Friday 23 September 2011

Betapa Nikmatnya Tersenyum Selepas Melepasi Saat Duka

Lumrah orang hidup di dunia.
Suka duka, riang ria datang silih berganti.
Untungnya seseorang itu bila dia sentiasa berbahagia.
Namun ruginya kerna dia tidak merasa nikmat berduka.

Duka hati dan rasa yang datang bukan di minta.
Tetapi kita harus menerimanya.
Terima dengan hati redha. Hadapi dengan jiwa syukur.
Saat ujian menimpa kita, lafazkanlah kata syukur.
Kerana ujian itu bermakna Allah mengingati kita.
Allah sayangkan kita. Allah tak pernah mengabaikan kita.

Segala rasa yang wujud dalam diri kita adalah anugerah dari Allah.
Dia ingin melihat sejauh mana hamba-hambaNya belajar untuk bersyukur.
Dia mahu mengajar kita dalam diam.
Tanpa sedar kita belajar.
Ditanamkan rasa kental dalam jiwa, untuk tempuhi segala dugaan.
Kadang kala kita sendiri tidak sedar akan kelebihan yg kita peroleh.
Kerana itu Allah menguji.
Terima kasih ya Allah.

Selepas segala pahit maung duka derita lara berjaya ditempuhi.
Pasti bening dingin mengalir deras di pipi insan diuji.
Bukan tangis kecewa yg dihamburkan, tapi tangisan gembira tanda kesyukuran.
Alhamdulillah.
Akhirnya senyum manis terpancar di wajah.
Betapa manis dilihat dari jauh.

Tabahlah wahai insan, saat dirimu diuji.
Kentallah wahai kawan, bila dirimu dibenci.
Cekallah wahai hati, tika jasadmu disakiti.

Ak hanya berserah pada Ilahi.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang.

p/s : Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. :')

Permainan Jalan Sopan

Assalamualaikum.
Sekarang ak dah tau macam mana permainan jalan sopan ni.
Korang nak tau?

Mula-mula setiap kumpulan perlu ada 4 orang ahli.
2 daripada 4 orang tadi akan diletakkan 50 meter di hadapan 2 orang lagi.
Senang citer, giliran bergilir2.
Ok!

Lepas tu setiap ahli kumpulan akan diberikan 4 helai kertas.
Atas kertas tu ada beberapa soalan.
Bentuk soalan adalah mengisi tempat kosong.
Ak sempat memikirkan jawapan untuk soalan pertama.
Tapi bukan itu permainannya. Huh! =.=
Soalan tu xde kena mengena langsung~

Sebenarnya 4 helai kertas tadi perlu dikepit.
Nak kepit tang mana?
2 helai kertas dekat bawah ketiak kiri n kanan.
Sehelai bawah dagu.
Dan sehelai lagi kepit di lutut.
Haa..dapat bayangkan x posisi badan korang?
Sangat CHUMIL kan? :P

Akhir sekali, bila wisel ditiup ..
Apa lagi, lari lah.
Chet..chet..chet..chet..chuit..
Dengan penuh sopan lagi santun.
Sweet x? :D

p/s : setiap permainan mesti ade tips untuk menang.
Permainan ni pun sama! apa tips nya? Korang pikirlah sendiri. Hekhekhek.
Selamat mencuba permainan ni. This game so "fun"! >_<

Acara Jalan Sopan. Apa Tu?

Salam sumer!
Haa..korang penah dengar x acara jalan sopan?
Seriously, seumur hidup ak yg dah hidup 22 tahun ni..
Tak pernah dengar lagi acara jalan sopan..
Lau jalan katak, jalan siput, jalan-jalan tu,
Pernah la jugak dengarnya...

