Tuesday 28 June 2011

Antibodi?

Hari ni hari selasa. Hari cuti kerja aku. Fuhhh..! Lepas penat bekerja, cuti sehari rasa macam best giler.

Biasanya bila aku pergi kerja, tak pernah-pernah hujan pagi, tapi semalam (isnin), tiba-tiba pulak hujan. Hujan rahmat. Dengan berbekalkan sweater akak aku, aku pun redah la hujan tu. Tup2 tengah hari tu jugak demam. Parah! Kerja sampai pukul 10 malam, tapi pukul 12 tengah hari aku dah tak larat. Nak tak nak kena bertahan jugak lah. Sebab tempat kerja aku tu kurang staff. So dengan rasa penuh tanggungjawab n komited akan kerja, aku gagahkan diri. Ceh.. :)

Pukul 7 memang aku tak tahan dah. Kejap-kejap aku duduk. Tapi kerja kat kedai kan, customer datang tak kan la nak duduk. Bangun tanda menghargai orang datang. Tapi aku tak serve la. Muka dah pucat, cakap pun tak larat. Kepala memang pening. Dugaan betul. So aku mesej akak aku, minta tolong jemput.

Balik tu akak n adik aku dah terpacak kat depan pintu The Store, so adik aku bawak motor balik, aku naik kereta. Dalam kereta elok sikit la. Kalau aku yg bawak motor, mau jadi kes excident, bukan minta, tapi nampak la risiko nya. Sian kat adik aku ni, dia tak tahu jalan balik coz baru je sampai sini. Sesat sekejap la minah kocik tu. Muka dah cuak je ~

Sampai rumah, aku mandi terus tidur. Lena giler! Tapi pukul 1 pagi aku terjaga. Badan dah menggigil pulak. Bertahan je la. Pukul berapa terlena balik pun aku tak sedar. Selamat hari ni cuti. Dapat la rehat sikit. Badan dah rasa okey. Sok kerja balik. ^_^

p/s : mana pergi antibodi aku ye? baru kena hujan sikit dah demam tahap gaban. aisyh. Kena banyakkan bersenam kot..


Bila demam, badan panas. Tapi hakikatnya kita kesejukan.. =.=

Thursday 23 June 2011

Aku Serve Pelakon Hari Ni! ^_^

Fuhhh~ habis berterabangan habuk..sorry ae..lame tak update blog..means tak leh nk update hari-hari..org bekerjaya la katakan..haks..

Kerja aku sekarang makin lame makin seronok..byak bende aku dah mahir..dengan supervisor pun dah kamcheng..bila balik rumah, aku tak sabar nak tunggu hari esok..punya excited! tapi pagi-pagi liat jugak nak bangun sebenarnya..lumrah ler tu..wee~

Hari ni ade seorang pelakon datang kedai aku, Yung Fa Trading. Mula-mula aku tengok gaya dia, wah! macam anak dato' je..memang nampak bergaya + cun! Member aku yg tegur, dia cakap "saya macam pernah tengok je akak ni"..pastu terus pelakon tu jawab, "tengok cerita ana lu'lu tak? saya berlakon dalam cerita tu"..disebabkan kitorang ni abis kerja pukul 10 mlm, tak dan lah nak tengok cerita tu.."kalau cerita hani pernah tgok tak? saya yg bertocang tu..kawan kepada Hani", dia sambung lg.. "Haa.." Barulah aku perasan muka dia..

Pelakon ni masa kat luar lagi cantik dari dalam tv..Serius aku tak tipu! Terus jadi minat dekat dia..Tapi aku tak tau la pulak namanya apa..aku try google search, tak jumpa pulak..mungkin korang tau kot siapa nama beliau..sorry atas ketidakperihatinan ini..huu~

Aku serve, dia beli 2 kasut boot.."time shooting kitorg macam ni lah, kena pakai lain dari yg lain"..peramah betul dia..layak jadi pelakon terkenal..hope dia tak lupe diri bila dah terkenal..dia kata shooting time pose ni..belakon cerita baru, Diari Amalina, komedi katanya. Tv9. dan dia jadi watak utama. Bestnya!

Ok2 aku tunjuk siapa pelakon yg digembar gemburkan ni ae..mai tengok pic dia.. ~

Pelakon yg dimaksudkan ....
Yg paling kanan.
Serius dia ni cun! ^_^
 
p/s : dia kata memang selalu shopping dekat The Store Sg. Buloh..hope dia mai kedai kami lagi.. Ngee~

Friday 17 June 2011

Hati Seorang Bapa

Sekarang ni aku tengah kerja dekat Yung Fa Sg Buloh, Selangor as SA baby department. Kena jaga baju seluar baby sampai kanak-kanak umur 8, 9 tahun macam tu la. Dah 4 hari aku kerja kat situ. Mula-mula masuk memang blur..tak tau nak buat apa. Staff dalam tu semuanya aku tak kenal. Rasa macam orang asing. Orang 1st tegur aku, Ain Afifah. Sama department dengan aku. Memang peramah + baik + cute!

Aku punya blur + bosan tu sampai tahap maksimum, masa rehat pukul 2, aku pergi minta kerja dekat kfc. Tapi tak dapat. Haha!

Sekarang aku happy dengan kerja aku. Orang baru, standard la kena marah, kena buli. Lagi pulak sekarang ni nak dekat raya. Aku ni terpengaruh dengan bos aku ler. Dia dah sibuk keluarkan stok-stok baru. Tu pasal lah aku bila balik rumah, tak dan nak o9 macam dolu-dolu lagi. Kena cepat-cepat charge energy for tomorrow. Huu~

Dalam 4 hari ni, aku banyak perhatikan gelagat orang ramai. Aku tengok lelaki, terutamanya bapa, memang caring. Dari perwatakan tu boleh nampak dia sayangkan anak-anak dia. Tapi ego seorang bapa, dia takkan tunjuk macam mana usaha dia nak bagi anak-anak dia rasa gembira. Aku ingat lagi kata-kata azimat abah aku sendiri, "abah mungkin tak dapat nak puaskan hati semua anak-anak abah, tapi abah dah cuba yg terbaik!"

Fokusnya, tadi ada seorang bernama bapa, masuk ke kedai aku. Dia tengok-tengok baju. Baju budak perempuan. Warna pink. Dia belek-belek. Gaya macam nak beli dah. Lepas tu dia tengok harga. RM 45.90. Bagi aku pun baju tu mahal untuk kanak-kanak seusia 6-7 tahun. Lama dia tatap baju tu. Lepas tu baru pergi meninggalkan kedai kami.

Gayanya sederhana saja. Mata dia merah-merah, mungkin tak cukup tidur/ terlalu penat.

Tak lama lepas tu dia masuk sekali lagi. Bila aku datang, nak serve customer, dia nak pergi, tapi cepat-cepat aku cakap, "tak pe tengok-tengok lah dulu". Dia pun pandang balik baju yg dia tatap td. Lama. Aku memang rasa syahdu masa tu! Mungkin satu hari nanti dia akan beli jugak. Hope anak dia suka dan sekurang-kurangnya ucap terima kasih! :)

p/s : hati seorg bapa ni lembut sebenarnya.
harga bukanlah nilai kasih sayang yg sebenar!

