Thursday 7 April 2011

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

           Merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan - pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja.

         FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Awal 1920-an
Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British.
Adalah dipercayai permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1800-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor and Negeri Sembilan.

1951, Tunku Abdul Rahman Al-Haj menjadi presiden
Dalam tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.

Tahun-tahun di antara 1974 hingga kini
Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua - Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.
Kedudukan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975. Dalam tahun 1976, Sultan Pahang memegangnya sehinggalah sekarang.

p/s : Itu merupakan serba sedikit tentang fakta FAM.. Berita terbaru yang menggemparkan Malaysia dan kebanyakan negara apabila Pasukan Bola Sepak Malaysia memenangi Piala Suzuki di antara Malaysia dan Indonesia.

Hal ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat Malaysia menjadi yakin semula dengan pasukan bola sepak kita. Buktinya, jualan jersi Malaysia di pasaran meningkat dan ramai rakyat Malaysia berasa bangga apabila menyarungkan jersi Malaysia di badan masing-masing.

Tidak ketinggalan juga saya dan kawan-kawan saya yang turut sama berasa bangga dan kembali meyokong dan yakin bahawa pasaukan bola sepak negara mampu menaikkan nama mereka seiring meningkatkan imej negara Malaysia!

GO!GO!GO! MALAYSIA..!!! ^_^

0 comments:

Post a Comment