Jap lg, kol 3 petang, ak dengan 3 kawan lagi nak pergi masuk acara tu la.
Tak tau la macam mana pertandingannya tu.
Just wait n see je lah!
Ok nak gerak dah~
Bila dah tau macam mana jalan sopan tu nanti,
aku update lain.
Hehe..

p/s : jangan jalan yg memalukan diri suda! =.=

Wednesday 21 September 2011

2 Kali Kena Tinggal Bas yg Sama. Huh!

Hari ni aku ada 3 kelas.
9.30-11pagi - Kelas Pengurusan Operasi.
11-12.30ptg - Kelas Penyelidikan Pemasaran.
3.30-5.00ptg - Kelas Pengurusan Jualan.
Oleh sebab gap between 12.30 dgn 3.30ptg tu terlalu lame,
ak decide nak balik bilik je.
Basuh baju n makan.

Pukul 2.45 ptg ak dah siap complete.
Tapi kalau turun awal2 mesti sampai kelas awal sgt.
Ak tak la skema mana nak datang kelas awal2 ni.
So pukul 3 baru ak turun g menunggu kat bus stop.
Tunggu sampai pukul 3.15ptg, bas x datang2 lagi.
Biasa pukul 3.15ptg mesti ada bas.
Orang makin lama makin ramai berkumpul.
Aih parah! Ak kena berebut la nampaknya nanti~

Pukul 3.25ptg baru bas sampai.
Students memang terlampau ramai.
Tak muat nak sumbatkan dalam satu bas.
Ramai yg berasak2, tak kurang jugak ak.
Bila bas mula nak penuh, students akan jadi lebih hiperaktif!
Tolak menolak tu lumrah.
Akhirnya ak dapat capai besi pintu bas.
Cepat2 ak naik!

Tapi malangnya, ak dapat naikkan satu kaki je.
Nak naikkan satu kaki lagi tak muat.
Ak rayu biar orang depan naik lagi sikit.
Tapi memang padat.
Dekat 30-45 saat jugaklah ak buat muka kesian.
Last2..
Bup~ Ak loncat turun dari bas!
Pastu pintu tertutup.
Tinggallah ak dengan muka terkulat2 + minta simpati.
Hampeh~
Orang yg baru datang bus stop pun lepas naik,
ak pulak yg tersadai.
Tinggallah 9 students lagi yg senasib dengan ak.

Lepas 5 minit menunggu..
3 students India + sorang student Cina pergi ke kelas jalan kaki.
4 students Cina + 2 students Melayu termasuk ak nekad tok tunggu bas lagi satu.
Malas nak jalan kaki!
Pukul 3.36ptg baru ak dapat naik bas.
Akibatnya ak lambat masuk kelas la tadi~
Grrr. Malu kot masuk kelas lambat.
Even ak tak skema, tapi ak bukan budak nakal.
Fullstop!

Dalam kelas tadi best!
Sebab dapat lecturer sempoi. Hehe.
Kol 5 balik kelas.
Sampai je depan bus stop,
ak dah nampak bas ak gah berdiri kat situ.
Ak terus lambai kawan ak n nak naik bas.
Mula nak naik dari pintu belakang, tapi pintu belakang ramai orang.
Pintu depan cuma ada 3 orang lelaki je.
Dalam hati ak cakap, "ape la diorang ni nak berebut sangat kat belakang ni,
tak nampak apa kat depan tu sikit orang?"
Ak pun cepat2 pergi ke pintu depan.
Sampai muka pintu depan bas, baru nak angkat kaki.
Laaa..Dah penuh lagi?
Ak tengok no bas.
Bas yg sama masa ak kena tinggal tadi.
Aisyh..apelah nasib~
Ak toleh belakang, budak2 yg berebut dekat pintu belakang sumer berjaya naik.
Tu la ak, bajet senior sangat!
*_*

Antara pukul 2-5 ptg, tu memang waktu kemuncak.
Kalau orang luar datang,
Mesti terkejut tengok bus stop uum sesak dengan students tunggu bas je.
Ak tengok keliling, ramainya pesaing~
Sah ak kena berasak lagi.
Dari jauh ak nampak bas no. 1.
Ak aim bas tu tak berkelip.
Sampai depan bus stop, acara asak mengasak dimulakan.
Aksi ni tetap akan berlaku walaupun tiada hadiah yg disediakan.
Cuma dapat ganjaran je.
Ganjarannya, dapat naik bas dan sampai bilik awal!
Tak lama lepas berasak, yes!
Ak dapat naik.
Walaupun berada depan muka pintu bas.
Dari dalam bas ak tengok muka2 students lain yg x dapat naik.
Mungkin macam tu la muka ak masa kena tinggalkan tadi.
Sangat sadis! HAHA :D
Dalam hati ak berbicara "ak balik dulu ye kalian!" :P