Hari ni hari bapa.
Selamat Hari Bapa kepada Ramlan Bin Ahmad.
Didikan dan kasih syg yg diberikan banyak mendorong akak untuk menjadi insan yg berguna dan berjaya.
TERIMA KASIH ABAH!!

Monday 13 June 2011

Esok Datang Kerja!

Hye all..! Tadi aku mulakan pencarian kerja. Cari duit sambil mengisi masa lapang. Hehe. Esok aku dah mula kerja sebagai .. hurm tak tau lagi. Dekat The Store, Sg. Buloh..Alhamdulillah..

"Tumpang tanya, sini ada jawatan kosong?" aku mulakan bicara.
"Hurm..tulis nama, ic dengan no hp", cashier tu hulur sehelai kertas dengan sebatang pen biru.

Aku pun tulis lah dengan muka kusyuknya.  Masa tu dekat situ ada 4 orang memerhati.  =.=
"Umur berapa?" cashier tu tanya.
"22", aku jawab dengan penuh berkeyakinan.
Muka diorang semua macam tak percaya je. Lepas tu depa tengok no ic aku.
Dengan berperwatakan matang, aku senyum ikhlas.
Aku tengok muka diorang muka baik, muka adik-adik. So ak  saja nak bagi diorang respect akak ni! HAHA. =D

"Esok datang kerja".
Wah! Senang pulak. Tulis 3 benda tu je dah dapat kerja.
"Ok..!" muka happy! ^_^
Ada lah aku tanya sikit-sikit.
Tapi position dgn salary bincang esok. Janganlah gaji ciput. Huu~

* Lepas tu aku dengan Along aku pun ronda-ronda lagi, usya kot-kot ada kerja yg lagi baik.
Ronda punya ronda....

"Along, mana kedai yg dah confirm nak keje esok tu?" aku tanya Along aku ni. Sebab ak dah lupa! aiyak +_+
Along aku pun cari-cari balik.

*Setengah jam kemudian...

"Mana eh kedai tadi?" Along aku pun dah pening. Parah!

p/s : Esok aku kena keluar rumah awal lah nampaknya.
1st, aku tak arif lagi jalan area sg. buloh ni.
2nd, kena cari kedai tu pagi-pagi esok!

Minta-mintalah aku jumpa kedai yg betul! Huh..
Cabaran Menanti! Takut + Nervous~

Saturday 11 June 2011

SEPAH Juara Maharaja Lawak!

Yeah! Bagi aku, SEPAH THE BEST!
Lawak yg diorang buat semuanya menjadi dan menghiburkan.
Aku sokong SEPAH!

Ni lah group SEPAH. Kacak-kacak! :)
 
 Antara tiga-tiga orang, Jep yg PALING lawak!
Aku sokong ko, bro..ehe..
Pic Jep sorg2 x ada la..Yg kecik ni je dapat.. =.='
 
 Shuib & Sarah.
Semoga bahagia hingga akhir hayat.
Shuib cute! Sarah jgn jeles den puji Shuib yo.
Haks..^_^"
Mamat & Awek Cun.
Gosip / realiti?
Just wait n see!
Kalau jadi, untunglah Mamat!
 
p/s : Aku harap SEPAH yg jadi JUARA maharaja lawak nanti..!

Friday 10 June 2011

1 Jam Punya Cerita!

..Arghh. Dalam kepenatan dan kemalasan, aku gagahkan diri untuk bangun tidur..Masih mengantuk. 'Pukul berapakah sekarang?' hatiku berdetik. Dengan hanya berpandukan jam henset, "10.30pg?!". Mak ai! dah lewat pulak bangun hari ni. Tapi kebiasaannya aku memang bangun lewat pun. Ekekekeke. Lepas subuh, bummm tumbang balik. Kadang-kadang termiss jugak. Huu~

Nak dijadikan cerita, aku bangun-bangun terus aku selak langsir. Sebelah rumah aku ni ada lagi sebuah rumah. Sepupu mak aku. Aku tengok pakaian diorang dah berada di ampaian. Cuaca memang baik, panas terik! Dapat aku rasa cahaya terik tu memancar terus ke wajahku setelah langsir putih bilikku diselak. Aicheh. (pernah ada cita-cita nak jadi novelis, tapi ilmu di dada masih belum mencukupi, mental pun belum ready. uhu). Ok-ok sambung cerita~

Bila aku dah tengok jam pukul 10.30 tu lantas aku bangun pergi basuh muka. Pakaian di mesin aku capai. Aku terbalikkan satu per satu. Ok siap. Sekarang masa untuk mengampai. 'Upsss! Alamak, pak teh Azhar ada kat luar la pulak'. Disebabkan ampaian rumah aku bertentangan dengan rumah jiran aku ni, bila aku lambat ampai baju, nampak sangatlah aku lambat bangun! Kantoi di situ. 'Aisyh. Ampai je lah'. Tapi aku tengok langit dah gelap. Sang matahari pagi yg terik menyinar telah ditutupi awan mendung nan kelabu pekat. Tanah di bumi menjadi suram dengan ketiadaan cahaya dari matahari. Tapi aku tetap ampai. 'Mana tau panas balik t'.. :)

"... tak ada kereta". (aku dengar yg last je. Tak tahu lah pak teh Azhar tu bercakap dengan siapa. Aku pun tinjau-tinjau jugak di sebalik baju tu, tengok dia tengah mengembur tanah.)
* Sambung ampai balik. Kalau boleh aku nak ampai cepat-cepat. Aku ni tahu rasa segan lagi.

"uii". 'Alamak, mak teh Hasni tegur pulak', hati aku resah gelisah. Huu~
"Eh? Tak perasan pulak tadi", aku buat-buat cover. hehe.
"Mak mana?"
Aku jawab "mak ikut abah pergi meracun".
"Hah?pergi Melaka?".
'Aih, aku tau la suara aku ni serak rock sebab tak gosok gigi lagi'.
"Pergi meracun", aku kuatkan suara sikit, tapi makin terdengarlah keserakan suara aku ni.

* Segan-segan. Demi untuk memanis mulut, kang depa kata aku sombong pulak. Dah la aku memang jarang tegur family diorang. Tak berapa nak rapat sangat.
"Berkebun ke?" sebab aku nampak diorang pegang pasu bunga.
"Eh tak lah. Mak teh nak pergi umah atok, bibik kata nak tanam bunga. Mak teh tanam tak menjadi je".
"Ohhh", balas ak ringkas. Segan menguasai diri.. =.='

* Lepas tu aku nampak diorang nak naik kereta dah. Fuhhh lega sikit.
"Dah nak hujan ni mie oi", sempat pulak mak teh Hasni ni. Macam perli aku lambat bangun je!
"Ha ah, terlambat ampai pulak", aisyh sabar je lah~

Aku masuk rumah tengok jam dah pukul 10.55pg. Sarap kejap la. Ada keropok ikan mak aku tinggalkan ni. Bukak kipas. Dah habis makan, aku ingat nak g mandi. Tapi bukak-bukak tingkap dulu. Bagi udara segar masuk. 'Haa..nyamannya udara kampung'.

