Saturday 16 April 2011

Ukhwah Persahabatan Jalinan Selamanya

Sahabat..
Hadirmu umpama cahaya lilin..
walaupun malap,
masih mampu menerangkan kegelapan..
walaupun samar,
masih mampu menampakkan bayang-bayang..

Sahabat,
mengapa di saat tangga kejayaan kita hampiri,
kita bagai ditolak hingga berguling..
habis berdarah parah di kaki tangga..
calar balar seluruh anggota..
perlukah kita mendakinya semula..?
 
dugaan yang datang tanpa henti,
kadangkala menggugat iman ini..
di saat aku hampir tersungkur..
kalah dalam permainan dunia,
kau hadir menghulur tangan..
tanda pertolongan yang ingin dihulurkan..

ku sambut tanganmu..kau memimpinku..
Syukur padaMu Ya Allah..
kerana menganugerahkan aku seorang sahabat..
yang sentiasa membantu aku, dalam usaha mendekatiMu..

Sesunggguhnya aku sudah terlalu jauh dariMu..
jangan tinggalkan aku Ya Allah,
aku takut dengan azabMu..
sucikan hatiku Ya Allah..
hanya padaMu aku berserah..

aku insan yg lemah..
Terima kasih sahabat..jasamu akan ku kenang..
Memori kita xkn pernah padam..
Tenanglah kau di sana..
Pemergianmu ku iringi dengan doa..
Ya Allah, ku mohon agar kau merahmati sahabatku ini..
Siti Aisyah Bt Abdul Razak..(29/12/2010)..

Di saat dahimu ku cium buat kali terakhir,
Dapat ku rasakan ketenangan hatimu.
Di saat aku menatapmu, air mataku jatuh tidak berhenti.
Bukan bermakna tidak merelakan kau pergi.
Cuma ku takut untuk meneruskan hidup tanpamu di sisi.
Namun sahabat, segala nasihat n ajaranmu akan ku genggam.
Itu ku pasti. insyaAllah..~

2 comments:

Anonymous said...

moga tenang di sana...AL-FATIHAH..

Unknown said...

yup..harap begitulah..
Al-Fatihah..

Post a Comment