p/s : moral of the story..
1. Bila dah siap awal, turun ler ke bus stop awal. Tak la kena berebut naik bas.
Yg penting kita dah ada kat depan kelas. LEBIH BAIK DATANG AWAL DARI LEWAT!
2. Hidup jangan berlagak sangat! Padan muka ak kena tinggal bas wat kali ke-2. Huhuh!

Apa Hubungan Aku Dengan 'S'?

As salam sumer~
Baru lepas basuh baju yang berlambak..
Aku basuh baju ikut mood..
Mood aku pulak ikut cuaca..
Sekarang bumi yang ak pijak musim hujan..
Mood pun slow motion jek~
Tempat korang panas terik x?
Nak mintak tumpang ampai baju kat tempat korang boley?
Hehe..:D

Ok2..
Apa hubungan ak dengan 'S'?
Siapa 'S' tu?
Syahir kah? Syamsurikah?
Atau Salman Khan?
Uit bukan3 ...
'S' tok entri ak kali ni,
ak nak cerita pasal tempat2 yg ak pernah tinggal..

Ni lah tempat2 bangun jatuh ak dari kecik sampai sekarang~
1989-1991 ~>Sg. Way, Selangor.
1991-2008 ~> Semenyih, Selangor.
2008-Sekarang ~> Selandar, Melaka. (rumah)
2008-Sekarang ~> Sintok, Kedah. (tempat study)
Jun - Julai 2011 ~> Sg. Buloh, Selangor. (kerja sementara)

Haa..tarra~~~
Kebanyakan tempat jatuh tergolek, riang ria, suka duka ak..
Mesti dekat nama tempat yg bermula dengan huruf 'S'..
Suratan atau kebetulan?
Kalau ak dah kawin t, pindah kat tempat mula dengan huruf 'S' jugak,
boleh masuk MASTIKA ak ni. Hehe!
Bajet popular!


p/s : Jangan nama husband ak mula dengan huruf 'S' jugak suda.. ^_^"

miSteri jugak raSanya.. ~_~

Bahagianya Jika Berada di Rumah..

Salam..
Batuk aku menyerang lagi..
Makin hari, makin menggila..
Bila ok, macam orang sihat!
Tapi bila time batuk, tak berhenti2..
Aisyh..bukan merungut!
Tapi .. luahan perasaan je..

Batuk ak ni sampai tahap rosak peti suara..
Bila bangun pagi, suara garau macam lelaki!
Selamat orang ramai tak serang bilik ak ni..
Hehe!

Lumrah manusia kan..
Bila kita tak sihat, mesti teringat kat keluarga..
Bestnye kalau ak kat rumah sekarang..
Biasa bila batuk, Mak ak buatkan air asam jawa..
Sedap! Ak suke.
Tapi kalau kena buat sendiri tu, tak sedap + tak suke!

Hidup berjauhan ni kenalah banyak bersabar..
Jiwa perlu kental, hati harus cekal..
Bila jauh, kawan2 la tempat bermanja..
Menumpang kasih! Ngee~

Masuk hari ni,
Dah 10 hari aku demam-sihat, sihat-demam..
5 hari ak batuk + sakit tekak..dan..
2 hari selesema..
Jadi, sepanjang tempoh tu..
Baru dua kali ak telan ubat batuk..
Panadol Soluble masih tersimpan rapi..
Separuh botol 100 Plus ak teguk..dan..
Separuh botol air asam jawa ak minum..
Nah!