'Eh? Macam bunyi hujan je'. Aku pun menjengah la dekat tingkap. Betul ke hujan? Sebab aku selalu keliru antara hujan dengan kipas. Al maklumlah pakai kipas besar. Haha! Lau orang datang mesti terkejut sebab kitorang guna kipas besar ni. Bunyi pun kuat. Owh betullah hujan! Aku pun apa lagi. Berlari ambik bakul, terus keluar. Masa tu aku tengok Along jiran aku ni pun tengah terkedek-kedek angkat baju. So, aku pun nak tunjukkan la skill aku angkat baju. Cabut semua sepit, strappp strappp strappp! Hah..dah habis angkat. Berlari aku masuk rumah. Wah! bangga aku dilahirkan sebagai wanita. Hekhekhek.

Aku tengok dia angkat punyalah slow. Satu-satu. Macam nak tolong pulak. Tolong gelakkan! Hahaha. Lepas aku masuk rumah, aku usya dia kat tingkap bilik mak aku, tengah angkat lagi. Lepas tu aku gelak, hehehe. 'Apa dah, lambat!'..Lepas tu aku pergi bilik aku pulak sebab nak lipat selimut. Aku usya dari balik tingkap aku pulak. 'Eh? askar bantuan dah sampai!' Masa tu Alang datang dari arah dapur, Ateh pulak keluar dari pintu tengah. Masa tu lagi besar gelak aku. Hahaha. Aku rasa mesti si Along ni dah terpekik mintak bantuan kecemasan. 'Wei korang, tolonglah! Aku tak nak jadi goal keeper petang ni kang tau lah!' Ni aku agak-agak je. Petang-petang depa ni suka main bola sepak. Biasa Along kan suka ugut adik-adik. Hehe. Lepas habis lipat selimut, aku usya tok kali ke-3, diorang semua dah hilang. Lawaklah pulak. Sampai 3 orang angkat baju.  Gelagat anak jantan. Haks~

Kipas ni lah yg kami pakai. Bila pasang, bunyi dia macam hujan.
Selalu mengelirukan kitorang~

p/s : gelak-gelak jugak. Diorang lambat angkat baju pun, mungkin semuanya dah siap. Aku kena basuh pinggan, kemas rumah, tanak nasi, +++..Biasalah kerja suri rumah. Tak pernah habis.
= Baru nak ambik penyapu, aku tengok ayah aku dh balik. Sorg2 pulak. Lupa! Sebenarnya mak aku pergi merewang. Esok ada kenduri kawin. Aih! Mamai lagi rupanya.

= Hujan yg semakin lebat memaksa aku berlari-lari anak dan tutup tingkap balik~
Aku pandang jam, dah pukul 11.30pg. :)

Wednesday 8 June 2011

Charlie and The Chocolate Factory

Haa..cerita ni memang dah lama betul ditayangkan. Aku ingat lagi, aku pernah tengok cerita ni masa tahun 2005 (form 4). Sekarang dah 6 tahun berlalu. Aku amik cerita ni dekat external kawan aku. :)

Cerita lama bila ditengok balik, rasa best sangat..!

Bila tengok kilang Willy Wonka, dengan isi kandungan kilang tu 90% coklat, rasa geram pulak. Coklat memang best dimakan! Kalau aku stress, coklat lah yg aku cari..nyum~

  Feddie Highmore memang cute masa dia kecik! Geram tengok~

p/s : hidup perlu sentiasa merendah diri. Tak terlalu berlagak n tak terlalu ego. :)

Tuesday 7 June 2011

Wujudkah persamaan dalam memandu kereta dan mencapai matlamat hidup?

Haa..Siapa rasa memandu kereta ni best, angkat kening + kenyit mata! Hehe..

Bagi aku, drive kereta ni best! Nampak cool jek. Lagi pulak kalau kita memang dah expert dalam bab pemanduan ni. Kalau disuruh drive seharian pun aku sanggup. Haha. Kira aku tak boleh challenge orang lain lagi la. Aku baru peringkat bawah. Hehe..

Bagi aku, bila kita memandu kereta ni sama la dengan kita memandu hala hidup kita.

Kalau kita memandu dengan berhemah, selamat sampai ke destinasi. Kita memandu dengan kelajuan yg sepatutnya, tak banyak barang yg dibawa bersama, dan memandu dengan jalan yg biasa kita gunakan, kesannya, penggunaan minyak dapat dikurangkan. ^_^

Kalau kita pandu laju dan sampai ke destinasi dengan selamat, itu merupakan satu kelebihan buat kita. Bawak barang yg banyak dan ikut jalan alternatif / memang saja menggunakan jalan yg lain, kesannya minyak yg kita guna adalah banyak, tapi kita dapat tahu jalan yg lain dan buat perbandingan, jalan mana yg lebih baik/ cepat sampai ke destinasi.

Benda ni samalah dengan hala tuju hidup kita. Bila kita tukarkan barang kepada motivasi diri, jalan kepada pilihan yg wajud, minyak sebagai kos, destinasi sebagai matlamat hidup, kelajuan sebagai kepantasan mencapai matlamat, dan buat perbandingan sebagai pengalaman yg kita peroleh, itulah dia persamaan yg wujud dalam pemanduan kereta dan pemanduan mencapai matlamat hidup.

p/s : dan bila kita mengalami kemalangan, itulah tanda bencana yg kita hadapi tanpa diduga. Jadi hati-hati d jalan raya samalah dengan berhati-hati dalam menentukan matlamat! :)

Bila jalan berliku dan jem, tiba2 minyak habis itu tandanya banyak cabaran dan kita kebuntuan idea.
 Sentiasalah menjadi insan yg berfikir tidak kira masa & di mana jua.
Ini akan mengembangkan minda serta mematangkannya.. ^_^ 

Budak Remaja

Haa siapa budak remaja ni? Ini istilah yg aku bagi pada orang dalam lingkungan 13-17 tahun. Maksudnya pelajar sekolah menengah. Kenapa diistilahkan budak remaja? Sebab diorang ni memang dikategorikan sebagai remaja, tapi kadangkala perangai yg diorang bawak sama macam budak sekolah rendah. Perangai yg masih mencari-cari identiti diri.

Semua orang pernah dan akan melalui zaman budak remaja ni. Perwatakan yg ada dalam diri diorang semuanya sama. Ego tinggi melangit. Silap sikit habis semua dicampaknya. Lagi teruk bila budak remaja ni datang dari keluarga yg bermasalah. Ibu bapa bercerai. Diorang ni akan cari "geng2" yg seangkatan. Bagi diorang cuma "geng2" ni je yg memahami jiwa n perasaan diorang. Bila dah ada "geng", masing2 tunjuk lagak, nampak hebat! asyik nak memberontak je. Tapi bila kesorangan, jalan tunduk, mulut terkunci rapi macam kena zip!

