Monday 12 March 2012

Perjumpaan Adhoc Anak Melaka

Perjumpaan Adhoc Anak Melaka? Post yang ak baca dari kawan senegeri ak, hari Khamis lepas. Mula-mula ak pikir-pikir jugak. Nak pergi ke tak? Ak mana la ada kawan kat adhoc ni. Malaslah nak pergi!

# Malam Jumaat lepas, kawan ak ni chat dekat fb ajak datang. "Jom r join beb, meriahkan suasana!". Ayat pujuk biasa la tu. Padahal ak ni jenis pendiam je pun. Tak ada ak pun, benda boleh jalan. Ok nanti ak pikirkan. Malasnya nak pergi ~~ Ok muktamad tak pergi. Huh!

Kebetulan hari Ahad terjumpa pulak 'senior' ak dalam bas (student dip), "Ummi tau tak malam esok de perjumpaan adhoc Melaka? Kita pergi nak?". "Nak pergi ke?" malas-malas je ak nak jawab. (macam buat cerpen la pulak!) Atas pujuk rayu (tak ada pun) akak tu, ak pun OK la kak~ =.=
Lepas balik tu baru ak tersedar yg ak ada kawan rupanya dalam adhoc anak Melaka. Sepekan lagi. Pelupa jugak ak ni. (dah 3 tahun ak ulang alik naik bas sorang-sorang, sebab tu terlupa gaknya)

Malam ni, hari yg dinanti (sangatlah) telah tiba. Jantung ak berdegup kencang. Dup dap dup dap. Erk!!

Ok serius. -..-
Pukul 8 tadi ak mesej akak tu, tanya betul ke nak pergi? Dia cakap betul la. Dia memang dah kat pkp sekarang tengah discussion. Perjumpaan tu mula pukul 8.45 malam dekat Pusat Kegiatan Pelajar (pkp) Baru. Dengan bermalas-malasan pukul 8.40 ak solat Isyak dulu, baru nak siap-siap, cari baju dengan iron tudung, hp ak bunyi. Haa dapat mesej! Kat mane tu umi oi?? Dengan tenang ak jawab, "odw, kat tnb sekarang" :P

Pukul 9.08 ak keluar bilik berjalan pantas. Kalau jalan lambat, kantoi pulak ak menipu. Zap zap zappp pukul 9.16 sampai terpacak, terus call akak tu nak tanya di mana lokasi dia. (padahal ak dah nampak awal-awal dia tunggu macam dah naik bosan). Lepas tu ak senyummm je la buat muka manis. Selamat akak ni relaks ornagnya. 

Ingatkan ak dah lambat, ada lagi yang lambat rupanya. Boleh dikatakan ak ni no.4 terawal dari yang lain. Peeeuwww. Kalau tau jalan slow je tadi. Ni lah janji Melayu. Cakap pukul 8.45, pukul 9.20 tak ada orang lagi. Apa daa ... Tunggu punya tunggu, ok fine. Pukul 9.30p.m mulakan mukadimah semua. Total yang datang seramai 10orang. Sangat tak terkata "feel" ak masa tu. Ape ke hel nyer yop?! Sikit bebenau oghangnyer. Sabau je ler.

Lepas dah bincang itu ini, siapa mengapa, sana sini, tamat la sesi perjumpaan adhoc. Wahhh senang-senang je nak dapat jadi MT. Mantan adhoc suruh ak jadi bendahari. Erk, xmo lah. At last, akak senior ak jadi bendahari. Okay la tu. Kalau member ada jawatan, senang nak tau aktiviti terbaru. Tak da la nampak ketinggalan abad ak nih.

Negeri Melaka

Sebelum tutup tirai tadi, mantan adhoc bagi peluang dekat semua orang kalau ada apa-apa nak cakap (benda biasa). Ak pun cakap lah "harap adhoc anak Melaka ni bangkit, kadang-kadang segan jugak bila members perli anak Melaka tak da adhoc ke? Tak pernah nampak pun." (muka serius + sayu gitu). Ak tengok mantan tu angguk-angguk. Betul la apa yang ak cakap ni kot. Ada sokongan. Haha! Mantan tu coursemate ak. :D

p/s : Mantan minta tolong ak cari-carikan anak Melaka yang lain. Nak je ak cakap, "akak, lagu negeri Melaka pun saya tak tau, ni kan pulak anak-anak Melaka, memang sy tak kenal lah. Lepas form6 baru sy pindah Melaka. Tak sampai 3 bulan sy dah masuk UUM ni. Melaka pun sy tak habis jelajah lagi". 
Ayat ni mampu terluah tersemat di hati je la. Luarannya, ak angguk je sebagai tanda 'Ai ai chief!'

2 comments:

Nazurah said...

untungla ko nak p meting..hahahaha..
aku ni nampak je close up dgn adhoc Johor..tapi haram jadah aku tak join pape..wakakaka...dah nak abis ni, tahap kemalasan itu timbul..dan member2 sama sem pun dah nak bla..huhuhhu

Unknown said...

hihihi. ak support orang kampung ak beb.
ko pun support la. sape lagi nak support lau bukan kita. :D

lepas ni x jumpa dah adhoc2 lagi. huu..

Post a Comment