Thursday 7 April 2011

Sebelum Pergi Interview, Baca Tips Ini Dulu! (Part 1)

Soalan popular semasa temuduga:
1. Berapa gaji yg anda jangka terhadap jawatan ini?
Tips : Jangan minta gaji yg tidak realistik, jangan terlalu rendah kerana anda mungkin di anggap kurang pengetahuan, jangan terlalu tinggi kerana anda mungkin akan ditolak mentah-mentah. Oleh itu, cara terbaik ialah mengajukan kembali soalan kepada penemuduga. Dapatkan skala gaji yang boleh ditawarkan dan bagimana kelayakan anda bertepatan  dengan skala tersebut.

2. Apakah motivasi anda?
Tips :  Jawapan terbaik, jawablah dengan yakin bahawa anda bersesuaian untuk semua jenis jawatan/ industri.

3. Berapa lama anda akan berada dalam syarikat ini? 
Tips : Sekiranya anda memang berniat berkerja di syarikat tersebut hanya untuk mencari pengalaman dan pengetahuan tentang perjalanan organisasi semata-mata, JANGAN berkongsi maklumat tersebut semasa anda ditemuduga!
              Jawapan anda mestilah menekankan komitmen untuk jangka masa yang panjang, pada masa yang sama, bersedia untuk perubahan.

4. Terdapat banyak lagi soalan popular yang sering ditanya semasa sesi temuduga, antaranya:
Huraikan serba sedikit tentang diri kamu.
Katakan bahawa awak telah diterima untuk mendapat perkerjaan ini, tetapi pada masa yang sama, salah sebuah syarikat pesaing kami juga telah menawarkan jawatan yang sama. Syarikat mana yang akan kamu pilih? dan mengapa?
Anda rasa adakah anda layak untuk mendapat jawatan ini?
Apakah kekuatan yang anda ada, dan tiada pada calon lain?
Bolehkah anda berkerja di bawah tekanan?
p/s : JADI, anda yang ingin pergi temu duga dalam masa terdekat ini, sentiasalah bersedia untuk menjawab dengan yakin!
             =====================

Selepas selesai anda ditemuduga, anda juga akan diberi peluang untuk menanyakan soalan. PERHATIAN! Jangan sesekali anda menjawab bahawa tiada soalan yang ingin diajukan kerana ini hanya akan menunjukkan bahawa anda kurang berminat tentang syarikat tersebut! 

Antara soalan yang boleh anda ajukan ialah :
Apakan visi syarikat ini?
Apakah peluang untuk kenaikan pangkat yang saya di syarikat ini?
Adakah latihan dan kursus profesional ditawarkan untuk staf?
Bolehkah saya berbual dengan staf di jabatan yang sama dalam syarikat ini?
Apakah faedah lain yang boleh ditawarkan oleh syarikat?

                                                =====================
Semoga keputusan temuduga anda lebih baik dari yang sebelumnya. Salam kejayaan dari saya.. v(^_^)
Oleh itu, baik bersedia dengan beberapa soalan yang bernas dari awal. Gempaklah sikit keputusan temuduga anda nanti..^_^

0 comments:

Post a Comment