.
X mo terjadi lagi. Cukuplah sekali.


MALU *_*

Saturday 10 December 2011

Wangian Wanita Moden

                                                         Calvin Klein :: Overnight :: Amore

Perfume dan Perempuan tidak dapat dipisahkan
Wangian begitu akrab dengan wanita
Serlahkan haruman lembut seayu wajah
Dapatkan 3 perfume terbaru keluaran terkini ..

Mudah dibawa ke mana sahaja
Jangan lepaskannya!

Harga Pasaran :
1 Botol = RM 12.00



Minuman Universal

Mengapa dikatakan universal?
Kerana minuman ini boleh dinikmati oleh semua orang!
Tak kira muda atau tua, miskin atau kaya ..
Lelaki atau perempuan, on diet atau kuat makan ..
Rendah atau tinggi, kurus atau berisi ..

Roselle..Enak dinikmati setiap hari!

Boleh diminum pagi dan malam
Boleh dibancuh dengan air sejuk dan suam

Antara kebaikan lain yang ada pada minuman ini :


Mencegah kanser
Mengurangkan kolestrol
Membuang toksik dalam badan
Kurangkan resdung
Menambahkan tenaga
Merawat penyakit kulit
Mencegah batuk dan kahak
Menstabilkan tekanan darah
Mengatasi kurang tidur 

Harga Pasaran
1 botol = RM 15.00

Thursday 8 December 2011

Jangan Salah Faham.

As Salam bloggers!
Sebelum apa2 soalan yg diajukan,
Baik ak bagi jawapan dulu.

Tujuan promotion produk jualan bagai tu
Bukanlah niat nak berbisnes dalam blog ni
Sebenarnya itu produk2 yang ak n group ak perlu market kan
Marketing students la katakan. ehek~
Under subjek pengurusan jualan.

Dari usaha keras kami berkumpulan, dapatlah habuan masing2
Pengalaman yg utama! Yeah~

Bergerak Selangkah Di hadapan!
Perlu tonjolkan diri :)

p/s : Hope dapat A+ dalam subjek nih. ^_^"

Bring Your Extra Energy to Anywhere

Extra Energy?
What's that?


It is AURA ENERGY PERFUME..!
Women Exclusive                   Men Exclusive                Women Elegant     
                         
Each box have 4 bottles inside


Each box colour offers a different odor.


Market Price : RM 28.00

For further information :

10-5-1, Jalan 3/50, Diamond Square, Setapak,
Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur.
Tel/ Fax  : 03-4023 0644
Hp No.     : 016-203 4717 
                 : 016-203 5414



                                

Kulit Muka Bermasalah?

Ini penyelesaiannya!
Dapatkan Aina Beauty Series
Seri Wajah
Facial Soap

Disertakan dengan cara penggunaannya
Bahan : 
  • Kolagen, ekstrak lima dan biji anggur
Fungsi :
  • Mencerah, menghalus, menganjal dan sekatakan kulit wajah secara semulajadi
  • Memudarkan parut-parut jerawat dan jeragat
  • Haruman aromaterapi (rose) mampu menghilangkan stress dan memberi kesegaran luar biasa
  • Gabungan ayat suci Al-Quran untuk menambah seri kejelitaan wajah serta menghindar dari gangguan syaitan dan hasad dengki manusia
  • Membantu menambah keyakinan diri
Harga pasaran :
1 buku - RM 19.00

Sesuai untuk semua jenis kulit

Maklumat lanjut boleh menghubungi :

Contact number : 019-5741546
Email address    : sentuhanjelita@yahoo.com


Qmore Sahabat Sejati Mulut Anda

Produk ini berasaskan sumber herba dari alam yang boleh menghalang :

kanser mulut via apotosis (dalam ujian vitro)
mencegah aktiviti anti-oksidan
menghapuskan kuman yang mengakibatkan gingivitis, halitosi
menghalang kehadiran plag gigi dan masalah gusi


1 Botol = 250 ml
100% Dari Sumber Alam
Bebas Dari Campuran Alkohol

Harga pasaran :
1 botol  - RM 10.00

Manufactured & Distributed by:
Q Herbs Sdn. Bhd.
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05050 Alor Star
Kedah Darul Aman
Malaysia.

Nikmati Kesegaran Kopi Fajar Menyinsing

Poster Gabungan 3 Jenis Kopi Fajar Menyinsing

Produk tempatan keluaran syarikat bumiputera ini menawarkan 3 jenis kopi yang kini semakin gah di pasaran!

                 
Aroma yang menyegarkan
Rasa yang menyelerakan
Jom minum kopi sekarang!

Packaging setiap satu..
Harga pasaran :

Kopi 'O'         - RM 1.00
Kopi Tarik     - RM 1.50
Kopi Putih     - RM 1.50

1 Papan        - RM 20.00

Jangan lupa dapatkan segera
Sementara stok masih ADA!

