Friday 23 September 2011

Betapa Nikmatnya Tersenyum Selepas Melepasi Saat Duka

Lumrah orang hidup di dunia.
Suka duka, riang ria datang silih berganti.
Untungnya seseorang itu bila dia sentiasa berbahagia.
Namun ruginya kerna dia tidak merasa nikmat berduka.

Duka hati dan rasa yang datang bukan di minta.
Tetapi kita harus menerimanya.
Terima dengan hati redha. Hadapi dengan jiwa syukur.
Saat ujian menimpa kita, lafazkanlah kata syukur.
Kerana ujian itu bermakna Allah mengingati kita.
Allah sayangkan kita. Allah tak pernah mengabaikan kita.

Segala rasa yang wujud dalam diri kita adalah anugerah dari Allah.
Dia ingin melihat sejauh mana hamba-hambaNya belajar untuk bersyukur.
Dia mahu mengajar kita dalam diam.
Tanpa sedar kita belajar.
Ditanamkan rasa kental dalam jiwa, untuk tempuhi segala dugaan.
Kadang kala kita sendiri tidak sedar akan kelebihan yg kita peroleh.
Kerana itu Allah menguji.
Terima kasih ya Allah.

Selepas segala pahit maung duka derita lara berjaya ditempuhi.
Pasti bening dingin mengalir deras di pipi insan diuji.
Bukan tangis kecewa yg dihamburkan, tapi tangisan gembira tanda kesyukuran.
Alhamdulillah.
Akhirnya senyum manis terpancar di wajah.
Betapa manis dilihat dari jauh.

Tabahlah wahai insan, saat dirimu diuji.
Kentallah wahai kawan, bila dirimu dibenci.
Cekallah wahai hati, tika jasadmu disakiti.

Ak hanya berserah pada Ilahi.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang.

p/s : Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. :')

4 comments:

wunny said...

ALLAH x akan menguji dilua kemampuan hambanya.
be strong:)

Unknown said...

yup. betul3. thanks! :)

Falling . said...

betol.. stuju~

Unknown said...

^_^
nikmat kan hidup di dunia. :)

Post a Comment