Kumpulan-kumpulan yg besar macam skinhead, rempit, hip hop n so on aku tak nak sentuh. Group tu memang dah jd bualan ramai blogger. So aku nak cerita pasal budak remaja biasa. Maksudnya diorang ni tak geng dengan group2 yg besar, tapi antara group diorang je. Kadang2 orang x perasan dengan group kecik ni. Biasanya diorang wujud tak lebih dalam 8 orang.

Kumpulan ni bergerak dalam kumpulan jugak. Pergi mana-mana selalu bersama, tapi tak semua ahli akan join sama. Kalau berdua pun dah cukup untuk diorang hang out. Bila keluar berdua pun diorang akan tunjuk lagak. Cakap kuat, gelak terbahak-bahak, ayat nak gebang. Bila duduk dekat kedai makan, kaki bersila atas kerusi padahal awak tu perempuan, sopanlah sikit!

Kalau yg lelaki pulak, mulut tu macam muncung tikus. Nampak perempuan lalu, asyik nak bunyi jek! Ko ingat perempuan tu tikus betina apa?! Yg budak perempuan pulak tergedik2. Memanglah lumrah remaja begitu, tapi budak remaja ni jenis yg melampaui batas. Baru umur 13 tahun, dah pandai hisap rokok. Budak perempuan pulak dah pandai cakap yg bukan-bukan. Mana pergi moral budak remaja zaman sekarang?!

Ada pulak jenis suka buang sampah merata-rata. Habis minum air tin terus buang, tak kira tempat. Makan chewing gum, lepas tu lekat bawah meja, atas kerusi. Bercakap guna handphone, tapi duduk bawah public phone, kan poyo tu! Bila berjalan macam kawasan tu dia yg punya. Buat pengakuan berani mati! Posing dalam pic nak nampak mantap, seksi. Bangga tunjuk kepada orang ramai. Ada yg bercium! Aisyh~

p/s : Zaman budak remaja dah berlalu buat aku. Budak remaja ni mungkin akan insaf satu hari nanti, nasihat aku sebelum buat/ bercakap, fikir2lah masa depan. Jangan sampai kita menyesal tak sudah..!

Kerajaan menggalakkan orang ramai membaca
kerana bangsa membaca, bangsa berjaya!
Bukan melarang remaja bersosial, tapi kurang2kanlah demi masa depan anda jugak..^_^

Saturday 4 June 2011

Susah sangat ke nak tepati janji?!

Grrr! Aku paling benci dengan orang yang tak reti menepati janji! Susah sangat ke nak tepati janji?!

Kalau rasa diri awak tu susah nak menepati waktu, jangan berjanji bersungguh-sungguh. Lagi aku geram bila janji "kol 6.45pg sharp! sape lambat, tinggal". Aku punyalah usaha bangun pagi. Mengantuk pun aku lupakan je, sebab nak tepati janji. Bukanlah nak bongkak sebab aku ni jenis menepati janji, tapi come on lah beb. Respect masa orang lain!

Tidur sama jam, takkan bangun tak boleh sama jam?!

Aku dah masaklah dengan perangai orang yg macam ni. Tapi bila berjanji, aku tetap jugak ikut macam yg dijanji. Akhirnya, hampeh jugak! Bukanlah tak serik & aku bukan bodoh. Tapi aku percaya yg satu hari nanti, orang yg jenis macam ni boleh berubah. So aku nak bagi peluang kat dia. Bagi dia berubah. Tapi tetap jugak! Sorry kalau aku tuju ni kat someone!

Then, bila aku lambat seminit dua, hamboi! bising bukan main. Kadang2 aku sound balik, "macam ni lah perasaan aku bila aku tunggu ko, tau x?!" saje aku keraskan nada belakang tu. Tapi muka cool lagi lah. Kang takut kecik hati pulak. Tak pasal-pasal bermasam muka. Aku jugak kena mintak maaf t. Huhhh..!

p/s : jangan sampai kita dikatakan munafiq ; apabila dia berjanji, dia mungkiri. Awas yup!
*untuk peringatan diri sendiri jugak. (yup, memang aku tengah emo. Grrrrrrr!!!)

Janji 6.45pg, pukul 8pg baru nak cari towel!
Orang call tak angkat pulak. Tidur mati ape?!
Grrrrr...!

Thursday 2 June 2011

Abang Shahir

Kisah abang Shahir a.k.a Ca'ir. Dia ni abang angkat aku. Tapi aku tak tahu lah dia ingat lagi ke tak yang aku ni adik angkat dia. Haha!

Ceritanya bermula masa aku form 4. Aku ni dulu peramah orangnya. Mana-mana lelaki aku tegur. Aku paling suka menyakat lelaki yg pemalu. Lagi dia malu, lagi rancak aku sakat. Nakal budak sekolah. Tapi nakal aku tak de lah sampai melampaui batas. Sekadar sakat mulut je, tak ada pegang-pegang.

Masa aku form 4, ramai abang-abang form 5 yg kacak-kacak. Abang aku sendiri pun form 5. Dia pengawas masa tu. Pelajar skema sekolah aku. Sebab tu ramai yg tak percaya yg kitorang adik beradik. Perangai jauh berbeza. =D

Dulu aku ada minat Syafiq a.k.a Along. Dia ni pandai menyanyi. Ada sekali tu dia nyanyi, sedap jugak suaranya. Ada band sendiri lagi. Tapi ramai betul peminat dia. So ramai lah pesaing aku. Haha. Dia ni ambik sama subjek dengan aku. Budak akaun. Lagi la aku suka.

Tapi dia ni jenis tak melayan perempuan. Bila aku pandang je, dia buat bodo. Sampai aku putus harapan dengan dia ni. Lastly aku pun malas nak terus minat dia. Lepas tu macam mana ntah aku kenal Syahir ni. Kitorang banyak borak dalam mesej. Bila jumpa depan-depan, buat macam biasa je. Syahir ni sama jugak. Dia 5 Akaun. Aku 4 Akaun. Bila tak paham, buat-buat tak paham, aku tanya la dia. Saja-saja nak merapatkan silaturahim. Haks~

Makin lama kenal dia, makin aku minat pulak. Cara dia caring sangat. Rasa macam bahagia jek. Cinta monyet! Tapi malangnya aku seorang je yg ada perasaan tu. Dia tak ada pun. Ni lah masalah aku, bila orang yg minat aku, aku tak minat dia. Bila aku minat orang tu, orang tu tak pandang aku. Parah! =.=

Aku banyak kali jugak bagi hint "kalau kita couple...". "Syahir suka ummi x?"..Apa ntah lagi. Dia tak ada respond pun. Hurm. Then aku pun mesej la, "kalau Ca'ir jadi abang angkat ummi boleh x?" lepas tu dia balas "ok". Yesss! Masa tu aku rasa happy sangat. Baru aku paham perasaan budak-budak yg happy bila aku terima diorang jadi adik angkat aku. Hehehe.. >_<

Lepas dia abis spm, aku form 5. Kitorang contact lagi. Dia dapat poli dekat Sabak Bernam. Masa aku masuk form 6 terus lost contact. Tapi sekarang ada la jugak contact sekali sekala. Masa aku buat fb, baru jumpa balik. Dia dah couple. Awek dia cun! Untunglah perempuan tu dapat pakwe caring. Aku nampak diorang bahagia je~

p/s : hope Ca'ir jemput aku bila diorang bersanding nanti. Jemput sebagai pengapit lagi elok. Leh la aku makan lauk pengantin! Haha.. =D

 Eh tersilap Shahir pulak..=D

Mior Cute..Afdzal Hensem!