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ;

Perniagaan Fajar Menyinsing
(Kopi Osman Ahmad)
2058 JALAN BESAR,
14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN.
Telefon : 04-5934368
Fax: 04-5934368






Saturday 3 December 2011

Bila Otakku Buntu + Bercelaru.

As Salam.
Fruhhhhhhhhh..
Pergh! Berdebu ..

Lama betul ak tak update blog ni.
Busy mengalahkan menteri.
=,=

Hari Isnin ni mid sem paper Mandarin III..
Preparation tak cukup mantop lagi.
Tapi harapan ak tinggi tok ak lulus cemerlang subjek ni. ehe!

Jadi students ni enjoy!
Takyah riso pasal duit..
Boleh bangun ikot suke..
Tido bila2 mase..
Layan movie sampai pagi buta..
Berfb 24 jam boleh je!
Enjoy kan?

Tu semua masa awal2 sem la..
Dapat assignment semua tolak tepi..
Lecturer mengajar dok berangan..
Join program sana sini..
Al maklumlah banyak sangat masa terluang..

Bila hujung2 sem ni..
Assignment gedebuk! Siapkan. Submit esok.
Mid sem beratur menunggu! Study smart. Muka serius je.
Member ajak lepak pun dah tak de masa..
Nak huha huha macam awal sem memang tak lagi la..
Fokus. Fokus. N Fokus ~

Bila study tak sesmart dulu..
Otakku buntu beserta celaru..
Otak tahu mana satu yang nak dibuat dulu..
Oh Tuhan, bantulah daku..

p/s : kembali tenang selepas mendengar suara ayahanda n bonda.
semoga kesungguhanku diiringi doa mereka.
aku perlu berusaha dan terus berusaha.
demi untuk melihat, mereka berbangga.
dengan apa yang ak lakukan.

Fuhhh! *menghirup udara nyaman tanpa memikirkan sebarang beban.
untuk seketika, aku berasa lega. ^_^"

SUCCESS ... I WANT!

Tuesday 15 November 2011

Hidup dan Masalah

Hidup tak pernah lari dari masalah.
Masalah yang datang menerpa kadangkala tidak mampu ku tepis.
Hanya titis-titisan air jernih yang berderaian peneman setia di kala ini.
Ingin ku luah takut orang tak endah.
Ingin ku kongsi takut cerita dicanang sana sini.
Bukan bermaksud tak mempercayai sahabat sejati.
Namun biarlah.
Sampai ke saat ini, biarlah aku tanggung sendiri. ~

Di kala pagi sepi diiringi suara merdu renyai hujan di balik jendela.
Terkhayal aku dengan perasaan hiba.
Hati sayu dihiris pilu kadang tersiat dengan perangai si manusia.
Hitam sungguhkah hatimu hingga langsung tak mempunyai rasa?
Bersihkan segera sebelum lebih ramai yang menderita.
Merana oleh perbuatan kau yang haloba!

Hidup di dunia hanya sementara.
Jangan kau terpedaya dengan hal-hal dunia.
Dalam ketawa nasihat diberi.
Dalam senyuman kata kiasan dilontarkan.
Sedarlah kau wahai insan.
Jagalah hati teman-teman.

Luka yang lama belum pun sembuh.
Kau darahkan kembali dengan menghiris.
Beserta garam engkau taburkan.
Mengapa begitu busuk hatimu itu?
Saat masalah lama, masalah yang sama kau bangkitkan kembali.
Begitu sukar untuk ku beri kemaafan.
Hilang tandus tertanam terkubur
Segala kepercayaan yang pernah aku semaikan.

Andai ini jalan yang kau pilih.
Teruskanlah.
Teruskanlah usahamu dalam menjejak pencarian seribu.
Entah apalah yang kau buru.
Cuma ku ingin kau tahu.
Hatiku pilu menanggung malu.
Jangan pernah kau cuba sakiti hati insan lain.
Pedih yang ku lalui biarlah ku rasai seorang.



Saturday 12 November 2011

Cuti Lama Menambahkan Rindu!

Salam all ~
Korang kat mana sekarang?
Kat rumah? Syok nya!
Aku selamat sampai ke bumi Sintok pukul 5 pg tadi.
*saja nak kecoh2. Huhu!


Hari tu kami dapat cuti lebih dari 2 minggu.
Bila dikira dengan teliti cuti ak
18 hari bersamaan 2 minggu 4 hari!
Mula2 dengar cuti 18 hari rasa macam lama
Tapi sekejap jek =,=
Time nak berangkat balik tu rasa macam tak puas cuti.
Lau tambah cuti tak leh ke? Hmm

Masa cuti semester hari tu, dekat 3 bulan!
Lagi lama. ~~~
Aih, ak rasa cuti lama ni buat ak semakin home sick!
Aiyak.
Rasa nak balik rumah balik.
Rindu ~~~~
Huaaaa. Gedik plak ak!


Miss..Miss..Miss! =.=

p/s : bila homesick ni nak hilang?