Ni lah air asam jawa yg temani ak untuk malam ni..
Thanks! uhu..

p/s : aku tak suka makan ubat!!! ak masih mampu bertahan, walaupun ak tau antibodi ak tak sekuat mane..
Air botol atas tu harga rm1.60..Kalau ak kat umah sekarang, ak dah boleh jimatkan duit rm1.60 tau! Bile kat rumah, 99% tak guna duit poket sendiri. Kalau kat sini.... Tapi tak pe la..Demi kesihatan ak jugak~
Belajar berdikari.  :)

Tuesday 20 September 2011

Aku yg Dulu dan... Aku yg Sekarang

DULU..
Masa aku usia 3 tahun..
Aku ingat lagi..
Bila Abah pulang dari kerja..
Dengarkan je motor Abah..
Berlari aku ke luar rumah..
Betapa gembira melihat Abah pulang!
Aku peluk cium dan salam..
Aku paling rapat dengan Abah..
Bila Abah ada duit lebih, Abah beli makanan kat pasar malam..
Tangan kecil aku sama tolong mengangkat..
Happy sangat masa tu.. ^_^

Bila aku masuk sekolah rendah..
Aku jadi makin nakal..
Terlalu ikutkan kawan-kawan..
Main sampai balik lewat senja..
Bila Abah pulang kerja..
Aku tengah mandi..
Kesian Abah..
Balik penat2, aku tak ada nak tolong angkat barang2..
Selamat mak ada..Mak tolong angkat beg kerja Abah..
Kadang2 aku buat2 tidur..
Abah dah tau aku tak tidur pun..
Tapi Abah saja2 tanya kat mak "dah lame ke adik tidur?"
Pastu Abah cuit hidung aku..
Abah penat, tapi masih sempat layan gurau aku..
Terharu! :')

Naik je sekolah menengah..
Ego aku tiba2 memuncak..
Dari mana datang pun aku tak pernah sedar..
Aku lebih suka berkurung dalam bilik..
Lepas balik sekolah, dalam bilik la aku terperap..
Dari petang sampai ke malam..
Bila Abah pulang kerja..
Aku cuma tau pun lepas dengar suara Abah di ruang tamu rumah..
Kadang2 aku tak dengar langsung bunyi motor Abah..
Mana tak nya..
Pintu bilik aku tutup rapat..
Kadang2 aku layan lagu guna earphone..
Dulu aku duduk rumah 2 tingkat..
Aku paling cam bunyi tangga bila Abah naik..
Kalau aku tengah berangan, cepat2 aku bukak buku..
Study la konon!
Jahatnya aku..Dalam diam aku menipu..
Mungkin Abah tau..tapi Abah diamkan aje..
Malunya! *_*

Pernah dulu aku kena tampar..
Atas sebab salah aku jugak..degil makin menjadi-jadi..
Seharian aku terperuk dalam bilik..
Tak ada siapa pujuk aku..
Aku menangis tak berhenti..sampai lebam2 mata ni..
Bila Abah pulang kerja..
Aku terus dapatkan Abah..aku duduk je sebelah Abah..
Diamkan diri..
Mungkin Abah nampak perubahan aku..
Prihatinnya Abah..dalam penat2 pun masih ambil berat pasal aku..
Aku tak tahu macam mana nak mulakan..
Cuma air mata je mampu luahkan semua..
Tapi aku ego!
Aku tak nak bagi Abah tengok aku menangis..
Padahal dari kecik aku memang kuat menangis..
Aku lari naik atas..Masuk bilik..
Tapi tak tersangka, Abah datang kat aku..
Abah pujuk aku..
Paling aku tak lupa, pelukan erat tubuh sasa Abah,
saat aku betul2 perlukan semangat..
Aku menangis semahunya..Aku lepaskan semua tangisan aku..
Sampai aku rasa lega, baru Abah pergi..
Abah ajak makan..Mak dah masak..
Aku anggukkan je..
Aku makan duduk kat sebelah Abah..
Abah amikkan nasi dengan lauk untuk aku..
Sampai aku rasa kenyang!
Abah penat, tapi ada masa lagi nak pujuk aku..
Mulianya hati Abah!