Haa sambung balik menulis. Pagi tadi dah tak larat. Letak kepala kat bantal empuk, terus terlelap. Entri ni sambungan dari Tiqah. Kisah adik beradik angkat aku. Yg ni no 6 dengan 7. :)

Budak dua orang ni, aku kenal masa SMK Kesuma, form 6. Mior form 4. kira muda 2,3 tahun dari aku. Muka budak ni cute! Ala-ala actors Hong Kong. Bila tengok muka Mior ni, rasa sejuk je mata memandang. Tapi budak ni pemalu bukan main. Bila terserempak, dia mesti lari! Punyalah.

Aku sebagai senior kat sekolah baru aku tu, buat rileks je lah. Adik-adik nak meningkat remaja. Masih mencari2 identiti diri. Biasalah tu. Hee. Tak lama lepas tu aku dengar cerita dia minat dekat aku. Lah! ceritanya. Patut la selama ni lari-lari bila jumpa. Jantung berdegup kencang lah tu. Haha. =P

Aku cool je. Sebab taste aku bukan adik-adik. So tak de lah aku nak cover-cover cun bila jumpa dia. Selamba je. Disebabkan muka Mior ni cute, dia pun ramai peminat jugak. Adik-adik perempuan ramai yang usya dia ni. Ada jugak la adik gedik yg jeling kat aku sebab Mior asyik duk usya aku. Haha lawak! Aku balas jelingan tu dengan senyuman ikhlas. Aku paham perasaan budak tu. Jeles. Aku pun perempuan kan. ^_^"

Tak lama lepas tu, Mior mintak no. Aku bagi, sebab kenal kan. Dalam mesej bukan main rancak lagi budak ni. Cakap lancar je, tapi bila terserempak macam nampak hantu. Confirm lari. Bila sah jadi adik angkat aku, dia luahkan la perasaan dia. "sebenarnya Mior sukakan kak ummi". Dalam mesej, tak mungkin cakap berdepan. Huu. Aku dengan cool balas, "jadi adik beradik angkat kan lagi best, lagipun akak dah ada pakwe. Mior ni cute, nanti mesti dapat awek yg lagi ok!". Lepas tu dia balas "ok tak pelah". Selang 3 hari, kitorang lost contact. :)

Kisah Afdzal pulak lagi tragis. Budak ni form 1 masa aku form 6. Punyalah jauh jarak umur. Tapi Afdzal ni matang. Nama je form 1, tapi cara pemikiran dia sama macam budak form 5. Apa2 pun, umur tetap tak boleh diubah. Sematang mana pun budak tu, aku tetap tengok pada umur dia. Hik. Budak ni mix Melayu + Pakistan. So muka dia kira hensem la jugak. Nampak warak. Pengawas sekolah. Kelas pertama. Kira package lengkap. Ada karisma.

Ramai jugak la peminat budak Afdzal ni. Disebabkan dia ni pengawas, selalu la dia lalu lalang depan kelas aku. Apa motifnya pun aku tak tahu. Sebab baris kelas aku memang khas untuk budak form 6 je. Ada sekali tu hp aku bunyi, tengok no baru. So aku tanyalah "siapa ni?". Dia balas "secret admire". Ah malas aku nak layan. Lepas tu no tu call, aku pun angkat la. Borak punya borak, rupanya budak Afdzal ni punya no. Bila aku tanya mana dapat? Dia jawab "dapat dari kawan akak". "Siapa?". "Rahsia".

Hek eleh budak ni. Pandai pulak dia cari no aku senyap-senyap kan. Tak pe lah. Perangai dia ni memang berlawanan la dengan perangai Mior, bila terserempak, dia mesti tegur, "Hye kak". "Assalamualaikum kak ummi". "Akak nak pergi mana?". "Sihat kak?". Peramah betul dia ni. Aku pulak yg naik segan nak jumpa dia. Huu. Kadang2 tu aku tak nampak dia, dengar suara je. Bila toleh, oh dia belakang aku rupanya. Tak perasan. Betapa peramahnya kan. Huhu.

"Akak jadi akak angkat saya boleh?". Hurm. Bila aku tanya "kenapa pilih akak?kan ramai lagi akak2 form 6 kat sini. Kak ayun, Kak syima, Kak mira". "Sebab akak cute, kecik2 comel je". Pergh. Bosan aku bila orang balas macam ni. Memanglah bersyukur bila ada orang puji. Puji ciptaan Ilahi. Tapi aku paling tak suka orang nak berkawan dengan aku, nak jadi adik angkat sebab rupa paras. Habis kalau aku accident muka dah teruk. Badan dah remuk. Bukanlah minta, tapi pikir masa depan. Kalau orang berkawan dengan niat macam tu, bila aku dah hilang kesempurnaan wajah, siapa lagi yg akan ada di sisi aku? Hurm.

Tapi aku terima jugak la. Afdzal ni selalu contact aku. Caring jugak. Dia cari fb aku. cari no baru aku. sebab aku dah tukar no. Mana dia dapat ntah. Banyak betul sumber dia kan. Layankan je lah~

p/s : ada jugak lagi sorang budak form 5, Razi. Dia pun nak jadikan aku akak angkat dia. Tapi dia cakap macam tu lepas aku tolak ajakan couple dia. "Kalau kita jadi adik beradik angkat, kira up sikit la dari pangkat kawan". Macam tu pulak alasan dia. Hurm. Susah aku nak terima adik angkat yg berfikiran macam tu. =.= (aku suka panggil diorang ni budak, sebab umur bawah aku. budak-budak. haks =D)

Louis Koo (macam muka Mior)
Cute kan?
Aku minat betul dekat LK ni! ^_^

Zila Tomboy~

Siapa Zila? Ini la adik angkat aku yang ke-5. Sebenarnya Zila ni sepupu best friend aku, Syima.

Masa kecik2 dulu, family Zila selalu datang rumah Syima. Bila diorang datang, kadang2 ktorang main sama2. Biasa la budak-budak kan, main tak memilih orang. Yg penting, happy, fun, enjoy! Kitorang kenal dah lama, tapi Zila jadi adik angkat aku masa aku form berapa ntah. Tak ingat, tapi masa tu aku sekolah Engku Husain lagi. :)

Gaya Zila ni pulak lain dari yg lain. Kalau Tiqah guna surat, Kila, Hafiz & Badrul guna mesej, dia cakap depan-depan. Gentle kan. Masa tu aku ingat lagi. Mak aku dengan mak  Syima, makcik Midah pergi kenduri kawin. Jadi Syima dengan Zila datang rumah aku, main-main. Tengah syok main-main tu, tiba-tiba Zila bisik dekat Syima, aku ingatkan kenapa. Nak mengata aku pun jangan lah bisik depan mata aku. Aihhh. Adik yg mak Syima bela ni merengek pulak tiba2. So si Zila ni pergi la keluar, nak hantar budak tu dekat makcik Midah.