Thursday 10 November 2011

Renungilah Teman

Lagu dari Kumpulan Alleycats

Maafkan aku wahai teman tersayang
Maafkanlah sekiranya teguranku melukakan
Demi Tuhan ku lakukan semua dengan keikhlasan
Demi untuk melihat hari mukamu bahagia ..

Ingatlah teman jangan berlebih ketawa
Mungkin itu kan membawa kita hampir dengan duka
Kita tidak tahu yang bakal berlaku
Seperti kita tak bisa mengawal gerak cuaca ...

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara
Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan ...

Apa yang terjadi teman jangan ditangisi 
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman ...

Ikhlasku teman memberimu peringatan
Melihat kau bahagia itu yang lebih bermakna
Sekiranya nanti aku tiada lagi
Sematkan dalam ingatan sebagai tanda kenangan ...

p/s : best kalau ulang lagu ni banyak2 kali.
Ak pernah nak karok lagu ni, tapi xde dlm list lagu. uhu~

Tuesday 8 November 2011

Tentang Bulan Mengimbau Kenangan Silam

Korang mesti pernah tengok filem Tengtang Bulan kan?
Filem kanak-kanak komedi.
Arahan Ahmad Idham.
Tahun 2006.
Masa tu berapa umur korang?

Lepas plus minus umo ak dalam belasan tahun.
17 tahun kot. Time Form5.
Zaman hingusan dah rapi sikit la.
Hehe!

Sempena Hari Raya Aidiladha ni,
TV3 tayangkan cerita ni tadi.
Kol 10-12 mlm.
Ak 1 family dok layan.
Even citer old school, tapi sentimental value tu tinggi.
Banyak bagi impak kat feeling & mind ak.

Bila ak letakkan diri ak sebagai Syahila a.k.a Ila,
Memang sedih. Sadis ~ *sebab ak pun perangai macam laki gak dlu.
Bergenang je air kat kelopak mata ni.
Aicheh! Lebih2 lak. Hukhuk.

Keseluruhan cerita, sempoi + terbaek.
Belum pernah lagi filem kanak-kanak yg lain menambat hati ak setakat ni.
Ada ke filem kanak-kanak yg lain?
Ak pun xtau. Huhu.
Ak bagi 4 dr 5 bintang. Yeah!

Bulan tu menjadi saksi kepada 5 sahabat! ^^

p/s : saat terimbau kenangan silam, hanya senyuman yg terukir di wajah. sangat indah! :)

Thursday 3 November 2011

Dah Jumpa Kembarku! ^^

Alhamdulillah.
Hari ni genap sudah usiaku yg ke 22 tahun.
:: 3 November 2011 ::

 
Yeaaa haa.. ^^

So dalam kawan2 fb dok wish bufday,
Ak pun tengok jugak.
Birthday sapa lagi hari ni.
Haa jumpa!
1. Adib Abdullah (sama SMK Engku Husain dulu)
2. Nur Syahida a.k.a. Syeeda Saniey ( sama UUM) *follower dia ramai. mesti ramai kenal. ^^
3. Hidayu Hadzin (Langkah Kanan)

Dah jumpe dah kembar!
Even muka x sama.
Birthday sama pun kira kembar jugak la kan.
Ahaks. >_<

   Eh2 silap. Terambik kek datin pulak! =P

Thanks kat semua yg wish my birthday! ^^

p/s : sorry x letak pic fb my twins. just respect their privacy! hekhek.
Aku dah jumpa kembar. Ko ada? lalala..~~~  

Monday 31 October 2011

Dimana Kembarku?

Dari kecik ak jeles tangok orang kembar.
Lagi pulak kalau kembar seiras.
Geram jek.
Rapat. Berdua bersama.
Jarang nampak orang kembar ni berpisah.
Al maklumlah, sejak dari dalam perut dah bersama.

Ak dah lama minat kat pasangan kembar seiras ni.
Siapa?
Kembar yg kacak n tough!
Wee ~ *gatai naa.. :P


Alaa sweetnye dorang ni! :D


Aidil Zafuan n Zaquan Adha.
Serasi je nama mereka berdua ni.
Gabung yg belakang, jadi ..
Aidil Adha. Hehe.

Antara dua ni, ak lg minat Aidil.
1st sebab dia abg n nampak matang!
2nd sebab dia sweet. Hekhek. :P
Kalau la dapat jumpe diaorang ni.
Mau x tidur malam. Aisyh..!

Untungla Rita Rudaini n Ayu Raudah. ^^
Anyway, hope u guys success n happy always!

Ak penah dengar orang cakap.
Kita kat bumi ni akan jumpa muka yg sama.
Setiap sorang ada lagi 6 orang kembar dia.
Bila nak jumpa?
Ada sapa2 jumpa kembar ak x? Huhu.

p/s : kalau jumpa kembar, segan pulak nk bercakap ngn dia kot. Bhaha. *mereng + merapu ~~~

Saturday 29 October 2011

Sang Rusa Juara Piala Malaysia 2011. ^^

Milik Negeri Sembilan..!

Akhirnya!
Nogoghi monang.
Negeri yang ak sokong.

