Saturday 17 September 2011

Puncak Vista Ber'penjaga' !

Salam sumer~
Yeahhh..

Tak perlulah yeahhh sangat kot. Huhu.
Sebenarnya dari sem 1 lagi aku teringin nak naik ke Puncak Vista ni~
Tapi asyik tak berkesempatan.
Akhirnya impian aku tu terkubur macam tu je!

Sampai la hari ni.
Impian 2 tahun lepas menggamit2 kembali. Wink2.
Entah kenapa hati aku berkobar-kobar nak naik Puncak Vista tu~
Ada dengar cerita, bila dah ada kat puncak tu,
Nanti boleh tengok bentuk UUM menyerupai sebilah keris!

Mula pendakian kami mulakan dengan bacaan basmallah.
Dengan harapan tak ada apa2 benda buruk berlaku.
Kami pergi berenam, semuanya perempuan.
Sebelum pergi, aku ada tanya sorang kawan ni,
dia cakap tak tinggi mana pun.
Naik 3 minit je, lebih kurang naik tingkat 4.

Di tangga pertama, bercapture2 dulu! Hehe.
Tangga ke-81 posing sakan.
Dan tak lama lepas tu nampak pondok!
Memang sekejap je la. Aku expect Puncak Vista ni tinggi melangit.
Tapi masa nak sampai kat pondok tu bukan mudah.
Sebab ada 'penjaga puncak'.. ~_~

Aku orang paling depan terus cakap bila nampak kelibat 'penjaga puncak' tu.
Dalam bercakap, kaki aku berundur setangga demi setangga. Perlahan2.
Kat sini la waktu puncak kami!
Ada yang nak berundur, nak balik.
Ada yang masih mahu teruskan.
Akhirnya 5,6 minit berbincang, kami nekad naik ke pondok!
Bibir aku terkumat-kamit baca satu dua surah~

At last, 'penjaga puncak' pun lesap entah ke mana.
Kami biarkan 'ia' dengan dunianya.
Aku terus tengok keseluruhan UUM.
Wow! Cantik~
Tapi tak nampak bentuk keris pun macam yg digembar gemburkan.
Hmm =.=

Kitorang lepak kat situ tak lama. Dalam setengah jam je.
Setengah jam tu kami manfaatkan dengan tangkap gambar banyak2.
Buat kenangan manis kami sebagai students di sini. Hekhek.
Tak lama lepas kami puas berphotoshoot, kami turun puncak.
Misteri kemunculan dan kelesapan 'penjaga puncak' hilang dari ingatan.
Alhamdulillah..kami naik n turun dengan selamat. ^_^

p/s : siapa sebenarnya 'penjaga puncak' tu?
Warnanya hitam pekat! Bermuncung panjang..Berkaki empat..
Itulah anjing hitam yang ada kat pondok puncak vista! uhu.
Xmo suspend2 naa.. >_<


Peace yow. ^_^v

2 comments:

Nazurah said...

suspennye penjaga kau jah!

Unknown said...

hahaha! :D
kelas ak kan jah! uhu.

Post a Comment