Sunday 18 March 2012

Rindulah Zaman Berumah Tangga Dulu!

Biasanya berumah tangga diibaratkan orang yang sudah berkahwin.
Tapi aku bukan rindukan zaman yang dimaksudkan mengikut istilah di atas. Ceh skema!

Zaman aku muda-muda dulu, aku duduk rumah teres 2 tingkat. Penah dengar? Tak pernah?
Apa sadis sangat hidup korang ni? Yela korang duduk dekat kondo kan. Ok fine! :D

Curik gambar dari Pakcik Google

Aku ni blogger berhemah. Sanggup curik gambar semata-mata nak tunjuk kat korang macam mana rupa rumah teres 2 tingkat ni. *padahal memang selalu amik pic dari google pun

Bila dah namanya 2 tingkat, semestinya lah ada tangga. Mustahil orang nak bergayut-gayut semata-mata nak naik bilik atas kan. Bagi aku, secara peribadinya, rumah yang ada tangga ni bagus! Sangat bagus untuk kesihatan. Tak payah nak pergi gym bagai untuk fit kan otot kaki. Cukup dengan naik tangga berulang-ulang kali, mampu untuk memecahkan lemak-lemak tepu. Mungkin. :D

Naik tangga ni best! Masa kecik-kecik aku suka naik langkah sampai 2 mata tangga terus. Cepat sampai atas. Bila turun, dari tangga ke-4 / ke-5 dah lompat terus ke bawah. Konon hebatlah tu! Macam Power Rangers. =)

Dalam bersuka ria turun naik tangga ni, kadang-kadang penat jugak. Lagi pulak bila nak naik tidur. Mata dah kecik, muka dah mamai, otak dah jem. Diri ni terpaksalah memaksa anggota kaki tuk naik atas. *masa umur 7,8 tahun boleh la lagi abah nak angkat aku naik atas. Best kena dukung. Kadang-kadang buat-buat tidur. ^_^

Ada jugak peristiwa berdarah. Lokasi di rumah, kejadian di tangga, mangsa si comel *aku la tu! HAHA! =P
Peristiwa tu aku tak boleh lupa sampai sekarang, sebab meninggalkan kesan mendalam. Aisyh~

Al kisah~ *ok straight to the point!
Masa tu aku tengah duk seronok main dengan budak-budak lain. Boleh pulak budak-budak ni nak main gunting-gunting rambut. Sikat aku dah la kat bilik atas. Nak tak nak terpaksa jugaklah aku berlari naik atas nak ambik sikat. Dalam seronok berlari, sekali kaki kiri aku ni tersalah landing pulak. Jadi sepantas kilat je. Tiba-tiba sedar lutut aku dah cecah tangga. Tinggal lagi berapa tangga je nak sampai atas. Deymm!

Kepala lutut ni kalau terhentak tak berapa nak sakit, tapi tulang kering aku. "Waa manyak sakit woo~~~". Nak gerak sikit pun sakit. Ingatkan dah patah. Selamat ok lagi. Masa kecik-kecik dulu mak aku garang. Nasiblah dapat anak nakal. Uhu. Dah jatuh tangga, kompem-kompem bunyi kuat. Dari dapur mak aku jerit, "apa kena nye tu?!". Uisyh, jangan sesekali cakap jatuh tangga, mau kena maki. Dalam sakit-sakit tu, aku gagahkan jugaklah naik lagi beberapa anak tangga. 5 kot, merangkak je aku naik. Sedih, sakit woo!

Atas katil sempat aku nangis. Isk3 sob3. "Sakitnya, kaki tahan sikit ae." Aku urut-urut sendiri je. "Fuhhh.. Dah ke dalam pulak tulang aku ni, tak ade pe-pe ke eh?" Dalam esak tangis ku sendiri tu, kawan aku panggil, "Alang cepatlah, mana sikatnye?" Aisyh dorang ni. Tak menyempat-nyempat. Kaki aku sampai tersadung nak cepat punya pasal boleh pulak dorang memekak. 

Sempatlah aku kesat air mata aku dengan bantal, lepas tu capai sikat terus turun bawah. Mula-mula terhinjut-hinjut jugak la. Sakit! Tak lama tu okay. Bila malam menjelang, waa biru lebam kaki aku. Huhhh!
Semua sikat punya pasal. =,=

Tu semua cerita sejarah lampau. Sekarang duk rumah teres 1 tingkat.

Rajin pulak adik aku nak edit. Tapi .. ok la! Uhu~

Abah aku cakap, "rumah 1 tingkat ni senang. Tak payah nak naik-naik tangga. Abah pun tak larat nak panjat tangga." 1 tingkat pun okay. Sangatlah okay ^_^

p/s : cuma payahnya, hostel aku ni aku duduk tingkat 2. Nak tak nak, memang terpaksa panjat tangga jugaklah~

# langkah 2 mata tangga sekali tu penah jugak lah buat. Masa orang tak de. Nak cepat!
Tapi alhamdulillah tak pernah jatuh lagi setakat ni. Jatuh malu woo. Mau meresep darah kumpul kat muka. Merah padam! >_<


2 comments:

Nazurah said...

erkk..lebam lutut!..saya takpernah ada rumah tangga, kampung je ada, tapi tangga sikit je..jadi tak bersenam la ..haha

Unknown said...

haha. lebam weyh. tang tulang kering tu. huhu.

best ade rumah tangga, lepas mkn xyah jogging. naik turun tangga pun dah cukup. haha.

Post a Comment