Friday 26 August 2011

Syok Jalan2 Tadi..^_^

Salam sumer!
Pagi tadi kampung ak dah tumbangkan dua ekor lembu.
Petang ni ak satu family pergi buka puasa dekat masjid. Makan free~
Pe citer dengan kawasan kediaman korang pulak? :)

Bukan itu yg aku nak cerita sebenarnya.
Seawal jam 8.30 pagi tadi, ak, mak n adik dah siap-siap nak keluar rumah.
Mak ak ada appointment dengan Dr. hari ni.
Ak pun drive la ke Hospital Jasin.
Tak lama lepas tu, settle satu urusan.

Kereta dipandu menghala ke Melaka Sentral pulak.
Nak pergi beli tiket bas untuk ak balik ke bumi Sintok.
Sebelum2 ni ak tahu jalan dari Selandar ke MC je.
Tapi hari ni, ak kena cross dari Jasin ke MC.
Nak xnak, redah je la.
Sempat jugak lah bukak google maps sebelum pergi. uhu~

So, dari Hospital Jasin ak turun menghala Kersang then ikut Taman Maju.
Menghala ke Bemban lepas tu ape ntah lagi.
Selamat jugak adik ak ikut sekali. dia tau sikit2 selok belok Melaka.
Ak punya ilmu pasal jalan Melaka memang zero!
Masuk punya masuk, akhirnya sampai ke MC.
Ak ingat nak naik bas Pnacaran Matahari, sebab itu je satu2nya bas dari MC terus ke UUM.
Tapi kaunter tutup pulak. Terpaksa la ak pergi kaunter bas AB Ekspress.
Selamat tiket ade kosong lagi. Alhamdulillah~

Okay, sekarang ak nak cari tudung pulak.
Dah jumpa!
Cari tudung adik ak pulak.
Dah jumpa!
Adik ak nak cari beg.
Last2 ak pun beli sekali.
Aih..~
Bila duit ada dalam tangan, memang abis lah! =.='

Then kitorang cari barang-barang mak ak pulak.
Mula2 cari muruku, keropok2. buat makanan raya nanti.
Tahun ni kitorang tak buat kuih raya langsung.
Semua kuih tunjuk je. So, tak berapa nak rasa kedatangan Syawal.
Ada la beli 2 macam. Lagi 3 macam dah order dekat orang kampung.

Destinasi seterusnya..
Mak ak nak cari balang nak letak segala macam kuih tunjuk tu.
So, ak decide nak pergi ke Cowboy! Barang2 kat situ memang murah!
Harga borong~
Tapi ak x tau jalan nak ke Cowboy tu.
Hanya berpandukan signboard, kitorang nekad.
Mula2 memang signboard Cowboy terpampang depan mata.
Tapi lama2 signboard tu semakin hilang.
Oh no~

Terpaksalah kitorang terjah je jalan tu.
Sampai satu simpang traffic light, kitorang pening.
Nak terus or belok kanan?
Selamat la lampu merah. ade masa nak berfikir.
At last, ak memutarkan stereng ke kanan~
Jalan punya jalan, sampai roundabout.

"Haa lin, nak ikut mane?" ak tanya adik ak.
"Masuk kanan kot," ada nada keraguan di situ.
Ceh, macam cerpen la pulak!
Senang citer, kitorang dah pusing kesemua hala roundabout tu, tapi x jumpa2 jugak.
Lastly, kitorang tanya orang.
Sebenarnya dari simpang traffic light tadi tu, kitorang kena terus.
5 minit lepas tu terus jumpa Cowboy!
Grrr..
Geram jugak tapi x pe la.
Pengalaman~
Bak kata adik ak, "kesilapan ini takkan berulang!" ehe..

Beli la sebarang dua barang.
Okay balik rumah ^_^
Sampai kedai Yap depan masjid.
Mak nak beli barang, tapi barang tak ade pulak.
Terpaksalah patah balik ke Selandar, pergi Pasar Mini Lai.
Haa..baru betul2 balik.

Dah masuk Lorong Chembong, mak ak suruh benti kat rumah Nek Teh.
Kuih yang order hari tu dah siap.
Sampai depan rumah dia ak pun parking la kete kat situ.
Tup2 ade anak teruna Nek Teh.
Bekas bakal suami ak. =D
Tiba2 lak jantung ak berdegup~
Tapi ak buat bodoh je la.
Dia nak pergi kerja. Baru lepas solat jumaat kot.

Tak jauh dari rumah Nek Teh, sampai la rumah ak.
Jarak sekangkang kera je pun.
Dalam kereta, ak tanya mak ak, "berapa umurnya tu?"
"Nak masuk 30 tahun dah"
Erk! Terkezut ak dengar~
Bukan apa, cerita 2,3 tahun lepas, masa mula2 ak menjejakkan kaki kat Melaka ni,
mak ak kata dia nak masuk merisik. Tapi mak ayah ak suruh belaja dulu.
Memang tak da jodoh ngan dia kot sebab tak lama lepas tu ak dapat masuk UUM.

p/s : tak lama lagi dia dah nak bertunang. hope mereka bahagia!
Hello~
Macam lari je dari title kat atas tu. Hurm ontah lah. Ak memang suke merepek!
Sebab merepek tu syok~
Syok tu.. Syok jalan2 tadi! *saja nak kaitkan dengan tajuk >_<

0 comments:

Post a Comment