Mula dari saat tu, aku jadi rapat balik dengan Abah..
Bagi aku, Abah la satu2nya insan paling aku sayang, selepas Mak..
Sebelum ni aku terlalu ego..!
Semua barang aku paksa Abah beli yang baru..
Bila tak dapat, aku merajuk..
Tapi sekarang baru aku paham..
Abah tak belikan bukan bermaksud Abah tak sayangkan aku..
Tapi Abah tak nak aku leka dengan harta dunia..
Bebalnya aku dulu..tak pernah nak belajar memahami erti pengorbanan..
Lepas pintu hati aku terbuka, baru aku tahu betapa susahnya Abah nak besarkan aku ni..
Kerja overtime sampai lewat pagi...
Kerja keras sampai demam2..
Aku marah Abah..aku cakap Abah degil..
Dah demam, tapi nak kerja lagi..
Sebenarnya Abah nak cari duit..tak kerja, tak dapat duit..
Aku pernah nekad untuk bekerja lepas tamat tingkatan 5..
Tapi Abah menghalang..
Abah memberi cadangan agar aku masuk ke tingkatan 6 lepas permohonan UPU ditolak..
Tamat tingkatan 6, aku dapat tawaran masuk ke Universiti Utara Malaysia..
Perjalanan pendidikan aku diteruskan hingga sekarang..
Masuk ke U tak pernah jadi impian aku sejak kecil..
Kadangkala aku memberontak..Abah tak paham apa yang aku inginkan..

SEKARANG..
Aku dah 22 tahun..
Abah pun dah pencen 3 tahun lepas..
Tapi Abah tetap bekerja..
Kata Abah, "sementara Abah larat bekerja, Abah kerja."
Aku masih lagi menuntut di universiti..
Tak ada pendapatan langsung..
Dalam adik beradik aku, cuma Along je yang kerja..
Abang dengan adik aku pun masih study..
Mungkin sebab itu Abah nekad terus bekerja..
Walaupun aku tengok, kawan2 yang seusia Abah tengah bersantai di rumah..
Abah langsung tak rasa tergugat..Bagi Abah, anak2 yang penting..
Kejayaan anak2 yang diutamakan..
Terima kasih Abah!

Aku menjangkakan kehidupan kami sekeluarga dalam 5 tahun akan datang..

Setahun lagi, Angah akan grade pengajian ijazah bioperubatan dari Universiti Islam Malaysia..
2 tahun lagi, aku akan grade dari pengajian ijazah sarjana muda pemasaran dari Universiti Utara Malaysia..
Setengah bulan lagi, Alin akan grade pengajian sijil sistem komputer dari Kolej Komuniti Selandar..
Kemudian Alin mungkin akan sambung diploma..itu tak menjadi masalah..
Hidup sebagai mahasiswi universiti sangat2 menyeronokkan..
Tak semua akan dapat lalui saat2 ini..
Betapa aku gembira saat ini..Aku bangga menjadi seorang mahasiswi..
Bukan kerana ego atau bongkak..
Tapi kerana Abah, aku di sini..!
Kerana Abah juga, aku semakin menginsafi masa lampau yg kelam..
dan cuba mengatur kembali strategi hidup yg lebih mantap dan stabil..

Apa yang aku harapkan dan selalu aku doakan..
setiap kali lepas solat..
Doa yg tak pernah putus aku lafazkan..
Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku..
Murahkanlah rezeki mereka..
Dan panjangkanlah umur ibu bapaku agar aku sempat untuk membalas segala jasa2 mereka..
Walaupun aku tahu, jasa yang mereka curahkan, tak kan mampu untuk aku membalasnya..
Tetapi sekurang2nya, berikanlah aku peluang supaya kami adik beradik sempat menghantar Mak dan Abah menunaikan haji di Mekah menggunakan hasil titik peluh kami sendiri..
Agar Mak dan Abah boleh berasa berbangga, dengan apa yg telah mereka korbankan untuk kami sebelum ini..
Diakhir doa, aku selitkan harapan agar Allah menjaga hati aku supaya sentiasa mengingati saat2 manis aku bersama Mak dan Abah..
Semoga aku mampu membahagiakan ibu dan bapaku sebagaimana, Mak dan Abah telah membahagiakan aku..