Yeahhh3.
Tak terkata happy nye. ^^
Semua pemain Negeri 9 main dengan penuh bersemangat.
Aidil nampak macho atas padang.
Zaquan comey lompat2 depan kamera.
*upsss. suami orang tu~~


Kunalan hebat.
Lari kencang.
Dulu dia satu sekolah menengah dengan ak.
Hai O pun hebat.
Sepakan gol kedua memang nampak stylo. Wee..

Syukur sangat2.
Alhamdulillah.

p/s : kalah menang adat perlawanan. Syabas lagi sekali, Negeri Sembilan.
Den salute kek korang semuo. Hobin jang Hobin..!


Friday 28 October 2011

Karipap Putar Sedap!

Yummy..! Nampak sedapkan. Gareng + Ranggup


Kalau nak diikutkan, ak antara penggemar karipap putar.
Ada gak yang sebut karipap pusing.
Berpusing? Macam gasing daa. Huu~

Abah ak ada bawak karipap putar balik dari masjid,
Ak orang pertama yg rembat.
Tak bagi peluang pada yg lain. *selfish! :P
Karipap putar tu sedap ^_^


Karipap putar                vs               Karipap biasa


Bagi korang mane yg lagi best?
Sama taste ngan ak?
Korang memang bijak memilih makanan.
High taste! *pasan. HAHA! :D

Ada jugak yg makan lagi karipap biasa.
Lain padang, lain belalang.
Lain orang, lain cita rasa. :)

Karipap segera. Panaskan minyak, tarra! siap terhidang. ^^


Haa. Karipap segera ni pun sedap gak.
Senang disediakan.
Buat breakfast + horlicks panas, memang TERBAEK lah!
Zaman sekarang sume beli segera2 je.
Roti canai segera pun ada.

p/s : lau makan karipap, ak mesti buang inti. suke kulit karipap jek. ^_^"





Piala Malaysia 2011 Milik Siapa?

Milik Siapa?


Perlawanan bola sepak pada 29 Oktober 2011.
Bertempat di Stadium Shah Alam.
Antara Turtle vs Sang Rusa.
Siapa bakal jadi juara?


Terengganu vs Negeri Sembilan



Ak tengok kat rumah je nanti.
Tiket mahal. *memang tak pernah beli tiket bola pun. =P
Korang sokong mana?
Peteh ganu peteh or Hobin jang hobin..

Den sokong Noghori 100%!
Hobin jang Hobin! ^^

p/s : tak sabar nk tunggu malam esok! :D

Thursday 27 October 2011

Patutlah Si Belang Mengeow.

Kenapa Belang mengeow?
Siapa Belang?
Dah nama pun mengeow, kompem2 la kucing.
Kucing peliharaan keluarga ak.
Kenapa dia mengeow?
Sebab ...

Ni Si TIga Colour.
Dia bunting sekarang.
Adik betina Si Belang.
Rasa2nya kiut x?


Kiut? Comey ade la kan. Hehe!


Disebabkan Si Tiga Colour ni bunting, kuat makan la jadinya.
Tiap kali kitorang bagi depa ni makan, 
pas makanan habis, mesti Si Belang mengeow.
Pelik jugak.
Last2 ak usya.
Nak kata tak bagi makan, dah bagi.
Mengeow lagi.
Bagi lagi. Pun mengeow lagi.

Rupenye2 ...
Time makan, Si Tiga Colour ni kongker makanan!
Si Belang dok tengok jek.
Citernye ~~~

Muka Belang bengang tak dapat makan.
Gentleman! Bagi adik betina bunting dia makan. Huhu.


Tak lama lepas tu Si Belang pun tidur.
Sian tengok muke dia. Huu~

p/s : sian Belang.
Name kucing : Tiga Colour. Kenapa? Sebab dia ade 3 warna. (Putih, hitam, coklat).
                     : Belang. Kenapa? Sebab berbelang la. :D
Nama 3 colour tu kitorg bagi masa kucing yg wujud dalam rumah ni dalam 8 ekor. So xtau nak letak nama apa lagi. Last2 panggil 3 colour jek. Hekhekhek. Lekat nama tu sampai sekarang. ^^

Sambal Ikan Todak.

Jom memasak!
Menu untuk hari ini : Sambal Ikan Todak.

Nyum3. Sedap~
Jom makan!

:: Sambal Ikan Todak ::
Mata ikan ni tertanggal pulak mase menggoreng tadi. Huu~

p/s : 1st time masak ikan todak. Enak! ^^

Wednesday 26 October 2011

Mesin ATM Keluarkan Duit Koyak?

Duit Koyak?
Siapa nak terima?
Duit koyak sama dengan bunga layu.
Tak siapa pandang.
Semua orang tak heran.

Kalau kita nak bank in duit guna mesin ATM
Hamboi bukan main lagi.
Duit kena susun elok-elok, kemas-kemas, cantik-cantik.
Terkelipit sikit pun duit keluar balik.

