Thursday 2 January 2014

Special Update For You!

Salam semua!
Post yg ni special update untuk Encik Tunang yg sangat saya sayang! Auw. Gediks yow. *Sekali sekala. ahaks! :p

Tak sangka ikatan pertunangan selama setahun yg lepas akan berakhir dengan ikatan pernikahan kurang lebih dalam sebulan lagi! Wow, begitu pantas masa berlalu sampai aku tak sempat nak mengenali beliau dengan sebenar-benarnya beliau lagi. 

..Orang kata "bertunang ni banyak dugaan nya, orang darah manis.."

Memang betul! Darah manis yang nak dimaksudkan di sini, masa bertunang ni lah ramai jejaka-jejaka kacak, bergaya, kaya, berharta yang nak dekat. Itu semua disebabkan oleh bisikan syaitan yang menghasut untuk "mengayat" tunang orang. Sebab 'mereka' tidak suka anak cucu Adam mendirikan rumah tangga!

Tetapi, Alhamdulillah. Dengan berkat doa emak dan abah. Ketulusan hati dan kecekalan jiwa Encik tunang dalam melayan kerenah aku yang entah apa-apa, tak lama lagi kami akan bergelar suami isteri. Beliaulah orang yang patut aku dahului lebih daripada ibu bapa ku sendiri nanti.

Harapan terbesar yang aku dambakan adalah semoga beliau mampu membimbing dan mendidik aku dengan baik. Tegur secara istiqamah. Nasihat penuh berhemah. Membawa aku ke jalan yg diredhai dan CINTA berkekalan hingga ke jannah. in shaa Allah. :')


I LOVE YOU! I MISS YOU..! :'(
THANSK FOR EVERYTHING :')





Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Ummi & Afiq

Assalamualaikum :)

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami mempersilakan semua saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali kami untuk hadir ke majlis kenduri kesyukuran perkahwinan kami:


Ummi Ikhlas Bt Ramlan 
&
Mohd Afiq B Dzulkifli


Tarikh : 8 Februari 2014
Hari : Sabtu
Masa : 12.00pm - 4.00pm

Alamat:
PT 707 Jalan Solok Chembong, Kg. Bukit Senggeh,
77500 Selandar, Melaka

Semoga dengan kehadiran tetamu akan menyerikan lagi majlis kami. In shaa Allah :)


Kalau rasa teleng kepala nak tengok map ni, sila lah pm alamat anda di inbox fb saya ye! Nanti saya poskan kad ^_^
*Credit to Encik Tunang sebab tolong buatkan design untuk kad kahwin saya. Very appreciate it! Thanks dear.. ;)