Sunday 22 May 2011

Dugaan itu Satu Keindahan

Dugaan itu satu ujian
Datang dari Maha Pencipta
Diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa..

Dugaan yang hadir menimpa
Kadangkala mengugat perasaan kita
Hingga mengalir air mata duka
Termenung sejenak memikirkannya
Tersenyum dalam keadaan hiba
Menangis saat bergurau senda..

Dugaan datang tanpa menyapa
Segalanya terjadi sekelip mata
Tak dapat dihalang, tak dapat dijangka
Tak dapat diungkap dengan kata-kata
Hanya riak wajah menggambarkan segalanya..

Dugaan itu bukanlah satu ancaman
Tetapi merupakan satu pengajaran
Mendidik kita dalam mematangkan fikiran
Membimbing diri memantapkan iman
Mendekatkan diri kepada Tuhan..
Bersendirian mengamati kekhilafan
Bertaubat penuh keinsafan..

Saat dugaan datang menjengah
Jangan bersedih wahai muslimah
Hadapilah ia dengan tabah
Berusaha kita menyusun langkah
Bertekad kita tidak menyerah
 Dan berfikirlah
Bahawa dugaan itu sangat indah..

Hidup tanpa dugaan
Pasti lebih menggusarkan fikiran
Lebih menggangu perasaan
Kerana dugaan adalah ujian
Iaitu peringatan dari Tuhan
Tanda bahawa kita tidak dilupakan..

p/s : Setiap manusia pasti teruji, hanya cara dan jalan penyelesaian yg diambil oleh individu membezakan tahap fikiran, kematangan, dan keimanan..
Jangan pernah mengalah sebelum kalah..!
^_^

Hasil Nukilan Asli Dari : Mia Lydia.

0 comments:

Post a Comment