Monday 30 May 2011

Kawan adalah Segalanya Selepas Keluarga..:)

Hyep. Sekarang dah musim cuti semester. Dah seminggu tak jumpa kawan2 u. Walaupun seminggu, tapi rasa macam sebulan dah. Terasa lama. Sebab bosan duk umah kot. Huu~

Bagi aku, hidup tanpa kawan umpama ilmu tanpa iman. Hidup memang boleh hidup. Tapi nikmat hidup tiada. Mengapa begitu? Kerana lumrah manusia yg perlukan kehidupan sosial. Seharian berkomunikasi, bertukar pendapat, melaksanakan tindakan, dan lain2. Tanpa kawan2 disekeliling, hidup tiada makna. Mungkin ada orang kata kawan itu tak sepenting kekasih! Bagi aku, itu hanyalah pendapat orang2 yg sombong, bongkak, dan angkuh. Tengoklah bila diorang putus, tak lain tak bukan, kawan yg akan dicari. Buat tempat luahan perasaan. Tiada manusia yg mampu hidup dengan hanya memendam perasaan. Kalau ada, rugilah masa depan mereka sebab risiko untuk menjadi gila adalah tinggi. Bahaya. Parah.

Aku ada ramai kawan. Macam2 perangai ada. Tapi aku terima semuanya. Sebab diorang adalah kawan2 aku. Sekali aku berkawan, selamanya dia kawan aku. Aku sayang kawan2 aku. Tapi jujurnya, aku tak akan mengaku depan2 diorang la yg aku sayangkan diorang. Punya ego aku ni. Huhuhu.

Sekarang, aku dah buat silap dekat seorang kawan ni. Amanah yg diberi merupakan tanggungjawab yg sangat besar. Dan kesilapan seminit yg aku lakukan, dah membuatkan penyesalan yg berpanjangan. Walaupun aku berusaha, tapi aku tau takkan berjaya. Bukan bermaksud nak berputus asa, tapi ...

Google search : Sebenarnya ramai yg alami masalah seperti aku ni. Tak sangka. =.=

p/s : selagi ada masa, aku akan terus mencuba. Hope semuanya jadi seperti sediakala.
Bantu hambaMu Ya Allah. Berilah aku kekuatan hati n jiwa. Semoga ketenangan itu akan membuatkan aku tenang berfikir dalam usaha merungkai segalanya. (Berdoa sepenuh harapan).

0 comments:

Post a Comment