Tapi macam mana mesin ATM boleh keluarkan duit koyak?!
Sungguh ak pandang serong pada bank "tersebut".
Perlu ke ak mention nama bank?
Mungkin akan menjatuhkan imej bank tu nanti.
Tak pe lah. Kali ni terlepas.
Kalau kejadian sama berulang, tengok la nasib ko bank.
Huh ~

Even rm10, bernilai jugak tu!

Beri la cantik molek gini. Ni supo apo jah. Emo ak! 

p/s : harap x terkena tok kali kedua! 

Apa Kelas Pakai Jam Mahal2..?

Jam Seiko


Jam G-Shock


Jam Tissot


Jam Casio


Jam Rolex


Apa kelas pakai jam mahal-mahal KALAU masih tetap susah nak menepati masa..!

 p/s : ak respect dgn org yg menceburkan diri dlm bisnes. always on time.
ak benci janji Melayu! *please la. jangan nak bangga sangat dengan janji Melayu ko tu! ak meluat..

Saturday 22 October 2011

Fokus = Cepat Siap.

Salam.
Hari ni hari yang paling fokus pernah ak capai.
Haha.

Start pukul 11 ak dah buat individual assignment cyber law.
Lecturer suruh submit, hand writting.
Aduh. Lenguh tangan ak. *merungut je tau! :P
Ak dah buat punya panjang.
Last2 salin kat kertas lain balik.
Salah baca soalan. Soalan berbelit-belit.
Aku bukan students law pun. =,=

2 jam kemudian, ak sambung buat group assignment sales management.
Assignment ni pengganti kepada mid sem.
Kena buat betul2. Lau tak, rugi..
Kerjanya, create question for ask the sales manager.
Group ak pilih Kedai Jakel tok ditemuduga.
Lecturer suruh pikir soalan time semester break.
P ak malas nak bawak text book balik rumah.
So, wat awal2 je la. Senang! ^^

45 minit pastu. *pening jugak nk create question nih ~_~
Sambung buat Mandarin 3.
Dok bina ayat n menghafal.
Masa Mandarin 1 n 2, ak boleh lagi nak menghafal last minute.
Tapi kali ni berat sikit.
Bahasanya dah mula up2 high. :D
Makin terbelit lidah ak nak membace.
Tergeliat otak ak nak menghafal. Huu~

Next, buat assignment POM.
Business plan. Group ak pilih Florist!
Ayu ko jah. HAHA.
Ak sambung buat part ak lepas kekontangan idea semalam.
Cube search info, x dapat! Blur~
Ikut otak ak hentam n send kat member tok edit.
Settle.

Ak tengok jam, 3.35 ptg.
5 jam settle 4 kerja!
Tak sangka ak boleh jadi sefokus hari ni.
Ak bangga dengan diri ak. Hekhek. *kembang hidung sikit. OO


Tapi..
Lepas tu ak tak tau nak buat apa dah!
Bukak fb, bosan.
Blogwalking sampai ada entry yang ak bace 2 kali.
At last, tutup lappy.
Bummmm tido. zzzzz

FOKUS
ak minat main dat mase kecik2. Hebat gak.
Sekarang skills dah hilang. Huu.
p/s : nikmatnya tido petang lepas siap semua keje. ^^


Come On lah! Kita kan Students U ..

Salam. Hyep.
Kembali setelah lama menyepi.
Dengan nama blog yg baru.
Weee~~

Aku nak citer sikit pasal perangai yg tak sopan.
Dari pandangan ak ni.
Kalau kita belajar setinggi mana pun,
janganlah nak tunjuk hebat or berlagak!

Orang tua lebih tinggi tarafnya dari kita.
Kecik2 kita diajar tunduk bila jalan depan orang tua.
Kalau mase kecik kita boleh buat, kenapa tidak sekarang?
Mana perginya sopan dan santun yang di ajar ibu ayah?
Dah lupa semua tu?
Sebab kita dah jadi students U?
Rasa taraf terlalu tinggi sampai tunjuk lagak kat makcik/ pakcik cleaner?
Tukang sapu sampah? Tukang potong rumput?

Come on lah!
Kita kan students U.
Kalau kita rasa masuk U kita dah cukup hebat,
memang kita SILAP..!

Lagi satu yang ak geramnya.
Ok2, ak pun bukanlah baik sangat, tapi ak tak jahat.
Sedih bila tengok makcik2 datang meniaga kerepek ngn kuih muih.
Bawak plastik besar n berat.
Datang bilik ketuk satu2 pintu.
Tapi reaksi students U yang "sopan"
Hanya menggeleng kepala dengan muka yang masam.
Then, hempas pintu.
Apa motifnya hempas2 pintu?!
Sopan la sikit. Tak da budi bahasa langsung.....

p/s : aku benci orang berlagak!
*makcik berniaga mencari rezeki bukan minta simpati.

Saturday 8 October 2011

Rindunya Saat Itu..!

Salam..
Selamat pagi buta sume!