Aku pun ok la. Lepas tu Syima cakap "Alang nak tau tak apa yang Zila bisik tadi?". Orang dah offer nak bagitau, aku pun apa lagi, "nak3, apa dia?" Muka gembira je sebab dapat kongsi rahsia bisikan tu. Huhu. "Zila cakap nak jadikan Alang akak angkat dia, boleh x?". Glurpp! Bukan la nervous nak jawab, cuma tak sangka itu yg dibisik. Demi tak nak mengecewakan seorang lagi adik, aku terima..:)

Zila duk rumah Syima seminggu. Dalam seminggu tu, setiap hari, lepas Maghrib dia datang lepak rumah aku. Mula2 aku ok lagi. Dah 4 hari, mak aku bising. "Apa Zila tu nak, hari2 datang rumah?". Sebrutal-brutal aku kat sekolah pun, aku tak pernah lepak kat luar malam2. Selalu dalam rumah je. Abah aku dah ajar dari kecik lagi. "Saja borak2". Tu je mampu aku jawab. Nak suruh dia balik, macam menghalau pulak. Cuma mengharap dia paham je la. Tapi malangnya dia tak paham. Huu~

Satu hari tu, aku, Zila, Syima, dengan Ain keluar g Kajang. Tempat lepak remaja masa zaman aku dulu. Pusing-pusing Metro, kitorang naik tingkat atas sekali. Tengah jalan-jalan tu, Zila panggil aku. "Lang, pilih la gelang. Kita belanja". Eh budak ni? "Tak pe la, bazir je". Aku mana suka pakai gelang2 ni sume. "Tak pe pilih la, nanti kita pakai sama-sama". Hurm aku tak pilih pun. "Yang ni ok x? Alang ambik yg ni, kita ambik yg ni eh?". Aku pun setuju je la. Masa Zila nak balik rumah tu, dia pesan "Lang, pakai gelang ni au. Nanti ingat kat kita". "Iyolah~" ringkas je jawab..:)

Hujung tahun, cuti sekolah. Family zila datang rumah Syima. "Lang, nape tak pakai gelang?". Aduh, lupa la pulak. "Ada dekat atas". "G la amik pakai, tengok kita pakai ni". Rumah aku teres dua tingkat, malas pulak nak ambik masa tu. Aku cakap "nanti-nanti je lah". Terus dia diam. Kecik hati ke budak ni? Hurm..

Esok datang lepak lagi. Jarak masa aku terima dia jadi adik angkat, dengan jumpa balik ni tak adalah lama sangat. Tapi dia dah banyak berubah. Cakap dah mula melalut. Aku cakap benda biasa, tapi dia pikir double meaning. Paling teruk bila dia dah ada awek! Awek dia siap mesej aku, suruh aku tinggalkan Zila. Diam-diam aku, melawan jugak bila dicabar. Aku sound la balik. Lepas tu terus aku tak contact Zila. Syima cakap dia serba salah. Tapi nak buat macam mana. Aku pun tak tau la kekal lagi ke tak dengan awek dia tu. Hope tak lah. Supaya tak menyimpang dari landasan iman.

p/s : hope dia normal macam perempuan lain..

 Amani (Gambar Hiasan) :)

Hafizuddin Manja vs Badrul Brutal..

Haa..Tajuk macam dua lelaki bergaduh kan. Hehe. Aku nak sambung cerita pasal adik angkat aku je. Kali ni, adik angkat ke-3 dengan ke-4 pulak. Hafizuddin dengan Badrul. Diorang ni sebaya dengan adik aku, Alin kocik. Satu kelas lagi. Macam2 perangai. =D

Mula2 aku kenal hafiz ni. Aku tak berapa ingat macam mana kitorang kenal. Yang pasti, dia nk try tackle adik aku. Tapi aku tak bagi la adik aku couple dengan dia. Dari segi luaran memang nampak macho, tapi dalaman manja yg amat! Sikit2 nak merajuk. Cakap silap sikit nak merajuk. Perangai dia pulak, bila merajuk, off hp. Aku ni mulut main lepas, tak bertapis. Selalu la budak tu makan hati berulam jantung. Bila dia merajuk, aku mesej la kata "sorry". Tunggu lama tak balas, buat miss called, rupanya hp dah off. Haa lantak ko lah. Aku paling lemah bab memujuk! Bila dia dah ok, pandai pulak dia mesej aku.

Sebab tu lah aku tak bagi adik aku ni couple dengan dia dulu. Kalau couple, derita adik aku tu kot. Huhu. Ada satu hari tu, geng2 aku dapat kesedaran sikit. Nak spm kan, jadi kitorang buat study group. Buat kat kantin je. Punya la ego tak nak masuk library. Bagi aku, library untuk budak skema jek. Betapa prejudis nya! Huu~

Budak hafiz ni ntah tunggu siapa, aku tengok dia sorang2, aku pun tegur la. Nak borak2. Boleh pulak dia pandang tempat lain, cakap ye, a'ah, hehe. Pastu dahi asyik berpeluh je. Tak paham dengan perangai dia. tak lama lepas tu aku blah. Nervous apa budak tu nak borak dengan aku?

Adik angkat yg keempat aku ni pulak, Badrul. Aku mesej2 dengan dia lepas aku habis form 5. Sekali dua la terserempak, tapi tak pernah bertegur. Sekadar senyum je. Kenapa aku kata dia ni Badrul Brutal?Sebab dia ni suka merempit. Sekali accident tak boleh bergerak berapa bulan ntah. Punya parah. Selamat umur panjang. Masa kitorang sah jadi adik beradik angkat ni, dia punya lah happy. Sampai sekarang aku tak paham, apa yang happy sangat bila jadi adik beradik angkat ni? Hurm. Buntu2.

Hari tu aku dengar cerita dia dapat kerja dekat tempat kawan ayah dia. Asyik kata bosan, bosan, bosan. Pelik. Masa kerja pun boleh bosan? Bila tanya buat kerja apa, dia jawab duduk office tunggu panggilan dari pelanggan. Memang la bosan sikit, jadi aku sarankan dia baca la buku2, buat tambah ilmu. Tak makan nasihat pulak tu.

Badrul ni sekampung dengan ex aku. Bila aku bagitau Badrul yg aku couple dengan Joe, dia macam tak percaya. Bila aku cakap dengan Joe, Bad tu adik angkat aku, Joe tak bagi aku contact Bad. Aihhh macam2 perangai. Padahal diorang tu sekampung. Patutnya suka la bila dah saling mengenali. :)

p/s : Kisah budak dua orang ni tak panjang sangat. Sebab tu aku gabungkan sekali. Yg sama perangai diorang ni, segan-segan bila jumpa aku. Pemalu la sangat~

 Kalaulah terjatuh. Kan parah. Bahaya!