Orang yang memenuhi ruang hatiku saat ini adalah Mak dan Abah..
Tunggu kepulangan anakmu yg jauh di perantauan ini ya!
Sayang Mak n Abah! ^_^
Semoga pelaburan Abah dan Mak selama ini tidak aku sia2kan..
Aku nekad untuk terus berusaha..dan berusaha teruskan capai keputusan yang memberangsangkan..
Kerana keputusan itu bukan saja untuk kepuasan aku, tetapi juga untuk menggembirakan hati mereka..
Ya Allah, tetapkan niatku..Amin ya Rabbal Alamin..


Saturday 17 September 2011

Puncak Vista Ber'penjaga' !

Salam sumer~
Yeahhh..

Tak perlulah yeahhh sangat kot. Huhu.
Sebenarnya dari sem 1 lagi aku teringin nak naik ke Puncak Vista ni~
Tapi asyik tak berkesempatan.
Akhirnya impian aku tu terkubur macam tu je!

Sampai la hari ni.
Impian 2 tahun lepas menggamit2 kembali. Wink2.
Entah kenapa hati aku berkobar-kobar nak naik Puncak Vista tu~
Ada dengar cerita, bila dah ada kat puncak tu,
Nanti boleh tengok bentuk UUM menyerupai sebilah keris!

Mula pendakian kami mulakan dengan bacaan basmallah.
Dengan harapan tak ada apa2 benda buruk berlaku.
Kami pergi berenam, semuanya perempuan.
Sebelum pergi, aku ada tanya sorang kawan ni,
dia cakap tak tinggi mana pun.
Naik 3 minit je, lebih kurang naik tingkat 4.

Di tangga pertama, bercapture2 dulu! Hehe.
Tangga ke-81 posing sakan.
Dan tak lama lepas tu nampak pondok!
Memang sekejap je la. Aku expect Puncak Vista ni tinggi melangit.
Tapi masa nak sampai kat pondok tu bukan mudah.
Sebab ada 'penjaga puncak'.. ~_~

Aku orang paling depan terus cakap bila nampak kelibat 'penjaga puncak' tu.
Dalam bercakap, kaki aku berundur setangga demi setangga. Perlahan2.
Kat sini la waktu puncak kami!
Ada yang nak berundur, nak balik.
Ada yang masih mahu teruskan.
Akhirnya 5,6 minit berbincang, kami nekad naik ke pondok!
Bibir aku terkumat-kamit baca satu dua surah~

At last, 'penjaga puncak' pun lesap entah ke mana.
Kami biarkan 'ia' dengan dunianya.
Aku terus tengok keseluruhan UUM.
Wow! Cantik~
Tapi tak nampak bentuk keris pun macam yg digembar gemburkan.
Hmm =.=

Kitorang lepak kat situ tak lama. Dalam setengah jam je.
Setengah jam tu kami manfaatkan dengan tangkap gambar banyak2.
Buat kenangan manis kami sebagai students di sini. Hekhek.
Tak lama lepas kami puas berphotoshoot, kami turun puncak.
Misteri kemunculan dan kelesapan 'penjaga puncak' hilang dari ingatan.
Alhamdulillah..kami naik n turun dengan selamat. ^_^

p/s : siapa sebenarnya 'penjaga puncak' tu?
Warnanya hitam pekat! Bermuncung panjang..Berkaki empat..
Itulah anjing hitam yang ada kat pondok puncak vista! uhu.
Xmo suspend2 naa.. >_<


Peace yow. ^_^v

Friday 16 September 2011

Cuci Tandas Yuk!

Salam sumer~

Pagi ini ak bangun dengan semangat gotong-royong di kawasan kediaman ak (dpp).
Aktiviti pertama yg kami buat sebelum memulakan gotong royong, kami buat senam robik.
Bagi rengang2kan otot. Buatnya ada tergeliat urat nanti. Kan susah. Hehe. :D

Lepas senam, kita makan dulu!
Seorang dapat sebungkus nasi lemak + air teh O panas. Nyum~

Then baru la kitorang mulakan tugas masing2.
Tugas yg paling ak nk elak, bersihkan tandas. Euw~
Tapi tu la, bende yg paling nk elak tu la yg dapat!
Reason nya, coz ak duduk kat wing sebelah toilet.
Nak x nak, redhakan je la diri ni. Huu. =.=
Buat cincai2 jek.