Sejak sebulan dua ni, ak slalu gak usya2 blog member.
Ade citer sedih, ade citer happy!
Tapi...
Yang paling byak, citer pasal ZAMAN KANAK-KANAK..
Pergh! Sentap ak baca.

Ade blogger yg citer pasal kartun2..
Ade yg citer pasal jajan..
Permainan tradisional bagai..
Pasal ciri2 zaman dulu kala..

Setiap kali ak bace muke tersenyum jek..
Tapi dalam senyum tu plus sayu + hiba..
Zaman yg penuh dgn gelak tawa..
Zaman yg tak boleh nak kembali..
Zaman yg dah lama ak tinggalkan..
Zaman yg PALING AK RINDU!

Yg ade dalam otak, bangun tido, makan, main, tido..
Rotate yg itu je..
Tak payah nak pikir hal2 negara..
Masalah diri, org lain..

Bahagianya saat tu!
Kalau lah mase dapat diputarkan kembali..
^^

p/s : itu mmg x mungkin la kan..cume yg mungkin, hope ak dapat sematkan memori2 indah tu sampai akhir usia hidup. ehe. Sweet memories! So sweet~

Thursday 6 October 2011

Jom Sokong Group Baru ---SepahTu

Salam..
Korang dah tau belum?
Group Sepah dah disatukan kembali..
Dengan nama baru SepahTu..

Hari tu group Sepah..
Yang menggabungkan 3 jejaka..
Tapi sekarang tinggal 2 jek..
Shuib + Jep..
Dorang berdua pun dah kira ok!
Gabungan still nampak mantap n gah~

Pasal Mamat, ak xmo komen panjang..
Itu masalah dalaman mereka..
Apa pun, good luck for SepahTu!
Ak sokong korang dari semua arah..
Hekhek.. :D

Jom add dorang di facebook! ^^

p/s : Shuib & Jep, lawak korg memang menjadi! wat ak gelak tak kering gusi.
Teruskan dalam industri seni tanah air yup. Kehadiran korang dinanti2.. >_<

Tuesday 4 October 2011

Hobi Lama Kembali.

As Salam~

Hidup ni, masing2 mesti ade hobi tersendiri kan?
Ape hobi korang?
Ade yg xde hobi?
Ok, ak x heran..
Sebab ak sendiri pun kdg2 xtau ape hobi ak..
Tapi ak paling suke tido!
So, boleh ke kata yg hobi ak TIDO?

Sebenarnya ak nak tunjukkan benda ni ... :)

korang penah main x?
mainan game zaman ak skola rendah dulu!

p/s : baru beli tadi!
pasni kalau bosan, boley la ak main game~
kalau mak abah ak tau, abis la. uhu. >_<

AWAS! Jangan Jadikan Kerusi No. 2 Sebagai Tempat Pilihan..

Salam..
Hyep sumer~

Kalau baca tajuk entri ni betul2, mesti tertanya2 kan?
Kenapa, kenapa wey?
Pe masalahnya ngan kerusi no-2 tu..?

Hurm..

Tadi ak dengan course mate ak naik bas nak pergi changlun..
Tengah syok layan feeling di bawah nyaman angin aircond,
TIBA-TIBA!!!
Keretak kerutuk tuk tuk tuk tak tuk tlatakkkkkkkkkkkkk.....

Bunyi x tipu r, punya kuat!
Bawah kerusi ak rasa macam ada benda menendang2..
Selipar ak tak semena-mena tercampak terpelanting..
What's happen?!

Tayar pecah~

Arggghhh..
Alhamdulillah bas tak hilang kawalan..

p/s : ak duduk kat kerusi no-2, belakang driver.
Kat situlah tepat2 lokasi atas tayar bas..
So bila tayar pecah, getaran yg paling kuat akan dirasai oleh penumpang yg duduk kerusi NO. 2..
Gegaran tu membuatkan otak ak sedikit pening..
Tapi jiwa yg tenang n hati yg cool telah menenangkan keadaan..:D

For students uum, sape2 yg x percaye, sok lusa korang naik bas unic no. 5,
tengok kat kerusi yg ak cakap tu, lantainya dah menggelembung ke atas disebabkan tekanan tayar yg pecah~ =/=

Gambar Hiasan
Sebelum bergerak berjalan kaki ke Changlun, ak sempat tgok tayar bas yg pecah tu..
Memang pecah abis!
Nasib je kami masih selamat.
Alhamdulillah..Syukur padaMu ya Allah..

Friday 23 September 2011

Betapa Nikmatnya Tersenyum Selepas Melepasi Saat Duka

Lumrah orang hidup di dunia.
Suka duka, riang ria datang silih berganti.
Untungnya seseorang itu bila dia sentiasa berbahagia.
Namun ruginya kerna dia tidak merasa nikmat berduka.

Duka hati dan rasa yang datang bukan di minta.
Tetapi kita harus menerimanya.
Terima dengan hati redha. Hadapi dengan jiwa syukur.
Saat ujian menimpa kita, lafazkanlah kata syukur.
Kerana ujian itu bermakna Allah mengingati kita.
Allah sayangkan kita. Allah tak pernah mengabaikan kita.

