Friday 16 March 2012

Semerah Jambu Air

Astaghfirullahalazim ..
Solat Zuhur aku tak berapa nak khusyuk tadi. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikirkan kemerahan dan kemanisan jambu air. Mengapa dengan tiba-tiba aku terbayang-bayang??

Selepas selesai memberi salam, lama aku termenung. Dengan tak semena-mena aku terkenangkan pokok jambu air yang berdahan tegap dan berbuah lebat bila tiba musimnya. Rindukah aku pada zaman kegirangan gilai tawa seorang kanak-kanak? Seandainya mengimbau kenangan silam ..

Pokok Jambu yang dirindu!

Masa aku duduk dekat Semenyih, Selangor dulu ada sebatang pokok jambu air yang tegap dan agak besar jugak lah. Boleh menampung berat 3 orang kanak-kanak yang seberat dalam 23 kg seorang. Bila tiba musim bunga, helaian-helaian bulu halus bertebaran depan rumah aku. Itu tandanya tak lama lagi jambu air akan berbuah. Dari sekecil dan sehijau buah, hinggalah sebesar, semerah dan semanis rasa. Ya! Aku dibesarkan dalam keadaan melihat setiap peringkat pertumbuhan buah jambu air dan aku bangga dengannya. Tak semua insan dapat memperoleh pengalaman indah ini. :)

Bila helaian-helaian tu gugur, aku kumpulkan untuk buat nasi. (main mak-mak) :D


Merah! Mesti manis.

Bila buah jambu air ni kelihatan ranum, abah aku akan menggait dihujung-hujung dahan dan tugas aku, pegang di hujung kain batik. Nak sambut buah guna tangan tak pro lagi. So, guna cara tradisional sikit. Biasanya aku dengan mak aku yang pegang kain tu. Adik aku kecil (badan kecil) lagi nak pegang. Takut terlepas. Ada sekali tu, tengah berduyun-duyun buah jambu jatuh atas kain, sebiji bergolek ke luar. Aku pun lepaskan sebelah tangan nak ambil sebiji yang jatuh tu, tak sempat pun nak tunduk ambik, dalam masa buah yang abah aku gait dari pokok pun jatuh, dengan buah yang dalam kain batik tu sekali tergolek. Akibatnya banyak yang pecah! 

# Ni lah yang dikatakan, 'orang tamak selalu rugi' a.k.a 'yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran' atas bahasa kasarnya orang cakap, JANGAN TAMAK! Ni pengajaran yang paling sukar untuk aku lupakan. 

Jambu cicah kicap!

Di awal musim, buah jambu tu kitorang buat makan sekeluarga je. Mak basuh buah, lepas tu potong kecik-kecik. Duduk ramai-ramai mengadap tv. Terliur-liur la pulak bila teringat kemanisan buah jambu tu. Kitorang cicah dengan kicap. Kicap ni mak ak buat dua piring. 1 piring kicap + gula untuk kitorang adik beradik. 1 piring lagi kicap + gula + cili padi untuk mak dengan abah aku. Bagi pedas sikit. Kitorang tak makan pedas masa kecik-kecik. Budak-budak lagi la katakan. Lidah nipis!

Bila dah banyak, aku tak de la muak makan hari-hari, tapi mak aku kata, "buah ni kita bagi jiran-jiran sikit. jangan kedekut sangat. bila kita rajin berkongsi rezeki, Allah turunkan lagi banyak rezeki untuk kita". Mak aku memang pandai hidup berjiran. Kena menuntut ni. Nanti aku kawin, boleh beramah mesra dengan jiran tetangga. Tak baik menyombong, orang mengata, Allah pun tak suka.

Untuk dijual :)

Betul cakap mak, kalau kita tak kedekut, Allah pun tak kedekut dengan kita. Pokok buah jambu kitorang makin berbuah lebat. Abah aku kerja dulu selalu balik pukul 7 malam. Tak sempat nak gait, biasanya ada masa hari Ahad je. Banyak jugak buah gugur sampai busuk. Bila hari Ahad, abah aku gait semua buah yang masak tu, lepas tu kumpul-kumpul. Abah aku masukkan buah-buah tu dalam plastik, lepas tu abah aku suruh aku jual. Dapat rezeki sikit. Aku pun ajaklah adik aku join sama. Kitorang pergi dari rumah ke rumah. 

# Adat berniagalah bila ada yang nak dan tak nak. Ekspresi muka suka dengan tak. Aku dah lalui semua tu dulu. Jadi sekarang, aku mampu mengawal emosi bila ada yang tarik muka dan paling teruk hempas pintu bila aku jual barang untuk assignment subjek Sales Management sem lepas.

