Monday 22 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari raya korban dah nak tiba. Apa persiapan korang?
Eh, dah macam tulis kad raya masa zaman-zaman sekolah rendah dulu la pulak. HAHA :D


Malam ni, 22 Oktober 2012, tepat jam 9.00 pm, di Stesen Bas, Changlun, aku akan bergerak pulang ke kampung halaman, Selandar, Melaka. Semoga Bas Intercity membawaku pulang dengan selamat. Aamiin :)


Untuk kali ini, kali terakhir aku akan menaiki bas pada cuti pertengahan semester sebagai seorang mahasiswi UUM. Final sem student la katakan. Ek eh, terberlagak pulak. Maap! :p


Sebelum aku offline, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita mendapat keberkatan daripada hari-hari yang mulia ini. ^_^


Gambar Hari Raya Aidilfitri 2012
Salam dari kami sekeluarga. (n_n)

p/s : Kepada sesiapa yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, saya ucapkan selamat sampai ke destinasi. "Biar lambat, asal selamat!" 

... dan kepada sesiapa yang tidak pulang kerana tuntutan kerjaya, call-call lah parents korang dekat kampung tu. Pasti itu sudah cukup untuk membuat hati mereka bahagia. insyaAllah. :')  

0 comments:

Post a Comment