Segala rasa yang wujud dalam diri kita adalah anugerah dari Allah.
Dia ingin melihat sejauh mana hamba-hambaNya belajar untuk bersyukur.
Dia mahu mengajar kita dalam diam.
Tanpa sedar kita belajar.
Ditanamkan rasa kental dalam jiwa, untuk tempuhi segala dugaan.
Kadang kala kita sendiri tidak sedar akan kelebihan yg kita peroleh.
Kerana itu Allah menguji.
Terima kasih ya Allah.

Selepas segala pahit maung duka derita lara berjaya ditempuhi.
Pasti bening dingin mengalir deras di pipi insan diuji.
Bukan tangis kecewa yg dihamburkan, tapi tangisan gembira tanda kesyukuran.
Alhamdulillah.
Akhirnya senyum manis terpancar di wajah.
Betapa manis dilihat dari jauh.

Tabahlah wahai insan, saat dirimu diuji.
Kentallah wahai kawan, bila dirimu dibenci.
Cekallah wahai hati, tika jasadmu disakiti.

Ak hanya berserah pada Ilahi.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang.

p/s : Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. :')

Permainan Jalan Sopan

Assalamualaikum.
Sekarang ak dah tau macam mana permainan jalan sopan ni.
Korang nak tau?

Mula-mula setiap kumpulan perlu ada 4 orang ahli.
2 daripada 4 orang tadi akan diletakkan 50 meter di hadapan 2 orang lagi.
Senang citer, giliran bergilir2.
Ok!

Lepas tu setiap ahli kumpulan akan diberikan 4 helai kertas.
Atas kertas tu ada beberapa soalan.
Bentuk soalan adalah mengisi tempat kosong.
Ak sempat memikirkan jawapan untuk soalan pertama.
Tapi bukan itu permainannya. Huh! =.=
Soalan tu xde kena mengena langsung~

Sebenarnya 4 helai kertas tadi perlu dikepit.
Nak kepit tang mana?
2 helai kertas dekat bawah ketiak kiri n kanan.
Sehelai bawah dagu.
Dan sehelai lagi kepit di lutut.
Haa..dapat bayangkan x posisi badan korang?
Sangat CHUMIL kan? :P

Akhir sekali, bila wisel ditiup ..
Apa lagi, lari lah.
Chet..chet..chet..chet..chuit..
Dengan penuh sopan lagi santun.
Sweet x? :D

p/s : setiap permainan mesti ade tips untuk menang.
Permainan ni pun sama! apa tips nya? Korang pikirlah sendiri. Hekhekhek.
Selamat mencuba permainan ni. This game so "fun"! >_<

Acara Jalan Sopan. Apa Tu?

Salam sumer!
Haa..korang penah dengar x acara jalan sopan?
Seriously, seumur hidup ak yg dah hidup 22 tahun ni..
Tak pernah dengar lagi acara jalan sopan..
Lau jalan katak, jalan siput, jalan-jalan tu,
Pernah la jugak dengarnya...

Jap lg, kol 3 petang, ak dengan 3 kawan lagi nak pergi masuk acara tu la.
Tak tau la macam mana pertandingannya tu.
Just wait n see je lah!
Ok nak gerak dah~
Bila dah tau macam mana jalan sopan tu nanti,
aku update lain.
Hehe..

p/s : jangan jalan yg memalukan diri suda! =.=

Wednesday 21 September 2011

2 Kali Kena Tinggal Bas yg Sama. Huh!

Hari ni aku ada 3 kelas.
9.30-11pagi - Kelas Pengurusan Operasi.
11-12.30ptg - Kelas Penyelidikan Pemasaran.
3.30-5.00ptg - Kelas Pengurusan Jualan.
Oleh sebab gap between 12.30 dgn 3.30ptg tu terlalu lame,
ak decide nak balik bilik je.
Basuh baju n makan.

Pukul 2.45 ptg ak dah siap complete.
Tapi kalau turun awal2 mesti sampai kelas awal sgt.
Ak tak la skema mana nak datang kelas awal2 ni.
So pukul 3 baru ak turun g menunggu kat bus stop.
Tunggu sampai pukul 3.15ptg, bas x datang2 lagi.
Biasa pukul 3.15ptg mesti ada bas.
Orang makin lama makin ramai berkumpul.
Aih parah! Ak kena berebut la nampaknya nanti~

Pukul 3.25ptg baru bas sampai.
Students memang terlampau ramai.
Tak muat nak sumbatkan dalam satu bas.
Ramai yg berasak2, tak kurang jugak ak.
Bila bas mula nak penuh, students akan jadi lebih hiperaktif!
Tolak menolak tu lumrah.
Akhirnya ak dapat capai besi pintu bas.
Cepat2 ak naik!

