Tuesday 20 September 2011

Aku yg Dulu dan... Aku yg Sekarang

DULU..
Masa aku usia 3 tahun..
Aku ingat lagi..
Bila Abah pulang dari kerja..
Dengarkan je motor Abah..
Berlari aku ke luar rumah..
Betapa gembira melihat Abah pulang!
Aku peluk cium dan salam..
Aku paling rapat dengan Abah..
Bila Abah ada duit lebih, Abah beli makanan kat pasar malam..
Tangan kecil aku sama tolong mengangkat..
Happy sangat masa tu.. ^_^

Bila aku masuk sekolah rendah..
Aku jadi makin nakal..
Terlalu ikutkan kawan-kawan..
Main sampai balik lewat senja..
Bila Abah pulang kerja..
Aku tengah mandi..
Kesian Abah..
Balik penat2, aku tak ada nak tolong angkat barang2..
Selamat mak ada..Mak tolong angkat beg kerja Abah..
Kadang2 aku buat2 tidur..
Abah dah tau aku tak tidur pun..
Tapi Abah saja2 tanya kat mak "dah lame ke adik tidur?"
Pastu Abah cuit hidung aku..
Abah penat, tapi masih sempat layan gurau aku..
Terharu! :')

Naik je sekolah menengah..
Ego aku tiba2 memuncak..
Dari mana datang pun aku tak pernah sedar..
Aku lebih suka berkurung dalam bilik..
Lepas balik sekolah, dalam bilik la aku terperap..
Dari petang sampai ke malam..
Bila Abah pulang kerja..
Aku cuma tau pun lepas dengar suara Abah di ruang tamu rumah..
Kadang2 aku tak dengar langsung bunyi motor Abah..
Mana tak nya..
Pintu bilik aku tutup rapat..
Kadang2 aku layan lagu guna earphone..
Dulu aku duduk rumah 2 tingkat..
Aku paling cam bunyi tangga bila Abah naik..
Kalau aku tengah berangan, cepat2 aku bukak buku..
Study la konon!
Jahatnya aku..Dalam diam aku menipu..
Mungkin Abah tau..tapi Abah diamkan aje..
Malunya! *_*

Pernah dulu aku kena tampar..
Atas sebab salah aku jugak..degil makin menjadi-jadi..
Seharian aku terperuk dalam bilik..
Tak ada siapa pujuk aku..
Aku menangis tak berhenti..sampai lebam2 mata ni..
Bila Abah pulang kerja..
Aku terus dapatkan Abah..aku duduk je sebelah Abah..
Diamkan diri..
Mungkin Abah nampak perubahan aku..
Prihatinnya Abah..dalam penat2 pun masih ambil berat pasal aku..
Aku tak tahu macam mana nak mulakan..
Cuma air mata je mampu luahkan semua..
Tapi aku ego!
Aku tak nak bagi Abah tengok aku menangis..
Padahal dari kecik aku memang kuat menangis..
Aku lari naik atas..Masuk bilik..
Tapi tak tersangka, Abah datang kat aku..
Abah pujuk aku..
Paling aku tak lupa, pelukan erat tubuh sasa Abah,
saat aku betul2 perlukan semangat..
Aku menangis semahunya..Aku lepaskan semua tangisan aku..
Sampai aku rasa lega, baru Abah pergi..
Abah ajak makan..Mak dah masak..
Aku anggukkan je..
Aku makan duduk kat sebelah Abah..
Abah amikkan nasi dengan lauk untuk aku..
Sampai aku rasa kenyang!
Abah penat, tapi ada masa lagi nak pujuk aku..
Mulianya hati Abah!

Mula dari saat tu, aku jadi rapat balik dengan Abah..
Bagi aku, Abah la satu2nya insan paling aku sayang, selepas Mak..
Sebelum ni aku terlalu ego..!
Semua barang aku paksa Abah beli yang baru..
Bila tak dapat, aku merajuk..
Tapi sekarang baru aku paham..
Abah tak belikan bukan bermaksud Abah tak sayangkan aku..
Tapi Abah tak nak aku leka dengan harta dunia..
Bebalnya aku dulu..tak pernah nak belajar memahami erti pengorbanan..
Lepas pintu hati aku terbuka, baru aku tahu betapa susahnya Abah nak besarkan aku ni..
Kerja overtime sampai lewat pagi...
Kerja keras sampai demam2..
Aku marah Abah..aku cakap Abah degil..
Dah demam, tapi nak kerja lagi..
Sebenarnya Abah nak cari duit..tak kerja, tak dapat duit..
Aku pernah nekad untuk bekerja lepas tamat tingkatan 5..
Tapi Abah menghalang..
Abah memberi cadangan agar aku masuk ke tingkatan 6 lepas permohonan UPU ditolak..
Tamat tingkatan 6, aku dapat tawaran masuk ke Universiti Utara Malaysia..
Perjalanan pendidikan aku diteruskan hingga sekarang..
Masuk ke U tak pernah jadi impian aku sejak kecil..
Kadangkala aku memberontak..Abah tak paham apa yang aku inginkan..