Cincai2 pun siap jugak akhirnya ^_^

p/s : xde la teruk sgt kalau kena cuci tandas. Erk! o.O

Monday 12 September 2011

Hatiku Berdegup Kencang. Inikah yang dinamakan CINTA?

Semalam 1st day ak pergi kelas lepas 3 bulan lebih merehatkan otak di rumah.
Banyak benda ak dah lupa. Jam nak naik bas, kedudukan dewan gugusan kuliah (dkg) pun ingat2 lupa jek.
Disebabkan keterlupaan yg melampau ni, ak terawal pergi kelas. Akibatnya, terpaksalah ak tunggu lagi 3 orang kawan, nak masuk kelas same2. Segan masuk sorang2. Haha!

Lama jugak tunggu diorang ni. Aku duduk dekat laluan dkg 1. Orang memang ramai lalu lalang. Lagi pulak bila pertukaran kelas. Semuanya bergerak. Ada yg jalan lemah longlai, dalam mood raya lagi kot. Ada yg jalan perlahan, ada gak yg jalan laju. Macam2 ragam.

Tengah ak dok menunggu ni, tiba2 mata ak menoleh ke belakang, sekali! Glurpp ... Jantung ak berdegup. Kencang! Terus ak pandang ke depan balik. Ak buat2 taip mesej. Ak tunduk je. Sampailah 'dia' jalan depan ak. Ak still tunduk!

Lepas ak agak 'dia' dah jauh sikit, baru ak angkat kepala. Pergh! Apakah perasaan ini? Ak tertanya2 sendiri. Cintakah? Actually, ak tak tahu macam mana perasaan cinta tu. Orang kata jantung berdegup kencang saat mata bertentangan. Memang ak rasa degupan tu, tapi ak masih tak pasti sama ada itu betul2 cinta atau mainan syaitan semata. Astghafirullah al'adzim ..

Lokasi : Dkg 1, UUM, Sintok, Kedah.

p/s : kalau betul 'dia' jodoh ak, ak terima seadanya! *gatai! =.=

Wednesday 7 September 2011

Di Saat Orang yg Kita Sayang ...

# Di saat orang yg kita sayang tak pernah peduli tentang perasaan kita, jangan dipaksa dirinya ..

Kita : Awak sekarang dengan siapa ye?
Dia : Kenapa nak tahu? Hurm..dengan si 'dia' lah!
Kita : Owh yeke? macam mana boleh kenal? dia baik x?
Dia : Kisahnya .. (bercerita dengan teruja). Tentulah baik! Haa..lega saya, thanks yup sudi dengar cerita saya!
Kita : Bestnya. Jeles saya. Saya suka la dengar kisah cinta awak, kalau ada apa2 masalah, boleh la cerita kat saya lagi kan?
Dia : yup! ^^

--> Biarkanlah dia dengan orang yg dipilih. Asalkan kita ambil kisah tentang dirinya agar kita tahu dia benar2 tidah tersalah pilih.

# Di saat orang yg kita sayang ditinggalkan kekasih, nasihatkanlah dia ..

Kita : Awak, janganlah bersedih. Anggaplah awak dan dia tiada jodoh. Tuhan dah merancang yg lebih baik untuk awak. Percayalah!
Dia : Tak pe. Saya ok! Awak jangan risau ye ..
Kita : Itulah yg lebih merisaukan saya, sebab saya tahu, awak tak ok. Saya paham perasaan awak saat ini.
Dia : (dengan suara menengking) Saya ok! Bila saya kata saya ok, saya ok lah! Kenapa tak paham bahasa sangat ni?! Dah pergi jauh2. Saya nak bersendirian..!

--> Andai situasi begini terjadi, janganlah sesekali kita berkecil hati. Anggaplah dia perlukan masa, bukan tidak memerlukan kita. Dari jauh doa dikirim dan janganlah kita meninggalkannya bersendirian tanpa berteman.