Kila Kecik!

Sedap tak sebut nama Kila Kecik? Hehe. Yang ni adik angkat aku yg kedua.

Kisah kitorang ni tak da la semisteri macam kisah Tiqah. Huu. Kila dengan Tiqah ni sebaya. Tapi aku kenal Kila masa aku form 5. Senior kat sekolah time tu. Muka kerek, jalan kengkang jek. Haha! Kila ni junior aku, sama uniform. Sebab aku senior, up sikit la. Aku renjer puteri, dia pandu puteri. Ada beza tau. Hehe.

Tapi junior2 pun, diorang join camping sama dengan aku. Tidur satu khemah lagi. Budak-budak remaja sekolah ni biasalah, bila dengan geng, jalan mendongak. Kepak terbukak jek. Tapi bila sorang2, mengalahkan budak skema. Serupa macam adik yg baru daftar nak masuk tadika. Huh. Masa tu budak batch aku tak nak join camping. Aku sbg s/u, paksarela jek join. Yg lain semua junior. Nak control diorang satu hal, nak control budak sekolah lain pun satu hal. Selamat la semuanya tak ada yg kepala batu. Dengar cakap + berdisplin. Fuhhh!

Lepas dari camping tu ok la. Satu hari tu, adik aku tanya "Lang, kila nak no ko". Eh? "Pesal dia mintak kat ko lak?". Kebetulan adik aku ni pun pandu puteri jugak. Masa perjumpaan tadi diorang jumpa. Hehe. Aku ponteng perjumpaan tu. Asyik perjumpaan je. Tapi tak ada buat apa2. Baik aku cabut balik rumah. Cepat balik, cepat sampai rumah, cepatlah aku rehatkan diri. Haha. "ko bagi je la," aku cakap kat Alin kocik. Esok tu Kila mesej. Aku pun balas la.

Mesej punya mesej. "kak ummi, boleh tak kila jadikan kak ummi akak angkat kila?". Aih sudah. Sorang lagi. Layankan je la "hehehe serius ke? kak ummi ok je". Ayat susun cantik je. Jaga hati adik2. Haks. Lepas tu lagi rancak pulak kitorang mesej. Masa tu aku jenis hp sentiasa di tangan. Al maklum lah baru pakai hp. Pagi habis kredit, petang pergi top up. Padahal duit bukan ada pun masa tu. Aku pun tak ingat mana aku dapat sumber duit top up tu. Haha.

Dalam mesej mesra. Bila depan2, aku ni serius sikit. Ego tinggi kan. Huu~ Ada sekali tu, kitorang terserempak. Aku nak balik sekolah, Kila baru datang sekolah. Dia punya excited nampak aku kot, terus datang peluk aku! Wahhh pelukan dia punya kuat. Jenis tulang tough ni. Aku dah la tak suka peluk2 ni. Kawan2 aku tengok lagi. Lagi aku benci bila tudung aku renyuk. Aisyh. Jatuh la saham depan laki2 kacak =.=

Perangai pelik si Kila ni, bila dia mesej aku sibuk tanya pasal adik aku, Alin kocik tu. Bila dia mesej adik aku, sibuk tanya pasal aku pulak. Hurm. Kila ni manja orangnya. Byak jugak aku tahu pasal kisah hidup dia. Share problem.

p/s : masa aku sem 3 lepas, aku dapat tahu Kila masuk form 6. Rupanya sama kelas dengan Tiqah. Elok la diorang tu. Sama2 belajar satu kelas. :)

Adik Tiqah~

Aisyh tiba-tiba pulak terpikir pasal adik beradik angkat aku. Zazzz..! Tiba-tiba terlintas. :)

Dulu, aku ni kira famous jugak la kat sekolah. Lagi pulak di kalangan budak2 sebaya adik aku. Diorang minat betul kat aku. Apa yg diorang minat sangat pun aku tak tau la. HAHA..=P

Seingat aku, aku ada 7 adik angkat dan 1 abang angkat. Tak ramai? Hurm. Tak kisah la. Mungkin korang lagi ramai adik beradik angkat kan. Hehe. Aku nak cerita kisah macam mana kami termeterai gelaran angkat-angkat ni. Setiap dari diorang ada kisah yg berbeza. ^_^

Mula-mula aku cerita pasal Tiqah yup..:)

First yg menjadi adik angkat aku, Athirah Atiqah @ Atiqah Athirah. Kenapa ada @ tu? Sebab sampai sekarang aku confius apa nama sebenar dia. Huu~. Masa ni aku form 4. Masa zaman budak-budak sebaya aku, pakai meja kayu. Yang ada laci meja. Aku ni jenis murid yg paling malas bawak buku teks bagai. Berat! Jadi laci meja aku sentiasa lapang.

Lagi satu perangai aku ni, suka conteng meja. Benda yg selalu aku tulis, nama aku dengan kawan baik aku, Dianna. Lepas tu aku buat love. Betapa kami ni saling menyayangi. Sayang sahabat! Sekolah aku pulak ada 2 sesi. Pagi dengan petang. Sebab murid dekat sekolah tu ada seribu lebih! Murid teramai di Hulu Langat. SMK Engku Husain.

Nak dijadikan cerita, adik angkat aku ni tulis surat. Surat tu masuk dalam laci meja. Disebabkan meja aku tu sentiasa lapang, jadi bila ada kertas, aku akan ambik buang. Tapi sebab ada tulisan dia tu, "boleh saya tahu siapa yg duduk di meja ini? Lelaki / perempuan?". Aku ingat lagi mukadimah surat tu. Sesi petang yg duduk kelas tu budak form 2. Adik2 sangat. Tapi aku teruja jugak la nak balas surat tu. Haha! Dah lama2 kami berbalas surat, dia tulis "boleh tak kita jadi adik beradik angkat?". Hurm. Time ni lama betul aku pkir. Tak pernah aku ada adik angkat selama ni. Lagipun aku memang dah sedia ada adik kandung. Aku tak tau betul apa fungsi adik2 angkat time tu. Zero! Kawan aku cakap, "terima je lah, Lang". Lastly, aku terima jugak la. Esoknya dia balas, punya la ayat gembira + bahagia. Pelik aku. Huhuhu.

Kitorang tak pernah jumpa pun. Cuma balas surat tu je lah. Bila dah abis satu muka surat kertas tu, dia la yg offer kertas. Kertas lama tu aku tak tahu mana perginya. Dia simpan buat pekasam kot. Haks. Ada sekali tu, dia tulis punya panjang. Ayat tu aku tak ingat, cuma yang aku ingat, aku tetap tulis selit-selit dalam kertas yg sama. Sebab aku tak nak guna kertas aku. Bazir! Hahaha gila kedekut aku time tu.. =P

Abis form 4, kitorang dah tak contact. Sebab tak sama kelas lagi. Lagi pulak time tu aku tak pakai hp lagi. Kawan2 lain dah pakai hp, aku tak de. Sian kan. Huhu. Masa form 5 macam biasa. Mungkin kitorang pernah terserempak, tapi sebab tak pernah tengok muka. Jadi masing2 buat bodo je la.