SEKARANG..
Aku dah 22 tahun..
Abah pun dah pencen 3 tahun lepas..
Tapi Abah tetap bekerja..
Kata Abah, "sementara Abah larat bekerja, Abah kerja."
Aku masih lagi menuntut di universiti..
Tak ada pendapatan langsung..
Dalam adik beradik aku, cuma Along je yang kerja..
Abang dengan adik aku pun masih study..
Mungkin sebab itu Abah nekad terus bekerja..
Walaupun aku tengok, kawan2 yang seusia Abah tengah bersantai di rumah..
Abah langsung tak rasa tergugat..Bagi Abah, anak2 yang penting..
Kejayaan anak2 yang diutamakan..
Terima kasih Abah!

Aku menjangkakan kehidupan kami sekeluarga dalam 5 tahun akan datang..

Setahun lagi, Angah akan grade pengajian ijazah bioperubatan dari Universiti Islam Malaysia..
2 tahun lagi, aku akan grade dari pengajian ijazah sarjana muda pemasaran dari Universiti Utara Malaysia..
Setengah bulan lagi, Alin akan grade pengajian sijil sistem komputer dari Kolej Komuniti Selandar..
Kemudian Alin mungkin akan sambung diploma..itu tak menjadi masalah..
Hidup sebagai mahasiswi universiti sangat2 menyeronokkan..
Tak semua akan dapat lalui saat2 ini..
Betapa aku gembira saat ini..Aku bangga menjadi seorang mahasiswi..
Bukan kerana ego atau bongkak..
Tapi kerana Abah, aku di sini..!
Kerana Abah juga, aku semakin menginsafi masa lampau yg kelam..
dan cuba mengatur kembali strategi hidup yg lebih mantap dan stabil..

Apa yang aku harapkan dan selalu aku doakan..
setiap kali lepas solat..
Doa yg tak pernah putus aku lafazkan..
Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku..
Murahkanlah rezeki mereka..
Dan panjangkanlah umur ibu bapaku agar aku sempat untuk membalas segala jasa2 mereka..
Walaupun aku tahu, jasa yang mereka curahkan, tak kan mampu untuk aku membalasnya..
Tetapi sekurang2nya, berikanlah aku peluang supaya kami adik beradik sempat menghantar Mak dan Abah menunaikan haji di Mekah menggunakan hasil titik peluh kami sendiri..
Agar Mak dan Abah boleh berasa berbangga, dengan apa yg telah mereka korbankan untuk kami sebelum ini..
Diakhir doa, aku selitkan harapan agar Allah menjaga hati aku supaya sentiasa mengingati saat2 manis aku bersama Mak dan Abah..
Semoga aku mampu membahagiakan ibu dan bapaku sebagaimana, Mak dan Abah telah membahagiakan aku..

Orang yang memenuhi ruang hatiku saat ini adalah Mak dan Abah..
Tunggu kepulangan anakmu yg jauh di perantauan ini ya!
Sayang Mak n Abah! ^_^
Semoga pelaburan Abah dan Mak selama ini tidak aku sia2kan..
Aku nekad untuk terus berusaha..dan berusaha teruskan capai keputusan yang memberangsangkan..
Kerana keputusan itu bukan saja untuk kepuasan aku, tetapi juga untuk menggembirakan hati mereka..
Ya Allah, tetapkan niatku..Amin ya Rabbal Alamin..


3 comments:

Nazurah said...

tersentuh jiwa nuraniku umi..ko memang ikhlas r..hehe..semoga dapat balas jasa parents kita yea..=)

Unknown said...

hehehe..ak pun kuar air mata barang setitik dua jugak la nak karang bende ni..huu..
harap ko pun same yup! ^_^

Lurve airyKeyla said...

sedey..sedey..sedeyyy

Post a Comment