# Esoknya kitorang berdua pergi menjual lagi. Ada yang suka, sampai beli 2 plastik sekali. Dia cakap jambu air kitorang manis! Balik-balik tu terus aku cakap dengan abah aku, "esok ustazah nak beli jambu lagi. Dia cakap sedap".

# Ada jugak yang tak puas hati. Dia cakap, "lain kali jangan ketuk pintu ni lagi!" Berlagaknya =.=

1 plastik = RM 3. Masa aku sekolah rendah dulu, RM 3 tu terasa banyak sangat! ^_^'

~Dah lama tak panjat pokok~

Okay tutup kes meniaga, disukai  / dicaci! 'Tak mo emo-emo kenangkan masa silam yang kelam. Ayuh mara ke depan!' Ku pujuk hati. HAHA enough~

Masa zaman kanak-kanak ribena aku dulu, aku bukannya seorang anak gadis kecil yang lembut lagi sopan. Tapi aku lagi suka berkriteria lasak dan kasar. Pokok jambu tu selalu kena panjat dengan aku. Aku tak pernah kenal erti gayat. Entah dia menyampah ke meluat, aku tak pernah kisah. Tempat aku melepas gian, tak lepas jugak tempat aku menyorok masa main nyorok-nyorok. Awesome! 

Bila bosan, aku ajak lagi dua orang kawan aku panjat sekali. Jatuh tergelincir tu biasa, terutama bila lepas hujan. Dahan pokok tu jadi licin. Bila dah tergelincir tersangkut, aku bangun balik. Panjat lagi tinggi. Dasar budak degil. Yeay! Ada sekali tu kawan aku tergelincir, tersangkut kat dahan pokok. Dia cakap sakit! Nak bangun pun tak boleh. So, kitorang pakat bertiga. Usaha jugak bagi dia bangun. Selamat tak patah / lumpuh. Sekarang dia dah jadi polis pun. Mempertahankan negara kini tugasnya. :)

# Aku pun jenis pantang dicabar. Jiwa panas! "Ko try panjat sampai dahan atas sekali tu, kalau berani!" Waa. Memang aku sahutlah cabaran tu. Tapi, sampai je aku dekat dahan yang paling atas, tiba-tiba angin tiup kencang. Aku rasa terhuyung hayang. Memang aku jerit masa tu. Rasa macam nak tercabut nyawa. Menggeletar aku. Mungkin itu balasan sebab berlagak sangat~

# Dalam 3 minit aku jerit, "angin kuat kat atas niiiii!". Kawan-kawan aku pun dah cuak. Takut aku jatuh terjelepok. Tak lama tu angin berhenti kejap, aku terus cepat-cepat turun. Masa turun tu aku ingat lagi ketar lutut ni, lepas kaki aku selamat mencecah bumi je. Angin tiup kencang lagi. Apa lagi, bertempiaran lah kitorang lari balik rumah masing-masing. HAHAHA! Lawak. Lepas kejadian tu, lama jugak aku tak panjat pokok jambu. Serik seketika.

# Lepas berapa tahun pokok tu hidup membesar dengan gagah, abah aku tebang pokok jambu tu. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa abah aku tebang pokok yang kadangkala jadi sumber rezeki kitorang. Tempat aku bergayut-gayut. Mungkin pokok tu dah terlampau besar untuk dibela. Dah menghalang laluan jalanraya dan terkena wayar elektrik. Sebelum tebang abah aku tuang petrol kat akar dia. Bagi mati dari umbi.

# Tak berapa nak ingat sangat dah pasal pokok tu. Tapi bila terkenang, aku rasa rindu! Rindu pada pokok jambu.

Sangat merinduinya :')

Bila difikir-fikir balik, tanpa sedar, pokok jambu ni banyak mengajar aku tentang kehidupan:

> jangan tamak mengejar benda yang tak pasti
> jangan kedekut untuk berkongsi rezeki
> tohmahan dan cacian itu perkara biasa, saat kita tidak punya apa-apa. (tak kaya). *jangan putus asa!
> 'gayat tak membantu kita untuk terus mara ke atas'. *usah takut mencuba!
> tak semua cabaran itu membina. kadangkala boleh meragut nyawa. *turunkan ego yang sementara~
> persahabatan itu harus dijaga dan dibaja. dikenang saat yang lainnya kesuntukan masa.
> pokok juga hidupan bernyawa. semai dan sayanginya.

# Merah si jambu air, semangat dulu kini bersatu!

Kenangan silam sentiasa membuat aku tersenyum. Semoga tiada duka di masa hadapan.
Izinkan aku terus tersenyum walau kadangkala penuh keperitan. Senyum pengubat duka :')

p/s : dedicated to my 'pokok jambu'. ^_^ 












0 comments:

Post a Comment