# Di saat orang yg kita sayang gembira bersama kekasih baru, luangkanlah masa mendengar kisah bahagianya semula..

Kita : Macam mana hidup awak sekarang?
Dia : Bahagia! Saya happy sangat. Dia beza sangat dengan perempuan lain. Dia pandai ambil hati saya, romantik! ^^ Dahlah cun, sopan pulak tu. Ehe..!
Kita : Wah, untunglah awak kan! (lafazkanlah walau hati pedih melawan kata supaya dia lebih gembira!)
Dia : Memang saya rasa sangat bertuah! Awak pula macam mana? Dah ada pakwe?

--> Biarkanlah persoalan itu tidak berjawab. Jangan sesekali kita mengiya / menidakkan kerana soal hati usah dibohongi. Parah kesudahannya nanti. Bersabarlah hati.. =.=

# Di saat orang yg kita sayang berkahwin dengan orang lain, redhakanlah dirinya ..

Kita : Tahniah awak! Kisah cinta awak berakhir dengan sekali lafaz ijab dan qabul. Syukur Alhamdulillah ..
Dia : Terima kasih. Jutaan terima kasih sebab selama ni awak sudi mendengar luahan hati saya. Hehe! Saya dah ada peneman setia hingga ke akhir nyawa. Awak bila lagi?

--> Usahlah tersentap dengan tutur bicaranya. Bukan bermaksud kita akan dilupa cuma kisah cerita dia hanya akan kita dengar sekali sekala saja. Berbahagialah di hari bahagianya!

++> Selesailah sudah satu tugas untuk membahagiakan sekeping hati milik orang yg kita sayang! Kini, bermulalah kisah pencarian cinta untuk hati remuk milik sendiri.
.. "Di kejauhan jarak dan masa, ku berdoa agar ada yg lebih baik untuk diriku. Bukan bermaksud melupakanmu, tapi yg berlalu biarlah terus berlalu. Entah bila hati ini akan rasa bahagia, seperti bahagia yg dikau rasa" ..

Ya Allah .. 
Seksanya tika hati terguris. 
Sakitnya bila hati terhiris. 
Pedihnya saat hati merintih.
Pilunya hatiku menangis!



p/s : layan perasaan .. :')
Hasil nukilan Mia Lydia sendiri.. =.=

Tuesday 6 September 2011

Kad Raya yg Dinanti!

Salam sumer!
Haa..tajuk macam kad raya ni dari special friend je kan?
Ngee..Tak de maknanye!
Sebenarnya, sumer member2 yg nak post kad raye ni, depa minx alamat siap2.
So ade 3 orang yg minx alamat rumah ak.
Jadi memang ak expect akan dapat 3 kad raya la kan..(sebenarnya mengharapkan lebih!)
Tunggu punya tunggu, sampailah 2 kad raya dari Nizam Ijam dgn Nazurah Adila.
Tadi adik ak baru balik kolej, dia tengok ada surat dlm peti surat!
Haa..~

From : Fiqrurazi, Skudai, Johor.
Ucapan : Selamat hari raya, bla..bla..bla..
Sian kad raya ni sesat dlm 3 hari agaknya.
Sebab dekat kad raya tu ada tulis nama ayah ak.
Orang kg mana la nk kenal ak ni.
Budak fiq ni pun 1..dia tulis nama ak, xde binti pulak.
Mesti penat posmen cari alamat umah.
Sebab member ak ni tulis mcm hamprak! tak betul. (salah letak koma =.=)

Haa tengok2..Dia start tulis 29/8..
Pejabat pos cop 2/9..
Sampai rumah ak 6/9..
Setem = 50sen..

Member ak guna setem 30sen, kad raya sampai rumah 2 hari lepas tu. Sian kad ni. Terkapai2. Huu~

Kad ni ak tengok unik! Sebab ade lukisan. I like ^_^
Nak tengok, nak tengok x?

Tarra! hehe..
Fiq ni mat rockers! tu siap dia lukis gitar kapak dia tu..:)

p/s : thanks to u all coz bg ak bende yg dpt ak simpan sampai akhir usia. chewah!
tahun depan ak balas kad korg yup. InsyaAllah. ehe. :D