Monday 11 April 2011

Apakah Hubungan Manusia Dengan Buah..?

Jangan suka mendedah tubuh


Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan


Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.



Kecantikan dalaman


Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.



Jaga kesucian dalam bergaul



Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih. 


Selalu bertindak adil



Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana


Jadilah seperti cili.
Semakin tua,semakin pedas.


Jangan bermuka-muka


Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

p/s : Buah boleh dijadikan perumpamaan untuk manusia. Betapa hidup ini saling berkait, bukan sahaja antara manusia dengan manusia, malah anatara manusia dan alam sekeliling. Jadi, lihatlah dunia dengan mata hati kerana hanya dengan itu kita dapat menikmati hidup dengan lebih ceria. ^_^

hari tu adikku kata abah beli durian sampai sebakul..huu..terliuq nya..tapi x pe, sbb abah dah janji nak carikan durian utk ak time ak balik umah t..x sabaq nya nk balik umah..! nak jumpa family n makan doghian..nyum3.. >_<

2 comments:

Anonymous said...

alam banyak mengajar manusia perihal hidup..tapi,manusia jek sombong..tak nak belajar dari alam..
hehehhe...
musim buah dah sekarang..! ngidam nak makan durian..hohohoho

Unknown said...

haha btol2..alam yg byak mengajar kita tanpa sedar..

uit..wa mau durian gak..!TNB ade jual..p mahal la tok student mcm kita ni..huu..

Post a Comment