Masa keluar result spm, result aku agak gempak la. Bagi aku sendiri. Orang lain rasa result tu cikai je. Tapi itu je daya aku. Bangga dengan diri aku sendiri. Dengan result tu, aku apply upu. Semua kena tolak. Huk. Tak lah kecewa sangat sebab aku tak excited langsung nak masuk u. Dalam fikiran budak2 aku, aku nak kerja cari duit. Kumpul banyak2 dan kawin. Sempit betul fikiran aku time tu. Aku cakap dengan abah "tak pe la bah, biar akak kerja je". Mungkin abah aku ingat aku frust tak dapat u. Abah aku pun usaha la nak suh aku sambung belajar. Satu hari tu, ayah aku bawak balik satu kertas. Tawaran kemasukan tingkatan 6. Siap print berwarna lagi. Abah aku minta tolong kawan dia check kan nama aku. Gila terharu masa tu. Rasa nak menangis je. Tapi keegoaanku menghalang titisan air mata dari mengalir. Cehhh!

Lepas dah daftar bagai, masa lower 6 tak ada benda sangat. Masa upper 6, ada seorang budak perempuan ni bagi surat minta nombor telefon. Haha. Lawak kan? Perempuan minta nombor aku, tapi guna surat. Malu kot time tu. Member2 aku ramai yang kepala gila2. Boleh pulak diorang cakap "habis la ko mie".."ko hati2 sikit mie, budak2 sekarang ramai yg dah rosak".."peminat misteri"..apa lagi ntah. Aku diam tak terkata. Tak tau nak gelak ke apa. Aku tak la bagi nombor aku. Seram time tu! Lagi satu surat datang, "akak ummi, boleh tak kita jumpa dekat bus stop lepas habis sekolah?". Haa. Surat kali ni datang senyap2 je. Siap sebut nama aku pulak tuh. Aku baca, lepas tu terus buang. Gedebummm masuk tong sampah. Aku pergi sekolah naik motor. Jalan ke parking motor tu menyimpang dari bus stop. Kalau sama jalan pun, aku tak kan pergi. Hehe..

Tapi aku ni jek yang pikir bukan2. Ditambah pulak hasutan kawan-kawan. Budak yg dok hantar surat selama ni, budak si Athirah Atiqah @ Atiqah Athirah ni. Dia pun dah pindah sekolah. Dekat SMK Bandar Tasik Kesuma. Aduhai! Bikin cuak jah. Bila selidik2 macam mana kenal aku sebab tak pernah tengok muka, dia cakap "sebab masa akak berucap kat perhimpunan hari tu, cikgu panggil nama akak Ummi Ikhlas. Tiqah tanya kak ima, dia cakap akak sekolah Engku Husain dulu, 4 Akaun. Tu yg tiqah ajak jumpa, nak confirmkan". Lepas dengar penerangan dia yg panjang lebar tu, aku rasa nak tergelak jek. Tak sangka jumpa balik. Kecilnya dunia..:)

p/s : Tiqah ni cerdik orangnya. Kitorang dah lost contact. Hope kalau dia berjaya n terkenal, dia ingat lagi dekat akak angkat dia ni. Haha!

Wednesday 1 June 2011

Top up Maxis

Teetttt tettt..Teettt tettt..
2 orang kawan dah mesej aku ni. Hurm kredit tak de pulak.
Kalau tak balas, nanti diorang ingat aku sombong pulak.
Dah ler masing2 berjauhan sekarang.

"Mak, abah mana?" aku tanya. "Abah pergi rumah tok long siang daging, nape?" Emak dah mula heran.
"Nak top up ni". "Laa, tadi tak pesan awal2". Hurm. Terpaksa lah aku pergi kedai beli top up sendiri.

Kedai tak lah jauh sangat, tapi aku malas nak pergi. Nanti mamat2 kampung duk melepak dekat kantin sekolah. Segan la aku sorang2. Hukhuk..=P

Dah pukul 5 ni. Tiba-Tiba! "Akak g mandi, jap lagi teman mak hantar pisang dekat rumah mak ngah Yati". Yesss! Terus aku cakap "nanti mak teman akak beli top up eh?". Haha. jangan lepaskan peluang. "Nak g kol bape mak?". "Akak g la mandi dulu, mak nak solat jap".

Yeahaa~~
Baik aku pergi mandi cepat. Kang tak pasal2 kena bebel.
Dah ler tadi aku x masuk dapur langsung, Makan je tau. Hahaha.. >_<

p/s : kalau ada peluang, jangan lepaskan. hihihi.. ^_^"

Pensil - 2008

Aku baru lepas tengok cerita Pensil. Filem ni diterbitkan tahun 2008, tapi aku baru tengok. Agak ketinggalan la. Huu~

Komen pertama aku pasal cerita ni, cerita ni berjaya buat aku menangis! Memang aku nangis jek. Kejap gelak, kejap nangis. Sama macam aku tengok cerita Aku Tak Bodoh.

Pengajaran dengan nilai murni dalam filem ni banyak. Tapi yang utama, janganlah kita menghina, memperalatkan, dan merendahkan orang yang kurang upaya dari segi mental dan fizikal. Setiap manusia adalah ciptaan Allah. Sekiranya kita menghina atau merendahkan kelemahan seseorang, itu samalah seperti kita tidak bersyukur dengan apa yg kita ada.

Setiap manusia juga diberi kekuatan dan kelebihan. Jadi setiap dari kita boleh berjaya jika kita tahu caranya. Usaha tangga kejayaan!

 Badrul

p/s : kalau ada sambungan filem Pensil ni, aku nak tengok. Hope pengarah filem ni buat sambungannya, buat liku2 hidup Badrul di KL untuk berjaya. Mesti ramai jugak yg nak tengok nanti..~

Kerja Kilang?

Hyep. Tadi masa makan malam, abah tanya, "kalau kerja kilang dekat sini boleh?". Hurm. Aku jawab lambat2 je. Bukan aku pandang rendah dekat kerja kilang ni, cuma aku teringin sangat nak kerja dekat bandar. Jujur cakap, tak berkembang otak duk kat kg ni. Banyak yg kurang dari lebih.

"Jauh ke kilang tu?" mak tanya. "Dia ada van pergi hantar dengan balik". Aku tak jawab lagi. Masih berfikir. Agak lama jugak la. Pastu aku jawab, "lau cam tu okey la.. Confirm dapat keje ke?" jawab macam nak tak nak je. Huu~ "Belum confirm lg". Fuhhh! Jawapan abah ni kira bagi harapan lagi la kat aku tok try keje kat bandar. Hikhikhik.. >_<

Baiknya lau keje kat kilang tu, dekat dengan mak abah. Makan minum tak ada masalah. Ditanggung sepenuhnya! Tak payah nak keluar duit bayar sewa rumah. Cuma pengalaman tok berdikari tak de. Gaji pun mungkin banyak beza.

p/s : Macam mane nak beli kamera lau gaji ciput..? =.=