Tapi malangnya, ak dapat naikkan satu kaki je.
Nak naikkan satu kaki lagi tak muat.
Ak rayu biar orang depan naik lagi sikit.
Tapi memang padat.
Dekat 30-45 saat jugaklah ak buat muka kesian.
Last2..
Bup~ Ak loncat turun dari bas!
Pastu pintu tertutup.
Tinggallah ak dengan muka terkulat2 + minta simpati.
Hampeh~
Orang yg baru datang bus stop pun lepas naik,
ak pulak yg tersadai.
Tinggallah 9 students lagi yg senasib dengan ak.

Lepas 5 minit menunggu..
3 students India + sorang student Cina pergi ke kelas jalan kaki.
4 students Cina + 2 students Melayu termasuk ak nekad tok tunggu bas lagi satu.
Malas nak jalan kaki!
Pukul 3.36ptg baru ak dapat naik bas.
Akibatnya ak lambat masuk kelas la tadi~
Grrr. Malu kot masuk kelas lambat.
Even ak tak skema, tapi ak bukan budak nakal.
Fullstop!

Dalam kelas tadi best!
Sebab dapat lecturer sempoi. Hehe.
Kol 5 balik kelas.
Sampai je depan bus stop,
ak dah nampak bas ak gah berdiri kat situ.
Ak terus lambai kawan ak n nak naik bas.
Mula nak naik dari pintu belakang, tapi pintu belakang ramai orang.
Pintu depan cuma ada 3 orang lelaki je.
Dalam hati ak cakap, "ape la diorang ni nak berebut sangat kat belakang ni,
tak nampak apa kat depan tu sikit orang?"
Ak pun cepat2 pergi ke pintu depan.
Sampai muka pintu depan bas, baru nak angkat kaki.
Laaa..Dah penuh lagi?
Ak tengok no bas.
Bas yg sama masa ak kena tinggal tadi.
Aisyh..apelah nasib~
Ak toleh belakang, budak2 yg berebut dekat pintu belakang sumer berjaya naik.
Tu la ak, bajet senior sangat!
*_*

Antara pukul 2-5 ptg, tu memang waktu kemuncak.
Kalau orang luar datang,
Mesti terkejut tengok bus stop uum sesak dengan students tunggu bas je.
Ak tengok keliling, ramainya pesaing~
Sah ak kena berasak lagi.
Dari jauh ak nampak bas no. 1.
Ak aim bas tu tak berkelip.
Sampai depan bus stop, acara asak mengasak dimulakan.
Aksi ni tetap akan berlaku walaupun tiada hadiah yg disediakan.
Cuma dapat ganjaran je.
Ganjarannya, dapat naik bas dan sampai bilik awal!
Tak lama lepas berasak, yes!
Ak dapat naik.
Walaupun berada depan muka pintu bas.
Dari dalam bas ak tengok muka2 students lain yg x dapat naik.
Mungkin macam tu la muka ak masa kena tinggalkan tadi.
Sangat sadis! HAHA :D
Dalam hati ak berbicara "ak balik dulu ye kalian!" :P

p/s : moral of the story..
1. Bila dah siap awal, turun ler ke bus stop awal. Tak la kena berebut naik bas.
Yg penting kita dah ada kat depan kelas. LEBIH BAIK DATANG AWAL DARI LEWAT!
2. Hidup jangan berlagak sangat! Padan muka ak kena tinggal bas wat kali ke-2. Huhuh!

Apa Hubungan Aku Dengan 'S'?

As salam sumer~
Baru lepas basuh baju yang berlambak..
Aku basuh baju ikut mood..
Mood aku pulak ikut cuaca..
Sekarang bumi yang ak pijak musim hujan..
Mood pun slow motion jek~
Tempat korang panas terik x?
Nak mintak tumpang ampai baju kat tempat korang boley?
Hehe..:D

Ok2..
Apa hubungan ak dengan 'S'?
Siapa 'S' tu?
Syahir kah? Syamsurikah?
Atau Salman Khan?
Uit bukan3 ...
'S' tok entri ak kali ni,
ak nak cerita pasal tempat2 yg ak pernah tinggal..

Ni lah tempat2 bangun jatuh ak dari kecik sampai sekarang~
1989-1991 ~>Sg. Way, Selangor.
1991-2008 ~> Semenyih, Selangor.
2008-Sekarang ~> Selandar, Melaka. (rumah)
2008-Sekarang ~> Sintok, Kedah. (tempat study)
Jun - Julai 2011 ~> Sg. Buloh, Selangor. (kerja sementara)

Haa..tarra~~~
Kebanyakan tempat jatuh tergolek, riang ria, suka duka ak..
Mesti dekat nama tempat yg bermula dengan huruf 'S'..
Suratan atau kebetulan?
Kalau ak dah kawin t, pindah kat tempat mula dengan huruf 'S' jugak,
boleh masuk MASTIKA ak ni. Hehe!
Bajet popular!


p/s : Jangan nama husband ak mula dengan huruf 'S' jugak suda.. ^_^"

miSteri jugak raSanya.. ~_~